Ahad, 25 Mei 2014

Soalan 44 : Solat ke atas mayat di bahagian dada

Soalan 44 : Riwayat dari Al-Aimmah (as) bahawa apabila solat ke atas mayat di tengah di bahagian dada, dan mengapa tidak solat di kepala. Apakah sebabnya?

Jawapan: kedudukan hubungan roh dengan jasad adalah di dada, oleh itu apabila solat bukan di kepala. Maka sesungguhnya solat pada mayat ke atas rohnya, dan menjadi tenteram orang yang beriman, berfirman Yang Maha Tinggi dalam menerangkan hal orang-orang kafir:
﴿خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِم﴾
Allah telah mengunci-mati hati mereka, [Surah Al-Baqarah 2:7]
Dan firman Yang Maha Tinggi dalam menerangkan hal orang-orang munafik:
﴿فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضاً﴾
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya. [Surah Al-Baqarah 2:10].
Dan firman Yang Maha Tinggi kepada RasulNya yang mulia Muhammad (sawas):
﴿أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ﴾
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
[Al-Syar7: 94:1]  [84],
﴿قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي﴾
Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, [Thaha 20:25]  [85].

﴿رَبِّي إِنِّي تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ * وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَائي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ مَا كَانَ لَنَا أَنْ نُشْرِكَ بِاللَّهِ مِنْ شَيْءٍ ذَلِكَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَشْكُرُونَ﴾
 Tuhanku. Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari kemudian. *
Dan aku pengikut agama bapak-bapakku yaitu Ibrahim, Ishak dan Ya'qub. Tiadalah patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari karunia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (Nya). [Yusuf 12:38] [86].


✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: