Khamis, 29 Mei 2014

Soalan 52: Azab diturunkan dan dikirim

Soalan 52:
بسم الله الرحمن الرحيم ﴿فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا قَوْلاً غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ فَأَنْزَلْنَا عَلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا رِجْزاً مِنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ﴾

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu dari langit, karena mereka berbuat fasik. [Al-Baqarah 2:59]  [136].

Dan firmanNya Yang Maha Tinggi:

﴿فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ قَوْلاً غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِجْزاً مِنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَظْلِمُونَ﴾

Maka orang-orang yang zalim di antara mereka itu mengganti (perkataan itu) dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka, maka Kami timpakan kepada mereka azab dari langit disebabkan kezaliman mereka. [Al-A3raf 7:162] [137].

Mengapa firmanNya Yang Maha Tinggi di dalam ayat pertama: (فأنزلنا)[Kami turunkan], dan dalam ayat kedua: (فأرسلنا)[Kami utuskan], apakah perbezaan antara keduanya? FirmanNya Yang Maha Tinggi mulanya : (يفسقون)[ fasik - salah laku], dan yang satu lagi: (يظلمون)[menganiaya], apakah perbezaan antara keduanya?

Jawapannya: firmanNya Yang Maha Tinggi:

﴿وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنْبِيَاءَ وَجَعَلَكُمْ مُلُوكاً وَآتَاكُمْ مَا لَمْ يُؤْتِ أَحَداً مِنَ الْعَالَمِينَ * يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَلا تَرْتَدُّوا عَلَى أَدْبَارِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ * قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّ فِيهَا قَوْماً جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا حَتَّى يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ * قَالَ رَجُلانِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيهِمَا ادْخُلُوا عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ * قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَداً مَا دَامُوا فِيهَا فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ * قَالَ رَبِّ إِنِّي لا أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ * قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ أَرْبَعِينَ سَنَةً يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ فَلا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ﴾

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi nabi diantaramu, dan dijadikan-Nya kamu orang-orang merdeka, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun diantara umat-umat yang lain".* Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari kebelakang (karena takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.* Mereka berkata: "Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. Jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya".* Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman".* Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja".* Berkata Musa: "Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu".* Allah berfirman: "(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu".[Al-Maidah 5:20-26] [138].

Dalam ayat-ayat ini sebab bagi kenyataan ini adalah perbuatan dosa (menyembah berhala)  atau azab (hukuman), kaum fasiq dan tidak mematuhi perintah Allah, melalui Musa (as) yang mengarahkan mereka melakukannya. Hakikat bahawa kefasikan (ingkar) ini datang dari keraguan dalam diri mereka dengan kenabian (nubuwah) Musa (as), dan dia adalah Khalifah Allah di muka bumiNya dan harus dipatuhi. Pada zahirnya keraguan ini pada kebanyakannya dan selalunya dengan (Al-Tiih - disesatkan) kerana membantah Musa (as), dan penolakan (kafir) mereka pada kepimpinannya atau kepimpinan saudaranya Harun (as). Tidak percaya (kafir) pada Khalifah Allah di muka bumiNya ini ialah zalim, menzalimi diri mereka sendiri, kerana mereka sendiri yang rugi pada mula dan akhirnya, di dunia dan di akhirat apabila mereka tidak menyedari bahawa kerajaan itu milik Allah, dan Allah-lah yang melantik KhalifahNya di bumiNya, dan mereka mesti taat kepadanya (as); kerana ketaatan padanya itu ketaatan kepada Allah, dan menerima kerajaannya (as); kerana kerajaannya adalah Kerajaan Allah SWT. Akibatnya, menzalimi kepada Khalifah Allah di bumiNya dengan tidak menerima Wilayah Al-Ilahiyah .

Fasiq atau yang jahat: Adalah mengingkari Khalifah Allah di bumiNya, dan tidak menerima Perintah Al-Ilahiyah.

Dan makna diturunkan azab: iaitu kedudukan dan kestabilan atas sesuatu kaum.

Adapun dihantar (dikirim) azab: Adalah dengan menghantar malaikat melakukannya, dan ketika didatangkan hukuman Ilahi kepada mereka diturunkan dan dijatuhkannya pada sesuatu kaum. Maka azab yang dikirim adalah azab yang membayangi kaum itu atas keraguan mereka dan dijatuhkan pada mereka, dan mungkin boleh dijatuhkan ke atas mereka dari semasa ke semasa, seperti yang berlaku kepada Bani Israel dengan (Al-Tiih - disesatkan), dijatuhkan kepada mereka azab setiap kali menyakiti Musa (as) dan mereka kufur ingkar Wilayahnya dan Kekhalifahannya milik Allah di bumiNya. Terdapat makna lain diturunkan azab dan dikirim azab bukan dikhaskan kepada kedua-dua ayat, maka tidak perlu diterangkan mengenainya. Adapun maksud kedua-dua ayat secara khusus:

1 - ﴿فَأَنْزَلْنَا عَلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا رِجْزاً مِنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ﴾: Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu dari langit, karena mereka berbuat fasik,
Iaitu kami mengazab mereka, أنزلنا (Kami turunkan): dijatuhkan kepada mereka azab, mereka adalah orang-orang yang berlaku zalim kepada Auliak Allah Musa dan Harun (as), dan ia adalah pintu pertama menzalimi Muhammad dan Aali Muhammad (as); kerana mereka adalah asas Wilayah Al-Ilahiyah. [139].
                                                                
Sebab diturunkan kepada mereka azab ini ialah: dosa-dosa dan penentangan kepada perintah-perintah Al-Ilahiyah milik Allah di bumiNya, dengan keraguan atau ingkar kebanyakan daripada mereka dengan nubuwah Musa (as) dan Kekhalifahannya.

2 – ﴿فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِجْزاً مِنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَظْلِمُون﴾:
Maka Kami timpakan kepada mereka azab dari langit disebabkan kezaliman mereka,
Iaitu Kami kirim (utus) malaikat membawa azab ke atas kepala mereka, kerana kemunafikan mereka dan kekurangan iman dengan iman yang hakiki, mereka berlaku zalim kepada Auliak Allah (as) dan KhalifahNya di bumiNya, jika hanya fasik sahaja dan dosa sahaja daripada menerima Auliak Allah dan KhalifahNya di bumiNya itu tidak terpaksa dikirimkan azab lebih utama diturunkanNya mengikut sunnah Allah SWT, Tidak dijatuhkan azab kepada umat yang menentang perintah Allah SWT dan menyeleweng dari jalan yang lurus, ia hanya selepas diutus seorang rasul [140].dan mendustakan dan mengejek-ejeknya. Wilayah pada Waliy Allah SWT tidak terjejas kebaikannya dengan yang buruk, dan memusuhi Waliy Allah dan KhalifahNya di bumiNya tidak mendatangkan keburukan dan kebaikan padanya [141].

Dari kedua-dua ayat ini kita dapat faham bahawa Allah SWT menghantar azab apabila umat yang berpaling dari Waliy Allah dan KhalifahNya di bumiNya, sementara azab yang diturunkan kepada mereka jika mereka terus berdosa (fasiq) dan menentang kepada Perintah-perintah Al-Ilahiyah yang disampaikan kepada mereka. Mungkin dikirim dan diturunkan azab kepada mereka serta-merta jika mereka berterusan selepas perkataan Allah dan menganiaya Waliy Allah dan mereka melakukan kedurhakaan pada perintah Allah Yang Maha Suci, Walhamdu Lillahi Wahdah. (dan pujian bagi Allah semata-mata).   


            
✡✡✡✡✡

--------------------------------
[136] – Al-Baqarah 2:59.
[137] – Al-A3raf 7:162.
[138] – Al-Maidah 5:20-26 .
[139] - Dari Daud Al-Raqi, dia berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) ... sehingga dia (as) berkata: ( ... Apabila Allah mahu mencipta penciptaan mereka bertebaran antara tangan-tanganNya dan dikatakan kepada mereka: Siapa Tuhan kamu? Yang pertama menjawab: Rasulullah (sawas) dan Amirul Mukminin (as) dan para Imam (shalawat Allah 3alaihim) mereka berkata: Engkau Tuhan kami. Maka mereka membawa ilmu dan agama, dan kemudian dikatakan kepada malaikat: Mereka membawa agamaKu, ilmuKu dan amanahKu pada ciptaanKu dan mereka orang-orang yang bertanggungjawab, dan kemudian dikatakan kepada bani Adam: Akuilah bagi Allah dengan Al-Rububiyah dan bagi orang-orang Kelompok itu Wilayah dan Ketaatan, mereka berkata: Ya Tuhan kami, kami berikrar, Allah berfirman kepada malaikat: Saksikanlan. Berkata malaikat: Kami menyaksikan, supaya mereka tidak mengatakannya esok (nanti), Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang terlupa atau mengatakan Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu, Wahai Daud, Wilayah kami diakad (diikrar) ke atas mereka dalam Persetiaan (Al-Mitsaq) ) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 133-134 , H 7.
[140] - Yang Maha Tinggi berfirman: (dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.) Al-Isra’ 17:15.
[141] - Ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas3ud berkata: Rasul Allah (sawas) bersabda: ( Wahai Ali - sebagai contoh pada pimpinan Auliak Allah dan KhalifahNya di bumiNya, dan hanya apa yang dikatakan (sawas) yang sedang dijalankan pada Aushiak selepas dia dan Khalifah Allah di muka bumiNya kesemuanya - jika seorang hamba dari hamba Allah seperti apa yang dipunyai Nuh pada kaumnya, dan baginya seumpama seketul emas diinfak di jalan Allah, memanjangkan usianya walaupun berhaji seribu haji dan kemudian terbunuh di antara Shafa dan Marwah, tetapi tidak berwaliykan engkau Wahai Ali, tidak akan mencium bau Syurga dan tidak masuk ke dalamnya, Aku tahu Wahai Ali bahawa mengasihimu kebaikan, tidak merosakkan dengan yang tidak baik, dan yang memburukkan engkau tidak berguna ketaatannya, Wahai Ali jika bertaburan yang dikelilingi orang munafik yang tidak suka engkau, walaupun hanyut melanda orang mukmin tidak memburukkan engkau, Oleh kerana mengasihi engkau adalah iman dan memburukkan engkau adalah munafik, tidaklah yang mengasihi engkau melainkan orang yang beriman dan bertakwa, dan tidaklah yang memburukkan engkau melainkan orang yang munafik lagi jahat ) Bihar Al-Anwar : Jilid 39 halaman 280, Naqalan 3an Bisyarah Al-Mushthafa: halaman 114.

Tiada ulasan: