Rabu, 28 Mei 2014

Soalan 51:Adam dan Al-Nasnas (orang-orangan)

Soalan 51: Yang  Maha Tinggi berfirman:
                    
﴿إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".
Malaikat berkata

﴿أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ﴾

"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". [134] Dari mana malaikat tahu yang manusia membuat kerusakan dan menumpahkan darah walaupun sebelum dicipta di muka bumi?

Jawapan: Terdapat penciptaan di muka bumi sebelum Adam (as), dan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di antara mereka.

Maka Allah SWT memusnahkan mereka atas dosa-dosa mereka [135]. Malaikat menyangka bahawa makhluk yang baru - Adam (as) dan keturunannya – mereka akan berbuat demikian sekali lagi dan sekali lagi melakukan kerosakan dan pertumpahan darah, tetapi mereka jahil, sesungguhnya selepas bangkitnya Al-Qaim (as) akan didirikan Daulah keadilan dan Tauhid Al-Ilahi di atas muka bumi, dan akan tersebar kebaikan dan keamanan di kalangan manusia.



✡✡✡✡✡


--------------------------
[134] – Al-Baqarah 2:30.
[135] - Imam al-Baqir (as) dari bapa-bapanya dari Amir Al-Mukminin (as), berkata: (Allah apabila Dia mahu mencipta makhluk dengan tanganNya Dan bahawa selepas berlalu Jin dan Al-Nasnas (orang-orangan) di atas muka bumi tujuh ribu tahun, Dia Yang Maha Suci mengangkat hijab Langit-langit dan memerintahkan para malaikat untuk melihat penghuni bumi dari Jin dan Al-Nasnas (orang-orangan), apabila malaikat melihat apa yang mereka lakukan dari maksiat dan pertumpahan darah dan kerosakan di muka bumi melampaui kebenaran yang besar, sehingga mereka menimbulkan kemurkaan Allah dan kekesalan di muka bumi dan tidak mempunyai kemarahan mereka, dan malaikat berkata: Wahai Tuhan kami Engkaulah Al-Aziz, Al-Qadir Al-3adzim Al-Syan, Makhluk Mu ini, hina keji tidak menentu dalam menggadai nikmat kesenangan dan kesihatan yang Engkau beri dalam genggaman Mu, mereka melakukan dosa dan kerosakan itu di muka bumi dengan tidak menghiraukan kemurkaan dan balasan Mu bagi diri Mu dan Engkau Maha Mendengar dan Maha melihat, ia sungguh besar pada kami dan takbur pada Mu, maka firman Dia Jalla Jalalah: . Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di muka bumi seorang khalifah, kamu menghujjahKu di bumiKu pada makhlukKu.” Malaikat berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya, sebagaimana orang-orangan itu dan dan menumpahkan darah sebagaimana orang-orangan itu yang berhasad dengki dan menimbulkan kemurkaan sehingga menjadikan Khalifah (selain) daripada kami, padahal kami tidak berhasad dengki dan tidak menimbulkan kemurkaan, tidak menumpahkan darah dan kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Berfirman Tabaraka wa Taala: “Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui, Aku mahu mencipta makhluk dengan tanganKu sendiri dan menjadikan keturunannya dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul, dan hamba-hamba Allah yang soleh dan Imam-imam pemberi perunjuk (Mahdiyin) dan menjadikan mereka KhalifahKu atas MakhlukKu di bumiKu akan di beri hidayah kepada mereka dengan ketaatan dan mencegah mereka dari bermaksiat kepadaKu dan menjadikan mereka hujjahKu dan ke atas mereka keuzuran serta peringatan ...) Tafsir Al-Qumi : Jilid 1: Halaman 36.

Tiada ulasan: