Ahad, 11 Mei 2014

makna سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى

Soalan 37: Apakah makna

﴿ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى 

Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.? [Al-A3la 87:1] 


Jawapan: Tasbih adalah mentahkik (membenarkan) seorang hamba dengan menyanjung ke atas Tuhan Yang KesucianNya Maha Tinggi, sanjungan dengan apa yang diajar oleh Yang Maha Suci pada jalan AuliakNya dari Nabi-nabi, Rasul-rasul dan Imam-imam (as), sanjungan dan pujian yang paling kecil adalah al-syukur (berterima kasih).

Bertasbih (mensuci) bermula dengan bersyukur (berterima kasih), dan hujungnya dengan pujian (al-hamd). Mensyukuri Allah Yang Maha lagi Maha Tinggi dimulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada ciptaanNya dan menunaikan hak mereka, kerana Penciptaan adalah milik (pilihan) Allah. Penciptaan kasih kepada Allah yang merahmati mereka yang menjadi pilihanNya, seperti yang diriwayatkan dalam hadits mengenai mereka (as) [59]. Hamba yang mensucikan (bertasbih) TuhanNya Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi ketika mana orang yang beriman bermurah hati dan berbelas kasihan dengan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan tegas dan keras dengan orang-orang kafir yang degil, kerana menjalankan kebenaran di atas muka bumi.

اسم ربك الأعلى - Dan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi: adalah Ali (as); kerana ia adalah nama yang Tertinggi dan yang Teragung, dan Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali, jadi pengertian

﴿ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى 

 Jadikanlah kebenaran  berjalan di atas muka bumi iaitu mensucikanNya dengan amal perbuatan bukan hanya kata-kata dan nafsu keinginan.  



✡✡✡✡✡


--------------------------

[59] - dari Imam Sadiq (as) berkata: (Rasulullah (sawas): penciptaan Allah, penciptaan mengasihi Allah untuk faedah 3iyal (milik pilihan) Allah dan memasuki kebahagiaan ahli bait...) Al-Kafi: Jilid 2 halaman 164.

Tiada ulasan: