Jumaat, 6 November 2015

Soal Jawab Fiqh Sholat (68 – 102 dari 169)

Soal Jawab Fiqh Sholat


Soal Jawab mengikut tajuk  (68 – 102 dari 169)
                                                            
Perlakuan Sholat
Niat
Takbiratu l-Ihram:
Qiam (berdiri):
Bacaan:  
Ruku3:   
Sujud:     
Taslim (Salam)


Perbuatan Sholat


Niat:

S 68 Adakah tidak memberi tumpuan (lalai) dan fikiran yang menerawang semasa sholat adalah bertentangan dengan kesinambungan hukum niat?

J. Niatnya sah.

S 69 Orang yang berniat fardhu dalam ketetapan hatinya dan lidahnya menyebut fardhu yang lain, adakah sah fardhu yang diniatkan?

J. Jika berniat (bertujuan) dan menyebut dengan lidahnya untuk fardhu yang lain kerana kecuaian atau terlupa adalah sah sholatnya kerana yang diniatkannya bukan apa yang diucapkannya oleh kecuaian atau tidak sengaja.


✡✡✡✡✡

Takbiratu l-Ihram:


S 70 Adakah sah bertakbir dengan mengatakan, [الله وكبر] – Allah Wa Kabir atau [اللـهَ أكبر] - Allaha Akbar?

J. Lafadz yang digunakan dengan pengetahuan dan keupayaan, ia tidak dibenarkan diubah dengan sengaja, dan alasan yang diberikan bahawa adalah bukan Arab, tidak dapat atau tidak tahu tentang lafadz yang digunakan ini, atau kerana berat lidahnya.

S 71 Adakah mungkin untuk menyambung (Allahu Akbar) dengan basmalah (Bismillah...) ketika itu?

J. dibenarkan.

S 72 Apakah kestabilan (tetap) dan utuh (teguh) diperlukan semasa Takbiratu l-Ihram, atau hanya berdiri sahaja?

J. Berdiri sahaja.

S 73 Jika dia tidak dapat bertakbir sambil berdiri, adakah perintah (tertib) lain yang keutamaannya selepas berdiri, sebagai contoh: secara duduk, jika tidak mampu dengan berbaring di sebelah kanan, dan sebagainya.

J. Buat (lakukan) apa yang dia boleh.

S 74 Apakah hukum bertakbir untuk Sholat, sambil bersandar pada kayu atau sesuatu, sebagai contoh, dinding?

J. dibenarkan.

75 S  Adakah sah bertakbir perlahan hingga diri sendiri tidak mendengarnya, dan juga bertakbir tanpa mengangkat kedua tangan pada asalnya?

J. Bertakbir perlahan adalah sah tetapi diri sendiri mesti mendengarnya, dan sah tanpa mengangkat kedua tangan.

S 76 Apakah hukum meninggalkan enam Takbiraat (6 takbir) selepas Takbiratu l-Ihram dalam Sholat wajib dan nafilah secara tidak sengaja?

J. Sholatnya adalah sah dan tiada apa-apa atasnya.

S 77 Apakah hukum melakukan kesilapan lafadz (sebutan) dalam salah satu daripada enam Takbiraat selepas Takbiratu l-Ihram, atau tidak diucapkan salah satu huruf dalam kalimah "Allahu Akbar"?

J. Jika dia tahu bahawa dia membaca dengan tidak betul hendaklah mengulanginya.

S 78 Apakah hukum ragu dengan Takbiratu l-Ihram setelah masuk kepada bacaan, atau ragu-ragu dalam bilangan enam Takbiraat?

J. Teruskan sholatnya.

79 S  Adakah wajib tujuh Takbiraat walaupun dalam Sholat Nafilah?

J. Sholat Nafilah tidak ada Azan dan Iqamah dan mustahab padanya enam Takbiraat (6 takbir) selepas Takbiratu l-Ihram, sebagai mana mustahab bertakbir untuk ruku3 dan sujud dan bangkit darinya.


✡✡✡✡✡


Qiam (berdiri):


S 80 Sesiapa yang tidak mampu berdiri untuk sholat cara manakah yang perlu dibuat di antara duduk di atas lantai atau di kerusi, yang mana lebih afdhal?

J. Duduk di atas kerusi lebih afdhal.


✡✡✡✡✡

Bacaan:


S 81 Jika membuat kesilapan dalam bacaan sholat adakah perlu mengulangi yang silap sahaja, atau wajib membetulkan semula ungkapan supaya tidak merosakkan makna, atau wajib membetulkan semula seluruh ayat?

J. Hendaklah kembali membetulkan yang silap dan baca yang seterusnya.

S 82 Tidak dibenarkan membaca sebahagian dari Surah Al-3azzaim dalam Sholat Wajib, jika dia membacanya adakah membatalkan sholatnya?

J. Tidak membatalkan sholatnya.

S 83 Apakah hukum mendengar ayat Sajadah yang diwajibkan sujud di dalam sholat wajib, atau di tempat tidak boleh bersujud?

J. Sujudlah selepas selesai sholat, dan selepas (tempat) yang membolehkan ia sujud.

S 84 Bolehkah menterbalikkan pilihan dari Surah yang terkemudian didahulukan bacaannya, apa hukumnya membaca sebahagian dari Surah kemudian tidak ingat selebihnya dan menukar kepada yang lain?

J. Boleh menukar bacaan kepada Surah yang lain, walaupun membaca sebahagian daripadanya.

S 85 Adakah wajib bacaan Mad (harakat) dalam Sholat? Apakah hukum bacaan mengikut hukum Tajwid seperti Al-Ghunnah (dengung), Al-Ikhfaa’ (menyembunyi), Al-Idzhaar (nyata/jelas) dan seterusnya, dan tempat keluar huruf mengikut apa yang dikatakan ulamak Tajwid?

J. Tidak wajib yang seperti itu, hanya wajib melazimi (menyertakan) bacaan dalam bentuk yang dapat menyampaikan makna yang betul untuk yang mendengarnya.

S 86 Apakah hukum apabila bacaan wanita secara jihar (kuat) dalam sholatnya, jika telah didengar oleh orang luar atau tidak mendengarnya?

J. Sah sholatnya.
S 87 Bacaan huruf ‘Nun’ dan ‘Mim’ dalam Quran seperti pada bacaan "Anbaa’ " [أنباء] dibaca sebagai "Ambaa’ " [أمباء]. Adakah ini sah di dalam Sholat?

J. Tidak sah bacaan huruf Mim. Ya, keluar lafadznya (mengucapkannya) dari huruf Mim dalam bacaan tidak ada masalah di dalamnya.

S 88 Apabila sering membaca Surah Al-Tauhid selepas Al-Hamd, dan memutuskan untuk membacanya tanpa menentukan basmalah baginya secara tidak sengaja atau lalai, dan pada masa yang sama perlu berhati-hati, adakah terpaksa mengulanginya atau tidak?

J. Mesti ditetapkan Basmalah bagi setiap surah, ia pada mula dengan membaca Basmalah dan mesti mengenal dan tahu surah yang hendak dibacanya.

S 89 Seseorang mungkin berdoa sambil membaca atau di tempat lain dalam sholat selain Qunut. Apa hukumnya?

J. Dibenarkan.

S 90 Dibenarkan membaca dua Surah selepas Al-Hamd, bagaimana jika lebih? Serta adakah dibolehkan membaca ayat-ayat dari Surah panjang sebagai ganti Surah pendek?

J. Tidak dibenarkan membaca lebih daripada dua Surah dan tidak boleh membaca ayat-ayat Surah sebaliknya (panjang).

S 91 Pada rakaat ketiga dan keempat jika tertambah selepas Al-Hamd sedikit dari surat yang tidak diketahui, dan kemudian berhenti. Adakah dia wajib melengkapkan surah atau berhenti dan terus ruku3?

J. Tidak wajib melengkapkan surah, bahkan hendaklah berhenti dan terus ruku3, tetapi jika ia membaca Surah Al-Tauhid adalah lebih afdhal dia melengkapkannya dan terus ruku3.

S 92 Adakah wajib apabila bercadang untuk membaca basmalah untuk Surah selepas Al-Fatihah, atau dibenarkan membaca Basmalah dengan ketidaktentuan memilih surah-surah dan kemudian pilih surah yang mahu dibaca?

J. Basmalah dihubungkan dengan surah, setiap satu surah ada Basmalahnya dan wajib menentukan Surah kemudian bacalah Basmalahnya.


✡✡✡✡✡


Ruku3:


S 93 Wajib bertakbir untuk ruku3, Adakah sah bertakbir secara perlahan? Adakah sah bertakbir sekiranya cenderung untuk ruku3 atau lakukan ruku3 sebelum menyebutnya, dan bagaimana jika terlupa dan ingat semasa ruku3, dan juga soalan yang sama dengan bertakbir untuk sujud?

J. Sah bertakbir secara perlahan dan cenderung untuk ruku3 atau lakukan ruku3 sebelum menyebutnya. Walaupun telah lupa dan ingat ketika sedang ruku3 bertakbirlah dan tidak ada maslaah dengannya, begitu juga hukum dalam sujud.

S 94 Kadang kala seorang mukallaf terus ruku3 secara tergesa-gesa dan hilang kestabilan untuk berdiri dan dia tidak melengkapkan zikir selepas ruku3, Adakah dia patut ruku3 sekali lagi, atau ruku3nya sah?

J. Perbuatan ini tidak dibenarkan, tetapi jika dilakukan kerana lalai, maka ruku3nya sah, tidak perlu mengulanginya dan juga tidak perlu mengulangi sholatnya.

S 95 Bolehkah dalam zikir sujud (سبحان ربي الأعظمSubhana Rabiya l-A3dzam) diganti (الأعلى - Al-A3la)?
                        
J. dibenarkan.

S 96 Apakah maksud Tasbih kecil (Al-Tasabihah Al-Sughra) dalam zikir ruku3?

J. سبحان الله. – (Subhana Allah)

S 97 Zikir Al-Ima' (الإيماء) : iaitu zikir dan peringatan (tanbih) ada banyak dalam perbahasan Sholat, bertujuan makna bahasa (iaitu rujukan anggota seperti kepala, tangan dan mata dan kening), atau ia ada cara khusus apabila diperlukan dalam sholat, seperti sholat-tak berpakaian, atau pertukaran, atau penyusunan semula dan berbaring atau tidak berupaya untuk ruku3 dan sujud dan lain-lain?

J. Ia adalah makna bahasa.


✡✡✡✡✡


Sujud:


S 98 Orang yang sholat dengan membalut kakinya dengan sesuatu seperti anduh (pembalut luka), adakah mudharat dengan meletakkan ibu jari di atas tanah yang ditetapkan dalam sholat?

J. tidak mudharat.

S 99 Adakah disyaratkan selari mendatar pada tempat sujud, sebagai contoh: jika dia sedang berdiri di atas tilam (Mandar) lebih tinggi dari lantai dan diletakkan dahi lebih rendah darinya. Adakah sah sholatnya?

J. Tidak disyaratkan selari mendatar dan dibenarkan memilih untuk menjadikan tempat sujud yang lebih rendah atau yang lebih tinggi mengikut keselesaan dengan kadar tebal bata dari baki tempat sujud. Walau bagaimanapun dibenarkan ia direndahkan atau ditinggikan dengan banyak (ketara).

S 100 dinyatakan di dalam kewajipan sujud keseimbangan meletakkan dahi untuk kedudukannya hanya ditinggikan mengikut keselesaan dengan kadar tebal (bata), jadi jika mahu menentukan ketinggian dari jari berapakah jarak kiraannya?

J. Lima belas sentimeter.

S 101 Apa yang dimaksud dengan Al-Qa3a’ (mencangkung) yang makruh antara dua sujud?

J. Al-Qa3a’ ialah: untuk duduk mencangkung di atas punggung dan menempel di tanah, dan menggabungkan kakinya bengkok di hadapannya iaitu, menjadikan lututnya mengarah ke mukanya sementara kaki dan pahanya terangkat, seperti mana kelakuan anjing kadang-kadang apabila dia duduk dengan mengangkat (mendirikan) kaki hadapannya ke atas.


✡✡✡✡✡


Taslim (Salam)


S 102 Apakah menjejaskan salam apabila orang yang bersholat berkata:
السلام عليك أيّها النبي ورحمة الله وبركاته
As-Salaamu 3alaka Aiyuha N-Nabiyu Wa Rahmatu Allahi Wabarakatuh
 السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
As-Salaamu 3alaina Wa3ala 3ibadi Lillahi sh-Sholihin

jika ia menyebutnya seraya menoleh sekali dan kemudian menoleh sebelah lagi?

J. Ia tidak menjejaskan dan dibolehkan berdoa dengan apa-apa doa yang dikehendakinya, dan lebih afdhal untuk berdoa sebelum Taslim (Salam)
.






Tiada ulasan: