Selasa, 20 Mei 2014

Soalan 40: Apa sebab berhaji, dan apa tujuan Haji?

Soalan 40: Apa sebab berhaji, dan apa tujuan Haji?

Jawapan: Haji dalam Islam secara ringkasnya, adalah hadir pada suatu masa tertentu pada suatu tahun di tempat yang tertentu, Ia adalah Bait Allah Al-Haram atau Ka'bah, pertamanya, kita mesti tahu masa, cara dan tempat.

Tempat: Kaabah, ia adalah satu tajalli (manifestasi) zahir bagi Bayt Al-Ma’mur (kiblat malaikat), yang merupakan tajalli zahir Al-Dharah (Al-Dhara7), dan Al-Dharah berada di Langit Keenam dan ia adalah Langit tertinggi (alam) Mitsal Malakut, dan selepasnya adalah Langit Ketujuh, dan ia (Langit Ketujuh) keseluruhannya  bukanlah (alam) Mitsal Malakut. Dan sesungguhnya penciptaan Al-Dharah selepas sambutan (tindaka balas) para malaikat pada Allah SWT setelah dikhabarkan kepada mereka mengenai penciptaan Adam (as), lalu malaikat-malaikat itu diliputi oleh dosa dan Allah mengampunkan mereka dan menerima taubat mereka selepas menghina dan membangkang khabar dariNya SWT [62].

Dan kewujudan (tajalli) Al-Dharah di Langit Kelima di bawah Langit Keenam, begitulah di setiap Langit ada Bayt yang sesuai untuknya, bertawaf para malaikat pada setiap Langit itu; Allah SWT mengampunkan mereka dan menerima taubat mereka, di Langit Keempat juga ada Al-Bayt Al-Ma’mur [63), rumah (Al-Bayt) ini juga tajalli dan zahir di bumi iaitu Bayt Allah Al-Haram atau Al-Ka’bah. Apabila diturunkan Adam (AS) ke muka bumi, dia bertawaf mengelilinginya, maka Allah memaafkannya dan meninggikan maqamnya dan akan mengutamakannya dari Dia yang Maha Tinggi lagi Maha Spci.

Adapun Masa Haji itu: adalah bulan Zhu Al-Hijjah, dan perkara yang paling penting adalah sifat-sifat bulan ini, di mana bulan inilah keluarnya Imam Mahdi (as) di Mekah dan dihantar (diutus) Jiwa Suci (Al-Nafs Al-Zakiyah) kepada penduduk Mekah lalu mereka membunuhnya di antara Al-Rukun dan Al-Maqam (antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim) yang berlaku pada hari kesepuluh Muharram. Justeru itu, Bayt Allah diletakkan di langit tempat para malaikat bertawaf di sekelilingnya dan memohon keampunan selepas (kerana) mereka mempersoalkan ke atas hujjah Allah, Adam (as), dan diletakkan di muka bumi untuk bertawaf sekelilingnya atas pelanggaran Adam ke atas Pohon Ilmu Aali Muhammad atau pohon Wilayah (Al-Syajarah Al-Wilayah).

﴿وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً﴾

dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. [Tha Ha 20:115] [64]:
Iaitu untuk memikul Wilayah Aali Muhammad, [65], dan mereka hujjah Allah atas Adam (as) , bertawaf di sekeliling Al-Bayt, sebagai mengiktiraf hujjah Allah atas penciptaan dengan Al-Wilayah, Dan mematuhi perintah dan taat kepadaNya.

Adapun alasan mengerjakan Haji adalah mencari keampunan dari kegagalan dalam kebenaran hujjah ke atas Penciptaan (as) pada setiap zaman, ia adalah pada masa kita, zaman Imam Mahdi (as). Telah diriwayatkan dari mereka (as) apa yang bermaksud: (Bahawa Allah telah menjadikan Haji untuk manusia hadir kepada kami Wilayah mereka.) [66].

Tujuan Haji ini adalah untuk berkumpul di tempat ini dan dalam suatu masa setiap tahun pada menunggu-nunggu bangkitnya seorang pembaharu (pengislah) Mahdi (as) yang dinantikan untuk berjihad bersamanya, beliau adalah pemilik penyeru di zaman kita ini, bahawa Allah SWT berfirman dalam al-Quran : kepadamu wahai hujjahKu atas ciptaaanKu tidak datang kepadaKu demi Aku, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

 ﴿وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيق﴾ 


Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, [Al-Hajj 22:27] [67].

﴿ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيق﴾

Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan melakukan thawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah). [Al-Hajj 22:29]  [68]:

Dan menghilangkan kotoran: iaitu pembersihan dan penyucian, dan dia hendaklah mengikut yang zahir dengan memotong kuku dan menggunting rambut, ada pun menurut apa yang dimaksudkan dengan akal dan hakikat ialah untuk memenuhi hujjah Imam (as), dan memotong rambut adalah mewakili kesaksamaan setiap idea (fikrah) dan menyerah kepada Al-Hujjah (as) dan mematuhi arahannya.

Tetapi dipanggil rumah lama (tua); kerana mereka yang mengelilinginya diliputi perasaan lamanya rasa bersalah dengan Imam Mahdi (AS) hujjah atas penciptaan

﴿ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ﴾

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya. [Al-Hajj 22:30] [69] ,

﴿ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ﴾

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. [Al-Hajj 22:32]  [70], mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah ia adalah hujah-hujah Allah SWT atas penciptaan .




✡✡✡✡✡

----------------------
[62 ] – Dari Abi Abdillah (as) , dalam sebuah hadits, beliau berkata: ( ... Sebagai permulaan rumah ini Allah Tabarak wa Taala, berfirman kepada malaikat :
إني جاعل في الأرض خليفة
"Aku hendak jadikan seorang Khalifah di muka bumi,"
malaikat-malaikat menjawab kepada Allah Azza wa Jalla:
أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء
"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,"
Mereka berpaling dariNya dan melihat bahawa dengannya membuat murka arasyNya ini, maka mereka meminta perlindungan, Allah mengarahkan raja malaikat membina sebuah rumah di Langit Keenam dipanggil Al-Dharah bertentangan dengan arasyNya yang menjadi saksi kepada penghuni langit berthawaf padanya tujuh puluh ribu malaikat setiap hari tidak berulangan, dan memohon ampun, dan apabila telah diturunkan Adam ke langit dunia yang diperintahkan membina rumah ini secara bertentangan, ia menjadi saksi kepada Adam dan keturunannya seperti mana kesaksian kepada penghuni langit) Al-Kafi: Jilid 4: halaman 187, Bab mulanya Al-Bayt dan Al-Thawaf .
[63 ] – Dari Abi Hamzah Al-Tsimaliy dari Ali Bin Al-Hussein (as), beliau berkata : ( Aku berkata kepada ayahku tidakkah Thawaf itu tujuh pusingan. beliau berkata, kerana Allah Tabaraka wa Taala berfirman kepada malaikat :"
إني جاعل في الأرض خليفة
"Aku hendak jadikan seorang Khalifah di muka bumi,"

mereka menjawab kepada Allah Tabaraka wa Taala " mereka berkata
أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء
"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,"

Allah berfirman:
إني أعلم ما لا تعلمون
Aku mengetahui apa yang kamu tidak tahu "
Dengan tidak dihijabkan dari cahayaNya (mereka melihatnya), kemudian dihijabkan dari cahayaNya tujuh ribu tahun , Maka berlalu di ‘Arasy tujuh ribu tahun, Kemudian diberikan rahmat dan diterima taubat mereka dan dibina untuk mereka Al-Bayt Al-Ma’mur, di Langit Keempat, dijadikanNya yang resah gelisah aman dengan meletakkan Al-Bayt Al-Haram itu di bawah Al-Bayt Al-Ma’mur dan dijadikanNya yang resah gelisah, aman bagi manusia. Maka jadilah Tawaf tujuh keliling suatu kewajipan ke atas hamba-hamba untuk selama seribu tahun sebagai salah satu cara.) Syarai3 Al-Islam: Jilid 2: halaman 406-407 Bab 143 H halaman 1.
[64 ] – Tha Ha : 115.
[65 ] – Dari Abi Ja'far (as), beliau berkata: (Allah mengambil Persetian (Mitsaq) atas para Nabi, katanya, bukankah Aku Tuhanmu dan bahawa Mohammad RasulKu dan bahawa Ali Amir Al-Mukminin. Mereka menjawab: Ya dan dilaksanakan bagi mereka nubuwah. Kemudian mengambil Persetian (Mitsaq) atas Ulu Al-3azim, Aku Tuhanmu dan bahawa Mohammad RasulKu dan bahawa Amir Al-Mukminin Ali dan Aushiak selepasnya Wali PemerintahKu dan penyimpan IlmuKu, dan bahawa Al-Mahdi Penolong AgamaKu, dan dia menzahirkan daulahKu, dan menghukum musuh-musuhKu maka Aku disembahi secara sukarela atau secara paksa. Mereka berkata, “Kami mengaku – Wahai Tuhan - . Kami menyaksikan.” Adam (as) tidak menafikan, dan tidak pula mengakuinya, dan pengakuan azam bagi mereka sebanyak lima kali pada Mahdi (as), Adam tidak bersungguh untuk mengakuinya, Ia adalah firman Allah Tabaraka wa Taala:

﴿ وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. [Tha Ha 20:115] Bashair Al-Darajat: Jilid 2: halaman 90.
[66] - Al-Kafi: Jilid 1: halaman 392, Bab wajib atas manusia selepas mereka menghabiskan acara (manasik) mereka  untuk menampilkan Al-Imam dan diterima sebagai Mu3alim Agama mereka dan mengajar mereka Wilayah mereka dan kasih mereka kepadanya, halaman 1, 2 dan 3.
[ 67 ] - Al-Hajj: 27.
[ 68 ] - Al-Hajj: 29.
[ 69 ] - Al-Hajj: 30.

[ 70 ] - Al-Hajj: 32.

Tiada ulasan: