Soal Jawab Fiqh
Sholat
Soal Jawab mengikut tajuk (136 – 169 dari
169)
Upah Sholat:
Sholat berjama'ah:
Berkenaan Dengan Masjid:
Sholat Al-Mutharadah:
Sholat Muasafir dan Watan:
Masalah "Banyak Bermusafir":
.
Upah Sholat:
S 136 Seorang mukmin memberikan kepada saya sejumlah wang 10 ribu
sahaja, ia sebagai upah untuk ganti sholat ayahnya yang telah meninggal dunia,
apakah hukum amanah ini?
J. Mengambil bayaran sebagai
pertukaran untuk bersholat dan berpuasa bagi pihak yang mati adalah batil,
di mana tidak wujud niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT (Qurbatan
Ila Allah) dalam sholat atau
puasa tersebut, ia bukan untuk bayaran kepada sholat atau puasa bagi pihak si
mati itu, sholatnya dan puasanya untuk mendekatkan wang, bukan kepada Allah
SWT, dan jika tidak ada anak lelaki tertua yang yang wajib mengqadhakan hutang kedua
ibu bapanya, atau kerana tidak mampu mengqadhakan untuk hutang kedua mereka; dan
tidak ada orang sukarela untuk melaksanakan hutang sholat dan puasa si mati, maka
bersedekahlah untuk (bagi pihak) si mati bagi setiap hari puasa satu mud makanan,
dan sholat sehari semalam satu mud makanan, Jumlah ini hendaklah dikira
terlebih dahulu secara terperinci, Wal-Hamdu Lillah.
S 137 Apa yang telah berlalu dari amalan ini dan harta adalah bertentangan
bagaimana menerangkannya?
J. Tiada apa-apa yang telah kamu bayarkan pada puasa dan sholat, bayaran yang dikenakan atas yang terlepas (terhutang), tidakkah kamu ketahui
bahawa ia adalah bid’ah dan tidak syari’atkan di dalam Al-Quran atau Sunnah
Nabi (S) dan Ahl Al-Bait baginda (as).
Adapun apa yang kamu qadhakan dengan bayaran upah bagi puasa dan
sholat untuk orang-orang mati (yang meninggal dunia dalam wilayah hujah Allah pada
zaman mereka atau jahil keadaan mereka) yang tidak digunakan untuk memungkinkan
kamu ingin bersedekah untuk si mati dengan sejumlah (wang) yang ditawarkan.
Kamu juga boleh mengqadhakan sholat dan puasa bagi orang-orang mati yang kamu
telah cabut pahalanya dari mengqadhakan apa yang
terlepas (terhutang) sebelum ini (jika kamu tidak mengetahui bahawa bayaran
upah untuk sholat dan puasa adalah bid’ah), tetapi sekarang kamu berniat mengqadhakan
untuk mereka mendekatkan diri kepada Allah SWT, bukan untuk membayar yang akan
mencabut apa yang mereka terlepas (terhutang) pada masa lalu.
Bagi mengqadhakan sholat maka qadhakanlah pada malam dua puluh tiga dalam bulan
Ramadan yang setanding dengan seribu bulan, jika orang yang terhutang, sebagai
contoh, mengqadhakan setahun atau sepuluh tahun, atau bahkan seribu bulan
cukuplah baginya untuk mengqadhakan dalam satu hari di malam Al-Qadar (Lailatu
l-Qadr).
S 138 Bagaimana jika seorang mukallaf tidak tahu mengenai hukum dan telah membuat
pertukaran harta yang diterimanya untuk si mati sama ada untuk puasa atau
sholat?
J. Jika dia miskin dan memerlukan wang yang telah dibelanjakan untuk
makanan dan makanan untuk tanggungannya tetapi disedekahkan untuk si mati atas mengqadhakan
apa yang terhutang dari sholat atau puasanya, dan walaupun dia kaya, dia harus
memberi wang kebajikan untuk si mati seperti yang ditunjukkan dalam jawapan
sebelum ini.
S 139 Bagaimana dengan mengambil bayaran sebagai pertukaran untuk membaca Al-Qur'an?
J. Mengambil upah untuk membaca Al-Quran dengan suara (kuat) adalah
dibenarkan walaupun ia tidak dihadiri oleh seorang manusia pun tetapi ia
dihadiri oleh mereka yang tidak melihatnya dari jin mukmin.
✡✡✡✡✡
Sholat berjama'ah:
S 140 Dinyatakan dalam Syarai3: Tidak boleh berjamaah pada Sholat-sholat Nawafil, kecuali Sholat Istisqa’
(minta hujan) dan Dua Sholat Eid dengan syarat-syarat yang mewajibkannya...
Apakah ertinya: (boleh menyempurnakan... orang yang mengerjakan nafilah (Al-Mutanafil) dengan yang
mengerjakan Fardhu (Al-Muftaridh) dan Nafilah, orang yang mengerjakan Fardhu
dengan yang mengerjakan Nafilah pada tempat-tempatnya.) yang terdapat dalam
Syarai3 juga?
J. Al-Mutanafil di sini
bukanlah orang yang bersholat Nafilah, tetapi Nafilah (sunat) mengulangi semula sholat wajib dan ia telah
diterangkan kemudiannya dalam Syarai3, iaitu: (Dan mustahab supaya mengulangi sholat sendiriannya jika terdapat mereka
bersholat secara berjamaah pada sholat itu, samada imam atau makmum).
S 141 jika imam lupa atau tertinggal membaca Surah selepas Fatehah dan terus
ruku3, apakah tugas makmum?
J. Ruku3 bersamanya dan tiada apa-apa atasnya.
S 142 Apa hukumnya seorang Imam pada akhirnya adalah jahat dan
tidak bertaubat atas kesalahannya?
J. Sah.
S 143 Apakah maksud (buta huruf) dalam syarat-syarat Imam sholat jama'ah?
J. Maksudnya seorang yang tidak boleh membaca atau menulis dan tidak baik bacaan
Al-Qurannya.
S 144 Adakah seorang yang lafaznya kurang jelas (gagap) tidak boleh menjadi Imam kerana bacaan hurufnya sahaja, atau tidak boleh sama sekali?
J. Tidak boleh menjadi Imam kerana
bacaannya (tidak baik), orang yang gagap tidak
boleh menjadi Imam kerana mengubah makna dengan bacaannya atau tidak difahami
apa yang dibacanya seperti yang diterangkan dalam Syarai3: (Jika imam melakukan
kesilapan dalam bacaan yang mengubah makna atau yang tidak difahami tidak
dibenarkan menjadi imam dengan sempurna, begitu juga yang bacaannya mengubah huruf
seperti orang gagap yang syubhah).
S 145 Adakah
yang didahulukan adalah ahli fiqh dalam sholat jamaah bermakna ahli fiqh secara mutlak, atau hanya dalam
hukum-hukum sholat?
J. Ahli
fiqh secara mutlak.
S 146 Apakah yang dimaksudkan dengan yang berhijrah (Al-Muhajirin) dan Badwi (Al-A3rab) yang
makruh mengimamkan
mereka?
J. Badwi pada zaman ini ditujukan pada setiap orang yang sibuk dengan dunia
ini sedikit perhatian kepada urusan agama, dan yang berhijrah (Al-Muhajirin) mereka lebih awal
beriman, mereka
yang menjadikan diri dan wang mereka berjihad untuk menyokong agama dan meninggikan
Kalimah Allah..
S 147 Adakah wajib bersholat jama'ah di belakang Imam
Al-Ashal jika ia hadir?
J. Tidak wajib.
S 148 Sekiranya menyertai sebelum ruku3 ketiga Imam, adakah dia perlu
menunggu sehingga Imam ruku3 lalu menyertainya, atau bertakbir walaupun dia
tahu bahawa masa tidak cukup untuk membaca Al-Hamd dan Surah?
J. Tidak perlu menunggu sehingga imam ruku3.
S 149 Apakah tanggungjawab bagi seorang imam terhadap makmum dalam sholat jama'ah?
J. Imam bertanggungjawab atas Azan dan Iqamah jika tidak ditangani oleh salah seorang makmum, dan bertanggungjawab
membaca dalam rakaat pertama dan kedua, dan juga bertanggungjawab bertakbir untuk
ruku3 dan sujud dan untuk mengangkatkan (kepala) darinya, dan mustahab disahkan
oleh makmum.
S 150 Apakah cara duduk menunggu makmum ada kaifiat (cara) tertentu, jika
Imam bertasyahud dalam Tasyahud Al-Wustha (pertengahan) pada yang pertama, atau
dalam Tasyahud Akhir dan dia mahu berdiri untuk melengkapkan?
J. Duduk dalam duduk-duduk sholat.
S 151 Disebut dalam sholat jama'ah (dan masa untuk berdiri melakukan
sholat, ketika muadzin berkata: قد قامت الصلاة (Qad qamati sh-sholah) dan lebih afdhal selepas tamat Syahadah),
yang dimaksudkan Syahadah yang mana?
J. Syahadah yang empat.
S 152 Disebut dalam bab sholat jama'ah: (Tidak
sah dengan adanya halangan antara imam dan makmum yang mencegah pemandangan,
kecuali pada makmum perempuan), soalannya: Adakah perbezaan hukum bergantung kepada halangan yang sah pada
halangan wanita, sebagai contoh,: pertamanya dinding penghalang, dan kedua berdinding
tetapi ia ada tingkap atau pintu yang terbuka, yang ketiga mempunyai tirai (kain),
dan sebagainya?
J. Jika dinding yang ada tingkap membolehkan untuk melihat Imam tidak diambil
kira padanya sebagai halangan yang mencegah pemandangan, tetapi jika dinding
menghalang hubungan dengan imam dalam apa-apa cara sehingga pendengaran maka
begitu juga jika sukar membayangkan perlakuan sholat jamaah. Tetapi halangan sah pada wanita yang bersholat dibelakang imam ia adalah halangan yang membolehkan sekurang-kurangnya untuk mendengar bunyi suara imam atau
yang telah dipindahkan pergerakan Imam kepada para makmum seperti: tirai atau
dinding atau dinding kayu yang rendah dan nipis atau dinding berlubang dan
lain-lain ...
S 153 Sekiranya Imam jamaah mahu digantikan ketika sedang bersholat,
bagaimana menggantikannya, Adakah menghentikan timbalan sholat mereka di mana
Imam menyambungnya atau mereka mulakan sholat sekali lagi?
J. Menggantikannya dengan isyarat atau dengan menghulurkan tangannya dan timbalannya
menghentikan sholat disambung oleh Imam.
S 154 Jika ternyata imam dalam kecemasan dan memaksanya untuk meninggalkan
sholat tanpa seseorang yang akan menggantikannya, adakah membatalkan sholat
berjama'ah atau mereka harus berniat sholat bersendirian dan menyelesaikannya?
J. Adalah lebih afdhal seorang daripada mereka ke hadapan menjadi imam bagi
menyelesaikan sholat jamaah mereka, jika tidak, setiap seorang daripada
mereka boleh menyelesaikan sholat mereka secara sendiri-sendiri.
S 155 Disebut dalam bab sholat jama'ah: (Dan
adalah mustahab bagi imam supaya didengar dari belakang dua
syahadahnya),
apakah maksud dua syahadahnya, atau dua
syahadah dalam
Tasyahud?
J. Dua syahadah dalam Tasyahud.
✡✡✡✡✡
Berkenaan Dengan Masjid:
S 156 boleh digunakan peralatan masjid untuk selainnya, Adakah ini bermakna
seluruh masjid-masjid lain atau semua yang lain?
J. Seluruh masjid-masjid lain.
✡✡✡✡✡
Sholat Al-Mutharadah:
S 157 Sholat Al-Mutharadah dilakukan apabila berlaku
keadaan peperangan bersenjatakan pedang, adakah perlindungan pertarungan ini
termasuk senjata moden hari ini?
J. Ya ia melindunginya.
158 S Apa yang dimaksud dengan Al-Musayaqah
disebut dalam Sholat
Al-Mutharadah?
J. Ia adalah ketika mengejar musuh atau musuh mengejarnya.
✡✡✡✡✡
Sholat Muasafir dan Watan:
Ini adalah hukum-hukum Syarai3: mengenai watan (watan (tanah airnya) tempat
menyempurnakan sholat tamam (penuh) di dalamnya: adalah tempat kediaman dan tempat
menetap dan semua tempat milikannya atau yang serupa dengannya – seperti tanah terkumpul
atau rampasan, yang memberi manfaat atas izin imam - telah mendiaminya selama
enam bulan berturut-turut dan seterusnya, dengan syarat bahawa mereka berada di
dalam rumah miliknya untuk didiami).
S 159 Bagaimana jika rumah itu adalah warisan dan bahagian orang tertentu
di dalamnya, adakah rumah untuk didiami dihukumkan sebagai tempat penghuninya
(watannya)?
J. Dibenarkan dan dihukum sebagai tanah airnya (watannya) sekiranya ia
menetap di sana selama enam bulan berturut-turut atau lebih dan ia adalah bahagian
yang sesuai untuk tinggal di dalamnya.
S 160 Tempat kelahiran, adakah dianggap kampung halamannya (watan) walaupun
rumahnya di tempat lain?
J. Tempat kelahiran tidak dianggap sebagai watan, melainkan dengan syarat-syarat
yang disebutkan.
S 161 Terus-menerus enam bulan apakah menjejaskan perjalanan semasa berziarah
sebagai contoh, atau kembali bekerja selepas itu?
J. Tidak menjejaskan.
S 162 Apakah tujuan untuk menjauhi dari tanah air (watan) dan perjalanannya
ke tempat lain memberi kesan terhadap taraf watannya dari hari pertama menjauhinya?
J. Watan yang menepati dengan syarat-syarat seperti yang dinyatakan kekal taraf
watannya dan jika dia berhijrah tidak menjejaskan taraf watannya, melainkan
kekal dengan syarat-syarat seperti yang dinyatakan. Adapun tempat di mana dia
bermastautin walaupun dengan tiada milikan padanya, maka hendaklah
menyempurnakan sholat tamam (penuh) di dalamnya, tetapi jika berhijrah dan melewatinya qasharkan (sholatnya) di dalamnya jika
tidak terputus perjalanannya.
S 163 Jika tidak mempengaruhi taraf watannya sebelum ini, tetapi tinggal di
tempat lain bertahun-tahun dan tidak kembali ke sana untuk menetap, apakah akan
kekal tempat pertama watannya?
J. Tempat yang tidak lagi didiaminya dan menetap di dalamnya sempurnakanlah
sholat tamam (penuh) dan di mana ia juga berhijrah datang kepadanya, dan Watan
yang menepati dengan syarat-syarat seperti yang dinyatakan kekal sebagai tanah
air (watan) dan bersholat tamam di dalamnya melainkan dengan ketiadaan
syarat-syarat yang dinyatakan, dan tidak kira dia berhijrah dan jauh dari kediamannya.
S 164 Penyewa bukanlah seorang pemilik di bandar di mana mereka tinggal, adakah
ia dianggap watannya walaupun dia tinggal di sana selama bertahun-tahun?
J. Menetap di tempat kediaman dan bersholat tamam di dalamnya sejak hari
pertama mendiaminya selagi ia telah memutuskan untuk menetap di dalamnya,
tetapi jika dia berhijrah dan jauh darinya tidak bersholat tamam di dalamnya jika
dia membuat perjalanan semasa selagi ia tidak memiliki keduanya dalam tempoh tinggal
dikediamannya sebelumnya di tempat ini.
✡✡✡✡✡
Masalah "Banyak Bermusafir":
Ini adalah hukum-hukum Syarai3 tentang yang menyempurnakan sholat tamam (penuh): (dan kawalan bagi semua mereka yang bermusafir empat hari dalam seminggu
atau enam belas hari dalam sebulan atau enam bulan dalam setahun adalah
sentiasa bersholat lengkap (tamam) dan berpuasa dalam perjalanan, dan mula bersholat lengkap dan berpuasa
apabila dia mengetahui bahawa halnya ini, walaupun pada hari pertama dia
bermusafir).
165 S dan perkara pertama yang bermula dan sebelum tempoh ini lalu
bagaimana?
J. Jawapannya ada di atas (dan mula bersholat lengkap dan berpuasa apabila dia mengetahui bahawa
halnya ini, walaupun pada hari pertama dia bermusafir).
S 166 Jika seseorang mempunyai kontrak pekerjaan untuk tempoh lapan bulan,
sebagai contoh, dan dia bermusafir lima hari dalam seminggu untuk melakukan kerja-kerjanya?
J. Tempoh minimum adalah enam bulan, jika kontrak enam bulan ke atas, hendaklah
dia bersholat tamam (penuh).
S 167 Jika seseorang bekerja hari demi hari atau minggu selepas minggu dan
keadaan perjalanannya lebih daripada dia menetap, tetapi kerja-kerja yang tidak
tetap, mungkin selama seminggu atau sebulan atau dua bulan dia tidak tahu
berapa lama, tetapi bagaimanapun kurang daripada enam bulan, iaitu bekerja
kontrak sebulan lepas sebulan atau tanpa kontrak dan lain-lain, sama ada atau silih
berganti daripada majikannya, apakah yang perlu dilakukan?
J. Perkara seperti ini tidak perlu bersholat tamam (penuh) selepas berlalu
enam bulan atas kerja-kerjanya maka dalam hal ini selepasnya hendaklah
bersholat tamam (penuh) sehingga jika kontraknya seminggu atau kerja harian..
S 168 Badi mereka yang selepas keadaannya telah tetap mereka hendaklah
bersholat tamam (penuh) dalam perjalanan dan selepas itu menghabiskan masa
selama enam bulan atau lebih dalam kerja-kerjanya atau perjalanannya. yang banyak
terdapat di kawasan bandar jika mereka meninggalkan kerja atau perjalanan,
tetapi tidak keberatan meninggalkannya untuk mencari pekerjaan lain atau keperluan
yang lain, apakah hukumnya jika mereka bermusafir untuk satu atau dua hari, adakah
keadaan mereka akan menjadi seperti sebelumnya atau sholat qashar dalam
perjalanan (musafir) mereka?
J. Keadaan mereka terus seperti itu, sehingga mereka menetap di rumah-rumah
mereka seberapa lama selagi mereka tidak menjauhkan diri daripada hal
sebelumnya sehingga berlalu enam bulan iaitu jika salah seorang dari mereka bermusafir
sehari untuk berziarah atau rawatan, sebagai contoh, hendaklah ia bersholat
tamam (penuh).
S 169 jika salah seorang dari mereka tahu dari hari pertama untuk meninggalkan
dan bermusafir, bahawa dia akan pergi bermusafir lebih daripada enam bulan
tetapi dia tidak akan keluar secara berterusan, apakah keadaannya?
J. Keadaan ini terjadi sejak dari hari pertama untuk meninggalkan dan
bermusafir jika bermusafir ke suatu tempat dia mengqasharkan sholatnya.
✡✡✡✡✡
Ini adalah yang terakhir termaktub dalam halaqah ini dari jawapan Al-Syed
Ahmad Al-Hassan selawat Tuhanku atasnya, berkenaan dengan gukum-hukum sholat. Saya
bermohon kepada Allah SWT supaya ia berguna kepada hamba-hambaNya orang-orang
mukmin
والحمد لله رب العالمين وصلى الله على خير خلقه
محمد وآله الطيبين الطاهرين الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Segala puji bagi Allah, selawat Allah ke atas sebaik-baik penciptaan Mohammad
dan keluarga baginda yang terbaik dan disucikan Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan
salam pengiktirafan.
✡✡✡✡✡
Kembali Ke
Tiada ulasan:
Catat Ulasan