Rabu, 28 September 2016

Pemerintahan Milik Allah Disyariatkan Perlaksanaannya:


Pemerintahan Milik Allah Disyariatkan Perlaksanaannya:


Telah diterangkan sebelumnya bahawa Khalifah Allah di bumiNya adalah aqidah yang hak, dan bahawa Allah mengutus khalifah-khalifahNya pada setiap zaman, sama ada mereka menzahirkan pengumuman supaya membantu mereka sebahagian manusia apabila terdapat penerima, atau menyembunyikan pengumuman (membekukan) apabila tidak ada penerima, Maka melalui mereka ditegakkan hujah ke atas manusia dan mengugurkan alasan mereka,



﴿لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّـهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ﴾

Supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. [Al-Nisa’ 4:165]. 

Mereka menunjukkan kebenaran terhadap penyimpangan (kesalahan) penciptaan (makhluk) dengan makrifah mereka, Dan juga mereka meneruskan kehendak Allah dalam kerajaanNya; kerana mereka sahaja yang boleh melakukannya, maka selain mereka tidak ada yang berupaya mengenal kehendakNya dan bagaimana menjalankan kerajaanNya.

Di sini, kita perlu memberi perhatian kepada bahawa aqidah yang benar ini yang telah diterangkan di atas sesuai bagi asas pegangan orang yang menyedarinya iaitu seorang mukmin yang waras, Dialah Allah pemilik sebenar bagi bumi ini dan pengghuninya dan tiada seorang pun berkuasa pada kerajaan Allah tanpa izin-Nya Yang Maha Suci, manakala iktiqad pemerintahan manusia samada undang-undang atau untuk perlaksanaan atau untuk mengatakan boleh ditinggalkan kekhalifahan bermakna bahawa terdapat satu kuasa (wilayah) selainNya SWT dalam kerajaanNya tanpa izin-Nya, dan ia adalah jelas tidak sah (batil) bahkan dengan iktiqad ini boleh membawa kepada membatalkan ketuhanan mutlak..

Dengan itu, tertolaklah perkataan Ahl Al-Sunnah dan yang lain dari mereka yang melantik di kalangan manusia, [secara Syura atau membaiah Ahlul-Halli wal-‘Aqdi (di kalangan ulama dan tokoh-tokoh agama) atau yang memenangi atau apa jua cara lain.)

Maka bumi ini dan pengghuninya serta langit termasuk apa yang dicipta oleh Allah, Dialah pemilik kesemuanya. Maka kerajaan adalah milik Allah, dan Dan menetapkan keutamaan bahawa kuasa kerajaan pemilik sebenar (haqiqi) dan bukan untuk sesiapa sahaja menguasai kerajaan yang lain tanpa izinNya, maka Ahl Al-Sunnah telah memindahkan (berdalil) hak kekuasan milik Allah kepada manusia dan menjadikan pemerintahan milikNya Yang Maha Suci kepada manusia dan mereka mempunyai hak untuk melantik sesiapa yang mereka kehendaki sebagai pemerintah dalam kerajaan Allah tanpa dalil muktamad (qath’ei) adalah amalan merampas hak Allah dan mengatasi Allah Yang Maha Suci, dan mereka tidak boleh keluar melainkan mengakui bahawa pemerintahan adalah milik Allah dan perlantikan adalah di tangan Allah SWT. Dan ini membuktikan bahawa hak (milikan) pada keluarga Muhammad (as) atau Ahl Al-Sunnah hendaklah mendatangkan dalil muktamad (qath’ei) bahawa Allah telah membenarkan manusia melantik sesiapa yang mereka kehendaki, tetapi sebenarnya ini tidak wujud. Kerana semua aqidah diambil dengan dalil-dalil yang qath’ei dan mereka pula tidak mempunyai dalil qath’ei (kukuh) atas perkataan mereka.

Keterangan dalam bentuk yang lain

Pada asasnya wilayah (kekuasan) adalah milik Allah, dan kekhalifahan adalah satu cabang dari asas ini. Maka wilayah (kekuasan) khalifah adalah cabang wilayah (kekuasan) Allah, dan tiada sesiapa yang berhak untuk memindahkan wilayah Allah kepada selainNya melainkan dengan dalil yang qath’ei.

Pegangan asas (Al-Ushul) bahawa wilayah (kekuasan) adalah tetap kepunyaan Allah atas manusia. Wilayah (kekuasan) bukan untuk manusia menguasai manusia melainkan terdapat dalil yang qath’ei. Adapun orang-orang yang mengatakan bahawa pemerintah - atau seorang daripada khalifah-khalifah mereka - tidak mempunyai bidang kuasa (wilayah) ke atas manusia maka tidak sah pemerintahannya dan telah terbatal, atau mereka mengatakan bahawa ia mempunyai bidang kuasa (wilayah) ke atas manusia seperti kedudukan perlantikan dari Allah, mereka perlu membawa dalil yang qath’ei dan nash Ilahi yang khusus bagi setiap orang yang mendakwa dia adalah khalifah yang mempunyai wilayah atas manusia.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya

Kekhalifahan Adalah Sunnah Yang Berterusan


Kekhalifahan Adalah Sunnah Yang Kekal, Tidak Boleh Ditinggalkan Dalam Apa Jua Keadaaan:


Allah Yang Maha Suci adalah pemilik bumi ini dan penghunihya. Pemerintahan adalah mutlak milikNya. Bagi memindahkan pemerintahan milikNya kepada selainNya mestilah yang diwariskanNya kepada suatu peribadi tertentu yang dilantikNya dan yang ditunjukNya. Maka sesiapa yang menceroboh dan mengisytiharkan dirinya atau mengisytiharkan orang lain, maka telah menjadi perampas kuasa bagi Khalifah Allah, penzalim dan penceroboh kepada milik Allah tanpa izin-Nya, dan kita dapati - sunnah Allah - sesungguhnya telah ditetapkan pada masa lalu sebelum Al-Rasul Muhammad (S) khalifah-khalifahNya di muka bumiNya, dan telah melantik Rasulullah Muhammad (S), Dan sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan manusia tanpa melantik Khalifah untuk mereka selepas Rasulullah Muhammad (S), seperti mana disebut oleh Dia SWT:


﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِّن رَّبِّهِ ۗ إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾


Orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya suatu tanda dari Tuhannya?" Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk. [Al-Ra3d 13::7]

                      
Bagi mereka yang mengatakan sunnah Ilahiyah telah ditinggalkan selepas Al-Rasul Muhammad (S), maka ia telah mengetepikan kesimpulan bahawa Kerajaan adalah milik Allah dan tidak dibenarkan menerajuinya tanpa kebenaranNya, dan ianya ada nash yang khusus, dan kemudian didatangkan dengan dalil qath’ei mengenai meninggalkan sunnah Ilahiyah yang berlangsung di sepanjang perjalanan agama Ilahi sejak dari Adam hinggalah kepada Muhammad (S).



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya
   

Keempat: Dalil Naqal Perjanjian Baru "Al-Injil"


Keempat: Dalil Naqal Perjanjian Baru "Al-Injil"


  
(15) Sesudah sarapan Yesus berkata kepada Simon Petrus (Syam3un): "Simon bin Yuna, apakah engkau mengasihiku lebih dari pada mereka ini?" Jawab Petrus kepada-Nya: "Benar Ya Rabb, Engkau tahu, bahawa aku mengasihi Engkau." Kata Yesus kepadanya: "Gembalakanlah domba-domba-Ku." 
(16) Berkata pula kepadanya untuk kedua kalinya: "Ya Simon bin Yuna, apakah engkau mengasihiku?" Jawab Petrus kepada-Nya: "Benar Ya Rabb, Engkau tahu, bahawa aku mengasihi Engkau." Kata Yesus kepadanya: "Gembalakanlah domba-domba-Ku." 
(17) Berkata pula kepadanya untuk ketiga kalinya: " Ya Simon bin Yuna, apakah engkau mengasihiku?" Maka sedih hati Petrus kerana telah berkata untuk ketiga kalinya: "Apakah engkau mengasihiku?" Dan ia berkata kepada-Nya: "Ya Rabb, Engkau tahu segala sesuatu, Engkau tahu, bahawa aku mengasihi Engkau." Kata Yesus kepadanya: "Gembalakanlah domba-domba-Ku. [1]

Adalah jelas bahawa Simon Petrus (Syam3un Al-Shafa) adalah washi selepas Isa (as) [2], Pada hal Isa (as)  atau Yesus (Yasu3) tidak mempunyai seekor kambing atau domba pun, tetapi maksud kambing dombanya adalah orang-orang yang beriman dengan beliau.

-----------------------------
[1] Injil Yohanes (John) Bab 21:15 - 17.
[2] Riwayat yang menunjukkan bahawa Petrus adalah washi Isa (as) pada Lampiran 4..


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Ketiga: Dalil Naqal Perjanjian Lama "Taurat":


Ketiga: Dalil Naqal Perjanjian Lama "Taurat":


Kita dapati sunnah Ilahiyah yang sama yang diceritakan dalam Al-Quran dan agama Islam serupa dengan apa yang dijelaskan dalam Perjanjian Lama (Taurat) , dan berikut adalah beberapa ayat sebagai contoh:

(14) Kemudian berfirmanlah Tuhan kepada Musa: "Sesungguhnya sudah dekat waktunya bahawa engkau akan mati; maka panggillah Yasyuk (Yusyak) dan berdirilah bersama-sama dengan dia dalam Khemah Pertemuan, supaya Aku memberi perintah kepadanya." Lalu pergilah Musa dan Yasyuk (Yusyak) berdiri dalam Khemah Pertemuan. [1]

Ucapan itu adalah jelas ditujukan Yosua (Yasyuk) atau (Yusyak), dia adalah washi Musa (as)

(1)  Inilah berkat yang diberikan Musa, rijal Allah kepada Bani Israel sebelum ia mati." (2) "Musa mengatakan, “Tuhan datang dari Sinai seperti terang yang bersinar pada pagi hari dari Sa’eir, seperti terang yang bersinar dari Gunung Faran. dan datang dari tengah-tengah puluhan ribu orang yang kudus; di sebelah kanan-Nya tampak kepada mereka api yang menyala.." (3) Sungguh Ia mengasihi hamba-Nya; semua orang-Nya yang kudus--di tangan- mereka, mereka duduk pada kaki-Mu, menangkap sesuatu dari firman-Mu. [2].

Nash (teks) ini menyebut Musa, Isa dan Muhammad, dan boleh dikaji semula seperti yang diterangkan oleh tafsir teks doa Al-Simaat.

(32) Lagi kata raja Daud: "Panggillah imam Zadok (Shaduq), nabi Natsan dan Benayahu bin Yahwiyadak." Mereka masuk menghadap raja, (33) dan raja berkata kepada mereka: "Bawalah para pegawai tuanmu ini, naikkan anakku Sulaiman ke atas bagal betina kendaraanku sendiri, dan bawa dia ke Gihun. (34) Imam Zadok (Shaduq) dan nabi Natsan harus mengurapi dia di sana menjadi raja atas Israel; kemudian kamu meniup sangkakala dan berseru: Hidup raja (35) Sesudah itu kamu berjalan pulang dengan mengiring dia; lalu ia akan masuk dan duduk di atas takhtaku, sebab dialah yang harus naik takhta menggantikan aku, dan dialah yang kutunjuk menjadi raja atas Israel dan Yahuza." (36) Lalu Benayahu bin Yahwiyadak menjawab raja: "Amin! Demikianlah kiranya firman Tuhan, Ilah tuanku raja! (37) Seperti mana Tuhan menyertai tuanku raja, demikianlah kiranya Ia menyertai Sulaiman; semoga Ia membuat takhta Sulaiman lebih agung dari takhta tuanku raja Daud.." [3]


(1) Ketika saat kematian Daud mendekat, ia berpesan kepada Sulaiman, anaknya. (2) " Aku ini akan menempuh jalan segala yang fana, maka kuatkanlah hatimu dan berlakulah seperti laki-laki. (3) Lakukanlah kewajibanmu dengan setia terhadap Al-Rabb Tuhanmu, dengan hidup menurut jalan yang ditunjukkan-Nya, dan dengan tetap mengikuti segala ketetapan, perintah, peraturan dan ketentuan-Nya, seperti yang tertulis dalam hukum Musa, supaya engkau beruntung dalam segala yang kaulakukan dan dalam segala yang kautuju (4) dan supaya Tuhan menepati janji yang diucapkan-Nya tentang aku, yakni: Jika anak-anakmu laki-laki tetap hidup di hadapan-Ku dengan setia, dengan segenap hati dan dengan segenap jiwa, maka keturunanmu takkan terputus dari takhta kerajaan Israel. [4]

Kedua-dua teks di atas dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi Allah, raja Sulaiman (as) adalah washi nabi Allah, raja Daud (as) dan yang mewasiatkan kepada Sulaiman dengan perintah Allah SWT.


----------------------------------------
[1] Ulangan (Deuteronomy) – Bab XXXI:14.
[2] Ulangan (Deuteronomy) – Bab XXXIII:1 - 3 
[3] 1 Raja Raja - bab I: 32 - 37
[4] 1 Raja Raja  - Bab II:1 - 4


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Selasa, 27 September 2016

Kedua: Riwayat-riwayat Khalifah Allah Al-Mahdi:


Kedua: Riwayat-riwayat Khalifah Allah Al-Mahdi:


Baginda Rasulullah (S) telah memberitakan bahawa Al-Mahdi adalah Khalifah Allah, dan ini tidak diperselisihkan di kalangan Syiah dan ada banyak riwayat-riwayatnya, dan pegangan Mazhab Syiah adalah bumi tidak akan berlalu tanpa Al-Hujah (Khalifah Allah).

Adapun dalam kitab-kitab Al-Sunnah perkara ini juga diriwayatkan dengan jelas dengan itu mereka perlu mematuhinya:


§  Sunan Ibn Majah: Dikatakan pada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf, katanya: Dikatakan pada kami Abdul Razaq dari Sufian Al-Tsuri, dari Khalid Al-Hazha’, dari Abi Qulabah, dari Abu Asma’ Al-Rahbi, dari Tsauban, beliau berkata: 


قال رسول الله (ص): يقتتل عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق. فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم". ثم ذكر شيئا لا أحفظه. فقال »فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج. فإنه خليفة الله، المهدي

"Rasulullah (S) bersabda:  Perperangan pada khazanah antara kamu ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak berakhir pada seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan terhadap kalian, yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang tidak aku ingat dan bersabda, "Bila kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi."[1]



§  Dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dengan sanad lain dari Sufian Al-Tsuri: Diberitakan pada kami Abu Abdullah Al-Saffar Al-Shafar dari Muhammad bin Ibrahim bin Arumah dari Al-Hussein bin Hafsh dari Sufian dari dari Khalid Al-Hazha’, dari Abi Qulabah, dari Abi Asma’dari Tsauban (ra), dia berkata:

: قال رسول الله)ص(: يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقاتلونكم قتالا لم يقاتله قوم ثم ذكر شيئا فقال إذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله

"Rasulullah (S) bersabda: Perperangan pada khazanah antara kamu ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak berakhir seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan terhadap kalian, peperangan yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian baginda menyebutkan sesuatu lalu bersabda, "Bila kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi. 
Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua syeikh (Bukhari, Muslim). [2]

Al-Mustadrak 3ala Al-Shahihain oleh Al-Hakim: Diberitakan pada kami Al-Hussein bin Ya’kub bin Yusuf Al-3adl dari Yahya bin Abi Talib dari Abdul Wahab bin 3atha’ diberitakan dari Khalid Al-Hazha’, dari Abi Qulabah, dari Abi Asma’ dari Tsauban (ra) 

قال: إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فاتوها ولو حبوا فإن فيها خليفة الله المهدي.

  
Baginda telah bersabda: Apabila kamu melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi.

Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua syeikh (Bukhari, Muslim) walaupun tidak mengeluarkannya. [3]

§  Dalam Musnad Ahmad bin Hanbal: Diberitakan pada kami Abdullah dari bapaku dan Waki3 dari Syarik dari Ali bin Zaid dari Abi Qulabah, dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله


Sekiranya kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi. [4]

§  Dalam Kitab Al-Qaul Al-Musaddid (القول المسدد) oleh Ibn Hajar: Dari Abdullah bin Mas’ud katanya: Rasulullah (S) bersabda:


إذا أقبلت الرايات السود من خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله المهدي

Apabila datang kepada kamu panji-panji hitam datang dari arah Khurasan pergilah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi [5]

§  Dikeluarkan oleh Abu Nu`aim Al-Ashbahani (empat puluh hadits mengenai Al-Mahdi): Hadits ke 16, dari Abdullah ibn Umar katanya:


قال رسول (ص): يخرج المهدي وعلى رأسه عمامة، فيها مناد ينادي: هذا المهدي خليفة الله فاتبعوه

Rasulullah (S) bersabda: Al-Mahdi keluar dan ada serban di atas kepalanya, ada penyeru yang menyeru: Ini Khalifah Allah Al-Mahdi, maka jadilah pengikutnya« [6]


Penemuan Daripada Al-Quran Dan Al-Sunnah:

Sejak hari pertama manusia di muka bumi ini, terdapat perlantikan Khalifah, ia adalah Adam (as) dan Daud, yang datang selepas Adam lama selepas bertahun-tahun juga disebut dalam Al-Quran bahawa dia adalah Khalifah Allah, tetapi pada hakikatnya mereka tidak merasakan untuk beriman dengan nabi-nabi (as), mereka membantah dijadikan khalifah-khalifah Allah di muka bumiNya seperti Adam (as) dan Al-Mahdi yang juga akhirnya mengambil tempat sebagai Khalifah Allah di muka bumiNya.

Dengan itu, jika kita anggap agama Allah terkandung dalam sebuah kitab (tulisan), dan kita buka halaman awal kita akan dapati tertulis di dalamnya Adam adalah Khalifah Allah, dan kita buka halaman di tengah-tengah kita akan dapati Daud adalah Khalifah Allah, dan kita buka halaman penghujungnya kita akan dapati Al-Mahdi adalah Khalifah Allah. Apa yang boleh kita fahamkan dari kitab (tulisan) ini, yang permulaannya, pertengahannya dan penghujungnya disebutkan Khalifah Allah? Dan mengenai apakah yang dicakapkan oleh kitab (tulisan) ini? Bukankah jelas bahawa seluruh kitab (tulisan) mengenai Khalifah Allah? Bukankah jelas sekarang bahawa pererlantikan Khalifah Allah adalah sunnah Ilahiyah yang terus menerus berlangsung di muka bumi ini; Dan sunnah Allah tidak bertukar, tiada perubahan dan tidak boleh berlalu zaman tanpa Khalifah Allah di di muka bumiNya, Bukankah cukup jelas sekarang bagi orang-orang yang mencari kebenaran bahawa agama Allah ada pada Khalifah Allah? Seperti kata Imam Al-Shadiq (as)



§  إن الدين وأصل الدين هو رجل وذلك الرجل هو اليقين وهو الإيمان وهو إمام أمته وأهل زمانه فمن عرفه عرف الله ومن انكره انكرالله ودينه ومن جهله جهل الله ودينه ولا يعرف الله ودينه وشرايعه بغير ذلك الإمام كذلك جرى بان معرفة الرجال دين الله والمعرفة على وجهه معرفة ثابتة على بصيرة يعرف بها دين الله ويوصل بها إلى معرفة الله

Agama dan asas agama (ushuluddin) ada pada seorang lelaki dan lelaki itu berkeyakinan dan beriman dan dia adalah imam umatnya dan ahli pada zamannya. Sesiapa yang mengenal dia akan mengenal Allah dan sesiapa yang menafikan dia telah menafikan Allah dan agamaNya. Sesiapa yang tidak mengenal (jahil) terhadapnya, tidak akan mengenal Allah dan agamaNya dan tidak akan mengenal syariatnya selain dari apa yang Imam itu laksanakankan. Kerana telah. mengenal agama Allah pada lelaki dan mengenal pada wajahnya adalah makrifah yang tsabit (benar) atas pengelihatan yang dengannya dapat mengenal agama Allah dan membawa kepada mengenal Allah. [7]

Al-Sunnah telah meriwayatkan dalam Sahih Muslim, Rasulullah Muhammad (S) telah bersabda:

§  من خلع يدا من طاعة لقي الله يوم القيامة لا حجة له، ومن مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية
  
Sesiapa yang berlepas tangan dari ketaatan akan bertemu Allah pada hari kiamat dengan tidak alasan baginya, dan sesiapa yang mati tanpa (terkalung) di lehernya bai’ah, matinya adalah mati jahiliyah. [8]
           
Adalah jelas bahawa bai’ah (ikrar taat setia) mesti dilakukan kepada Imam dan Khalifah. Maka maksud hadits tersebut adalah: Orang-orang yang tidak memberikan bai'ah kepada khalifah atau Imam matinya adalah mati jahiliyah. Ini bermakna tidak ada manfaat bagi puasa, sholat dan ibadahnya, mahupun imannya kepada Muhammad Rasulullah jika di lehernya tidak ada bai’ah yang diberikan kepada seorang lelaki tertentu. Menghidupkan agama berkisar dengan menyerahkan bai’ah dan ketaatan kepada lelaki itu di sepanjang zaman, menurut Sahih Muslim; Oleh kerana hadits ini menghadapkan setiap individu Muslim ke hari kiamat agar berbai’ah (berjanji setia) kepada seorang lelaki tertentu (yang terlantk) atau matinya adalah mati jahiliyah, dan kerana Wilayah adalah kepunyaan Allah dan Pemerintahan atas penciptaan adalah hak Allah SWT pada asasnya


﴿فَتَعَالَى اللَّـهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۗ وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِن قَبْلِ أَن يُقْضَىٰ إِلَيْكَ وَحْيُهُ ۖ وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا﴾

Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan". [Taha: 20: 114]

  
﴿فَتَعَالَى اللَّـهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۖ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ﴾

Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan 'Arasy yang mulia. [Al-Mu;minun 23:116],


Maka pemindahan Raja dan kerajaan kepada selainNya dan pewarisanNya memerlukan kepada dalil qath’ei (petunjuk muktamad) yang khusus, dengan itu diwajibkan mencari apakah dalil naqalnya tentang wilayah dan lantikan Allah bagi Khalifah dan Imam agar membai’ahnya dan perlu mengelakkan diri dari mati dalam keadaan jahiliyah. Adapun perlantikan dirinya sendiri atau oleh manusia iaitu mereka yang tidak melanggar aturan secara berlebih-lebihan dengan menceroboh dan memusuhi kerajaan Alah dan pemerintahanNya adalah tanpa keizinanNya. Dengan demikian bagi ajaran (mazhab) yang mengatakan perlantikan dan pewarisan yang bukan dari lantikan Allah dan membai’ahnya dan difardhukan taat kepadanya adalah terbatal.
Adapun hadits yang sama yang dianggap sebagai dalil atas kewajipan berbai’ah dan taat kepada yang bukan dilantik, dan bahawa manusia tidaklah mati secara jahiliyah, maka ini adalah tanpa pengesahannya dan telah mencelupkan penukarannya.

Bahkan hadits yang sama menunjukkan supaya taat dan kekhalifahannya tidak akan terjadi melainkan dilantik dan menjadi pengganti dari Allah. maka hadits itu pertama-tamanya sebelum segala segala sesuatu perlu mengambil kira kenyataan keadaan sebelumnya termasuk pada zaman Rasulullah, Mohammad (S), dan bai’ah (ikrar taat setia) kepada Al-Rasul Muhammad pada zamannya, adalah lantikan dari Allah:


﴿ إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّـهَ يَدُ اللَّـهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّـهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًاَ.... لَّقَدْ رَضِيَ اللَّـهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا ﴾

Bahwasanya orang-orang yang berbai’ah (berjanji setia) kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar..... Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya).: [Al-Fath 48:10 dan 18]



Dan berbai’ah (berjanji setia) kepada nya di sini adalah perlantikan dari Allah SWT maka sesiapa yang mahu menukar syarat-syarat berbai’ah kepadanya dan keadaannya dari yang asal hendaklah dia mendatangkan dalil-dalil yang qat’ei, dan Al-Sunnah telah mengganti dan mengubah syarat-syarat berbai’ah kepadanya tanpa dalil, Adapun yang mengekalkan yang asal, dalilnya adalah mengekalkan yang asal yang dikatakan di dalam hadits, ia adalah membai’ah kepada yang dilantik, sebagaimana ia adalah yang utama dari keseluruhan hadits dan ia adalah Al-Rasul Muhammad (S) yang dilantik dari Allah. Ini adalah apa yang kita katakan dan yang dijelaskan di dalam perbincangan ini.


-----------------------------------
[1].Sunan Ibn Majah – oleh Muhammad bin Yazid Al-Qizwaini Al-Mutawaffi tahun 273 H - ditahqiq (dinilai) dan tarqim (dinomborkan) dan dita'liq (ulasan): Mohamed Fuad Abdul Baqi - Cetakan, penerbitan dan pengedaran Dar Al-Fikr: Jilid 2, hal 1367 No 4084.
Al-Mustadrak 3ala Al-Shahihain, Al-Hakim Al-Naisaburi (Tahun 405 Hijrah.), Asyraf Yusuf Abdul Rahman Al-Mar3asyli: Jilid 4, hal 463-464; Al-Bahr Al-Zikhar, yang terkenal dengan sanad- Al-Bazaz, oleh Abi Bakr Ahmad bin ‘Amru bin Abd Al-Khaliq Al-3atiki Al-Bazaz (tahun 292 Hijrah), ditahqiq (dinilai) oleh Adil bin Saad , Maktabah Al-‘Ulum Al-Hukum, Al-Madinah Al-Munawarah, cetakan pertama tahun 1424 H – 2003 M -, (2/1367 / Hadits No 4084); Al-Sunan Al-Waradah pada fitnah, musibah, Al-Saah dan tanda-tandanya,
Oleh Abi -Amru ‘Utsman bin Sa’eid Al-Muqra Al-Dani (tahun 444 H), dikaji dan dinilai, Dr. Redhaud-Din bin Muhammad bin Idris Al-Mubarakfuri - Dar Al-‘Ashimah untuk Penerbitan dan edaran: Jilid 3, hal 1032 hadits no. 548; tanda-tanda nubuwah, oleh Al-Baihaqi (tahunT. 458 H), ditahqiq: Dr. Abdul Mu3thi Qal3aji, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan, cetakan pertama 1405H: Jilid 6, hal 515-516; sejarah Damsyik, oleh Ibn 3asakir (tahun 571: H) Jilid 32, hal 280-281; Kitab Al-Tazkirah dengan hal ehwal kematian dan urusan-urusan akhirat, oleh Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad. bin Abi Bakr Al-Ansari Al-Kharaji Al-Andalusi Al-Qurthubi (tahun 671 H), dikaji dan dinilai, Dr. Al-Shadiq bin Muhammad bin Ibrahim, Maktabah Dar Al-Minhaj , Riyadh, cetakan pertama, 1425H Jilid 3, hal 1201, Bab Al-Mahdi dalam mengingat persediaan pemerintahannya, hadits no. 1; Al-Nihayah Fi Al-Fitan wal-Malahim, Al-Hafidz Abi Al-Fada’ 3imadu Al-Din Ismail bin Omar bin Katsir Al-Qurashi Al-Damsyiq. (tahun 774 H), dinilai (tahqiq) 3ishamuddin Al-Shababathi, Dar Al-Hadith, Kaherah: Jilid 1, hal 48; Al-Bidayah wa Al-Nihayah, oleh Ibn Katsir, dinilai Ali Syiri, Dar Ihyau Al-Tirats Al-Arabi, Beirut - Lubnan, cetakan pertama,1408 H – 1988 M: Jilid 6, hal 275-276; Zawaid Ibn Majah 3ala Al-Kitab Al-Khamsah, Al-Hamad bin Abi Bakr bin Ismail Al-Bushiri (840 H), disahih dan Ta'liq (ulasan) Al-Syeikh Muhammad Mukhtar Hussain, cetakan pertama, pada tahun 1414 H – 1993 M, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan,: halaman 527-528 nombor 1370; Jami3 Al-Jawami3, oleh Jalaludin Al-Suyuthi, cetekan Al-Azhar Al-Syarif, 1426H – 2005 M: Jilid 13, hal 257 no 1459/28086; Al-Dar Al-Mantsur dalam Al-Tafsir Bi Al-Ma’tsur, oleh Jalaludin Al-Suyuthi: Jilid 6, hal 58; Arba3un Haditsan Fi Al-Mahdi, oleh Abi Naim Al-Ashbahani (Tahun; 430 H), ditahqiq Ali Jalal Baqir: Hadits ke 32. Dan dibawa Al-Suyuthi dalam Al-Hawi juga untuk Abu Naim; lihat Al-Hawi Al-Fatawa, oleh Al-Suyuthi, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan, 1403 H – 1983 M: Jilid 2, hal 60; Musnad Al-Rawayani, oleh Al-Hafidz Abu Bakr Muhammad bin Harun Al-Rawayani (tahun 307 H), disesuai dan dia'liq (ulasan) Aiman Ali Abu Yamani, Muassasah Qurthubah, cetakan pertama, 1416 H – 1995 M: Jilid 1, hal 417-418. nombor 637; Kanz Al-3amal, oleh Al-Muttaqi Al-Hindi (tahum 975 H): Jilid 14, hal 263 nombor 38658; Al-Burhan Fi 3alamat Al-Mahdi Akhir Al-Zaman, oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: hal 47; Imta3 Al-Asma3, oleh Taqiyud-Din Ahmad bin Ali bin Abd Al-Qadir Al-Maqrizi (tahunv 845 H), ditahqiq Muhammad Abdul-Hamid Al-Namisi, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan,: cetakan pertama,1420 H – 1999 M: Jilid 12, hal 296-297; Yanabi3 Al-Mawaddah LiZhawi Al-Qurba, oleh Al-Syeikh Suleiman bin Ibrahim Al-Qanawazi Al-Hanafi (tahun 1294 H), ditahqiq Syed Ali Jamal Asyhraf Al-Husseini, Dar Al-Aswah, cetakan pertama 1416 H: Jilid 3, hal 391; 3uqud Al-Durur Fi Akhbar Al-Muntadzar. Oleh Yusuf bin Yahya Al-Maqaddisi Al-Syafi’ei Al-Silmi; dari para ulama abad ketujuh Hijrah, dittahqiq Dr. Abdul Fattah Muhammad ALHalw, Al-Maktabah 3alim Al-Fikr- Kaherah, cetakan pertama, 1399 H -1979 M: halaman 57. Ulamak aqama telah mensahihkan Hadits berikut:

a) Dikeluarkan Al-Bazzaz dalam Al-Bihar Al-Zikhar: Jilid 2, hal 1367 hadits no 4084 dan disahihkannya, di mana beliau berkata: "... saya memilih hadits ini yang disahihkan dan dimuliakan oleh Tsauban dan sanadnya adalah sahih."
b) Dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak: Jilid 3, hal 463-464 dengan sanad yang lain sehingga pada Sufian Al-Tsuri, katanya: "Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh."
c) Al-Qurthubi menyebutnya di dalam kitabnya Al-Tazkirah dengan hal ehwal kematian dan urusan-urusan akhirat,: Jilid 3, hal 1201 Bab Al-Mahdi dalam menyebut persediaan pemerintahannya, hadits no 1 dari Ibn Majah, dan dia berkata kepadanya: "Sanadnya sahih."
d) Ibn Kathir dan juga menyebutnya dari Ibn Majah dalam Al-Nihayah Fi Al-Fitan wal-Malahim:. Jilid 1, hal 48, dan berkata mengenainya: ". Diunggulkan oleh Ibn Majah, dan sanadnya kuat lagi sahih."
e) Disebut Al-Busairi, di dalam kitabnya Al-Zawaid Ibn Majah di dalam kitab Al-Khamsah: halaman 527-528 hadits no.1370, dan berkata mengenainya: "Sanadnya sahih, rijal (perawinya) tsiqah (boleh dipercayai), diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak  dengan jalan Al-Hussein bin Hafsh dari Sufian kepadanya, dan katanya: Hadits ini adalah sahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh."
f) dan disahihkan oleh Al-Suyuthi di dalam Al-Jami3 Al-Saghir: Jilid 1, nombor 1648
g) Dipersetujui oleh Al-Zhahabi Al-Hakim dalam Al-Talkhish Al-Mustadrak)  bahawa Hadits ini adalah sahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh 
[2] Al-Mustadrak atas Al-Shahihain (kedua-dua sahih) - Al-Hakim Al-Naisaburi (tahun 405 H), Asyraf Yusuf Abdul Rahman Al-Mar3asyl: Jilid 4, hal 463-464.
[3] Al-Mustadrak atas Al-Shahihain (kedua-dua sahih) – oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 4, hal 502; Musnad Ahmad bin Hanbal, oleh Ahmad bin Hanbal) (tahun 241 H), Jilid 5, hal 277; Al-Fitan oleh Naim bin Hammad Al-Maruzi (tahun 229 H): hal 188; Dalail Al-Nubuwah, oleh Al-Baihaqi (tahun 458 H). ditahqiq: Dr. Abdul Mu3thi Qal3aji, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan, cetakan pertama 1405 H,: Jilid 6, hal 515-516; Al-Bidayah wa Al-Nihayah, oleh Ibn Katsir, dinilai Ali Syiri, Dar Ihya’u Al-Tirats Al-Arabi, Beirut - Lubnan, cetakan pertama,1408 H – 1988 M: Jilid 6, hal 275-276; Misykaah Al-Mishabih, oleh Muhammad bin Abdullah Al-Khatib Al-Tabrizi) (tahun 741 H), ditahqiq Muhammad Nashir Al-Din Al-Albani, dicetak dan diterbitkan Al-Maktab Al-Islami: Jilid 3 Kitab Al- Al-Fitan hal 1503 nombor 5461; Hidayah Al-Rawaah pada keluarnya hadits-hadits Al-Mishabih wa Al-Misykaah, oleh Ibn Hajar Al+3asqalani (tahun 852 H), ditahqiq  Ali bin Hassan Abdul-Hamid Al-Halabi, Dar Ibn Al-Qaiyim nilai - Dar Ibn Affan, cetakan pertama, 1422 H – 2001 M: Jilid 5, hal 123 nombor 5389; Jami3 Al-Jawami3, oleh Hilal Al-Din Al-Suyuthi: Jilid 1, hal 392 nombor 972 / 1887; Al-Jami3 Al-Shaghir dalam hadits-hadits khabar gembira dan peringatan, oleh Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr Al-Suyuthi (tahun 911 H), Jilid 1, hal 100 nombor 648; Hadits 40 untuk Al-Mahdi, Abu Naim Asbahani, Hadits ke 26 Dan dibawa Al-Suyuthi dalam Al-Hawi juga untuk Abu Naim; lihat Al-Hawi Al-Fatawa, oleh Al-Suyuthi, Jilid 2, hal 63; Kanz Al-3amal, oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: Jilid 14, hal 261 nombor 38651; Al-Burhan Fi 3alamat Al-Mahdi Akhir Al-Zaman, oleh Al-Muttaqi Al-Hindi, ditahqiq dan dikaji di bahagian pusat kajian, Dar Al-Sahabat warisan di Tanta, cetakan pertama,1412 H – 1992 M: halaman 76 ; Sabil Al-Hadi wa Al-Rashad fi Sirah Khair Al-3ibad, oleh Muhammad bin Yusuf Al-Salahi Al-Shami (tahun 942 H), ditahqiq Al-Syeikh Adil Ahmed Abdul Maujud dan Al-Syeikh Ali Muhammad Mu3uawad, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan, cetakan pertama,1414 H – 1994 M: Jilid 10, hal 171; Yanabi3 Al-Mawaddah LiZhawi Al-Qurba, oleh Al-Qunduzi: Jilid 3, hal 259; Al-Bada’ wa AL-Tarikh oleh Ahmad bin Sahl Al-Balkhi (tahun 507 H), Jilid 2, hal 174; 3uqud Al-Durur Fi Akhbar Al-Muntadzar. Oleh Yusuf bin Yahya Al-Maqaddisi hal 125, dan sumber-sumber lain..
[4] Musnad Ahmad bin Hanbal, oleh Ahmad bin Hanbal) (tahun 241 H), Jilid 5, hal 277.
[5] Perkataan cemerlang dalam mempertahankan Musnad Ahmad, Ibn Hajar: hal 69.
[6] Al-Hawi Lil-Fatawa - Suyuti: Jilid 2, hal 61 . 3uqud Al-Durur Fi Akhbar Al-Muntadzar. ditahqiq Al-Syeikh Muhib bin Saleh Al-Bawarini, Jilid 6, hadits 212 hal 205. Nur Al-Abshar – Al-Syiblanji, Al-Mathba3ah Al-Mahmudiyah, di Mesir tahun 1313 H, cetakan pertama, hal 158, dikatakan dikeluarkan oleh Abu Naim dan Al-Thabrani dan lain-lain. .
[7] Bashair Al-Darajaat
 - Muhammad bin Hassan Al-Shaffar: hal; 549; ringkasan Bashair Al-Darajaat - perhiasan Al-Hassan bin Suleiman: hal 82; Khatimah Al-Mustadrak - Al-Mirza Al-Nuri:.. Jilid 4, hal 118; laut lampu - Majlisi: C 42, ms 290.
[8] - Sahih Muslim: Jilid 6, hal 22.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya




Khamis, 22 September 2016

Kerja-Kerja Pengutusan Tetap Tiada Perbezaan Bagi Menegakkan Hujah:



Kerja-Kerja Pengutusan Tetap Tiada Perbezaan Bagi Menegakkan Hujah:

Daripada apa yang diterangkan sebelum ini bahawa pengutusan tidak dapat dielakkan dalam setiap zaman, ia disebabkan untuk mencapai tujuan penciptaan iaitu makrifah (mengenal), dan memastikan perlaksanaan kehendak Al-Malik yang sebenar dalam KerajaanNya, dengan mengutus utusan atau khalifah yang dilantik untuk menjalankan tugas atau jawatan ini, ia seolah-olah mengutus DiriNya sendiri untuk menegakkan hujah dan menggugurkan alasan (dalih) hatta meskipun rasul atau khalifah itu berada dalam sebahagian zaman jumud (beku) dan tidak diperintah untuk menyampaikan dakwah kerana tiada para penerima, kerja-kerja mengutus tiada perbezaan dalam setiap zaman iaitu menggugurkan (memusnahkan) alasan, kerana ia adalah urusan tetap sekiranya terdapat para penerima atau tidak ada penerima:

﴿لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّـهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ

  
Agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. [Al-Nisa’ 4: 165]

Malah dalam keadaan semua manusia beriman sekalipun, akan ditegakkan (diutus) Al-Hujjah demi menggugurkan (memusnahkan) alasan, tetap akan diutus utusan-utusan; untuk mengenalkan mereka dan menerapkan mereka bagi mengatasi kekurangan kerana kecuaian mereka, dan ini dengan wujudnya utusan yang menegakkan hujah ke atas mereka


Pewarisan Sunnah Allah:

Telah diterangkan pengertian bahawa perlantikan Khalifah sesuai dengan kebijaksanaan dan kasih sayang (Rahim Hikmah), dan perselisihannya (tersasar) bukanlan datang dari Al-Rahim Al-Hakim Al-Mutlak SWT. Dan sekarang akan ditingkatkan dengan nash-nash dan melihat apa yang berlaku di bumi, mengikut apa yang diriwayatkan di dalam tiga kitab-kitab samawi:


Pertama: Al-Quran

1 - Kita dapati manusia pertama [1] yang hidup di bumi ini adalah Adam (as) dan Allah telah melantik dia menjadi KhalifahNya di bumiNya, dan memerintahkan para malaikat untuk taat kepadanya dan belajar daripadanya:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ ۞ وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ۞ قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ ۞ قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنبَأَهُم بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ۞ وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu semamangnya orang-orang yang benar!" * Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".* Allah berfirman: "Wahai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-namanya". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" * Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. [Al-Baqarah 2: 30-34]:.

Ayat-ayat ini menjelaskan; Sesungguhnya Allah sejak awal-awal lagi dan sejak hari pertama telah melantik Adam menjadi KhalifahNya di bumiNya. Kemudian menyampaikan kepada malaikat supaya taat kepadanya. Maka apabila mereka membantah dan berhujah dengan Allah atas kejahilan mereka apa yang ditanyakan kepada mereka. Dan kemudian di antara mereka ilmu Adam (as)-lah yang terserlah; maka tahulah mereka yang Adam lebih layak lalu mereka tunduk kepada kebenaran. Kemudian Allah memerintahkan mereka sujud lalu mereka sujud dan menerima Adam (as) sebagai seorang imam (pemimpin) dan seorang guru dan sebagai arah (kiblat) kepada Allah untuk mereka mengenal Allah. Seperti yang dinyatakan dalam tafsiran ayat tersebut: 


v Al-Husain bin Muhammad dari Mu3alla bin Muhammad dari Ahmad bin Muhammad bin Abdullah dari Al-Hasan dari Ibn Abi ‘Umair dari Muhammad bin Ishaq bin ‘Ammar, katanya:

قلت لابي الخسن ألأول (ع) ألا تدلني الى مَن آخذ عنه ِديني، فقالَ : هذا ابني علي إنِ ابي آخذ بيدي فأدخلني الى قبر َ رسُوِل الله (صلى الله عليه وآله(  فقال يا بني إن الله عز وجلَ قالَ "إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً" وإن الله عز وجلَ اذا قالَ قولَا وفى به]
Aku berkata kepada Abi Al-Hasan Al-Awwal (as) Tunjukkanlah padaku kepada siapa diambil akan agama, beliau berkata: Ini anakku Ali sesungguhnya bapaku memegang tanganku lalu dimasukkan ke kubur Rasulullah (S) dia berkata, Wahai anakku, Allah AWJ berfirman: "Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi," dan sesungguhnya Allah AWJ ketika berfirman kata-kata itu adalah pada baginda] [2]


2 - Allah telah membawa Ibrahim kepada seorang raja Ilahi, dan menjadikan Ibrahim KhalifahNya di bumiNya Allah berfirman:

﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّـهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ ۖ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّـهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ﴾

Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. [Al-Baqarah 2: 258].


 - 3 Dan nabi Allah Daud (as), Allah telah melantiknya sebagai Khalifah di bumiNya, Allah berfirman:

 ﴿يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ ﴿٢٦﴾﴾

Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi, maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan. [Shad 38:26]
  
  
FirmanNya lagi:

﴿فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ اللَّـهِ وَقَتَلَ دَاوُودُ جَالُوتَ وَآتَاهُ اللَّـهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمَّا يَشَاءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّـهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ﴾

Mereka (tentara Thalut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam. [Al-Baqarah 2: 251]:
  
4- Allah berfirman

﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِّن رَّبِّهِ ۗ إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾

Orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya suatu tanda (kebesaran) dari Tuhannya?" Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk: [Al-Ra3d 13: 7]

Ayat ini menjelaskan, bahawa setiap kaum ada yang memberi petunjuk pada masa lalu sebelum Al-Rasul Muhammad dan pada masa selebihnya. Al-Rasul (S) telah menghuraikan dalam hadits-hadits Al-Sunnah di dalam kitab-kitab mereka dengan mengkhususkan lantikan dari Bani Hashim, dan di dalam salah satu riwayat tokohnya adalah Ali (as))


v Hadits dikeluarkan oleh Ibn Jarir Al-Thabari di dalam Jami3 Al-Bayan (13/142) Dengan sanadnya dari Ibnu Abbas, beliau berkata:

قال: »لما نزلت "إنما أنت منذر ولكل قوم هاد" وضع (ص) يده على صدره، فقال: أنا المنذر ولكل قوم هاد، وأومأ بيده إلى منكب علي، فقال: أنت الهادي يا علي، بك يهتدي المهتدون بعدي«

«Apabila ayat ini," Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk " diturunkan baginda (S) meletakkan tangan pada dada baginda. baginda bersabda: Aku adalah pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk, dan memberi isyarat dengan tangannya kepada rusuk Ali, lalu bersabda: Engkau pemberi petunjuk (Al-Hadi) wahai Ali, dengan engkau orang-orang mendapat petunjuk selepasku,», [3]

v Hadits dikeluarkan oleh Ibn Abi Hatim dalam Kitab Tafsirnya (7/2225 nombor 12152) Dengan sanadnya dari Ali (as), bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk, rkatanya: «Al-Hadi adalah lelaki dari Bani Hashim.» Ibn Abi Hatim berkata: Ibn Al-Junaid berkata: Ia adalah Ali bin Abi Talib (ra): [4]
  
v Hadits dikeluarkan oleh Al-Hakim Al-Naisaburi dalam Mustadrak (3/130) Dengan sanadnya dari Ali bin Abi Talib (as),

"إنما أنت منذر ولكل قوم هاد" قال علي: «رسول الله (ص) المنذر وأنا الهادي» قال الحاكم: هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه.

"Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk," kata Ali: «Rasulullah (S) pemberi peringatan (Al-Mundhir), Aku pemberi petunjuk (Al-Hadi).»
Al-Hakim berkata: Hadits ini sahih sanadnya tetapi dia tidak mengeluarkannya.
  
5 – Firman Allah SWT

﴿قُل لِّمَن مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖقُل لِّلَّـهِ ۚ كَتَبَ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾

Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi". Katakanlah: "Kepunyaan Allah". Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. Orang-orang yang meragukan dirinya mereka itu tidak beriman. [Al-An3am 6:12]

Allah telah telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang dan mewariskan Khalifah ysng menilai ketentuan-ketentuan Allah dari kasih sayang. Ini juga disimpulkan mengikut panduan Al-Quran yan telah diterangkan pegertiannya sebelum ini..


  
------------------------
[1] Dari jenis yang sama dengan kita, kita adalah dari jenis "Homo Sapien" Maka Adam bukan individu pertama di dalamnya.
[2] Al-Kafi - Al-Kulaini: Jilid 1, hal 312..
[3] Ibn Hajar berkata di dalam Fath Al-Bari: Jilid 8, hal 285 mengenai hadits ini bahawa sanadnya hassan
[4] Ibn Abi Hatim menyatakan dalam muqaddimah Tafsirnya Jilid 1, hal 14 bahawa ia termasuk riwayat-riwayat yang sahih, dan teks kata-katanya seperti berikut: "... dia meminta sekumpulan dari saudara-saudara untuk mengeluarkan tafsir Al-Quran secara ringkas dengan sanad yang sahih ....... dan menyuruh mereka membuat permintaan, dan semoga Allah memberi taufiq, dan kepadanya kita memohon pertolongan, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah. Maka diselidiki pengeluarannya pada kesahihan sanad –sanad haditsnya dan begitu juga dengan matannya, dan jika mendapat penjelasan (tafsir) dari Rasulullah (S) – yang tidak disebut bersamanya salah seorang sahabat yang mendatangkan yang sepertinya, dan jika terdapat dari sahabat maka ia adalah disepakati sebutannya mengikut darjah ketinggian kesahihan sanad-sanadnya, dan dinamakan kesepakatannya memadamkan sanad-sanadnya. walaupun mereka berbeza mengikut sebutan dengan perbezaan sebutan setiap seorang daripada mereka dari sanad-sanadnya, dan dinamakan kesepakatan mereka dengan memadamkan sanad-sanadnya. Jika tidak terdapat sahabat dapatkan dari tabi’ein yang mengamalkan apa yang mereka katakan dengan mencontohi sahabat, Begitulah dijadikan contoh pada pengikut-pengikut tabi’ein  yang mengikut mereka ... "  tamat. Kesaksian ini adalah kesaksian yang sah bagi semua riwayat dan khabar (hadits) yang terkumpul di dalam tafsirnya ini, dan ini sudah cukup untuk menentukan tsiqahnya riwayat ini.
Dikeluarkan oleh Al-Thabarani dalam Al-Mu3jam Al-Ausath: Jilid 2, hal 94 Jilid 5, hal 153-154.
Disebut dalam Musnad Ahmad bin Hanbal: Jilid 1, hal 126, dan disahihkan oleh Ahmad Muhammad Syakir dalam ulasannya terhadap Musnad Ahmad:. Jilid 2, hal 48-49 No. 1041 ketika ia berkata: "Sanadnya sahih, Al-Muthalib bin Ziyad bin Abi Zuhair Al-Tsaqafi Al-Kufi adalah tsiqah,. dan tsiqahlah ia (dipercayai).
Ahmad, Ibn Mu’in dan lain-lain, dan diterjemahkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Kabir 4/2/8 ... tidak disebut cacat adilnya dan hadits ini ditambah Abdullah bin Ahmad
Dan Dikeluarkan oleh Al-Haythami dalam Majmu3 Al-Zawaid: Jilid 7, hal 41, katanya: "Diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad, dan Al-Thabarani dalam Al-Saghir Al-Ausath dan Musnad rijalnya tsiqah (dipercayai.").



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya