Di dalam Kitab “Ahkam Asy-Syari’ah Baina s-Sa’il wa l-Mujib’ [احكام
الشريعة بين السائل والمجيب ج2 الصلاة] oleh Asy-Syeikh Alaa' As-Salim, Juzuk 2, (Ash-Sholah), muka
surat 78 Bhg Dua: Mustahab Ash-Sholah,
2. Qunut, dilakukan dalam setiap rakaat kedua sebelum ruku3
dan selepas membaca (surah). Dan mustahab berdoa dengan zikir-zikir yang
diriwayatkan, jika tidak dapat melakukannya sekurang-kurangnya membaca tiga
tasbih. Berikut ini adalah sebahagian daripada zikir-zikir yang diriwayatkan dari
keluarga Muhammad (as) yang boleh dibaca di dalam qunut:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنَا َوعافِنَا وَاعْفُ عنَّا فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ إنَّكَ عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ قدِيْرٌ.
Allahumma Aghfir Lana Warhamna Wa3afina
Wa3fu 3anna Fi d-dunya Wa l-Akhirat, Innaka 3alaa Kulli Syaiin Qadir.
Ya Allah, ampunilah kami,
rahmatilah kami, maafkanlah kami, ampunilah kesalahan kami, di dunia dan
akhirat, Sesungguhnya Engkau Berkuasa atas segala sesuatu
اللّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ,
وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ, وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ, وَبَارِكْ
لِيْ فِيْمَا أَعْطَيْتَ, وَقِنِيْ شَرَّ مَا قَضَيْتَ. إِنَّكَ تَقْضِى وَلاَ يُقْضَى
عَلَيْكَ, إِنَّهُ لاَيَذِلُّ مَنْ وَّالَيْتَ, تَبَا رَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Allahumma_Hdinii Fii Man Haadait,
Wa 3afinii Fii Man 3afaiit, Wa Tawallanii Fi Man Tawallait, Wa Baarik Lii
Fiimaa A3thait. Wa Qinii Bi Rahmatika Syarra Maa Qadhait. Innaka Taqdhii Wa Laa
Yuqdhaa 3alaik. Wa Innahu Laa Yazhillu Man Waalait. Tabaarakta Rabbanaa Wa Ta3alait.
Artinya: “Ya Allah, berilah aku
petunjuk seperti orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk. Berilah aku
kesehatan seperti orang yang telah Engkau beri kesehatan. Pimpinlah aku
bersama-sama orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berilah berkah pada segala
apa yang telah Engkau pimpin. Berilah berkah pada segala apa yang telah Engkau
berikan kepadaku. Dan peliharalah aku dari kejahatan yang Engkau pastikan.
Karena, sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan tidak ada yang menentukan
atas Engkau. Sesungguhnya tidaklah akan hina orang-orang yang telah Engkau beri
kekuasaan. Maha berkahlah Engkau dan Maha Luhurlah Engkau.
اَللَهُمَّ إلَيكَ أشْكُوْ ضَعْفَ
قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
أنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ وَاَنْتَ رَبِّي إلَى مَنْ تَكِلُّنِي، إلَى بَعِيْدٍ
يَتَجَهَّمُنِي أمْ إلَى عَدُوٍّ مَلَكَتَهُ أمْرِي إنْ لَمْ يَكُنْ بكَ عَلَىِّ غَضْبٌ
فَلاَ أُبَالِي، وَلَكِنَّ عافِيَتَكَ أَوْسِعُ لِيْ أَعُوْذُ بِنُورِ وَجْهِكَ الَّذِيْ
أَشْرَقَتْ لَهُ الظُلُمَاتُ ، وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ مِنْ
أَنْ تُنَزِّلَ بِيْ غَضَبُكَ أَوْ يَحِلَّ علىَّ سَخَطُكَ لَكَ العَتَبى حَتَّى تَرْضَى
وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إلَّا بِكَ
Allahumma Iilaik 'Asyku Dha3fa
Quwati, Wa Qillata Hiilati Wahawani 3ala n-Nas Ya 'Arhama r-Raahimin, Anta Rabbu
l-Mustadh3afin, Wa anta Rabbi Ilaa Man Takilluni Ilaa Ba3idin Yatajahhamuni? Am
Ilaa 3aduwin Malakatahu Amri? In Llam Yakun Bika Ghadbun 3alaiya Fala Ubaali, Walakinna
3afiyataka Ausi3u Li. A3uzhu Binuri Wajhika Lladzi 'Asyraqat Lahu Dz-Dzulumaat,
Wa Shaluha 3alaihi Amru d-Dunya Wa l-Aakhirati Min An Tunazala Bii Ghadhabuka,
Au Yahullu 3ala Sakhthuk, Laka l-3atbaa Hatta Tardha Wala Haul Wala Quwata Illa
Bik.
Ya Tuhanku, kepada Engkaulah aku
mengadukan kelemahan kekuatanku, dan sedikitnya daya upayaku dan tidak ada
dayaku di hadapan manusia. Wahai yang Lebih Pengasih dari segala yang pengasih,
Engkaulah Tuhan dari segala yang lemah dan Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah
aku akan Engkau serahkan, kepada orang yang jauh yang membenciku, atau kepada
musuh yang menguasai urusanku? Jika Engkau tidak murka kepadaku, tidaklah aku
perduli, tetapi maaf daripada Engkau adalah lebih lapang buatku. Aku berlindung
dengan wajah Engkau menyinari tempat yang gelap dan selamat lantarannya segala
urusan dan akhirat, janglah sampai murka Engkau menimpa diriku, atau meliputi
kepadaku kemarahan Engkau. Kepada Engkau aku akan selalu mengeluh sampai engkau
meridhai aku. Tidak ada daya dan tidak ada upaya kecuali dengan Engkau…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan