Khamis, 26 November 2015

2015 11 27



2015 11 27
KHUTBAH PERTAMA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.   
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
                                 
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Firman Allah SWT:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
                                             بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan atau perantara) yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu beroleh kejayaan.. [Al-Maidah 5:35] 

Imam Ahmad Al Hassan pernah ditanya bagaimana mendekatkan diri kepada Allah?
                           
Imam Ahmad Al Hassan berkata:
Bagaimana Mendekatkan Diri Kepada Allah Dengan Ibadah-Ibadah Sehingga Menjadi Tangan, Telinga Dan MataNya SWT?

Di dalam hadis Qudsi amalan nawafil bukanlah solat-solat mustahab (yang disunatkan) sahaja, tetapi ianya meliputi keseluruhan apa yang difardhukan Allah SWT dan ia menunjukkan kepada solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain (ibadah fardhu). Maka kesemua solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan fajar menurut hadis Qudsi ini adalah nawafil atau tambahan atau sampingan kepada amalan lain yang lebih asasi, lebih penting dan dituntut sebenarnya, kerana amalan-amalan lainnya menjadi tidak bermanfaat tanpa amalan asasi itu. Amalan ini adalah Wilayah (menerima (walak) otoriti atau kekuasaan) Wali Allah dan khalifahNya (as) di muka bumiNya ini.

Jika sekiranya datang seorang penganut Kristian yang melakukan segala Ibadah Islam tanpa Wilayah Muhammad, maka ianya tidak memberi sebarang manfaat.
Dan sekiranya datang seorang muslim dengan melakukan segala ibadah Islam tanpa Wilayah Ali, maka ianya tidak juga memberi apa-apa manfaat.
Dan sekiranya datang seorang Syiah dengan segala ibadah Islam dan wilayah Ali serta para Imam (a.s) tanpa berwilayahkan Imam Mahdi (a.s), maka ianya tidak bermanfaat jua.

Melainkan dia memanfaatkannya (wilayah khalifah Allah) di dalam kehidupan di dunia ini, serta menjadikannya sebagai wasilah bagi mengenal Hakikat dan mengenal wali Allah. Bahkan orang yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan nawafil walaupun dia berwilayahkan wali Allah, maka dia tetap tidak memperolehi dan tidak dapat meninggikan darjatnya melainkan dengan kadar wilayah yang dikandung dalam dadanya.

Adapun kefardhuan itu adalah wilayah kepada wali Allah. Wilayah itu adalah solat yang wajib, haji yang wajib, zakat yang wajib dan puasa yang wajib. Solat adalah menghadapkan wajah ke kiblat dengan penuh kerendahan dan pengharapan (doa), sebaik-baik kiblat yang dihadapkan wajahnya oleh manusia adalah wali Allah pada zamannya dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya. Sebaik-baik kerendahan diri dan memanjatkan pengharapan (doa) kepada Allah adalah dengan mencintai wali Allah dan HujjahNya ke atas hamba-hambaNya, sepertimana di dalam hadis: 

(حبّ علي حسنة لا تضر معها سيئة)

Bermaksud: Kecintaan Ali adalah kebaikan yang kejahatan sesekali tidak memudharatkannya. [Yanabi' Al Mawaddah, jild 1, ms 375 dan 'Awali Al Liali, jid 4, ms 86]


Haji itu adalah perjalanan ke tempat tertentu dan sebaik-baik perjalanan itu adalah perjalanan kepada Allah dengan maksud tujuan wali Allah dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya, kerana dia adalah kiblat yang dengannya Allah dikenali. Dengan mereka Allah dikenali.

عن يزيد العجلي, قال: سمعت أبا جعفر يقول: بنا عبد الله, وبنا عرف الله, وبنا وحد الله تبارك وتعالى,ومحمد حجاب الله تبارك وتعالى

Bermaksud: Daripada Yazid Al-3ijli, telah berkata: Aku telah mendengar Aba Abdillah berkata: Dengan kami Allah disembah, dengan kami Allah dikenali, dengan kami ditauhidkan Allah Tabaraka wa Taala, dan Muhammad adalah Hijab Allah Tabaraka wa Taala. [Al Kafi, jilid 1, ms 145]

قال رسول الله : ابن آدم إفعل الخير ودع الشر فإذا أنت جواد قاصد

Telah bersabda Rasulullah: Berbuat baiklah anak Adam dan tinggalkanlah kejahatan, sedang kamu seorang yang dermawan lagi dekat. [Nahjul Balaghah, ms 95, khutbah 176]

Perbuatan baik adalah Wilayah Wali Allah dan meninggalkan kejahatan adalah mengingkari taghut. Ditetapkan bahawa wilayah Wali Allah adalah mengikut martabat-martabat. Maka barangsiapa yang mengutamakan keseragaman dalam setiap gerak serta diam, dan bukan orang yang mengikutinya dengan lisan tetapi tidak mengikutinya dengan perbuatannya. Setiap kali dia lebih kuat mendampingi Wali Allah, maka setiap kali itulah keterdekatan dirinya kepada Allah menjadi lebih kuat. Beginilah halnya sehinggalah hamba yang sentiasa mendampingi Wali Allah ini menjadi imej atau gambaran lain kepada Wali Allah atau HujjahNya ke atas hamba-hambaNya. Beginilah seseorang hamba itu menjadi mata dan tangan Allah, sepertimana Wali Allah itu adalah mata dan tangan Allah. 

Daripada Abi Abdillah, telah berkata: Amirul Mukminin berkata: Aku adalah ilmu Allah, dan aku adalah hati Allah yang sedar, dan lisan Allah yang berkata-kata, dan mata Allah yang melihat, aku adalah rusuk Allah dan aku adalah tangan Allah. [Bashair Al Darajat, ms 84. At Tauhid li As Sadooq, ms 164, bab 22, hadis 1. Al Ikhtisas oleh Al Mufid, ms 248]

Seorang Ansar bertanya kepada Imam Ahmad Al HassanL
Saya bersumpah kepada mu demi kerabat junjungan Rasulullah (S) bahawa saya ingin mengenali diri tuan,
                           
Imam Ahmad Al Hassan berkata:

Saya hamba yang miskin mengharapkan rahmat Tuhan seperti mana yang saudara harapkan, dan khadam yang berdiri di hadapan Allah dan di pintuNya. Saya tidak memintaNya syurga mahupun redhaNya dan tidak mencari apa-apa, saya hanya menunggu apa perintahNya untuk saya, dan kalau saudara bertanya kepada saya apa yang kamu mahu? Saya katakan kepada saudara apa yang DIA mahukan? Walaupun ia akan meminta kepada saya supaya berkhidmat kepadaNya di sepanjang zaman dan kemudian memasukkan saya ke dalam api (neraka), itu adalah keadilan-Nya yang Maha Bijaksana, bahkan baik pada saya kerana saya berdosa oleh lalai dengannya.

Saya katakan ini tidak keterlaluan atau kata-kata kelancaran lidah semata-mata, tetapi ia adalah hakikat pengakuan dalam diri saya dan tersemat di dalamnya, dialah Ahmad Al-Hassan.


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ ِينِ﴾


KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.
                               
قَالَ اللهُ تعالى

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
                                             بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

﴿وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖنَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ﴾


Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa. [Thaha 20:132] 

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Solat adalah mi'raj (perjalanan naik ke langit) bagi orang mukmin dan ianya menggambarkan manhaj (jalan) makrifat. Jalan-jalan makrifat, pergerakan-pergerakan dan kata-kata yang menggambarkan manhaj (jalan) makrifat. Oleh itu, gerakan solat yang dimulai dengan qiyam (berdiri), ruku3 dan seterusnya sujud adalah menggambarkan tentang makrifat yang bersekali dengan penyingkiran daripada Ana (sifat keakuan). Ketika berdiri (qiyam) dia yang menghadapkan wajahnya, pada ruku3 yang menggambarkan kerendahan dan penyingkiran daripada Ana pada darjat tersebut, sehinggalah pada sujud yang menggambarkan kerendahan serta ketundukan dan penyingkiran daripada Ana pada darjat yang lebih tinggi. Aku tegaskan bahawa kerendahan dan ketundukan bertambah seiringan dengan pertambahan makrifat.[1] Sebagaimana makrifat bertambah dengan pertambahan ketundukan dan kerendahan.

Oleh itu, sebutan zikir di dalam ruku3 dan sujud adalah:
[سبحان ربي العظيم] Subhana Rabbiyal 3adzimi (Maha Suci Tuhan yang Agung) dan
[سبحان ربي الأعلى] Subhana Rabbiyal A3la (Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi)
menggambarkan dua martabat ketundukan dan kerendahan, serta makrifat yang mengiringi kedua-dua martabat ini. Di dalam ruku3  tanzih (menyucikan daripada kekurangan), tasbih (mensucikan) dan taqdis (mensucikan daripada sifat-sifat yang tidak layak) Zat Ketuhanan atau Allah. Manakala di dalam sujud pula mentanzih, mentasbih dan mentaqdiskan Hakikat dan Kewujudannya (HUWA).

Sujud adalah martabat kerendahan lebih tinggi dan lebih agung berbanding martabat kerendahan di dalam ruku3, bersesuaian dengan tasbih di dalam ruku3 adalah [
سبحان ربي العظيم] Subhana Rabbiyal 3adzimi (Maha Suci Tuhan yang Agung) atau [سبحان ربي العلي] Subhana Rabbiyal 3aliyy (Maha Suci Tuhan yang Tinggi).
               

Manakala, tasbih di dalam sujud pula adalah [سبحان ربي الأعلى] Subhana Rabbiyal A'la (Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi) atau [سبحان ربي الأعظم] Subhana Rabbiyal A'zham (Maha Suci Tuhan yang Maha Agung). Beza di antara Al-3adzim (Agung) dan Al-A3dzam (Maha Agung) adalah sangat jelas [2]. Perbezaan ini menerangkan dengan jelas bahawa makrifat yang ditunjukkan di dalam sujud dan tasbihnya adalah lebih agung, berbanding makrifat yang ditunjukkan di dalam ruku3 dan tasbihnya.

Di dalam kedua-dua tasbih ini kita mensucikan Dia yang Maha Suci daripada sebarang kekurangan, seterusnya kita mensucikanNya daripada sebarang makrifat yang melingkungiNya atau mensucikanNya daripada kita mengenalnya dengan makrifat yang sempurna di dalam kedua-dua martabat Al-3adzim (Agung) dan al-A3dzam (Maha Agung), atau Zat Ketuhanan (Al-Lahut) yakni Allah dan Hakikat yakni HUWA (NYA). Di samping kita mengisbatkan (mengiakan) dengan kata-kata kita ini bahawa kita tidak mampu mengenal Zat Ketuhanan Mutlak (Al-Lahut Mutlak) dengan makrifat sepenuhnya, apatah lagi Hakikat yakni HUWA yang kita menghadapkan wajah kepadaNya.

اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
                                                         
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]

اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                        
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: