Rabu, 28 Mei 2014

Soalan 47: ...............(Mutasyabihat 2)

Soalan 47: Dalam Surah Al-Zhariat:)

﴿فَالْمُقَسِّمَاتِ أَمْراً * إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ * وَإِنَّ الدِّينَ لَوَاقِعٌ * وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْحُبُكِ * إِنَّكُمْ لَفِي قَوْلٍ مُخْتَلِفٍ * يُؤْفَكُ عَنْهُ مَنْ أُفِكَ * قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ﴾

dan yang membagi-bagi urusan, * sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar. * dan sesungguhnya (hari) pembalasan pasti terjadi. * Demi langit yang mempunyai laluan-laluan, * sesungguhnya kamu benar-benar dalam keadaan berbeda pendapat, * dipalingkan daripada orang yang dipalingkan. * Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta, [126]. Apakah makna-makna dalam ayat-ayat ini ?

Jawapannya:
﴿فَالْمُقَسِّمَاتِ أَمْراً﴾
[dan yang membagi-bagi urusan]: malaikat-malaikat.
﴿إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ﴾
[sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar]: Kebangkitan Al-Qaim
﴿وَإِنَّ الدِّينَ لَوَاقِعٌ﴾,
[dan sesungguhnya (hari) pembalasan pasti terjadi]: kiamat kecil dan perhitungannya (as) terhadap manusia.
﴿وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْحُبُكِ﴾
[Demi langit yang mempunyai laluan-laluan]: yang tepat dan teratur dan berjalan (beredar) dengan lurus dan baik penghuninya, dan mereka adalah malaikat yang bekerja dengan teliti tidak berselisih dan tidak membuat kesilapan, dan menzahirkan perintah Allah dengan ayat-ayat (tanda-tanda) dan keterangan, penglihatan dan terbukanya (tanda-tanda) ayat-ayat Kerajaan Langit dan mukjizat-mukjizat..
﴿إِنَّكُمْ لَفِي قَوْلٍ مُخْتَلِفٍ﴾
[sesungguhnya kamu benar-benar dalam keadaan berbeda pendapat]: iaitu berbeda pendapat pada Al-Qaim (as) ada kumpulan yang mengatakan dia, dan ada kumpulan yang mengatakan tidak, dan ayat ini di dalam Surah Al-Naba’:

﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ﴾

Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar,* yang mereka perselisihkan tentangnya. [Al-Naba’78:1]  [127].

﴿يُؤْفَكُ عَنْهُ مَنْ أُفِكَ﴾ [dipalingkan daripada orang yang dipalingkan]: Yang dipalingkan hatinya untuk tidak mengikut, dan makna ayat ini: bahawa ia adalah pusingan (giliran) al-Qaim dan akan dihadapkan pada al-Qaim. orang yang tidak mengikut al-Qaim dan berpaling dari mengikutnya adalah menentang fitrah .

﴿قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ﴾[Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta] : Iaitu binasalah orang yang berdusta yang mendustakan tanpa mengambil tahu, dan ragu-ragu

Orang yang mendustakan al-Qaim (as) tanpa mengambil tahu terhadap uruasannya; kerana kebangkitan al-Qaim adalah bertentangan dengan keinginan mereka sendiri, mengejar duniawi dan untuk menjadi pemimpin dunia yang batil.


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[124] – Nahj Al-Balaghah: Khutbah Pertama.

[125] – Bihar Al-Anwar: Jilid 53 hal. 407.

Tiada ulasan: