Isnin, 31 Disember 2018

1. Al-Hussein dan Al-Abbas (as):



Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 33


1. Al-Hussein dan Al-Abbas (as):

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:

[........Al-Hussein telah berhadapan dengan syaitan (la3nahu Allah) di Karbala dengan segala simbol-simbol jahatnya, Al-Hussein (as) telah berhadapan dengan penguasa-penguasa yang memerintah umat Islam yang memecahkan Hakimiyah Allah SWT, dan Al-Hussein (as) telah berhadapan dengan para ulama yang tidak beramal; Syuraih Al-Qadhi, Syibts bin Rib’i, Syamr bin Dzii Al-Juusyan dan yang seumpama mereka, Mereka adalah kelompok yang paling berbahaya yang perlu dihadapi.

Kerana mereka berpakaian dengan pakaian agama, dan menipu umat dengan fikiran bahawa mereka menggunakan pedang Muhammad (S). terhadap Al-Hussain (as) secara zalim dan palsu, dan mereka mendakwa mewakili agama Allah, dengan berdusta dan mengadakan dusta terhadap Allah SWT.

Dan mereka (Ahlul Bait (as)) telah meruwayatkan bahawa mereka menghunuskan pedang padanya (Al-Hussain (as)) kerana iman mereka.

Dan di Karbala, Al-Hussain berhadapan dengan dunia dan perhiasannya, dan tidak ada yang terlepas darinya dan tiada siapa menyertai barisan Al-Hussain barisan dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan barisan kebenaran dan cahaya kecuali sangat sedikit daripada mereka yang memenuhi janji terhadap Allah SWT.

Dan di Karbala, Al-Hussain (as) berhadapan dengan "Al-Ana". Dan Pahlawan dalam Konfrontasi (pertentangan) terhadap Al-Hussain (as). Dan yang terbaik daripada orang-orang yang telah melalui keadaan huru-hara itu adalah Al-Abbas bin Ali (as). apabila dia melemparkan air jauh-jauh dan menerima Al-Quran,

وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ

dan mereka juga mengutamakan orang lain itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. [Surah Al-Hasyr 59:9.]

Dan kesusahan itu adalah kesusahan Al-Abbas (as). dan apakah mengutamakan orang lain?!! daripada ke atas dirinya (as) itu?!! Dan adakah keutamaan itu, atau sesuatu perkara yang kata-kata tidak dapat gambarkan?

Dan di Karbala, Al-Hussain (as). berhadapan dengan Iblis (la3nahu Allah), musuh lama anak-anak Adam, yang berjanji untuk menyesatkan mereka dari jalan yang lurus dan melemparkan mereka ke dalam jurang api neraka.

Dan Al-Hussain (as). dan sahabat-sahabatnya (as). Telah menang dalam pertentangan (konfrontasi) ini.              

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 34

Bagi dunia ini dan perhiasannya, Al-Hussain (as). dan sahabat-sahabatnya (as) melepaskan dan berjalan dalam barisan kebenaran dan cahaya ilahi dan ini adalah ukuran kedua yang diteguhkan oleh Al-Hussain (as). dengan darah yang suci, dan dengan tindakan dan bukan dengan kata-kata. Jadi dia (as) menunjukkan dengan tindakannya, bahawa dunia dan akhirat adalah dua musuh yang tidak berhimpun dalam hati seseorang. Jadi, jika salah satu darinya ingin masuk ke dalam hati seseorang, yang satu lagi akan berjalan keluar. Dan jika seseorang berjalan menuju ke arah salah satu darinya, dia akan berjalan menjauhi yang satu lagi. Jadi orang yang menuju Allah SWT dan inginkan akhirat tidak mempunyai pilihan melainkan melepaskan dunia ini.

Adapun "Al-Ana", cukuplah dengan mengatakan kemurahan hati dan dengan memberikan diri sendiri kemurahan hati yang muktamad. Pertarungan "Al-Ana" sangat besar di Karbala dan kemanusiaan menang atas "Al-Ana" di Karbala, kemenangan dijadikan sebagai suatu yang adil dan ukuran suci yang memberikan setiap orang yang berhak atas hak mereka, ukuran syahid atas syahidnya Al-Hussain (as). dan sahabat-sahabatnya (as) dengan darah mereka menyaksikan bahawa Tidak Ada Tuhan Melainkan Allah.

Adapun Iblis (la), dalam perang Karbala, Al-Hussain (as). merantai tangan dan kakinya dan membenamkan tombak di dadanya. Tetapi ia masih berjuang dalam darahnya, dalam kesakitan dari bencana besar yang melandanya sehingga Al-Qaim akan menebas lehernya (Iblis (la)) di Masjid Al-Kufah.

Berbahagialah orang yang mengorbankan dirinya di hadapan Tuhannya. Berbahagialah orang yang melepasi dan melalui kesukaran. Berbahagialah dia jika tidak menolakku. Berbahagialah orang-orang yang pelik dan gila kepada penduduk bumi, dan waras kepada penduduk langit.

Dan aku, aku memohon perlindungan Allah dari "Al-Ana", hamba yang hina di hadapan Tuhannya, aku menyeru setiap seorang yang waras yang mahukan kebenaran supaya membawa kapak seperti Ibrahim (as) lakukan untuk merobohkan semua patung-patung yang disembah selain Allah, termasuk satu yang ada di dalam dirinya, iaitu "Al-Ana", dan mengingati Allah SWT sebanyak mungkin,. ...] [1]

------------------------------
1- Ucapan Syed Ahmad Al-Hassan (as) dalam Khutbah Kepada Pelajar Hauzah Ilmiah di Najaf Al-Syarif, di Qom dan di setiap tempat di bumi ini, 8 Rabie Al-Tsani / 1426 H.


✡✡✡✡✡
                                                  
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas
                              

Ahad, 30 Disember 2018

Kedua / Al-Ana dan Al-Hussein (as): Pengenalan:


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata.32
                                         

Kedua / Al-Ana dan Al-Hussein (as):

Pengenalan:


Al-Hussein Bin Ali (as), dia menghadapi penguasa taghut penzalim, ketuanan manusia, pendekatan Iblis, dan Al-Ana.

Tidak tersemat di hati Al-Hussein (as) cintakan dunia dan akhirat, sama ada dia menghadapi dunia dengan punggungnya menghala ke akhirat, atau menghadapi akhirat dengan punggungnya menghala ke dunia.

Imam Ahmad Al-Hasan berkata: [Bahawa dunia dan akhirat adalah dua musuh yang tidak boleh berhimpun dalam hati seseorang. Jadi, jika salah satu darinya ingin masuk ke dalam hati seseorang, yang satu lagi akan berjalan keluar.] [1]

Kita mohon kepada Allah untuk menjadi antara orang-orang yang berkongsi dengan darah Al-Hussein (as) ketika mana kita diseru dengan ketuanan manusia - sistem demokrasi -, ketuanan manusia yang kerananya tertumpahnya darahnya yang suci. Maka kini manusia memutuskan untuk menyeru dengan segala kekuatan dan kekuasaan yang diberikan untuk memadamkan pemerintahan yang busuk dan kejam ini, Tetapi ia diseru oleh para ulama yang menyesatkan dan dijawab oleh pengikut mereka yang bersuara dengan segala suara yang mereka dengar itu.

Bahkan mereka memekakkan telinga mereka, mereka hanya mendengar apa yang mereka mahu dengar. Mereka tidak mahu dipaksa dengan hujjah yang jelas lagi kuat yang mendedahkan aurat mereka, mereka tidak dapat melepaskan dirinya dari Al-Ana yang berperang dalam jiwa mereka. Mereka tidak mahu mendengar, dan jika mereka mendengar mereka tidak faham, dan jika mereka faham mereka tetap berdegil.
         
Pernyataan ini seolah-olah bercanggah tetapi benar pada zaman Al-Rasul yang mulia (S). Orang-orang kafir Quraisy telah mengesyorkan sesiapa yang melewati Rasulullah (S) hendaklah meletakkan halangan di telinga-telinga mereka, agar tidak mendengar kata-kata Rasulullah (S) yang akan mempengaruhi mereka. Hari ini, kembali sekali lagi perbuatan (sikap) yang sama dengan anaknya Al-Qaim (as), tidak menghalang manusia dari mendengar ucapannya dan membaca ilmunya.

--------------------------
1 - Ucapan Syed Ahmed Al-Hassan (as) dalam Khutbah Kepada Pelajar Hauzah Ilmiah.        


✡✡✡✡✡
                                                  
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Sabtu, 29 Disember 2018

15. Muhammad (S) Zuhur Allah di Faran:


15. Muhammad (S) Zuhur Allah di Faran:

Dalam Doa daripada Al-Shimat diriwayatkan daripada Imam-imam (as):

Muhammad (S) Zuhur Allah Di Faran.....


Dalam Doa daripada Al-Shimat diriwayatkan daripada Imam-imam (as):

) وأسألك اللهم ..... وبمجدك الذي ظهر على طور سيناء، فكلمت به عبدك ورسولك موسى بن عمران )عليه السلام)، وبطلعتك في ساعير، وظهورك في فاران(.. 


... Dan Aku bermohon kepadaMu Ya Allah!... demi kemuliaan Mu yang zahir di Gunung Sinai, maka Engkau bercakap pada hambaMu dan rasulMu Musa bin Imran (as) dan dengan kedatangan Mu di Gunung Sa’eir, dan kemunculan Mu di Gunung Faran

Kedatangan Allah di Gunung Sa’eir adalah melalui Isa (as), dan kemunculan Allah di Gunung Faran adalah melalui Muhammad (S). Adalah penting untuk melihat bahawa ungkapan daripada doa yang disenaraikan dalam martabat susunan menaik, dari seorang nabi yang Bercakap Kepada Allah adalah Musa (as), kepada nabi yang mewakili Kedatangan Allah adalah Isa (as), kepada nabi yang mewakili Zuhur Allah adalah Muhammad (S)

Dan perbezaan antara Kedatangan dan Zuhur adalah bahawa Kedatangan adalah Kedatangan dan Zuhur sebahagian yang bermaksud bahawa Kedatangan, adalah satu
tajalli yang lebih rendah martabat daripada Zuhur. jadi kedua-dua Isa (as) dan Muhammad (S) telah mewakili Allah SWT dalam penciptaan, bagaimanapun, martabat Isa (as) adalah lebih rendah daripada Muhammad (S), dan kerasulan Isa (as) adalah perlu untuk membuka jalan bagi kezuhuran dan kerasulan Muhammad (S) yang mewakili Allah di dalam penciptaan, jadi Muhammad (S) adalah khalifah Allah sebenar. Dan jika kita kembali kepada asal-usul dan permulaan penciptaan, kita akan dapati Allah SWT bercakap dengan malaikat:

﴿إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

"Aku akan  jadikan seorang khalifah di muka bumi.") [Surah Al-Baqarah 2. 30]

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 31

Jadi, walaupun Adam adalah khalifah Allah, sama seperti nabi-nabi dan washi-washi (as) yang lain, tetapi matlamat yang hendak dicapai adalah Khalifah Allah yang sebenar, iaitu menjadi seorang khalifah yang sempurna kepada Allah SWT, dengan itu ia mencerminkan Ketuhanan (Al-Lahut) dalam cermin kewujudanNya dengan cara yang lebih lengkap dan lebih sempurna daripada semua nabi-nabi dan washi-washi (as). Jadi matlamat yang hendak dicapai adalah untuk menjadi peribadi yang beralun di antara Al-Ana dan Kemanusiaan dan di antara Zat Ketuhanan (Al-Lahut) ....] [1]

Dan dari Imam Ahmad al-Hasan (as):

dan jika kita kembali kepada asal usul dan permulaan penciptaan, kita akan dapati Allah SWT berkata kepada malaikat:

﴿إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

{"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."} [Al-Baqarah 2. 30]

Walaupun Adam adalah Khalifah Allah, sama seperti lain-lain daripada semua Anbia dan Aushia (as), matlamat untuk dicapai adalah Khalifah Sebenar bagi Allah, bermakna seorang yang menjadi Khalifah Sempurna Allah SWT yang mencerminkan Ketuhanan (Al-Lahut) dalam cermin kewujudannya dengan cara yang lebih lengkap dan lebih sempurna daripada semua Anbia dan Aushia (as)

Matlamat yang perlu dicapai adalah untuk menjadi seseorang yang berayun (bergetar) antarakeakuan dan kemanusiaan (Al-Ana wa Al-Insaniyah) dengan Ketuhanan dan zat Ketuhanan (Al-Lahut wa AL-Zhat Al-Ilahiyah).


(Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ilmu-ilmu Yamani (as), sila lihat sumber-sumber tersebut).


✡✡✡✡✡

--------------------
1 - . Perjalanan Musa Ke Pertemuan Dua Laut - oleh Imam Ahmed Hassan (as): hal 75. (Versi Arab hal 70)
2- Kitab Penutup Kenabian oleh Imam Ahmed Hassan (as): hal 24 .


✡✡✡✡✡

Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


14. Ali (as) Tersentuh Dengan Zat Allah:


14. Ali (as) Tersentuh Dengan Zat Allah:

Soalan: Apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Imam Ali as:

"Jika tidak disingkapkan hijab padaku, tidak akan meningkat keyakinan."?

Jangan membayangkan dengan khayalan kerana Amirul Mukminin as bercakap mengenai hijab di alam Malakut (Kerajaan Langit). Bagaimana boleh ketika beliau as berjalan di tanah perkuburan kota Kufah dan bercakap kepada orang yang mati, dan dia berpaling kepada Haba Al-Arni dan berkata kepadanya,

"Jika hijab disingkapkan dari kamu wahai Haba, kamu akan melihat mereka [yang mati] duduk berbual dalam bulatan."

Tetapi, Amirul Mukminin (as) bercakap mengenai hijab Ketuhanan yang terlindung padanya. Beliau bercakap tentang hijab yang jika disingkapkan pada Ali (as), Ali (as) tidak akan kekal, dan yang kekal hanyalah Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa itu. Berterusannya hijab ini bagi Amirul Mukminin (as) menganggap sebagai dosa besar, maka ia berkata, "Tuhanku, aku telah lakukan sendiri ketidakadilan dengan menganggapnya [sendiri], maka akan binasalah jika Engkau tidak mengampunkannya," Sebaliknya Al-Quran itu sendiri menganggap kesalahan besar adalah lazim bagi manusia, tidak jauh darinya melainkan berlaku pembukaan yang nyata, dan fana’ pada pada ketikanya, dan kembali pada peringkat yang lain, ini adalah untuk membolehkan manusia mengekalkan kemanusiaannya, dan bagi yang dicipta untuk mengekalkan tempatnya sebagai hamba. Allah swt berfirman,
            

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا * لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ......4

"Kami telah kurniakan kepada kamu pembukaan yang nyata * supaya Allah mengampuni dosa kamu yang lalu dan akan datang.... " [Al-Fath 48:1-2]

Dan rasa bersalah di sini adalah " Al-Ana", atau kecacatan kegelapan dan ketiadaan, yang tidak jauh dari manusia. Dan Muhammad (S), disebabkan pembukaan nyata ini, telah beralun (bergetar). Pada satu masa, Muhammad (S) tidak lagi kekal, dan tidak ada yang kekal hanyalah Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa itu. Dan pada masa Muhammad (S) kembali sebagai hamba pertama, cahaya pertama, akal pertama, dan pemenang pelumbaan. Selawat dan salam Allah ke atasnya . Dan kerana Ali (as) adalah pintu kepada Muhammad (S)

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 30

dan Muhammad adalah pemilik pembukaan yang nyata, dan pada peringkat tiada yang tinggal padanya nama atau imej melainkan Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa, maka pintu itu atau Ali (as) tersentuh dengan Zat Allah, dan pada maqam pemilik pembukaan yang nyata. Inilah sebabnya mengapa Ali (as) berkata,

"Jika tidak disingkapkan hijab padaku, tidak akan meningkat keyakinan."[1]
                     
---------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat – oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) Jilid 1 Soalan No.10.


✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Jumaat, 28 Disember 2018

12. Ali (as) dan Martabat Muhammad (S): 13. Nabi, Ali, Mahdi, Imam-Imam, dan Mahdi Pertama (Selawat Allah atas mereka):




12. Ali (as) dan Martabat Muhammad (S):

Soalan: Apa yang di maksudkan dengan kata-kata Amir Al-Mukminin (as) dalam doa subuh: [عقلي مغلوب - akalku terkalahkan]?

Jawapan Imam Ahmad al-Hasan:

بسم الله الرحن الرحيم


والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد
 الأئمة والمهديين.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                   
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
               
Dari sudut (aspek) Al-Ana (keakuan) dan kegelapan, kalaulah tidak berlaku hal ini pada Muhammad (S), dan berada pada martabat
﴿إنا فتحنا لك فتحاً مبيناً﴾
Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata, [Al-Fath 48:1],
Ia adalah martabat Muhammad (S), seperti yang telah asya sebutkan sebelum ini di dalam (Tafsir) Surah Al-Fatihah dan di dalam Al-Mutasyaabihaat bahawa Muhammad (S) telah dibukakan kepada baginda dan dikasyafkan (diperlihatkan) kepada baginda


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 27

Tabir Al-Lahut (Ketuhanan). Ia adalah dalam keadaan beralun (bergetar) di antara fana’ yang tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar, dan kembali kepada Al-Ana dan Keperibadian........] [1]


✡✡✡✡✡


13. Nabi, Ali, Mahdi, Imam-Imam, dan Mahdi Pertama (Selawat Allah atas mereka):

Soalan: Apakah maksud perenggan doa Iftitah ini, yang diriwayatkan daripada Imam Al-Mahdi (as):

اَبْدِلْهُ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِ اَمْناً يَعْبُدُكَ لا يُشْرِكُ بِكَ شَيْئاً

(dan tukarkanlah padanya selepas ketakutannya dengan keselamatan. Untuk mengabdi kepadaMu, tanpa syirik padaMu dengan sesuatu jua pun.)?

Jawapan Imam Ahmad al-Hasan:

بسم الله الرحن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد
 الأئمة والمهديين.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                   
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Iaitu: untuk membuka kepadanya pembukaan yang nyata supaya menghentikan Al-Ana (Keakuan), sehinggia yang kekal hanyalah Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Tunggal lagi Maha Penakluk).

Ia adalah berhubung dengan Rasulullah Muhammad (S) yang telah nyata dibukakan padanya. Tetapi bagi Amir Al-Mukminin (as) dibukakan padanya dengan terbukanya hijab bersama Al-Rasul Muhammad (S). Dengan itu dibukakan padanya oleh Rasulullah (S). Maka jadilah juga Amir Al-Mukminin Ali (as) tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Tunggal lagi Maha Penakluk)., dan Ali (as) tidak kekal, dan kembali kepada akhir keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah).

Tetapi terdapat perbezaan pada pembukaan Amir Al-Mukminin Ali (as) antara keduanya pada Hijab. Hijab yang pertama antara keduanya terbuka kepada Rasulullah pada hakikatnya, dan yang kedua kepada Ali (as), dan begitulah kepada Imam Al-Mahdi (as). Pada akhir Ghaibah Shughra dibukakan padanya maka tiada lagi ketakutan, tidak lagi kembali padanya syirik iaitu wujudnya Al-Ana (keakuan); untuk mendapatkan pembukaan padanya (as).

------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat – oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) Jilid 4 Soalan No.136


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 28

Ada pun pada zaman kezuhuran yang diperlukan untuk pembukaan adalah Mahdi Pertama, itulah ketakutan yang ditukarkan dari rasa takut kepada yang lebih selamat, dan bermohon kepadaNya untuk: [mengabdi kepadaMu, tanpa syirik padaMu dengan sesuatu jua pun], iaituuntuk mengangkatkan halaman wujudnya Al-Ana dalam Anaat (peringkat) iaitu dibukakan kepadanya.

Roh Qudus Al-A3dzam adalah bersama Rasulullah (as), dan apabila dibukakan kepadanya ia bergerak dari Rasul kepada Amir Al-Mukminin Ali (as); kerana Rasulullah (S) melepaskannya untuk mengimbangi pembukaan berikutnya untuk mengimbangi Roh Qudus Al-A3dzam.

Oleh itu Imam Mahdi (as) melepaskan Roh Qudus Al-A3dzam pada zaman kezuhuran; kerana dibukakannya pada zaman Ghaibah Shughra, untuk diserahkan Roh Qudus Al-A3dzam kepada Mahdi Pertama, seperti yang disebut (ditashdiq) oleh Rasulullah (sawas) diri-diri kami dan diri-diri kamu pada Ali (as). Begitulah pula ditashdiq oleh Imam Mahdi (as) pada Mahdi Pertama (as), pada pakaian yang dipakai oleh Rasulullah dan Amir Al-Mukminin Ali adalah Roh Qudus Al-A3dzam. Dengan itu mereka hanya seimbang dari sudut ini, dan walau bagaimana pun Rasulullah (S) lebih utama daripada Ali (as).


Begitulah pula Imam al-Mahdi (as) adalah lebih utama daripada Mahdi Pertama, persamaan mereka dari sudut sudut ini. Ia adalah Roh Qudus Al-A3dzam, yang dipakaikan kepada Mahdi Pertama itu; kerana ia perlu mengimbanginya, tetapi Mahdi Pertama tidak mendapat pembukaan padanya. Walaupun Imam Mahdi (as) mendapat pembukaan, untuk mengimbangi pembukaan; kerana pada peringkat tidak akan kekal hanyalah Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Tunggal lagi Maha Penakluk).

Mahdi Pertama tidak dapat pembukaan, untuk mengimbangi Roh Qudus Al-A3dzam ini, dia menyerunya dengan [mengabdi kepadaMu, tanpa syirik padaMu dengan sesuatu jua pun], iaitu, sehingga kewujudan Al-Ana antara kebimbangan tidak dilihatnya kerana tidak melihat, dan tidak mengenal melainkan Allah, maka berbadah adalah bermakrifah.

Mengabdi kepadaMu: Iaitu mengenaliMu, dan tanpa syirik padaMu: tidak mengenali selainMu walaupun dirinya sendiri, yang mencapai pembukaan yang nyata padanya.


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 29


Begitu juga pada sahabat Al-Qaim selain Mahdi Pertama dan mereka akan diimbangi dengan Roh Qudus, tetapi bukan Roh Qudus Al-A3dzam, dan semuanya menurut kadar tertentu. Oleh itu mereka adalah orang-orang yang dipelihara: (Perjanjianmu di telapak tanganmu), (dan Allah meletakkan Tangannya di atas kepala hamba-hambaNya, maka dikumpulnya dalam fikiran mereka dan dilengkapkan dengan mimpi-mimpi pada mereka) .[1]

---------------------------
1 - Kitab Mutasyabihaat – oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) Jilid 4 Soalan No. 170.


✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



11. Terdapat Hijab Di Antara Yang Bersinar Dan Beralun:



11. Terdapat Hijab Di Antara Yang Bersinar Dan Beralun:

Soalan / dalam kitab Al-Adab Al-Maknawiyah Untuk Shalat oleh Al-Syed Khomeini (semoga Allah menyucikan ruhnya), hal 32. Beliau berkata: (Kebesaran seorang pembicara, tempat lahirnya dan sahabatnya adalah rasa yang paling besar dari semua jenis kebesaran yang besar yang dirasakan di dalam alam jasmani dan malakut, dan semua kuasa yang turun di alam ghaib dan syahadah. Penderitaan dari gangguan-gangguan keagungan kemegahan itu berlaku di dalam diri suci seseorang tidak boleh ditajallikan kepada kebesaran Al-Haq Yang Maha Tinggi. Tetapi tercermin dari belakang ribuan hijab-hijab dan Suradiq (Lembayung - pavilion) seperti disebutkan dalam hadits: bahawa Dia TWT dihijab dengan tujuh puluh ribu dari cahaya dan kegelapan, jika dibukakan akan membakar wajah selainNya ...).


Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan:

[Hijab kegelapan adalah tentera Al-Jahl (Jahil) yang disebut oleh Imam Al-Shadiq (as): Akhlaq tercela dan Al-Ana telah ditanam dalam fitrah manusia. Semakin banyak Al-Ana pada seorang manusia, semakin besarlah hijabnya, dan semakin sedikit Al-Ana pada seorang manusia, semakin kuranglah hijabnya. Hijab ini berasal dari kegelapan, ketiadaan dan Al-Madat (barangan) yang tidak lain mengganggu semua yang baik .

........ Hijab ini adalah zamrud kehijauan yang beralun sebagai isyarat kepada hijab kegelapan dan hijab cahaya. dan terangkat hijab kegelapan dengan pembukaan sebesar lubang jarum dan terangkat hijab cahaya dengan alunan yang terjadi pada hijab-hijab. Hijab kegelapan menembusnya dengan, mengalahkan tentera Al-Jahl dan Al-Ana, dan hijab cahaya yang meliputi manusia akan sirna apabila dia menghiasinya dengan tentara Al-Aqal dan akhlaq mulia, dan dengan demikian seorang manusia itu dalam perjalanan melengkapkan dirinya berusaha berjaya mengangkat Al-Ana itu di halaman kewujudannya dan menghiasi dirinya dengam semua tentara Al-Aqal.



Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 26



dan ini adalah pembukaan yang nyata

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً﴾

{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,} [Al-Fath: 1]

Ini adalah maqam terpuji yang dicapai oleh Rasul yang mulia Muhammad (S). Telah ditajallikan maqam Allah SWT ini untuk Muhammad (S) pada waktunya waktunya: (Dan terdapat hijab di antara kedua yang bersinar dan beralun) iaitu hijab itu terangkat pada waktunya dan kembali pada masa yang lain,, dan apabila terangkat tiada lagi Muhammad (S), tetapi lebur (fana) dan terbakar dan tiada lagi wajah Allah pada Muhammad (S), bahkan tiada yang kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Allah Yang Esa Lagi Perkasa) sa.
         
........ Jawapan kepada soalan / terangkat hijab cahaya dan kegelapan dengan usaha keras menuju kepada Allah SWT dan mencapai keredhaannya, dan terangkat hijab kegelapan terutamanya untuk melepasi tentera Al-Jahl dan akhlaq tercela dan menjauhkan diri dari Al-Ana dan meninggalkannya. dan terangkatnya hijab cahaya dengan ilmu dan maktifah dan dihiasi dengan tentera Al-Aqal dan akhlaq mulia dan Dan mendaki anak-anak tangga ke maqam-maqam perhimpunan golongan tertinggi (Al-Mala Al-A3la)] [1]

----------------------------------------
1 - . Perjalanan Musa Ke Pertemuan Dua Laut - oleh Imam Ahmed Hassan (as): ha. 67.


✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Rabu, 26 Disember 2018

10. Muhammad (S) dan Tajalliyat:



10. Muhammad (S) dan Tajalliyat:


Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):

[Adapun pada martabat (peringkat) selain daripada Zat Ilahiyah atau Allah, iaitu pada martabat Al-Khalq wa Al-Tanzil - Penciptaan dan Penurunan, Ia adalah martabat Tajalli (penzahiran) atau sepuluh maqam-maqam, ia adalah: Suradiq Al-3arasy Al-A3dzam (Lembayung Singgasana Teragung), Al-3arasy Al-A3dzam (Singgasana Teragung), dan Al-Kursiy (Takhta), Kemudian Al-3arasy Al-3adzim (Singgasana Agung), padanya ada tujuh martabat atau maqam, ia adalah: Tujuh Langit-langit, turun dari yang Ketujuh ke Langit Pertama, atau Langit Dunia.


Dan ciptaan Allah yang terbaik adalah Muhamamd (S), halaman kewujudannya meliputi (dan bermula) dari Suradiq Al-3arasy Al-A’dzam (Lembayung Singgasana Teragung) hingga ke Langit Dunia.


Oleh itu, Tajalli Marhalah pertama (pernyataan - penzahiran peringkat pertama) adalah: Titik Pertama iaitu (Barzakh - Perantara) atau Suradiq Al-3arasy Al-A3dzam (Lembayung Singgasana Teragung).


Kemudian Tajalli Marhalah kedua, adalah bekas bagi bentuk “Nun” (ن) atau Al-3arasy Al-A3dzam (Singgasana Teragung).


Kemudian Tajalli Marhalah ketiga dan itu adalah bekas bagi bentuk "Baa" (ب), atau Al-Kursiy (Takhta).


Maka Tajalli Marhalah keempat, adalah: Titik Kedua dalam Penciptaan.


Dan semua Marhalah (peringkat) ini ada empat ia adalah Muhammad (S), maka dia adalah "Titik Nun" dan "Nun", dan juga ia adalah "Baa’" dan "Titik Baa'", atau “Qul Huwa” (قل هو), dia ialah limpahan yang turun dari Al-Haq kepada Al-Khalq (dari Yang Sebenar kepada Penciptaan). Dan dia, adalah Muhamamd (S), dalam tiga Marhalah pertama iaitu (Suradiq, 3arasy, Kursiy) sebagai Barzakh (Perantara) di antara Al-Haq dan Al-Khalq (Yang Sebenar dan Penciptaan), dialah yang beralun (bergetar). Maka ia adalah pada ketika tiada yang kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Allah Yang Esa Lagi Perkasa), dan ketika dia kembali semula kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian. Adapun pada martabat Al-3arasy Al-3adzim (7 lelangit), ia adalah tempat tinggal dalam Penciptaan, dan dia adalah ‘Abdullah (hamba Allah).


Perlu diambil perhatian bahawa Titik pertama adalah Al-Quran, dan ia adalah hijab di antara Muhammad (S) dan Allah [di antara keduanya ada hijab yang bersinar dan beralun (bergetar)], dan apabila pembukaan berlaku (Ia kelihatan seperti lubang jarum) 


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 25


Dia SWT berfirman:

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً﴾

{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,} [Al-Fath: 1]

Hijab ini diangkat dengan itu tersingkaplah Muhammad (S), maka Al-Quran dan Muhammad (S) menjadi satu. dan dia beralun (bergetar) di antara fana' (melebur) maka tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Esa Lagi Perkasa) dengan kembali kepada Al-Ana (Aku) dan sebagai keperibadian kemanusiaan, [1]

----------------------------
-1 Kitab Al-Tauhid - oleh Inam Ahmad Al-Hasan (as), hal. 50

✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas
          

9 Ibrahim (as) dan Rububiyah Nabi Muhammad (S), Cahaya aras Cahaya


9 Ibrahim (as) dan Rububiyah Nabi Muhammad (S), Cahaya aras Cahaya

Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):

[Dan dari sini, maka sifat Al-Shamad
(Yang Kaya Mutlak – berhimpun segala kehendakv), yang ditambah pada ketuhanan (Uluhiyah) tidak boleh dimiliki (dipanggil) melainkan hanya kepadaNya SWT, dan itulah yang membezakan Ketuhanan (Uluhiyah) SWT dan menjelasan bahawa ia adalah Ketuhanan yang sepenuhnya Mutlak. Dan untuk ini, didatangkan ayat ini dalam Surah Al Tauhid: ﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾ - Allah Yang Kaya Mutlak – berhimpun segala kehendak.

 
Dan Allah Al-Shamad, adalah bersamaan dengan mengatakan bahawa Allah adalah cahaya yang tiada Kegelapan padanya. Dan ia adalah sifat yang tidak seorang makhluk pun berkongsi denganNya, tidak seperti pada Mendengar, Melihat dan Mencipta. Maka ini adalah sifat-sifat yang dikongsi oleh makhluk, dengan itu anda boleh mengatakan bahawa Muhammad (S) adalah cahaya, tetapi di dalamnya ada kegelapan dan ia adalah “Al-Ana” dan Keakuan (keperibadian), dan jika tidak, tidak akan tinggal Muhammad tidak pada nama dan tidak pada bentuk rupa (imej), dan tidak ada yang akan kekal melainkan Allah, Yang Maha Esa, Yang Maha Menakluk SWT.

Oleh itu , Muhammad (S), walaupun dia berada di darjat tertinggi kesempurnaan yang mungkin ada pada penciptaan (makhluk), dan Muhammad (S) adalah imej (shurah) Allah dan membawa sifat-sifat Ketuhanan dalam penciptaan, untuk dikenali penciptaan pada Allah SWT. Oleh yang demikian, penciptaan datang berlindung kepadanya supaya mereka dilengkapkan dan mengatasi kelemahan mereka. Tetapi Muhammad (S) dari arah (aspek) lain yang memerlukan padaNya SWT, kerana dia adalah seorang hamba dari hamba-hamba Allah

﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ﴾

{yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)} [Al-Nur [24:35]] 

Dirinya hampir bercahaya sendiri, tidaklah dia bercahaya dari dirinya sendiri, sehinggakan Ibrahim (as) walaupun dia dari kalangan Rasul-rasul Uli Al-‘Azim, apabila melihat Kerajaan Langit-langit, menyangka bahawa Muhammad (S) disifati dengan sifat Uluhiyah (sifat Ketuhanan) pada Ketuhanan Mutlak. Dan menyangka bahawa Rububiyah (pengurusan) Muhammad (S) adalah Rububiyah Mutlak. Maka kalau begitu siapa Allah SWT pada Ibrahim (as)?

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 24


Lalu dikasyafkan (diperlihatkan) kepadanya Muhammad (S) tenggelam dan kembali kepada “Al-Ana” dan keperibadian (Keakuan). Baharulah, Nabi Ibrahim menyedari bahawa Allah SWT tidak dilihat di Malakut (Kerajaan Langit), seperti yang diketahuinya bahawa tidak boleh melihatNya dalam Kerajaan Dunia (Alam Syahadah) ini. Tetapi sebenarnya melihat Muhammad (S) adalah melihat Allah, dan menghadap Muhammad (S) adalah menghadap Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan. Dan ini telah dijelaskan oleh Ahlul Bait, sesuatu dari makna seperti ini dalam lipatan ucapan-ucapan mereka (as). [1]


-------------------
1 - Kitab Tauhid - Imam Ahmed Al-Hassan (as) hal. 30


✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas

8. Muhammad (S) Dan Pembukaan Yang Nyata:


8. Muhammad (S) Dan Pembukaan Yang Nyata:

Dari Imam Ahmad al-Hasan (as):


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...22

[Abu Basir telah bertanya Aba Abdillah (as), katanya: (Semoga aku menjadi tebusan tuan: Berapa kalikah Rasulullah (S) mikraj. Lalu dia (as) mengatakan: dua kali, Sewaktu-waktu Jibrail berhenti, dia berhenti di tempatnya dan mengatakan, "Tunggu di sana Ya Muhammad, Engkau telah berhenti di tempat yang sebelumnya tidak ada malaikat atau nabi yang pernah berdiri sebelum Kamu. BahawaTuhanmu berselawat (memberi rahmat di situ). " Baginda (S) bertanya, "Wahai Jibrail, bagaimana Dia berselawat (memberi rahmat)? " Kata Jibrail, "Dia SWT menyebut, Maha Suci, Maha Kudus , Akulah Tuhan para malaikat dan Roh rahmatKu mendahului kemurkaanKu". Lalu baginda (S) berkata, " Ya Allah, (aku mohon) keampunanMu, keampunanMu " Lalu (Imam  as) mengatakan: Seolah-olah Allah telah mengatakan: قاب قوسين أو أدن {Pada jarak dua busur panah atau lebih dekat}. Abu Basir kemudian bertanya, "Semoga aku menjadi tebusan Tuan, apa jarak dua busur panah atau lebih dekat itu?” Dia (as) menjawab: "Ia adalah jarak antara hujung lengkungan dan kepala busur" kemudia dia (as) berkata, Di antara keduanya ada tabir yang bersinar dan beralun, dan tidak ku ketahui sehingga dia berkata, Biru Kehijauan (zamrud). Dia melihat seukuran lubang jarum ke dalam apa yang Allah kehendaki dari cahaya Keagungan. Allah Tabarak Wa Ta’ala berfirman, “Ya Muhammad!" Baginda (S) menyahut, “Ya (Labaik), Tuhanku!" Dia SWT Berfirman, “Siapa di kalangan umatmu selepas Kamu? " Baginda (S) menyahut, "Allah lebih mengetahui. " Dia SWT Berfirman, “Ali bin Abi Thalib, (adalah) Amirul Mukminin , Ketua kaum muslimin, pemimpin golongan bercahaya anggota wuduk. " kemudian perawi berkata, Aba Abdillah berkata kepada Abu Basir, " Wahai Abu Muhammad , demi Allah, tidak diberi Wilayah (kekuasaan) Ali (as) dari bumi tetapi ia datang dari Langit secara lisan " )

Dan mengapa baginda (shalawatu Allah ‘alaih) meminta pengampunan? Apakah kerana kelemahannya? Atau kalimahnya (shalawat Allah ‘alaih) sia-sia dan tidak bererti? Jauh dia dari semua itu! Kerana dia adalah nabi yang mulia dan bijaksana, yang terbaik dari anak-anak Adam (shalawat Allah ‘alaih). Dan mengapa rahmat Allah SWT itu mendahului murka-Nya? Dan mengapa Dia menghadapi Nabi-Nya yang mulia dengan kata-kata yang seseorang boleh merasakan bahawa [kata-kata] diarahkan terhadap seseorang yang layak dimurkai, tetapi Allah ingin menghadapnya dengan Rahmah, selain itu , Allah SWT telah membuka bagi-Nya Pembukaan yang Nyata, dan Dia telah mengampuni dosanya kerana Dia berhak murka, kerana dia adalah Al-Ana (keakuan), dan yang selainnya tidak ada yang kekal melainkan Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa,


﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا * لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا﴾

{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu (Ya Muhammad) pembukaan yang nyata,* supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu ke jalan yang lurus,} [Surah Al-Fath 48:1-2]
         
Karena dengan kecacatan kegelapan dan ketiadaan, tanpanya tidak akan kekal kemanusiaan bagi manusia dan tidak ada satu pun yang kekal selain Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa. Dan Muhammad (S), selepas pembukaan, terus beralun di antara fana (lebur), maka ridak kekal selain Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa, dan di antara baginda kembali ke Al-Ana dan keperibadian, dan baginda (shalawat Allah ‘alaih) adalah hijab antara Penciptaan dan Al-Haq, dan dia adalah Barzakh (perantara) di antara Allah dan Ciptaan-Nya. Jadi jika pemilik martabat agung ini berhajatkan dan harus menghadapNya dengan RahmahNya, apatah lagi yang lain daripada baginda. Maka bagi Penciptaan (makhluk) Allah mereka yang berpaling dan mencari kepadaNya Al-Rahman Al-Rahim, bahkan ia haruslah seperti itu, jika tidak, mereka akan kembali kepada tiada apa-apa dan dirugikan karena kekurangan mereka.


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...23

Dengan itu, Allah dan Al-Rahman dinisbahkan pada kita adalah satu, bahkan ia adalah seperti itu pada kenyataannya (hakikat), maka pintu atau Al-Rahman adalah Kota Kesempurnaan Ilahiyah, atau Allah, naka darinya diketahui apa yang ada di dalamnya, tajalli dan zahir (nyata dan jelas) darinya limpahan Ilahi kepada penciptaan. ...] [1]

-------------------
1 - Kitab Tauhid – oleh Imam Ahmad Al- (as) hal 24


✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Selasa, 25 Disember 2018

6. Muhammad (S), Al-Ana dan Al-Syakhshiyah: 7. Muhammad (S) Di Antara Fana Dan Kembali Semula:

6. Muhammad (S), Al-Ana dan Al-Syakhshiyah:
7. Muhammad (S) Di Antara Fana Dan Kembali Semula:


6. Muhammad (S), Al-Ana dan Al-Syakhshiyah:

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berjata dalam jawapan kepadanya:

[..... Inilah pembukaan yang nyata bagi Muhammad (S). Allah Taala berfurman:

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا * لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

(Sungguhnya Kami telah bukakan kepadamu pembukaan (kemenangan) yang nyata: * supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus). [Surah Al-Fath 48:1-2]

Bagi hijab yang yang beralun, pada waktu itu, tiada yang tinggal melainkan Allah yang Maha Esa, lagi Maha Menakluk, dan itu adalah pengampunan dosa yang tertinggal [yang wujud] dengan hanya yang tinggal Muhammad (S) kerana ia adalah keakuan dan keperibadian (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah).
 (Baca Kitab Sesuatu dari Tafsir Surah Al-Fatihah, dan Mutasyabihaat, pada perkara Pembukaan yang Nyata).[1]

------------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat – oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) Jilid 4 Soalan No. 180


7. Muhammad (S) Di Antara Fana Dan Kembali Semula:

Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 21

Dan dalam usaha untuk memperhatikan Hakikat dan Kenyataan Al-Rasul (S) dangan Zat Al-Ilahiyah SWT, dan tajalli dan penzahiran pada baginda (S) dalam penciptaan, contoh ini perlu dipertimbangkan: Ada perbezaan di antara pengetahuan mengenal api dengan hanya melihatnya sahaja, dengan orang yang telah dibakar di dalam api sehingga dia sendiri menjadi api. Dan ini adalah martabat (makam) Al-Rasul yang mulia (S) apabila dibukakan untuknya sebesar lubang jarum, kerana dia adalah di antara dua keadaan, keadaan fana’ (lebur) dan tiada yang tinggal baginya daripada nama rupa bentuk dan tiada yang tinggal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Maha Esa Maha Penakluk), dan keadaan di mana dia kembali kepada keakuan dan keperibadian (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah)..

Dan jika Hadits Al Mi'raj sebelum ini tidak mencukupi untuk kamu, kemudian saya bawakan kamu Surat Al-Fath, Yang Maha Kuasa berfirman:

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا   * لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

(Sungguhnya Kami telah bukakan kepadamu pembukaan (kemenangan) yang nyata: * supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus). [Surah Al-Fath 48:1-2]

Dan makna di dalam ayat ini bukanlah pembukaan Mekah, walaupun pembukaan Mekah adalah antara perkara yang perlu bagi pembukaan ini, kerana pembukaan di Malakut diikuti dengan pembukaan di Al-Syahadah (Alam Nyata), Maka apakah pula pembukaan Alam Al-Lahut?! Antara Zat Al-Ilahiyah dengan Muhammad (S), dan ia adalah mengangkat sesuatu dari Al-Hijab .

Dan mengehadkan ayat ini hanya kepada pembukaan Mekah adalah penyalahgunaan, dan mengalihan ayat ini kepada selain daripada apa yang dimaksudkan, di mana ia telah digunakan dalam kala lampau (إِنَّا فَتَحْنَا) - Sesungguhnya, kami telah buka} yang bermaksud: bahawa pembukaan berlaku dalam tempoh sebelum diturunkan ayat ini, atau semasa ayat itu diturunkan, manakala pembukaan Mekah berlaku dua tahun selepas ayat itu diturunkan.

Juga, sesungguhnya pembukaan ini adalah alasan untuk pengampunan dosa Al-Rasul, yang tidak dapat dipisahkan dari dia (apa yang mendahului, dan yang akan mengikuti), dan dosa ini - seperti apa yang telah dibentangkan baginda (S), adalah kecacatan kegelapan yang tiada makhluk bebas daripadanya, kerana sesungguhnya, Cahaya Dia SWT sahaja, yang tiada kegelapan di dalamnya....] [1]


-----------------------------
1 - Sebahagian dari Tafsiran Surah Al-Fatihah - oleh Imam Ahmad (as) hal 31

✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas