Sabtu, 28 Jun 2014

Kebaktian (Mutasyaabihaat Jilid 4)

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as) berkata:

(Wahai manusia, Ambillah dari penutup segala Nabi-nabi (sawas), Sesiapa yang mati dari kalangan kita tidak mati dan dia yang akan hilang lenyap dari kalangan kita tidak benar-benar reput, Jangan kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak ketahui, maka sesungguhnya kebanyakan kebenaran, ada yang kalian pandang salah, dan alasan-alasan sesiapa yang tidak berhujah ke atasnya pada kamu)

بسم الله الرحمن الرحيم

Kebaktian

Kepada permulaan dan pengakhiran, dari Alif hingga Ya
Kepada penutup sebelum ini dan kepada pembuka bagi apa yang akan datang
Kepada Muhammad bin Abdullah (sawas) yang diwakili oleh bait-bait ini:
Aminah binti Wahab ini * Aku terima bawaan untuk membawa Ketuhanan selama-lamanya
Maka sujud menghina diri kepadaNya bagi orang-orang yang sujud  * BagiNya apa yang dimiliki jatuh sujud ketika tajalli cahayaNya pada Adam
Kepada bapaku Imam-imam dan teman nubuwah dan dengan persaudaraan yang dikhususkan
Kepada pemimpin agama dan iman dan Kalimah Al-Rahman
Kepada timbangan amal-amal dan yang membolak-balikan hal-hal dan pedang Yang Mulia dan dan pembawa madu jernih
Kepada Mukmim yang soleh, yang mewarisi ilmu para nabi dan yang menjadi hukum hari pembalasan.
Kepada pohon takwa dan pendengar rahsia dan bisikan
Kepada Hujjah Allah penyampai nikmatNya dan pelaksana azab-Nya yang tidak dapat disangkal
Kepada jalan yang jelas dan bintang bertaburan dan pendakwah Imam Ali bin Abi Talib (AS)
Kepada khazanah rahsia tersembunyi
Kepada pintu Tauhid Fatimah binti Muhammad (as)
Kepada batas-batas jalan lurus Al-Hassan dan Al-Hussein
Kepada Al-Quran yang Berkata-kata kepada dan Kitab yang nyata dan Imam-imam yang diutus yang mendustakan para penzalim dari Aali (keluarga) Thaha dan Yasin - طه ويس. . .
Ali Bin Al Hussein, dan Mohammed bin Ali
Ja'far bin Muhammad, Musa Bin Jaafar
Dan Ali ibn Musa, Muhammad Bin Ali
Ali bin Muhammad, Hasan bin Ali
Kepada Baqiah Allah di bumiNya .. Bapaku dan cahaya mataku Imam Mahdi (as)
Jiwa-ku jadi tebusanmu.
Bapa katakanlah atas kebiasaan yang membatasiku
Bapa, Samiri dan patung berhala dan harta ini disembah manusia pada masa Harun
Bapa, pengabdianmu menyeru mereka mewarisimu, dan menyeru kepadamu adalah pewaris mereka dengan perintah langit, adalah perintah langit dan agama
Dan menyeru bahawa mereka adalah wilayah dan khalifah-khalifahmu yang rendah diri
Bapa tidak ada yang tinggal pada Islam selain namanya dan tulisan Al-Quran ......
sehingga nama dan tulisan tidak selamat maka tidaklah kembali kepada mereka orang yang mematahkan tulang rusuk Zahraa’ dan menggugurkan janinnya dan memukulnya dengan cambuk oleh Ibn Shahaak yang terkutuk, tidak perlu kembali lagi kepada mereka yang terkutuk ini seumpama Al-Jibt (Syaitan) dan Taghut penzalim dan kesemuanya seumpama Firaun.
Di sisi mereka ada hadits datuk nenekmu yang meragukan pemikiran mereka (sifat keji dan kesyaitanan mereka) cara terakhir mengambil agama darinya.
Di sisi mereka ada datukmu Muhammad Al-Akbar (sawas) yang mengutus dengan wasiat dengan Imam-imam dan Mahdi-mahdi selepas baginda, dan mengutus (Dan mustahil dia) memanggil ku dengan nama ku dalam wasiat dan bersabda yang pertama dari Mahdi-mahdi, dan yang pertama beriman.
Di sisi mereka ada datukmu Al-Mustafa Muhammad (sawas) Penghulu dua alam tetapi mencontohi syaitan dengan penglihatan dan dengan terbukanya keyakinan.
Tidak kembali kepada Muhammad (sawas) dan Imam-imam mulia di sisi mereka tidak juga kepada Al-Quran, kepada ilmu dan kebijaksanaan dan tidak juga kepada Allah SWT, yang akan melemahkan ilmu yang terpelihara dan tersimpan.
Menterbalikkannya sehingga menjadikan di sisi mereka mempunyai perkataan datuk nenekmu: Mintalah supaya didatangkan mengenai perkara-perkara yang besar dan apa yang ada pada Kitab Al-Mubin (yang nyata)
Bukankah hujah, bahkan semua kata-kata Muhammad (sawas) dan para imam bapa mu, dan apa yang aku katakan yang jiwaku jadi tebusanmu, ringan dalam timbangan mereka, kata-kata dan cadanganmu di sisi mereka kesemuanya pemikiran mereka (sifat keji dan kesyaitanan mereka) dan kesemuanya tiap-tiap hujung kekejian yang jahat dan zalim
Bapa (sesungguhnya kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka membunuhku,) patutkah aku menjadi takut sekali lagi
Aku dikenali sebagai bintang pagi di langit dan perisai dan kubu nabi-nabi
Aku singa, yang seperti lembing atas lembing-lembing di Badr, Uhud dan Hunain
Aku pencinta Nabi dan dengan memberi perubatan pada urusan-urusan agama
Aku Shad dan Sungai Syurga mengumpul amalan hamba hamba
Aku Batu (Hajar Aswad) dan Rukun Yamani
Bapa, padamu aku mengadu
Tetapi aduan ku pada yang haq, yang yaqin, dan yang berkuasa, yang menolong dengan terang
Katakanlah Wahai Bapa pada penolongku yang benar, musuhku yang batil bukan penolong yang dilantik
Sebagaimana kata penolong datuk mu Amirul Mukminin kepada wazir-wazir yang menolong Ibn Shahaak yang laknat
Sebagaimana kata penolong datuk mu Al-Hussain kepada tujuh puluh ribu anak penzina yang membantu Yazid bin Misun
Mangharuskan Syura dan menumpahkan kezaliman, menutup tenggorokan di dadanya Al-Hussein.
Bapa, aku bersumpah kepadamu demi Narjis Al-3askari anak Al-Washiy Syam'aun (شمعون) ibu mu dan ibuku yang bersih lagi suci penghulu kubu wanita
Dan engkau tidak menerima tangan yang dihulurkan kepada mu, Wahai anak Al-Batul penghulu wanita sekalian alam
Bapa tolonglah aku dan lapang penderitaan Wahai yang melegakan kesusahan
Bapa, pertolonganmu telah lama dijanjikan selama bertahun-tahun
Bapa telah berlalu semua penzalim di bumi ke atas Nuh, Ibrahim, Musa Kalam Allah
Isa, Muhammad, Ali dan Al-Hussein
Bapa, tetapi aku tidak pernah melihat pergelutan penzalim seperti zalimnya penindas pada hari ini
Bapa jika kau tolong, maka pertolonganmu menyelamatkan ku
Jika kau kata bersabarlah, maka sabar itu indah dan Allah-lah yang memberi

Anak mu

Ahmad Al-Hassan

Jumaat, 27 Jun 2014

Soalan 69: Apa yang di maksudkan dengan wirid doa Al-Samaat


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam, Raja segala Kerajaan, yang menetapkan perjalanan bintang-bintang, dan  memanfaatkan angin dan yang menyingsingkan pagi, dan menetapkan agama, Tuhan sekalian alam.

Segala puji bagi Allah, yang takut padaNya gemuruh dari langit dan penghuninya, dan bergoncang bumiNya dan bergegar bangunannya, dan bergelora lautNya dan yang berenang di kedalamannya.

Ya Allah selawatkanlah (sanjung pujilah) atas Muhammad, dan keluarga Muhammad, yang bintang-bintang beredar berterusan dalam kemelut hangat yang mengaman selamat sesiapa yang menaikinya, dan hanyut lemas tengggelamlah sesiapa yang meninggalkannya. Akan musnah sesiapa yang mendahuluinya, dan yang tertinggal di belakang mereka akan sesat, dan yang mematuhi mereka bertahan.


✡✡✡✡✡


Soalan 69: Apa yang di maksudkan dengan wirid doa Al-Samaat:

(وبمجدك الذي ظهر على طور سيناء فكلمت به عبدك ورسولك موسى بن عمران (ع)، وبطلعتك في ساعير، وظهورك في جبل فاران بربوات المقدسين وجنود الملائكة الصافين وخشوع الملائكة المسبحين)

[dan dengan kemuliaan Mu, yang muncul di Gunung Sinai yang berkata-kata kepada hambaMu dan RasulMu Musa bin Imran (as), dan dengan kemunculanMu di Sa3ir, dan kezuhuranMu di Gunung Faran atau dengan beribu-ribu tentera malaikat yang suci dan bersih dan tunduk hormat malaikat yang bertasbih]?

Jawapan: (Sa3ir) adalah bumi ibadah dan Tauhid dan ia adalah Tanah Suci, iaitu Bait Al-Maqdis dan di sekitarnya. Dan (Faran) tempat perlindungan istighfar dan taubat dan ia adalah Mekah dan di sekitarnya. Nabi yang telah diutus di dalam Sa3ir adalah Isa (as), yang diutus di Faran adalah Muhammad (sawas).

Kemuliaan yang muncul di Gunung Sinai (Thur Sinaa’) dan telah berkata-kata dengan Allah SWT Musa (as) adalah Ali (as), Ia adalah pintu limpahan dalam penciptaan, maka Ali (as) berkata-kata pada Musa (as) dan Ali (as) adalah tongkat Musa (as), dan pada hakikatnya tongkat Musa bukanlah tongkat kayu, bahkan tongkat Musa pada hakikatnya daripada rautan di tepi laut dan ia adalah kata-kata Allah)

﴿كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ﴾
["Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku".] [37]),
Ia adalah keyakinan yang teguh di hati Musa (as), dan Kalimat Allah dan keyakinan: Ali bin Abi Talib (as).

(وبطلعتك في ساعير)
[dan dengan kemunculanMu di Sa3ir]:
Iaitu kemunculan Allah di Sa3ir, dan Allah SWT muncul di Sa3ir pada Isa bin Mariam, dan kemunculan iaitu kemunculan dan kezuhuran separa (al-juz’ei - sebahagian) bukan sempurna (al-muktamil), Maka Isa (as) adalah Allah dalam penciptaan, akan tetapi ia bentuk tidak lengkap. Itu adalah utusan kemunculan Allah SWT, dan dengan ini adalah Isa menyediakan untuk diutus Muhammad (sawas); kerana kemunculan menjelang kezuhuran.

(وظهورك في جبل فاران)
[dan kezuhuranMu di Gunung Faran]:
Iaitu Zuhur Allah SWT, dan dengan kezuhuran ini jua dibangkitkan Muhammad (sawas), maka Rasul Al-A’dzam Muhammad (sawas) adalah Allah di dalam penciptaan, dan itulah yang dikemukakan Imam (as) dalam doa diutus Muhammad (sawas) dengan Zuhur Allah SWT. Maka Imam (as) mahu mengatakan dalam doanya bahawa Muhammad (sawas) adalah Allah di dalam penciptaan, dan bahawa diutuskannya adalah kezuhuran Allah. Maka sesiapa yang mengenal Muhammad (sawas) akan mengenal Allah, dan sesiapa yang melihat Muhammad adalah melihat Allah, dan memandang Muhammad adalah memandang Allah.

Hakikat-hakikat ini pada hari ini mula muncul dan menunjukkan keutamaan kepada Imam al-Mahdi (as), Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَالشّمْسِ وَضُحَاهَا * وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا * وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا﴾

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, * dan bulan apabila mengiringinya, * dan siang apabila menampakkannya, [38],
dan Matahari: Rasulullah Muhammad (sawas), dan Bulan: Ali bin Abi Talib (as), dan dia yang dibaca (bacaan) dari Rasulullah, dan Al-Nahar - hari: ia adalah Al-Qaim (as) [39], kerana dia adalah orang yang zahir, ditajalli dan diberi keutamaan oleh Rasulullah (sawas) yang hakiki, dan maqamnya yang agung (al-‘adzim).

Walaupun ia pada hakikatnya wujud dalam Alam Jasmani ini bahawa matahari adalah tajalli (menampakkan) hari dan kezuhurannya, tetapi Allah berfirman dalam surah ini:

﴿وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا﴾
dan siang hari apabila menampakkannya
(iaitu matahari), maka Imam Mahdi (as) memang benar sesungguhnya dia zuhur dan tajalli dari Rasulullah (sawas), tetapi dia pada akhir zaman adalah yang muncul (zahir) dan tajalli Rasul Allah (sawas) kepada manusia.




✡✡✡✡✡


----------------------
[37] – Al-Syu3araa’ 26: 62.
[38] – Sun 91:1-3.

[39] – Dari Al-Harits Al-A3war Hussein bin Ali (as): (Wahai anak Rasulullah Semoga aku jadi tebusan Tuan, Khabarkan padaku tentang kata-kata Allah dalam Kitab Al-Mubin-Nya: (Demi matahari dan cahayanya di pagi hari) beliau berkata: Celakalah kamu wahai Harith Muhammad itu Rasulullah, aku berkata: (dan bulan apabila mengiringinya) katanya, Amir Al-Mukminin Ali bin Abi Talib (as), diikuti Muhammad (sawas), katanya : aku berkata: (dan siang hari apabila menampakkannya) beliau berkata Itu Al-Qaim (as) dari Aali Muhammad (sawas) memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan) Bihar Al-Anwar: Jilid. 24, halaman  79.

Soalan 70: Binasalah orang-orang yang mengagak-agak

Soalan 70: Apakah maksud ayat :

﴿قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ * الَّذِينَ هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ * يَسْأَلونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ﴾

Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, * (Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan dan lalai. * mereka bertanya: "Bilakah hari pembalasan itu?" [40]?

Jawapan :
﴿ قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ﴾:
[Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja]
Iaitu penganggar (yang mengagak) terhadap takdir Allah, dan sudah tentu setiap anggaran (agakan) adalah bertentangan dengan takdir Allah, maka takdir (anggaran)nya batil dan dusta, mereka ini adalah para pengagak yang khilaf terhadap takdir Allah, Orang-orang yang berdusta mengagak takdir Allah dan urusan Allah, dan mereka adalah orang-orang yang mendustakan Al-Qaim (as) tidak beriman (percaya) kepadanya; kerana mereka mahu didatangkan menurut takdir *ketentuan) mereka dan mereka tidak mengikut kadar yang ditentukan kepadanya oleh Allah SWT.

﴿الَّذِينَ هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ﴾
[orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan dan lalai.]:
iaitu mereka ini adalah orang-orang yang tenggelam (kagum) dengan dunia, lalai tentang akhirat dan yang ghaib dan kerajaan langit (Al-Malakut). Maka mereka lalai (jahil) dengan dunia ini dan tercungap-cungap di belakang Al-Qaim (as). Tidak ada yang mereka bimbang melainkan dunia ini, mereka merendahkan Al-Qaim dan Jihad yang dibawanya, sebagai kesengsaraan dan keletihan untuk meninggikan kalimah Allah. Mereka penduduk dunia yang tenggelam dalam kejahilan dan lalai, agama dan Al-Qaim hanya di lidah-lidah mereka [41]. Manusia bercakap dan berkata mengenainya, tetapi mereka tidak bersedia untuk menyokong beliau, kerana dia menentang dunia mereka dan memaparkan kehidupan dan kepentingan mereka kepada bahaya.

﴿يَسْأَلونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ﴾
[mereka bertanya: "Bilakah hari pembalasan itu?"]:
ini alasan yang buruk cara mohon keuzuran padanya, dan yang mereka katakan adalah, Al-Qaim tidak akan bangkit sekarang dan masih lama lagi, Agama dalam keadaan baik belum tersebar kerosakan dan ketidakadilan di mana-mana jua. [42].

Maka (Bilakah hari kiamat), dan seolah-olah mereka tidak melihat bumi dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan oleh Amerika dan talibarutnya, bahkan mereka, bersama mereka-itu (Amerika). Merekalah yang mendakwa mewakili agama, Merekalah yang merusakkan, tetapi mereka menyangka bahawa mereka berbuat yang sebaik-baiknya. [43], sehingga membawa mereka kepada kerosakan dan kebencian Al-Qaim (as). kerana mereka hidup dengan kelebihannya, dan di bawah bayang-bayang namanya (as), tetapi mereka tahu bahawa kebangkitannya (as) bermaksud menjatuhkan ketua-ketua agama palsu mereka dan menghormati kejahilan mereka, dan Dan berharap mereka cuba menukar manusia dari Al-Qaim (as) dan dari menolongnya. Mereka (as) telah menyebutnya dalam doa: (Mereka melihatnya dari jauh) [44], mereka bertanya: "Bilakah hari pembalasan itu?!



✡✡✡✡✡

[40] – Al-Zhaariaat 51:10-12.
[41] – Seperti mana kata Imam Al-Hussein (as): (Manusia hamba di dunia ini, dan agama hanya di lidah lidah mereka. Mereka memegangnya selagi ia memenuhi kehidupan mereka yang selesa. Tetapi apabila datang ujian, pemegang agama menjadi sangat sedikit), yang mencukupi bagi mereka yang mengurusnya.
[42] - terdapat ulasan yang sangat berguna dalam perkara ini oleh Al-Syed Ahmed Al-Hassan (as) dalam Kitab (Hakimiyah Allah Bukan Hakimiyah Manusia – Hakimiyat Allah La Hakimiyat Al-Nas), lihat: Fashal (Al-Mushli7 Al-Muntadzir Limaazha): halaman 38.
[43] – Ffirman Allah: [Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?" * Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.] AlKahfi: 18:103-104.

[44] - dipeti dari doa Perjanjian, Imam mengatakan: (Ya Allah bukakanlah kesedihan ini dari umat ini dengan kehadiran beliau, dan percepatkanlah Ya Allah, penampilannya bagi kami, bahawa mereka melihat adalah masih jauh dan kami lihat tidak lama lagi, dengan rahmat Mu, wahai Maha Pengasih lagi Penyayang) Mishba7 Al-Mutahijad: halaman 552.

Khamis, 26 Jun 2014

Soalan 71: Ketaatan dan ibadah di sisi Allah),

Soalan 71: Al-Syed Al-Khomeini (rahimahu Allah) mengatakan dalam Al-Arbain, apakah maksudnya: (Bahawa ketaatan kami ini dari besarnya dosa-dosa di sisi Allah), dan apakah kenyataan ini sahih?

Jawapan: Jika yang dimaksudkan diri yang taat, tidak betul, tetapi jika yang dimaksudkan melaksanakan, maka betul. Sebab untuk jenis orang yang melaksanakan untuk melakukan ketaatan dari dosa, maka mereka tidak mengetahui cara mereka beibadah, bahkan kebanyakan manusia lalai terhadap Allah SWT dalam solat-solat mereka, maka terombang-ambing pemikiran mereka seperti gelombang ke kiri dan ke kanan.
.
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas lihatlah contoh ini: Jika kamu berjumpa seseorang yang hebat percakapannya dan berharap untuk berbincang dengan kamu, dan apabila kamu berjumpa dengannya dan wajah kamu terhalang darinya ke sebelah kiri atau kanan, ini akan membuatkan kamu runsing dengan bangkai yang terlantar di atas tanah, adakah kemarahan ini mulia pada kamu? Jika tidak, seterusnya adakah kemarahan yang dikatakan oleh manusia bahawa dia adalah betul dan kamu salah? Adakah manusia menggambarkan kamu orang yang bodoh?

Dan yang tidak terombang-ambing pemikiran mereka sehingga terputus pada Allah dalam solat dari khusyuk, rendah diri dan hina diri, maka ia juga akan mengurangkan penghadapannya dari Allah mengikut kadar kejahilannya terhadap Allah SWT.



✡✡✡✡✡


Soalan 72: Hubungan antara kisah Ashhab Al-Kahfi, Musa (as), Al-’Alim (as), Zhi Al-Qarnain, dan Al-Qaim (as)

Soalan 72: Adakah terdapat hubungan antara kisah Ashhab Al-Kahfi dengan kisah Musa (as) dan Al-’Alim (as) atau Zhi Al-Qarnain, dan di antara Al-Qaim (as) atau tanda-tanda kezuhurannya atau masa kemunculannya atau sahabat-sahabatnya dan ansarnya atau musuh-musuhnya?

Jawapannya:

Kisah [Ashhab Al-Kahfi] amat masyhur, ceritanya secara ringkas, mereka orang-orang beriman seramai tujuh orang yang mengingkari taghut penzalim pada zaman mereka, dan matlamat mereka adalah menghadapi:

Yang pertama adalah pemerintah zalim yang tidak adil lagi kafir.
Yang kedua ialah ulamak yang sesat yang memutarbelitkan agama Allah dan Syariat-Nya.

Setiap satu daripada kedua-duanya: Taghut yang mengisytiharkan dirinya tuhan yang disembah selain Allah, pemerintah yang tidak adil mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan yang disembah selain Allah dalam urusan duniawi dan kehidupan hamba dan dasar sistem-sistem manusia (siasat – politik), dan ulamak yang tidak beramal yang menyesatkan yang melantik diri mereka sendiri sebagai tuhan-tuhan yang disembah selain Allah dalam hal-hal agama dan undang-undang (syariat). Oleh itu pemuda-pemuda ini membebaskan diri daripada menyembah Taghut itu, dan ingkar kepada Taghut. Dengan mengingkari Taghut ini adalah panduan (hidayah) permulaan, Allah menambahkan hidayah dengan mengtahui jalanNya yang Maha Suci, dan beriman denganNya, dan berjuang (beramal) untuk menegakkan KalimahNya Yang Maha Suci), mereka pemuda-pemuda yang beriman dengan Kalimah Allah SWT

﴿إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدى﴾

Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. [45],)

﴿وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا َعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ يَنْشُرْ لَكُمْ رَبُّكُمْ مِنْ رَحْمَتِهِ وَيُهَيِّئْ لَكُمْ مِنْ أَمْرِكُمْ مِرْفَقاً﴾

Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, niscaya Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu. [46].

Ashhab Al-Kahfi pada zaman Al-Qaim (as) bangkit mereka adalah pemuda-pemuda di Kufah dan pemuda-pemuda Basrah, seperti yang diriwayatkan oleh Ahl Al-Bait (as) [47], dan Penghulu Al-Hussein Bin Ali (as) menyebut beberapa kali, dan lebih daripada sekali mendengar [48] mengulangi ayat ini:

﴿أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا منْ آيَاتِنَا عَجَباً﴾

Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan al-raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan? [49],

dan hanya mendengar daripada mereka membaca :

﴿أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَباً﴾

bahawa orang-orang yang mendiami gua dan al-raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan? [50].

Mereka ini adalah Ashhab Al-Kahfi – dan mereka adalah para sahabat Al-Qaim (as) – mereka adalah orang-orang yang akan menuntut bela Al-Hussein (as), dan membalas bela dari penzalim, dan membolak-balikan pemerintah zalim dan menjatuhkan mereka, dan bahawa dia mendengar Penghulu Al-Hussein juga membaca:

﴿وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ﴾

Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali. [51].

Demikianlah para sahabat Al-Qaim (as) kaum yang beribadat dan ikhlas kepada Allah SWT, mereka hanya melihat kepada Allah, beriman kepada Allah dan bertawakkal dan menggempur tentera yang lebih besar yang zalim dan angkuh di atas muka bumi, dia adalah pemerintah kuku besi yang meratah dan memijak segala kerajaan di bumi, seperti yang diceritakan oleh Daniel [52], yang kini diwakili oleh kerajaan Syaitan Amerika [53].

Bahawa dia mendengar Penghulu Al-Hussein (as) juga membaca :
﴿لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ﴾
tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah [54], kerana ia tidak akan menuntut bela, melainkan orang-orang yang membenarkan ayat ini:
﴿لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ﴾
tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Dan dalam riwayat (mereka yang telah menyalib kepalanya di atas pokok, mendengar:
﴿وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ﴾
Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali. [55].

Dan (juga mendengar suaranya di Damsyik yang mengatakan)
﴿لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ﴾
tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

(dan juga mendengar suara berbunyi :
﴿أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَباً﴾
bahawa orang-orang yang mendiami gua dan al-raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan?
(berkata Zaid bin Arqam: urusanmu ajaib, Wahai anak Rasulullah) [56].

Diriwayatkan Sheikh Al-Mufid (rahimahu Allah) bahawa Zaid bin Arqam mendengar Penghulu Al-Syarif mengatakan ayat Surah Al-Kahfi. [57].

Dan diriwayatkan dari Al-Minhal bin ‘Amru bahawa dia mendengar Penghulu Al-Hussein berkata: (Amat mengherankan dengan Ashhab Al-Kahfi untuk membunuh untukku dan memikul tugasku) [58].

Adapun diriwayatkan bahawa Ashhab Al-Kahfi yang dutus bersama Al-Qaim (as) mereka adalah sebahagian dari para sahabat setia Rasulullah (sawas), dan sahabat Amir Al-Mukminin Ali (as) seperti Malik Al-Asytar, ia tidaklah bermaksud diri mereka sendiri, tetapi yang dimaksudkan dalam riwayat ini mereka adalah khusus para sahabat Al-Qaim (as), iaitu, bahawa seorang lelaki dari para sahabat Al-Qaim (as) yang sepadan dengan Malik Al-Asytar dalam keberanian dan kecerdasan, kepimpinan dan keupayaan pada Allah dan taat kepada Allah dan berakhlak mulia dan banyak dari sifat-sifat yang ada pada Malik Al-Asytar, itulah yang disifatkan oleh para Imam pada Malik Al-Asytar.

Ia tidak jauh dari kefasihan dan penyampaian dan kepimpinan mereka Ahl Al-Bayt (as), seperti penyair Al-Husseini sifatkan turunnya Ali Al-Akbar ke medan perang dan berkata sesuatu yang bermaksud: Bahawa Muhammad (sawas) telah turun ke medan perang, dan bahawa ketinggian akhlak Ali Al-Akbar mempunyai kemiripinan dengan akhlak Rasulullah Muhammad (sawas), dengan para sahabat Imam-imam yang menjadi pendorong sebenar kepada dorongan mengembalikan dan mempersiapkan pada Al-Raj’ah selepas dua belas Mahdi-mahdi, dan pada zaman yang terakhir mereka, dia adalah Al-Qaim terakhir sebenar dari Aali Muhammad (as), yang padanya keluar Al-Hussein bin Ali (as), dan inilah Imam Mahdi yang terakhir atau Al-Qaim terakhir tidak ada keturunan baginya dan tidak ada baginya anak. [59].

✡✡✡

Ada pun kisah [Al-’Alim (as)] dengan Musa (as). Ia adalah mengenai Musa (as) yang terjadi dalam dirinya, ilmu yang datang dari Allah kepadanya selepas menerima Kalimah Allah SWT di Gunung Sinai (Thur Sina'), Allah SWT mengarahkan Jibrail (as) untuk menyedarkan dan memerintahkannya supaya mengikuti Al-’Alim (as), Musa (as) mengembara bersama Yusya’ (as) untuk mencari Al-’Alim (as), [60], dan cerita itu terkandung dalam Al-Quran dan terdapat tiga perkara, iaitu:

1 - Kisah perahu dan pemiliknya:

Perahu tersebut adalah milik sekumpulan orang yang beriman dan ikhlas, yang miskin (lemah) terhadap Allah SWT, iaitu  ibadat yang miskin, miskin dalam ibadah bukanlah golongan miskin yang memerlukan, yang memiliki perahu tidak fakir, bagaimana dia dikatakan miskin [61], kerana orang miskin tidak memiliki dan tidak terlalu sedikit dan terlalu banyak.

Mereka orang-orang mukmin yang miskin terhadap Allah, mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendah diri. dan menyeru supaya membantu mereka untuk mengelakkan raja yang zalim dan tenteranya, yang mengambil perahu yang menyusahkan mereka untuk bekerja untuk dijadikan alat kegunaan jenayah bagi raja ini, orang-orang miskin ini, mereka tidak mahu menjadi punca yang membantu taghut penzalim, Begitulah apabila perahu mereka direndahkan  kepada jenaya, sedangkan mereka tidak mahu kehilangan perahu mereka dan dengan itu Allah menghantar kepada mereka Al-’Alim (as), untuk menggunakan perahu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman ini, dengan mencacatkan secara zahir (membocorkan) yang akan menjadikan satu sebab bagi keengganan raja dan meninggalkannya supaya boleh belayar di laut.

2 - Kisah budak lelaki:

Ibu bapa budak lelaki ini adalah orang-orang beriman yang soleh dan ikhlas kepada Allah SWT, dan telah banyak merendahkan diri dan berdoa kepada Allah supaya memberi mereka keturunan yang soleh yang menyejukkan mereka berdua, dan melindungi mereka berdua dari anak-anak yang derhaka. Budak lelaki itu pada zahirnya anak yang baik, dia anak kedua-dua mukmin itu yang didapati bersih pada zahirnya dan berjiwa suci pada zahirnya. Inilah yang dikatakan Musa (as) dia (nafsan Zakiyah – jiwa yang suci) iatu menurut zahirnya. Oleh kerana anak kepada orang yang beriman, dan pada masa itu; ia tidak lagi menzahirkan keringkaran dan kefasikan, tetapi Allah SWT Maha Mengetahui apa yang ada dalam diri budak ini sama ada keakuan (Al-Ana) atau pun angkuh atas perintah Allah dan hujjah-hujjahnya (as).

Jiwa yang ganas (buruk) ini adalah salah satu daripada musuh-musuh para nabi dan Rasul, dan kerana inilah Allah SWT menghantar Al-’Alim (as), untuk menunaikan harapan kedua-dua mukmin itu dengan zuriat yang menyejukkan dan yang beriman serta soleh, tetapi tidaklah dengan cara untuk memisahkan mereka dengan membunuh budak itu, maka Al-’Alim (as) membunuhnya dengan perintah Allah Yang Maha Suci dan sebagai tindak balas kepada doa ibu bapanya. Dalam Syari’at (agama) dahulu, bapa dibenarkan untuk menyembelih (korban) anaknya untuk mendekat diri kepada Allah Yang Maha Suci, dan seperti kisah Nabi Ibrahim (as), seorang nabi dengan anaknya, semasa dia mahu menyembelihnya [62], dan kisah Abdul Muthalib (as), seorang washiy dengan anaknya, semasa dia mahu menyembelih (korban) anaknya untuk mendekat diri kepada Allah [63] bukan untuk menjauhkan diri. Apabila Islam datang dan memansuhkan hukum (peraturan) ini dan menjadikan bapa tidak boleh memberi amaran (bernazar) dengan menyembelih anaknya untuk dihadapkan kepada Allah, tetapi jika bapa membunuh anaknya, bapa tidak tidak akan dibalas bunuh, dan hukum ini diketahui oleh umat Islam, pembunuh akan dibalas bunuh, kecuali si bapa.

Oleh itu, permintaan untuk membunuh anak itu tidak disedari oleh bapanya. Pada doanya yang meminta untuk menghilangkan anaknya pada hakikatnya membunuh mati, dan yang mengarahkan pembunuhan anak itu adalah Allah Yang Maha Suci, dan yang melakukannya adalah Al-’Alim (as). Tidak ada pelanggaran Syari’at dalam perkara ini, secara zahirnya dalam masalah ini. Ia hanya sebahagian daripada qishash (hukum) sebelum berlakunya jenayah; kerana membunuh budak lelaki itu adalah sesuai dengan permintaan bapanya, walaupun dia tidak tahu bahawa doa beliau adalah sepadan dengan membunuh anak lelakinya dan menyebabkan kematiannya.

Terdapat juga beberapa perkara yang mungkin menyelesaikan banyak persoalan di sekitar kisah Musa (as) dengan Al-’Alim (as). jika mahu mengetahuinya, iaitu:

1 / Al-’Alim (as) melihat masalah tersebut sebagai padanan masa akan datang secara batin, dan Musa (as) melihat pada batinnya tetapi hanya pada masalah itu sahaja.
2 / Jika Al-’Alim (as) membunuh anak itu di hadapan orang ramai dan membiarkan dia pergi, bukanlah orang ramai melihat Al-’Alim seperti Musa (as) melihatnya.
3 / Masalah pembunuhan budak itu seperti Malaikat Maut mengambil nyawa, atau menggagalkan pemilik kereta yang memandu di jalan, dan meninggal dunia kerana kemalangan, saat Al-’Alim (as) bertindak seperti malaikat (as).
4 / Telah diperintahkan oleh Allah Yang Maha Suci kepada Al-’Alim (as) secara menyeluruh, tidak terperinci, seperti contoh: [menyelamatkan perahu orang-orang miskin], dan dia tidak diberitahu oleh Allah SWT cara menyelamatkan kelemahannya, tetapi kadar kelemahan ini untuk dirinya sendiri, Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿هَذَا عَطَاؤُنَا فَامْنُنْ أَوْ أَمْسِكْ بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾

Inilah anugerah Kami; maka berikanlah (kepada orang lain) atau tahanlah (untuk dirimu sendiri) dengan tiada pertanggungan jawab. [64]. Dalam riwayat dari baginda (sawas) (Bahawa Allah tidak melihat kepada Jasmani (luaran) ciptaanNya) [65].

3 - Kisah dinding:

Sebuah dinding rumah dua orang anak yatim, mereka anak-anak yang saleh dan yatim: Individu yang terdapat pada kaumnya tidak melakukan kebajikan dan ketakwaan dan ketaatan [66], dan harta yang di bawah tembok (dinding) itu harta bernilai dan emas, khazanah untuk mereka dari bapa mereka, dan juga dituliskan untuk mereka nasihat dan harta peninggalan bagi mereka. Ahl al-Bayt (as) menganggap nasihat ini adalah harta yang sebenar bukanlah peninggalan wang dan emas itu sebagai harta. nasihatnya adalah seperti kata Imam Al-Shadiq (as): (Sesungguhna Aku Allah tiada Tuhan melainkan Aku, sesiapa yang yakin dengan kematian, tidak ketawa seumur hidupnya, dan sesiapa yang mengakui hisabnya tidak gembira dalam hatinya, sesiapa yang beriman dengan al-qadar tidak takut, kecuali Tuhannya) [67].

Kebijaksanaan dan nasihat ini adalah perang terhadap kebakhilan penduduk kampung (penempatan) tersebut, yang enggan memberi mereka makan, dan ini merupakan satu lagi sebab untuk dibina dinding itu.

Dalam pembinaan dinding ada tanda lain bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda, adalah Aali Muhammad (as) - iaitu, bahawa halangan antara pemikiran penduduk kampung dan akhlak yang mulia atau khazanah kedua-dua anak yatim. Pada hakikatnya, yang membina dinding mestilah oleh orang kedekut kampung itu. Halangan, pemikiran, dan tanda-tanda dari pembinaan dinding tiadalah untuk yang berakal yang berilmu sahaja.

Yang masih perlu diketahui:

Kerja-kerja Al-’Alim (as) adalah sama seperti kerja-kerja malaikat, mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya., ia adalah pelaksana bagi perintah Allah SWT, dan ketiga-tiga kerja-kerja tersebut telah dijalankan dengan perintah Allah. Ia adalah atas permintaan pemilik yang telah dilakukan untuk mereka. Juga adalah sebagai mengabul doa mereka, perahu dibocorkan (dirosakkan) atas permintaan daripada pemilik, dan budak itu dibunuh atas permintaan ibu bapa, dan dinding telah didirikan atas permintaan bapa kedua anak-anaknya, dan semua permintaan seperti itu dengan doa dan permohonan kepada Allah dari orang-orang mukmin yang ikhlas kepada Allah SWT.

Setiap yang dilakukan Al-’Alim (as) banyak yang kembali semula secara baik kepada pemilik-pemiliknya, perahu yang dipelihara pemiliknya tidak didorong untuk membantu penzalim, dan budak lelaki yang tidak beriman dengan batinnya yang hitam dibunuh dan digantikan kepada kedua ibu bapanya dengan anak gadis solehah dan baik melahirkan nabi-nabi, dan dinding untuk memelihara harta, emas, dan kebijaksanaan daripada dijangkau kepada selain pemiliknya.

Al-Shadiq (as) berkata: (Adalah perumpmaaan perahu itu kepada kamu dan pada kami adalah Al-Hussein seperti meninggalkan bai’ah kepada Muawiyah, dan ia adalah perumpamaan budak lelaki itu pada kamu adalah seperti dikatakan Al-Hassan bin Ali (as) kepada ‘Ubaidullah bin Ali “kamu dilaknat Allah dari kekafiranmu,” maka dia berkata kepadanya: Dia telah dibunuh wahai Aba Muhammad, dan ia adalah seperti sebuah dinding pada kamu seumpama Ali, Al-Hassan dan Al-Hussein (as)) [68].

Dan pada zaman Al-Qaim (as) juga ada perahu, budak lelaki dan dinding yang di bawahnya ada harta. Perahu itu bagi para sahabat Al-Qaim (as) diperuntukkan bagi memelihara dari para taghut penzalim (muncul dalam kecurigaan untuk ditunjukkan kepada) Al-Qaim (as), seperti yang diriwayatkan dari mereka (as) [69], dan budak lelaki itu dibunuh; kerana dari segi batinnya hitam dan digoda oleh syaitan (laknat Allah): (aku lebih baik daripadanya), diriwayatkan dari mereka (as) Al-Qaim (as) membunuh seorang daripada mereka yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) [70], dan mereka yang rapat dengan dia (as), dan harta yang keluar dari bawah dinding dan disebarkan pada manusia, dan ia ilmu Aali Muhammad (as).

Dari Al-Shadiq (as): (Ilmu itu dua puluh tujuh huruf, semua yang didatangkan pada Al-Rasul dua huruf, manusia tidak mengetahui sehingga ke hari ini adalah dua huruf, Apabila bangkit Qaim kita akan dikeluarkan dua puluh lima huruf dan akan disebarkan pada manusia, termasuk dua huruf sehingga menjadi dua puluh tujuh huruf) [71].

Ada pun kisah Zhi Al-Qarnain telah diterangkan Ahl- Al-Bait (as) dalam riwayat-riwayat, di mana perkara yang paling penting bahawa Zha Al-Qarnain pada zaman ini adalah Al-Qaim (as). Telah ditanya kepada Amirul Mukminin (as) adakah Zhi Al-Qarnain nabi atau raja? Beliau berkata: (bukan nabi dan bukan juga seorang raja, tetapi seorang hamba yang dikasihi Allah maka dia mengasihi dan menasihati kerana Allah dan memberi nasihat kepadanya, Dibangkit kepada kaumnya, dia memukul kaumnya dengan tanduknya yang kanan dan kemudian dia menghilang dari mereka dengan kehendak Allah, dia meninggalkan mereka, dan datang kali kedua, dia memukulnya kaumnya dengan tanduknya yang kiri dan kemudian dia menghilang dari mereka dengan kehendak Allah, dia meninggalkan mereka, dan datang kali ketiga maka Allah teguhkan kedudukannya di bumi, dan pada kamu, seumpamanya) [72].

Dari Al-Baqir (as), berkata: (Bahawa Zha Al-Qarnain mempunyai pilihan dua awan. Beliau memilih yang mudah, dan diasingkan satu yang sukar untuk Al-Shahib kamu. Aku berkata, "Apakah yang sukar? Beliau berkata , "awan di mana ada guruh dan kilat petir. Shahib kamu menungganginya. Apabila dia menunggang awan dan mengembara ke tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi, lima daripadanya didiami, dan dua lagi sunyi sepi." [73].

Telah berkata Amir Al-Mukminin (as) (pada kamu seumpamanya), yakni Al-Qaim (as), Maka dia telah menyeru manusia, tetapi mereka mengatakan kepadanya, Pulanglah wahai anak Fatimah, dan kemudian dia telah menyeru manusia untuk kali kedua dan mereka berkata, Pulanglah wahai anak Fatimah, dan untuk kali ketiga Allah meneguhkannya dengan dipancung leher mereka dan dibunuh mereka sehingga mencapai keredhaan Allah SWT [74], dan sehingga berkata kepadanya seorang yang rapat dengannya: Jika kamu menjauhkan diri dari manusia maka jauhlah ternakan. (menjadikan mereka lari). [75], dan sehingga manusia mengatakan ini bukan dari Aali Muhammad (as) kalaulah dari Aali Muhammad tentulah dalam kasih sayang [76], seperti yang ada dalam riwayat-riwayat dari mereka (as).

Saya berharap apa yang diingatkan akan bermanfaat bagi orang yang beriman, walaupun dalam ketiga-tiga cerita itu terlalu banyak rahsia yang tidak ditonjolkan [77]. Kesimpulan yang saya ingin terangkan dari ketiga-tiga cerita ini berkait rapat dengan Al-Qaim (as) dan dengan para sahabatnya dan dengan tanda-tanda kemunculannya.





✡✡✡✡✡

-------------------------------
[45] - Al-Kahfi 18:13.
[46] – Al-Kahfi 18:16.
[47] – Dari Mufadhdhal bin ‘Umar, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (akan keluar Al-Qaim (as) dari bahagian belakang Kufah, dua puluh tujuh lelaki, lima belas orang kaum Musa (as) yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak dan mereka yang menjalankan keadilan., dan tujuh orang Penghuni Al-Kahfi, dan Yusya’ bin Nun, Salman, Aba Dajanah Al-Ansari, Al-Miqdad, dan Malik Al-Asytar, mereka ini adalah di antara-tangan ansar dan pemerintah beliau) Al-Irsyad oleh Al-Syeikh Al-Mufid: Jilid. 2, halaman  386.
[48] ​​– Dari Zaid bin Arqam, bahawa dia berkata: (karena hal yang telah berlalu dengannya - Penghulu Al-Hussein (as) - Ali, padanya ada tombak dan aku di dalam bilikku, maka aku telah terdengar: [(أم حسبت أنّ أصحاب الكهف والرّقيم كانوا من آياتنا عجباً)  - Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan al-raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan?) maka dia bangun (iaitu berdiri) Demi Allah aku rasa Ali memanggil-manggilku: Penghulu kamu, Wahai anak Rasulullah, amat ajaib, dan amat ajaib) Mustadrak Safinah Al-Bihar: Jilid. 4, halaman  11.
[49] - Al-Kahfi 18:9.
[50] - Mustadrak Safinah Al-Bihar: Jilid. 4, halaman  13.
[51] – Al-Syu3araa’: 227.
[52] - Kitab Daniel - bab VII.
[53] - untuk menggambarkan lebih banyak anda boleh menyemak apa yang dikatakan oleh Al-Sayid Ahmad Al-Hassan (as) di dalam Kitab (Al-Jawab Al-Munir: Jilid 1 / jawapan soalan 15).
[54] - Al-Kahfi 18:39.
[55] - Mustadrak Safinah Al-Bihar: Jilid. 4, halaman  11.
[56] - Al-Manaqib oleh Ibn Syahrasyub: Jilid. 4, halaman  61, Bihar Al-Anwar: Jilid. 24, halaman  304.
[57] - Bihar Al-Anwar: Jilid. 45, halaman  121.
[58] - Bihar Al-Anwar: Jilid. 45, halaman  188.
[59] - dari al-Hasan bin Ali Al-Khazaz, berkata: (Aku masuk berjumpa Ali bin Abi Hamzah yang bersama Abi Al-Hassan Al-Ridha (as), lalu berkata kepadanya (as): Adakah kamu Imam? Kata beliau (as): Ya. Lalu dia berkata: Aku mendengar datukmu Ja'far bin Muhammad (as) berkata: Tidak akan ada Imam melainkan jika dia mempunyai keturunan. Maka dia (as) berkata: Adakah kamu lupa, wahai Syeikh atau atau adakah kamu cuba untuk melupakannya. Bukan begitu kata Ja’far (as), tetapi Ja’far (as) berkata: Tidak akan menjadi Imam melainkan jika dia mempunyai keturunan, kecuali Imam yang keluar padanya Al-Hussain bin Ali (as), beliau tidak mempunyai keturunan. "Jadi dia berkata kepadanya (as): Kamu telah bercakap benar, Semoga Allah jadikanku tebusan Kamu, inilah yang aku dengar apa yang datuk kamu katakan.) Bihar Al-Anwar: Jilid. 25, halaman 251.
[60] - dalam Tafsir Al-Qumi Jilid. 2, halaman 38: (..... Setelah diberitahu Rasul Allah (sawas) orang-orang Quraisy mengenai berita Ashhab Al-Kahfi, mengatakan: Beritahu kami tentang Al-‘Alim yang Allah perintahkan Musa (as) mengikutnya dan apakah kisahnya, Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat:
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun" [Al-Kahfi 18:60].
 (Baginda bersabda, Itulah sebabnya bahawa setelah Allah berkata-kata kepada Musa dengan Kalamnya dan diturunkan kepadanya (papan) Lauh-lauh sebagaimana Allah berfirman:
Dan telah Kami tuliskan untuk Musa pada luh-luh (Taurat) segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu; [Al-A3raaf 7:145
Musa kembali kepada Bani Israel menaiki mimbar dan memberitahu bahawa Allah telah menurunkan kepadanya Taurat dan KalamNya, dia berkata kepada dirinya sendiri: Tidak ada ciptaan Allah yang diciptaNya lebih berilmu dariku Allah mewahyukan kepada Jibrail supaya menyedarkan kerana Musa telah binasa, dan diberitahu kepadanya bahawa di persimpangan dua laut, di atas batu ada seorang lelaki yang lebih berilmu dari kamu berterus-teranglah kepadanya dan belajar daripadanya pengetahuannya, Jibrail turun kepada Musa (as) dan memberitahunya, Musa lemah di dalam dirinya dan beliau telah membuat kesilapan dan dimasukkan rasa takut. Dia berkata kepada washinya Yusya' bin Nun: Allah telah memerintah aku supaya mengikut lelaki di persimpangan dua laut dan belajar darinya.....).
[61] – Orang yang miskin dari segi kebendaan iaitu tempat tinggal yang sukar untuk memenuhinya kerana tidaklah terlalu sedikit, atau berlebihan.
[62] - Yang Maha Tinggi berfirman: (Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. * Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". * Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). * Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, * sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. * Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. * Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.) Al-Shaffat 37: 101-107.
[63] - Bihar Al-Anwar: Jilid. 15, halaman  78, dan seterusnya.
[64] – [Shad 38:39]                
[65] - Ia bukanlah rahsia bahawa Alam Dunia adalah Alam Jisim-jisim (benda-benda), dan darinya bersabda Rasul Allah (sawas) (Bahawa Allah tidak menjadikan penciptaan adalah yang paling benciNya selain dunia , dan tidak melihat padanya sejak menciptanya Dia membenci) Al-Jami3 Al-Shaghir oleh Al-Suyuthi: Jilid. 1, halaman  273 hadits 1780.
[66] - Berkata Ali bin Ibrahim Al-Qumi (rahimahu Allah): (mengenai Firman: (Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? [Al-Dhu7a 93:6]) berkata: anak yatim yang tidak suka beliau, yang dinamakan selepas al-Dura: anak yatim, kerana dia tidak suka dia) Bihar Al-Anwar: Jilid. 61, halaman  142.
[67] - Bihar Al-Anwar: Jilid. 13, halaman  312.
[68] - Bihar Al-Anwar: Jilid. 13, halaman  307.
[69] - Mukhtashar Bashair Al-Darajaat: halaman  179, Bihar Al-Anwar: Jilid. 53, halaman 3.
[70] - Dari Hisham bin Salim, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Ketika lelaki bersama Penghulu Al-Qaim dan memerintah dan mencegah dengan memenggal lehernya, dan tiada yang tinggal di antara jarak dua mata angin [sesuatu pun] melainkan ketakutan) Ghaibat Al-Nu3mani halaman  329-330.
[71] - Bihar Al-Anwar: Jilid. 53, halaman 3.
[72] - Bihar Al-Anwar: Jilid. 12, halaman 178.
[73] - Bihar Al-Anwar: Jilid. 12, halaman 183, dipetik dari Bashair Al-Darajaat.
[74] – Dari Abi Ja'far (as) dalam sebuah hadits yang panjang, beliau berkata: (Apabila Al-Qaim (as) bangkit, dia akan mara ke Kufah, maka keluar darinya beberapa puluh ribu jiwa dari bandar yang dipanggil Al-Batriyah, mereka mempunyai senjata, mereka berkata kepadanya: Kembalilah dari mana kamu datang, kami tidak perlukan anak-anak Fatimah, Lalu dia memenggal dengan pedangnya sehingga dia selesai yang terakhir daripada mereka, dan kemudian memasuki Kufah, membunuh setiap munafik amat tidak boleh dipercayai, dan akan merobohkan istana, dan juga membunuh pejuang mereka sehingga mendapat keredhaan Allah Azza wa Jallla.) Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 338.
 [75] - Dari Abi Ja'far (as) dalam sebuah hadits yang panjang, beliau berkata: (.....kemudian bermula - iaitu Al-Qaim (as) - yang menyeru kepada manusia kepada Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya, dan Wilayah Ali bin Abi Talib, (shalawat Allah 3alaih), dan berlepas diri dari musuhnya, Sehinggalah sampai ke Al-Tsa’labiyah yang bangkit padanya seorang lelaki dari salbi bapanya, dia salah seorang yang bersangatan badannya, dan paling teguh hatinya, selain pemilik urusan ini (Sohib Al-Amr). dan berkata: Hei, apa yang kau lakukan?. Maka demi Allah jika kamu menjauhkan diri dari manusia maka jauhlah ternakan. (menjadikan mereka lari). Apakah ini janji dari zaman Rasul Allah (sawas) atau apa? Maka berkata Al-Mawla yang akan berbai’ah: Demi Allah kamu diam atau ditetak di antar dua matamu, Maka berkata, Al-Qaim: Diamlah wahai Fulan. Demi Allah bersamaku perjanjian dari Rasul Allah ...) tafsir Al-3iyasyi: Jilid. 2, halaman  56, Bihar Al-Anwar: Jilid. 52, halaman  343.
[76] - Dari Abi Ja'far (as) berkata: (jika manusia tahu apa yang dilakukan Al-Qaim jika ia keluar akan suka kebanyakan mereka yang tidak melihatnya, membunuh manusia, tetapi dia tidak dimulakan sehinggalah dengan Quraisy. Mereka tidak akan dikuasai kecuali dengan pedang dan tidak akan menerima kecuali dengan pedang sehingga ramai orang mengatakan: ini bukan dari Aali Muhammad (as) kalaulah dari Aali Muhammad tentulah dalam kasih sayang) Bihar Al-Anwar: Jilid. 52, halaman  354, dipetik dari Ghaibat Al-Nu3mani.

[77] - untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tajuk ini, sila rujuk kepada apa yang dterangkan oleh Al-Sayid Ahmad Al-Hassan (as) di dalam Kitab yang mulia (Musa perjalanan ke Pertemuan Dua Laut – Ri7latu Musa Ila Majma3a Al-Bahrain).