Rabu, 7 Mei 2014

Al-Ghaibah

Al-Ghaibah
 الغيبة

Dari Abi Abdillah (as): Telah bersabda Rasulullah (sawas): (Bagi Ghaibah masa kanak-kanak. Mereka bertanya: Mengapa tidak (ghaib) Wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Takut dibunuh) [141].

Kata Abu Ja’far (as): (Jika Allah membenci kita, yang sepatut para imam berada pada sesuatu kaum, Dia akan membawa kita jauh dari mereka.) [142].

Berkata Abu Abdillah (as) : (Bagi al-Qaim dua ghaibah: satu pendek, satu lagi panjang, pada Ghaibah Pertama, tiada yang mengetahuinya melainkan Syiah tertentu, dan satu lagi Ghaibah tiada yang mengetahuinya melainkan yang khusus mewalikannya) [143].

(Ghaibah) Imam Mahdi (as) bukan sesuatu yang baru pada para rasul dan nabi-nabi yang mendahuluinya, telah ghaib Musa (as) dari kaumnya, beliau menghabiskan sepuluh tahun di Madyan menjaga biri-biri untuk Nabi Allah Shu’aib (as), dan Ghaibah Yusuf (as) dan nabi-nabi yang lain. Ghaibah Imam (as) dari pengelihatan manusia dan taghut penzalim adalah perkara biasa yang berlaku kepada nabi-nabi terdahulu (as) .

Adapun sekitar umurnya yang mulia, tidaklah sepanjang umur Al-Khidhir (as).

Pada awal Ghaibah Imam (as) terdapat beberapa timbalan, wakil (safar) atau pintu-pintu atau apa sahaja nama yang diberikan, ia adalah penting kerana mereka adalah kumpulan orang beriman yang ikhlas. Tugas mereka adalah menyampaikan surat-surat dari orang-orang mukmin dan masalah syariah mereka kepada Imam (as), dan menyampaikan jawapan-jawapan Imam (as) kepada mereka , dan menyampaikan arahan-arahan (panduan) kepada orang-orang mukmin. Wakil-wakilnya (safar) adalah:

- Utsman bin Sa’eid [144],
- Muhammad bin Utsman [145],
- Al-Hussein Bin Ruh [146],
- Ali bin Muhammad [147].

Dan terputus hubungan wakil-wakil (safar) dan orang-orang mukmin dengan Imam (as ) dengan kematian Ali bin Muhammad Al-Simari (rahimahu Allah), dan berlakulah Ghaibah Penuh (Kubra).




✡✡✡✡✡


------------------
[141] – 3ilal Al-Syrai3: Jilid 1 halaman 243 , Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 90 , baki kebijaksanaan : Jilid 1 halaman 184.
[142] - 3ilal Al-Syrai3: Jilid 1 halaman 224, Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 90.
[143] – Al-Kafi : Jilid 1 halaman 340, Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 155.
[144] – 3utsman bin Sa3id Al-3amri, yang dikenali sebagai Aba 3amru Al-Sammin, dan beliau berkata kepada Al-Ziyaat Al-Asadi, dia memiliki kedudukan yang kuat dan besar pada Imam (as), Imam-imam sangat percaya dengan surat-suratnya dan mewakilkannya dari mereka (Imam-imam) (as) terdahulu. Al-Sammin.telah dikatakan bahawa dia menjual minyak sapi sebagai pelindung dalam urusan ini. kerana dia telah menyampaikan persoalan-persoalan Syiah kepada Imam-imam (as) dan memberi mereka jawapan dan arahan-arahan Imam-imam mereka (as), orang-orang Syiah menghantar persoalan mereka dan lain-lain melalui 3utsman bin Sa3id, yang menyembunyikan dalam bekas minyak sapi, dan membawanya kepada Abi Muhammad (as) secara taqiyah dan sembunyi-sembunyi. Dia telah menjadi wakil pada Imam-imam Al-Hadi dan Al-‘Askari Al-Mahdi (as), dan bertindak sebagai (kaidah-kaidah) pengantara di antara mereka dan Wilayah Syiah. Dan kuburannya seperti yang ditulis dalam Ghaibat Al-Sheikh Al-Thusi di sebelah barat bandar Al-Salam - Baghdad - yang boleh dilawat dan terletak di kawasan luas kedudukan yang pertama dan mudah dikenali dengan pembentukan Baghdad. Dan tempoh tugas wakil (safar) Imam Mahdi (as) kira-kira lima tahun, meninggal dunia pada 266 Hijrah. Lihat Ghaibat Al-Sheikh Al-Thusi: halaman 353 dan selepasnya.
[145] - Muhammad bin Utsman bin Sa’eid Al-‘Amri: dikenali sebagai Abu Jafar, kedudukannya selepas bapanya besar di sisi Imam Mahdi (as). Di mana Al-Syeikh Al-‘Amri menerima tugas wakil (safar) selepas kematian bapanya dan mengambil tempatnya melalui surat takziah dan secara rasmi dari Imam al-Mahdi (as). Dan tempoh tugas wakil (safar)nya kira-kira lima puluh tahun, meninggal dunia pada 305 Hijrah. Dan kuburnya di sisi ibunya di pintu di sebuah jalan di Kufah, pada kedudukan di persekitaran rumah-rumah. Lihat Ghaibat Al-Sheikh Al-Thusi: halaman 366.
[146] - Abu al-Qasim Al-Hussain bin Ruh Al-Naubukhatiy : Al-Hussain Bin Ruh meninggal dunia pada bulan Sya’ban tahun 326 H, dan kuburnya diziarah di Al-Naubukhatiyah di jalan masuk, berdekatan sebuah rumah Ali bin Ahmad Al-Naubukhtiy Al-Nafizh ke bukit, kawasan pasar Al-Syurajah sebelah Ar-Rashafah di Baghdad. Tempoh tugas wakil (safar) Al-Hussain bin Ruh Al-Naubukhat kira-kira dua puluh satu tahun, meninggal dunia 326 Hijrah. Lihat terjemahan Ghaibat Al-Sheikh Al-Thusi: halaman 367 dan selepasnya.

[147] - Ali bin Mohammed Al-Simari: digelar Abi al-Hasan , mengambil alih tugas wakil (safar), setelah kematian Al-Hussain bin Ruh pada tahun 326 sehingga kepulangannya keharibaan Al-Haq (Teman) yang Maha Tinggi dalam tahun 329 pada pertengahan bulan Sya’ban, jadi tempoh tugas wakil (safar)nya selama tiga tahun, dan kuburannya dikunjungi dalam Kawasan pasar Al-Suraiy dalam Ar-Rashafah, Baghdad. Lihat Ghaibat Al-Thusi: halaman 393 dan selepasnya.

Tiada ulasan: