Selasa, 6 Mei 2014

Mahdi (as) Dalam Agama-Agama Ilahiyah

Mahdi (as) Dalam Agama-Agama Ilahiyah
المهدي (ع) في الأديان الإلهية


Imam Mahdi (as) sebagai seorang Penyelamat Yang Dinantikan, dan sebagai penyelamat kepada Syariat Allah di bumiNya wujud dalam hampir semua agama samawi sebelum Islam, seperti Yahudi dan Nasrani (Kristian).

Di dalam Taurat, saudara akan dapat dalam (kitab Daniel dalam suatu penglihatan (mimpi) Nebukadnezar), yang dita’bir (tafsir mimpi) oleh Daniel (as) selepas melihatnya. Sebaik sahaja saudara dapati (Ru’ya Daniel - kerajaan dan empayar yang besar) yang bangkit di bumi selepasnya (as), dan juga perkara ini terdapat di dalam adalah Al-Kitab (Taurat – Perjanjian Lama) ini dalam edaran hari ini.

Dalam Al-Kitab, ia adalah (Injil - Perjanjian Baru) Penyelamat Yang Dinantikan yang akan turun bersama Isa ( AS) dari langit, terdapat di dalam Injil iaitu dalam (Ru’ya - Mimpi Tuhan, Yohana). Saudara juga akan dapati Isa (as) disebut dalam Injil iaitu tanda-tanda turun kembali ke bumi. Terdapat juga tanda-tanda tertentu yang dinyatakan oleh Rasulullah (sawas) dan para Imam yang suci (as) bagi Zuhur Imam Mahdi (as) dan kebangkitannya, seperti gerhana bulan dan gerhana matahari, dan peperangan dan khabar perang-perang beliau; dan sebagainya; Nabi Isa (as) akan turun dari langit pada masa kemunculan Imam Mahdi (as), dan menjadi wazirnya dan penyokong kebenarannya.

Sebagai umat Islam, Mahdi (as) satu keperluan agama dan ingkar kepadanya adalah ingkar kenabian Muhammad (sawas), kedatangannya diriwayatkan secara mutawatir dari Nabi (sawas), sama ada dari Sunnah atau Syiah. Tetapi Sunnah berpaling dari Aushiak Nabi (sawas) dan meninggalkan hadith mereka terperangkap dalam syak wasangka, bahawa ia akan dilahirkan di akhir zaman, tetapi mengakui bahawa ia lahir daripada Ali dan Fatimah (as).

Kemudian ada pula ulamak Sunnah dalam masa Ghaibah Kubra Imam Mahdi mengakui bahawa Imam al-Mahdi (as) adalah Imam kedua belas Imam Ahl al-Bayt (as), dan dia masih hidup dan ghaib dari penglihatan seperti al-Khidhir (as).

Di antaranya, Shafi'ei di dalam kitabnya (Muthalib  Al-Su’úl), di mana beliau berpegang pada bab akhir dalam kitab tersebut yang mempertahankan iktikadnya, Imam Mahdi adalah Muhammad bin Hasan al-Askari (as).

Adapun Syiah Imamiyyah Al-Itsna ‘Asyariyah, mereka telah merujuk kepada Aushiak Nabi (sawas) selepas baginda dan mematuhinya imam demi imam, sehingga mereka sampai ke al-Imamah dan Khalifah Nabi dan Khalifah Allah di bumiNya sehingga kepada Khatam Aushiak Imam Muhammad bin al-Hasan al-Mahdi (as), namun dia ghaib dari pandangan umum dan berhubung dengan pengikutnya melalui satu jalan (cara) keikhlasan orang-orang mukmih, bagaimanapun, bahawa hanya Syiah menerima keadaan (perkara) ini; kerana Nabi (sawas) dan para Imam (as) selepas beliau membuka keghaibannya (as), dan ia disebut di dalam hadits-hadits mereka.

Kehidupan Imam Mahdi (as) sebelum Ghaibah hampir lima tahun beliau bersama dengan bapanya, Imam Al-Hassan Al-‘Askari (as), dia (as) dilahirkan pada 15 Syaaban 255 Hijrah. pada sebahagian riwayat, dan mula Ghaibahnya pada hari pertama Imamahnya, pada sembilan Rabi3 Al-Awwal 260 H.

Dalam masa lima tahun pertama itu, tiada yang tahu kelahirannya tiada yang dapat melihatnya melainkan Syiah yang ikhlas. Mungkin empat puluh atau lebih atau kurang, kerana beliau (as) terlindung (terhijab) dari (pandangan) manusia sejak lahir untuk memelihara kehidupannya, dan ini adalah kerana imam-imam yang tidak adil dan sesat dari orang-orang Abbasiyyah (la’nahumu Allah) telah menunggu kelahiran untuk menghapuskannya dan membunuhnya, seperti Firaun (la’nahu Allah) menunggu kelahiran Musa (as) untuk membunuhnya, dan seperti juga gabenor Rom mahu membunuh Isa (as) apabila diketahui kelahirannya, dan mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut busuk mereka, dan hanya Allah yang menyempurnakan cahayaNya, walaupun dibenci oleh orang-orang Umaiyah dan Abbasiyah dan imam-imam sesat dan taghut penzalim yang memerintah umat Islam.

Urusan Imam (as) adalah urusan yang besar, kedatangannya disebut dalam banyak hadits dari Nabi (sawas) di dalam Kitab-kitab Sunni dan Syiah, bahawa Isa (as) akan bersolat di belakang beliau dan menjadi wazirnya. Lebih-lebih lagi, Hamba Soleh ini penyelamat yang menegakkan keadilan di bumi dan membawa Kalimah

لا إله إلاّ الله محمد رسول الله

Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Pesuruh Allah (sawas)
- untuk semua manusia di bumi. Telah dipilih oleh Allah dari semua anak-anak Adam dalam urusan ini, sebagai mana diriwayatkan, bahawa yang pertama membai’ah dalam urusan ini ketika kebangkitannya adalah Jibrail (as), dan bahawa ketika dibangkitkan Jibrail di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kirinya.

Dari Salim Al-Asyal, beliau berkata : Aku mendengar Aba Jafar berkata: (Diperlihatkan Musa bin Imran pada perjalanan pertama sejak memandang Qaim Aali Muhammad diperkasakan dan dilebihkan, Musa berkata: Tuhanku, jadikanlah aku Qaim Aali Muhammad, dikatakan kepadanya: Itu dari zuriat Ahmad. Kemudian diperlihatkan perjalanan kedua, ditemui di dalamnya seperti itu, maka dia meminta perkara yang sama, dikatakan kepadanya perkara yang sama. kemudian diperlihatkan perjalanan ketiga, dia melihat perkara yang sama, maka dia meminta perkara yang sama, dikatakan kepadanya perkara yang sama) [136].

Dan dari Muhammad bin Ali (as), beliau berkata: (Adalah tongkat Musa (as) dari Adam (as), menjadi milik Shu’aib, dan kemudian datang kepada Musa bin Imran, dan bahawa ia ada pada kita, dan perjanjianku dengan yang di atas, Di sini telah diwujudkan berwarna hijau apabila dikeluarkan daripada pokoknya, dan ia untuk melafazkan jika dipersoalkan, yang disediakan bagi Qaim kita, dibuat sepertimana telah dibuat untuk Musa, dan ia adalah untuk mengganas dan menelan apa yang mereka pura-pura adakan (sihirkan), dan dibuat seperti yang diperintahkan , dan ia adalah di mana dia datang kembali meraih apa yang mereka pura-pura adakan, pada bibirnya [137], satu dalam tanah dan yang lain di langit-langit, dan di antara empat puluh hasta , dan meraih apa yang mereka pura-pura adakan (sihirkan) dengan lidahnya ) [138].

Dan dari Jabir al-Ansari berkata : Aku mendengar Rasulullah (sawas) bersabda: (Bahawa Zhi Al-Qarnain (yang ada dua tanduk) adalah seorang Hamba Soleh, Allah menjadikan beliau hujah pada hamba-hambaNya, dia menyeru kaumnya kepada Allah Azza wa Jalla dan memerintahkan mereka untuk bertaqwa kepadaNya, dipukulnya mereka dengan tanduk itu, dan dia ghaib dari mereka berzaman-zaman, sehingga ada yang mengatakan dia telah mati atau terkorban dalam mana-mana arus lembah? Kemudian dia muncul dan kembali kepada kaumnya, dipukulnya mereka dengan tanduk itu, bukankah pada kamu, merupakan suatu sunnah, dan sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, dari Timur sampai ke Barat, dan bahawa Allah Tabaraka wa Taala akan meneguhkan sunnahNya pada al-Qaim dari anakku dan menyampaikan padanya di muka bumi dari Timur sampai ke Barat, sehingga tidak ada yang tinggal dengan mudah atau tidak ada keadaan yang mudah dan tidak ada Gunung yang tidak dipijak melainkan Zhi Al-Qarnain memijaknya, dan Allah menunjukkan kepadanya perbendaharaan bumi dan galian, dan menyokong beliau dengan ketakutan, bumi ini dipenuhi dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman ) [139].
Bertanya kepada Abu Abdillah (as) : Adakah telah lahir al-Qaim? Beliau berkata : (Belum, meskipun aku sudah menyadari untuk hari-harinya dalam hidupku) [140].

Semoga Allah berselawat kepada sesiapa yang berkata kepada Imam ma'sum: Jika aku sedar untuk hari-harinya dalam hidupku.


✡✡✡✡✡


------------------------------
[136] - Ghaibah An-Nu3mani : halaman 246, Bihar Al-Anwar: Jilid 51 halaman 77, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 246.
[137] - dalam sebahagian salinan Al-Kafi: dua bahagian.
[138] - Al-Kafi: Jilid 1 halaman 231, Bihar Al-Anwar: Jilid 26 halaman 219, dan: Jilid 52 halaman 318, dan diriwayatkan seperti dalam matan dari Bashair Al-Darajat, manakala Diriwayatkan dalam Bashair Al-Darajat: halaman 203, dan dalam Al-Imamah wa Al-Tabshirah: halaman 116, dan Kamal Al -Din: halaman 674, denga khilaf kepada pada akhir riwayat. Dan telah diriwayatkan dalam Hamasy Mukhtashar Bashair Al-Darajat dari naskhah Al-Bihar.
[139] - Kamal Al-Din : halaman 393 , Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 323 , Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 1 halaman 256.
[140] - Ghaibah An-Nu3mani: halaman 252 , Bihar Al-Anwar: Jilid 15 halaman 148, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 385.


Tiada ulasan: