Khamis, 22 Mei 2014

Pengenalan

Pengenalan

بسم الله الرحمن الرحيم

[ث=ts] [خ=kh] [ح=7] [ذ=zh] [ش=sy] [ص=sh] [ض=dh] [ط=th] [ظ=dz] [ع=3] [غ=gh]

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dan puji bagi Allah yang berfirman,

﴿وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيراً وَنَذِيراً وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ * وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ * قُلْ لَكُمْ مِيعَادُ يَوْمٍ لا تَسْتَأْخِرُونَ عَنْهُ سَاعَةً وَلا تَسْتَقْدِمُونَ﴾

Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. * Dan mereka berkata: "Bilakah (datangnya) janji ini, jika kamu adalah orang-orang yang benar?".* Katakanlah: "Bagimu ada hari yang telah dijanjikan yang tiada dapat kamu minta mundur daripadanya barang sesaatpun dan tidak (pula) kamu dapat meminta supaya dikedepankan".) [Saba’ 34:28] [1]

BagiMu puji-pujian wahai Tuhan kami, yang telah memperkenalkan kepada kami janji Mu yang tetap tidak dilanggar, dan pedang Mu yang memotong, dan batu (penjuru) Mu yang menarik hambaMu yang Engkau telah tarik kepada DiriMu dan dengan redha untuk menyokong agama Mu, dan telah memilih Ilmu Mu dan melindunginya dari dosa, membebaskan daripada aib dan menunjukkan kepadanya yang ghaib, memberi nikmat kepadanya dan menyucikannya dari kekotoran yang digosok (diliputi)nya dari duniawi menjadikan ketaatannya hanya kepada Mu, dan sokongannya sokongan kepada Mu, dan diperkenalkan dia kepada hamba Mu dengan lisan Nabi (sawas) Umm Al-Quraa, dan dengan lisan nabi-nabi sebelumnya, yang disebut di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran serta memberi amaran kepada hambaMu dari kelalaian, dan berfirman dengan kesucianMu dari mengungkapkan
,
بسم الله الرحمن الرحيم ﴿وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً * يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلاناً خَلِيلاً * لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولاً﴾

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul".. * Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku).* Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari peringatan (Al Quran) ketika ia telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia.) [2]

Dalam tulisan ini sebahagian kecil dan sedikit dari keseseluruhan yang disediakan untuk diri-diri orang yang beriman. Dan di dalam tulisan ini adalah sesuatu dari masa lalu, sesuatu dari masa kini dan sebahagian besar untuk masa depan. Dan pada masa lalu terdapat pelajaran tidak dapat dinafikan, dan ia adalah sunnah Allah yang tidak berubah.

قال الخاتم (ص): (والذي نفسي بيده لتركبن سنن من كان قبلكم حذو النعل بالنعل والقذّة بالقذّة حتى لا تخطئون طريقهم ولا يخطئكم سنّة بني إسرائيل)

Nabi Penutup (sawas) bersabda, (Demi jiwaku di tangan-Nya, kamu akan mengikuti jejak langkah orang yang sebelum kamu, tapak demi tapak, selangkah demi selangkah, sehingga langkah kamu seperti langkah-langkah mereka, langkah, sunnah dari Bani Israel) .

Dan di dalam tulisan ini menceritakan suatu umat yang masuk ke padang (gurun) pasir dan keluar darinya suatu umat yang pernah masuk ke dalamnya dan masih di dalamnya, dan dalam tulisan ini adalah arahan terhadap jalan keluar dari gurun pasir itu.

Saya, yang lemah ini membuat kerja yang sedikit dan banyak kesilapan, dengan menulis tulisan ini supaya semua mereka yang lemah akan menangisinya dalam menghadapi para taghut penzalim, dan kerana ia adalah tangisan penghulu mustadh3afin (orang-orang yang ditindas), Hujjah atas segala penciptaan, Mahdi umat ini (as), seruan kepada setiap mukmin dan mukminah, di mana dia (as) meminta sokongan mereka, dan supaya seruan ini akan menjadi bukti kepada setiap mereka yang bersikap tidak peduli pada hari ini sebelum bangkitnya, dan esok selepas dia bangkit .

Kemudian saya berharap dari Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengasihani, lagi Yang Maha Mulia, yang Dia menjadikannya hujjah dari hujjah-hujjahNya semasa pembentangan pada Hari Kiamat.

Dan segala puji bagi Allah yang menciptakan daku, kerana Dialah yang memberi petunjuk padaku, Tuhanku, benarkanlah daku bersama orang-orang yang soleh dan janganlah hinakan daku pada hari mereka dibangkitkan; Hari yang tidak berguna harta kekayaan dan anak-anak selain orang yang datang kepada Allah dengan hati yang suci murni (qalbin salim).

Tuhanku, terimalah dari kerjaku yang kecil ini, ke halaman kalbu Shahib Al-Zaman dariku...

Tuan-ku, Ya Shahib Al-Zaman, Wahai Hujjat Allah di muka bumiNya, Wahai Baqiah (Tinggalan) Anbiak dan Aushiak, Wahai yang ditindas dan dirampas haknya, Wahai yang perkasa; yang dikasihi, Kemudaratan telah menyentuh kami dan keluarga kami dan kami datang dengan kelemahan yang tidak layak ini, maka tolonglah kami mengukurnya dan berikan kami dari amalmu, sesungguhnya Allah memberi ganjaran amal ...

Telah mati yang sabar dalam menunggu kamu..... wahai yang menghidupkan syariah

Maka bangunkanlah gerakan dengan apa yang tinggal untuk dipikul ..... hanyalah kecut perut – cemas

Telah koyak pakaian kesedihan .. dan dalam genting mengadu untuk meneruskan

Masa pedang telah tiba untuk menyembuhkan sakit .....hati-hati Syiah mu bergelora,

Yang lain tidak memulihkan mereka .... Ini yang mengejangkan diri

Tali panjang untuk bersandar ..... yang akan membawanya kembali berehat

Berapa lama terbiarnya agama ..... peraturan yang tinggi dirobohkan

Berkabung ranting dari perdunya (pangkal)..... Berkabung perdu dari rantingnya

Padanya hukum dari bapa .... pada hari ini kesuciannya ditembusi

Kalau menilai kadarnya ... ketiadaannya disamakan dengan kepulangannya

Maka asahlah bilah pedang untuknya... roh-roh dipohonkan ketaatan dan patuh.

Yang membiarkannya mengurangkan seruan... tetapi jika mereka mengambil berat ia mempercepat.

Menuntut korban darah.....  Karbala tempat terbaik Syiah
  
Apa yang membuat kamu bersabar.....   yang mengurangkan kedahsyatan?

Adakah kamu melihat bahawa bencana akan datang..... lebih buruk dari apa yang telah datang?

Di mana Al-Hussein di atas tanah ..... kuda yang menginjak tulang rusuk

Dibunuh oleh Aali Asiah (Buta huruf) ..... dahagakan Syariah sampingan

Dan bayinya dilindungi dengan darah.... Dibayangi untuk menuntut bayinya

Wahai yang mencemburui Allah.... serulah perlindungan yang menembusi agama

Dan mengasah pedang pembela kamu..... untuk leher pelampau yang pengecut

Dan serulah tentera Allah memenuhi... tanah yang luas ini

Dan ambil walaupun bayi...  daripada keluarga peperangan, yang perempuan dan yang lelaki. [4]



✡✡✡✡✡ 
-----------------------
[1] Surah Saba’ 34:28-30 .
[2] Surah Al-Furqan 25:27-29 .
[3] Tafsir Al-3iyasyi, Jilid.1 halaman 303, Mausnad Ahmad Jilid 5 halaman 340, Sunan Al-Tirmizhi Vol. 3 halaman 332, Majma al-Zawaed oleh al-Haithami Vol halaman .7 216.
[4] - Bait-bait dari sebuah puisi terkenal Ahl Bayt, oleh penyair 7aidar Al-7illi (rahimahu Allah) Diambil dari Diwan Al-Hilli Jilid 1 halaman 37.

Tiada ulasan: