Jumaat, 30 Mei 2014

Soalan 55: Musa as mohon melihat Allah

Soalan 55: Apakah maksud ayat ini :)

﴿وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكّاً وَخَرَّ مُوسَى صَعِقاً فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ﴾

Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman".[Al-A3raf 7:143] [148].

Dan bagaimana benarnya permintaan Musa (as) untuk melihat? Jika melihat dengan mata hati, mengapa menggunakan istilah (انظر - lihat) digunakan untuk mata, dan tidak menggunakan perkataan (أرى - pandang) sahaja untuk renungan dan pengelihatan mata hatinya?

Jawapannya: Permintaan Musa adalah pengelihatan hati (al-rukyah al-qalbiyah) dan makrifah bukan pengelihatan (al-bashirah) pada mulanya, dia meminta untuk makrifah Allah SWT sebenar-benar makrifahNya pada maqam (القاب قوسين أو أدنى) [dekat (sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat (lagi)], dan apabila dia tahu daripada Allah SWT bahawa dia tidak layak dengan maqam ini dia meminta untuk melihat dengan pengelihatan dan memandang dengan mata.
- ﴿أَرِنِي أَنْظُر﴾
- nampakkanlah kepadaku - kepada pemilik maqam ini, Muhammad (sawas) - dan makrifah Muhammad (sawas) adalah makrifah Allah SWT, dan melihat kepada Muhammad adalah untuk melihat kepada Allah SWT; kerana baginda Wajah Allah Yang Maha Suci - Maka jawapannya: Sesungguhnya dia (Musa) tidak mampu melihat (rukyah) Nur Mohammad (sawas) pada maqam Qudus (Suci), Tajalli Muhammad (sawas), yang merupakan cahaya Allah Yang Maha Suci dijadikannya gunung itu hancur luluh, Musa jatuh pengsan.
﴿قَالَ سُبْحَانكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ﴾
dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman"
Iaitu: Wilayah Ali bin Abi Talib (as), dia sahaja yang mengenal Muhammad dan melihat Muhammad (sawas), pemilik maqam ini  [149], dia adalah pintu Muhammad (sawas) (أنا مدينة العلم وعلي بابها - Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya).

Berkata Al-Shadiq (as) : (Setelah keluar cahayaNya dari atas gunung seperti cahaya matahari keluar dari lubang jarum maka diratakan bumi dan bergegar pergunungan)  [150].

Musa (as) kemudian meminta maqam Qaim Aali Muhammad (sawas) yang mengenal dari Allah apa yang akan diberikan padanya kekuasaan kerajaan, dan memohon kepada Tuhan untuk menjadikannya Qaim Aali Muhammad (as), seperti diterangkan dalam riwayat mereka (as)  [151].

Hasilnya, Musa meminta maqam: (matahari, bulan dan bintang), yang dilihat datuknya Ibrahim (as), tetapi bukan maqam ini, yang dilihat Ibrahim (as), yang berada dalam kerajaan Langit (Al-Malakut), bahkan meminta untuk melihat cahaya-cahaya suci di Al-Mala’ Al-A3la [halaman (perhimpunan) tertinggi], iaitu maqam-maqam di Langit Ketujuh Al-Kuliah.

Beliau juga meminta untuk melihat Muhammad (sawas) tetapi dia berhenti untuk melihatnya; kerana mungkin ia sama rupa bentuk Muhammad (sawas) secara jasmani atau rupa bentuk mitsaliah, dan (akhirnya) menolak kemungkinan untuk melihat Muhammad (sawas) (melihat sepenuhnya) ; kerana pemilik maqam ini adalah Ali bin Abi Talib (as), dan telah bersabda Muhammad (sawas): (Wahai Ali, tidak mengenaliku melainkan Allah dan kamu) [152].
Maka firmanNya Yang Maha Tinggi:
﴿لَنْ تَرَانِي﴾
Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku
iaitu: Kamu tidak akan melihat Muhammad (sawas) untuk melihat sepenuhnya, seperti yang kamu minta.
 


✡✡✡✡✡

-------------------------------
[149] - telah dibentangkan berkaitan dengan masalah ini dalam jawapan kepada soalan (2) dan (10) Al-Mutasyabihat bahagian 1, sila lihat.
[150] - Bihar Al-Anwar: Jilid 36, Halaman 407.
[151] - Dari Salim Al-Asyal, beliau berkata: Aku mendengar Aba Ja'far Muhammad bin Ali al-Baqir (as) berkata: (Musa bin Imran melihat dalam perjalanan pertama dengan apa yang diberikan pada Qaim Aali Muhammad pada kedudukan dan keutamaan, Musa berkata: Tuhan, jadikanlah aku Qaim Aali Muhammad. Dikatakan kepadanya: Bahawa itu untuk keturunan Ahmad. kemudian melihat dalam perjalanan kedua dan mendapati ia seperti itu, kata beliau, seperti sebelumnya, dan telah dikatakan kepadanya seperti itu juga, kemudian melihat dalam perjalanan ketiga dia melihat seperti itu juga, dia berkata, seperti sebelumnya, dan telah dikatakan kepadanya seperti itu juga) Kitab Al-Ghaibah - Muhammad bin Ibrahim Al-Nu3mani: Halaman 246 - 247.
[152] – Mukhtashar Bashair Al-Darajaat: Halaman 125.

Tiada ulasan: