Rabu, 28 Mei 2014

Soalan 50:

Soalan 50 : Ada ulamak mengatakan: Bahawa Al-Qaim (as) apabila ia keluar akan berhujah ke atas hauzah (pengajian) ushul fiqh, bukan akidah seperti yang tuan dakwa. Apakah jawapan tuan sebagai utusan Imam Mahdi (as) dan dikatakan, jika diperintah pada tuan akan datang kepada bapaku Imam Mahdi dengan pedang bukan dengan hujah-hujah.

Jawapannya: Dalam Ushul Fiqh [133] dengan meletakkan manusia yang menghasilkan Hukum Fiqh Andaian (ijtihad/fatwa sendiri) semasa Ghaibah Imam yang ma'sum (as) atau dari wakilnya secara langsung, apabila hadir (wujud) ma'sum (as) atau wakil khasnya menghapuskan keperluan bagi ilmu ini, dengan ini dikatakan bahawa tidak berselisih (khilaf) pada mana-mana ulama Sunni dan Syiah . Sehinggakan ulamak Sunnah pun tidak mengatakan bahawa dibolehkan berijtihad ketika wujud Nabi (sawas) dan bersama mereka, melainkan yang memaksa (sangat perlu) dengan syarat-syarat dan keadaan-keadaan tertentu, tidak kira apa pun perkataannya. Para ulama Syiah mereka telah membolehkan ijtihad pada keadaan ketika dan dengan kehadiran Imam ma'sum (as) atau melalui wakilnya yang khas. Jika begitu urusannya, yang maknanya kekal untuk membantah Imam (as) atau dengan utusan Imam (as) dengan Ushul Fiqh?!

Selain itu, akidah adalah ushul dan asas-asas Syariah, dan semua nabi-nabi dan Rasul-rasul (as) memulakan dengan membina akidah sebelum Syariat, - dalam Al-Quran yang tidak ada orang Islam yang berselisih mengenainya dan telah disahkan dari Allah SWT - Musa (as) datang untuk mesyariatkan selepas peringkat menyeberangi laut sekian lama, iaitu, bahawa telah mengambil masa yang lama dalam pembaharuan (pengislahan) iktikad kaum sebelum memulakan pengislahan Syariat mereka.

Dengan itu, akidah adalah ushul dan Syariah adalah cabangnya, ia dipanggil: Ushul al-Din dan Furu3 al-Din, (Asas dan cabang agama) kedua-duanya lebih utama berhujah dengannya pada asas atau pada furuk?!


✡✡✡✡✡

-----------------
[133] - Syed Ahmed Hassan (as) mematahkan hujjah Ushul Al-Fiqh dengan kalimat yang mudah dalam Kitab Al-3ijl (anak lembu), sila lihat.




Tiada ulasan: