Isnin, 19 Mei 2014

Soalan 39: Tentera Abrahah dan Tentera Yazid terhadap Ka'bah

Soalan 39 : Mengapakah tentera Abrahah dari Habsyah yang ingin memusnahkan Kaabah dilontar dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, tetapi Tentera Umayyah tidak direjam pada hal mereka juga mahu memusnahkan Kaabah sehingga dia menggunakan lastik besar (manjaniq) ke atas Kaabah dan merobohkan Bait Al-Haram?!

Jawapan: Bait Allah Al-Haram (Kaabah) dihormati (dilindungi), para malaikat melindungi kesucian Al-Bait dari sebarang serangan. Perlindungan ini tidak sentiasa dengan mukjizat, tetapi juga dengan (perlindungan) manusia, untuk memberikan pengajaran daripada mukjizat ini serta insaf mematuhinya dan ditunjukkan kepada mereka jalan yang lurus kerananya. Seolah-olah mereka tidak berhati perut serta insaf untuk mematuhi perumpamaannya dan kemungkinan akan mendapat seksaan Ilahi atau keterangan tanda-tanda kebesaran Ilahi, maka kesudahannya mereka memastikan mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan penindasan dan mereka akan ditolak ke jalan-jalan neraka dengan sekeras-kerasnya, atas apa yang bertentangan dengan keadaan mereka yang diuji dan diperiksa di muka bumi ini.

Pada masa Abdul Muthalib (as) - datuk kepada Nabi Muhammad (sawas) - mereka mendapat manfaat daripada tanda-tanda kebesaran ini, serta insaf mematuhinya. Begitu juga merujuk kepada kemulian (kesucian) Abdul Muttalib dan keluarganya, dan hubungan mereka dengan langit, dia adalah washiy dari washiy-washiy Ibrahim (as). Adapun pada masa Yazid (‘alaihi la’nahu Allah) maka manusia telah menjadi tidak berhati perut serta insaf untuk mematuhinya, bahkan mereka telah melanggar kesucian Kaabah yang paling besar yang tidak boleh dicabul kemuliaannya yang merupakan kesucian Al-Hussein, dengan membunuhnya terhadap jasadnya yang suci. Al-Hussein telah menjelaskan kepada mereka dalam khutbahnya kepada mereka, sesungguhnya selepas pembunuhan itu mereka tidak lagi akan hormat kepada kesucian dan tidak takut untuk melanggarnya atau memusnahkannya. Walau bagaimanapun, sejak tentera Yazid (laknat Allah) maju ke Kaabah, yang sebelumnya datang dari Madinah matilah yang terkutuk (Muslim bin 'Uqbah) Panglima tentera Umayyah, tiada manusia tidak menghalangnya, kemudian diserahkan jawatan kepada Al-Hashain bin Namir Al-Sakuni lalu meneruskan urusan untuk melastik (minjaniq) Kaabah dan terbunuhlah Ibn al-Zubayr di Al-Haram.

Tetapi akhirnya iaitu pada zaman Imam Mahdi (as), apabila manusia kembali kepada sesuatu yang fitrah serta insaf mematuhi perumpamaannya dan tanda-tanda kebesarannya, tanda ini akan muncul semula sekali lagi dan kali ini akan menggerhanakan Tentera Sufiani antara Madinah dan Mekah selepas keluarnya Imam Mahdi (as) dari Madinah dan berunding untuk ke Mekah diharamkan Allah SWT sebagaimana diriwayatkan dari mereka (as. [61]).

Sebab yang paling penting untuk mendapatkan tanda ini atau kelewatannya membuatkan manusia mengambil kesempatan daripadanya, dan kerana kesan buruk kesesatannya, dan dari mengambil contoh darinya, atau kelalaian tentangnya, dan dasar kebendaan mereka, dan mengembalikan semua sebab-sebab dan yang menyebabkannya.


✡✡✡✡✡

-----------------------------

[61] - Bihar Al-Anwar: Jilid52 halaman 222-223

Tiada ulasan: