Rabu, 11 November 2015

Mengapa Ziarah Al-Arba3in adalah tanda-tanda Mukmin.




Mengapa Ziarah Al-Arba3in adalah tanda-tanda Mukmin.

(Peringatan Hari Ke 40 Selepas Peristiwa Karbala)

روى الشيخ في التهذيب والمصباح عن الإمام الحسن العسكري قال " علامات المؤمن خمس صلاة إحدى وخمسين وزيارة الأربعين والتختم باليمين وتعفير الجبين بالسجود والجهر ببسم الله الرحمن الرحيم
           

Di riwayatkan dari Al-Syeikh dalam Al-Tahzhib Wal-Mashabih dari Imam Al-Hasan Al-3askari berkata, "Tanda-tanda Mukmin ada lima:

1.   Sholat lima puluh satu rakaat
3.   Memakai cincin di tangan kanan
4.   Meletakkan dahi di atas tanah ketika sujud
5.   Baca kuat (jihar) pada Bismillah Al-Rahman Al-Rahim

Ahl Al-Bait selawat Allah atas mereka semua telah mengesahkan dengan pengesahan yang sangat besar atas kepentingan dan penyertaan pada Ziarah Penghulu Syuhada’ Imam Al-Hussein (as). Hampir tidak ada peristiwa dari  peristiwa-peristiwa agama, melainkan kita dapati ia terdiri dari amalan-amalan mustahab di dalamnya, bahkan  amalan-amalan yang paling afdhal adalah Ziarah Penghulu Syuhada’ yang mencontohi amalan-amalan Lailatul Qadar, dua hari raya, hari Arafah dan Nishfu Sya’ban ... dan lain-lain. Malah Ziarah Imam Al-Hussein dituntut pada setiap hari.

Dari sini ia telah memberikan kita satu persoalan penting: Mengapa diberikan tumpuan kepada Ziarah Imam Al-Hussein di sepanjang masa? Mengapa hari keempat puluh khususnya?

Dalam menjawab kepentingan Ziarah Imam Al-Hussein, dibawakan yang berikut:

Pertama: Untuk memikirkan keagungan atas pengorbanannya mengekalkan Islam

Jika kita melihat apa yang dilakukan Banu Umaiyah dan belajar sejarah hitam mereka kita akan melihat merekalah yang telah menyelewengkan Islam dan telah menyusupkan riwayat-riwayat yang dicipta, dan mengubah, mengantikan dan mendatangkan malapetaka  (kekecohan) di muka bumi. Ia telah menimpakan ke atas Al-Rasul junjungan Besar Muhammad (S) dan keluarga baginda untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk meletakkan asas-asas Islam, dan Banu Umaiyah dapat  memperdaya dan mengaburkan para mualimnya.  Penghulu Syuhada’ berhadapan dengan beraninya untuk menyelamatkan agama datuknya Al-Mushtafa memperkenalkan dirinya, keluarga dan sahabatnya  telah menebus Islam dan mengekalkan Islam. Telah diriwayatkan dalam Hadits Al-Syarif dari Al-Nabi (S), "Hussein dariku dan Aku dari Hussein."

Bagaimana jika Islam pergi (terhapus)?, Bagaimana jika  terhapusnya nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah?  Tidakkah sia-sia gema jihad (usaha gigik) Rasulullah? Semoga dijauhkan Allah perkara demikian.

Dari sini, Allah SWT memuliakan waliyNya Al-Hussein  selawat Allah atasnya untuk menjadikan dengan menziarahinya adalah lebih afdhal daripada haji dan umrah secara mustahab dan memuliakan pengunjungnya dan memberikan kepada mereka pahala yang besar atas kemuliaannya.

Kedua:  Ziarah Al-Hussein (as) adalah untuk mengagungkan nilai-nilai dan pegangan akidah ketuhanan

Ziarah makam Imam Al-Hussein, adalah simbol kesucian Islam dan kesucian pegangan akidah dan nilai-nilai yang dikorbankan oleh Imam Al-Hussein, di mana dengan menziarahi Penghulu Syuhada’ adalah mengagungkannya, dia yang menjadikannya pelindung kepada Syari’at dan dari satu segi dia mengagungkan agama Allah dan pegangan akidah dan nilai-nilai Rabbaniyah yang dibawa oleh Nabi Islam yang agung, Muhammad (S) dengan kenyataan bahawa kewujudan Islam semasa Muhammadi dikekalkan semasa Al-Hussein, Tidak syak lagi ternyata bahawa betapa pentingnya penerusan teras kewujudan Islam sebagaimana pentingnya ia dikekalkan, apakah gunanya jika didapati agama dan kemudian tidakkah kita belajar sebagaimana yang berlaku pada agama samawi yang lain.

Kita dapati di zaman ini mereka mendirikan patung (tugu) pahlawan yang tidak diketahui keagungannnya tetapi diagungkan atas prinsip-prinsip dan nilai-nilai, bagaimana pula tidak diziarahi (diperingati) Al-Hussein seorang Imam maksum yang memberikan contoh nilai-nilai Ketuhanan Islam.

Ya, apabila kita Ziarah Penghulu Syuhada, kita mendapat ilham daripada pelajaran yang besar terhadap "pengorbanan, pelaksanaan, penolakan kezaliman, pemelihara kemuliaan dan kehormatan, penyeru kebaikan dan pencegah kemungkaran, sholat, doa-doa, membaca Al-Qur'an, melebur dalam cinta kasih dengan Allah SWT,” semua perakuan di sisi Allah, ... dan sebagainya, semua yang dibawa oleh Al-Rasul yang teragung dan memberi ilham dan nilai dari  Ziarah makam Imam Al-Hussein (as).

Satu lagi soalan timbul mengapa Ziarah Al-Arba3in adalah tanda-tanda orang-orang yang beriman?

Pada hakikatnya, jika kita melihat sekurang-kurangnya pada nombor 40, kita akan dapati bahawa ada rahsia terpendam apabila kita melihat ayat-ayat yang mulia ini:

﴿وَإِذْ وَاعَدْنَا مُوسَى أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ثُمَّ اتَّخَذْتُمُ الْعِجْلَ مِن بَعْدِهِ وَأَنتُمْ ظَالِمُونَ﴾ 

Dan (ingatlah), ketika Kami berjanji kepada Musa empat puluh malam, lalu kamu menjadikan patung anak lembu (Al-3ijl) sepeninggalnya dan kamu adalah orang-orang yang zalim. [Al-Baqarah 2:51]

﴿قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ أَرْبَعِينَ سَنَةً يَتِيهُونَ فِي الأَرْضِ فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ﴾ 

 
 Allah berfirman: "(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu".[ Al-Maidah 5:26] 

﴿وَوَاعَدْنَا مُوسَى ثَلاَثِينَ لَيْلَةً وَأَتْمَمْنَاهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيقَاتُ رَبِّهِ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً وَقَالَ مُوسَى لأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلاَ تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ﴾

Dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya yaitu Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan".[Al-A3raaf 7:142]

﴿وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴾ 

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusuinya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".[Al-Ahqaaf 46:15] 

Mustahab pada sholat malam (Sholat Al-Lail) untuk mendoakan empat puluh orang yang beriman, sebahagian doa-doa dibaca selama empat puluh hari, jika seseorang mencapai umur empat puluh, dan dia tidak tergolong sebagai orang sholeh adalah jelas ia sebagai Syaitan (Wal-3iyazha Billah – Semoga dilindungi Allah) atas wajahnya (dirinya) dan berkata mukanya (nampaknya( tidak berjaya ... dan lain-lain. Oleh itu, kita dapati bahawa angka ini ada keistimewaannya dan rahsianya, maka begitulah juga dengan Ziarah Al-Arba3in.

Tetapi jika kita melihat, sangat sedikit pada kepentingan  Ziarah Penghulu Syuhada (as) pada hari ini, ia terletak dalam yang berikut:

1.  Pada hari iaitu hari pertama dilakukan Ziarah Al-Imam Al-Hussein (sholawatu Allah 3alahi), selepas kesyahidannya, maka sepatutnya ia dijadikan sesuatu yang istimewa terhadapnya, tetapi walaupun hanya dengan menghampiri kuburnya yang mulia-pada masa itu adalah satu kesalahan yang boleh dihukum oleh  undang-undang Umaiyah, dengan perginya sahabat yang sangat rapat, Jabir bin Abdullah Al-Ansari, (ridhwanu Allah 3alahi) untuk menziarahi Al-Hussein (as).

Tidak hairanlah pada Jabir dan apa yang disedari oleh Jabir, kerana dia adalah murid Ahl Al-Bait dan arif (cukup tahu) mengenai Ziarah Al-Imam Al-Hussein (as), beliau telah memenangi penghormatan besar yang telah memenangi sebagai pengunjung yang pertama makam-yang mulia ini.

2- Pada hari ini kita mengingati urusan yang besar, iaitu mendatangi keturunan Rasulullah dari tawanan dan keluarga yang dihina di tanah Karbala, dan dan apa yang berlaku kepada mereka daripada bencana besar dan malapetaka yang sangat hampir di Kufah apabila bin Ziyad (3alahi la3natu Allah), dan di Syam apabila Taghut penzalim Yazid bin Muawiyah (3alahi la3natu Allah), orang-orang yang mengoyak-goyak kesucian Islam dan kesucian Nabi Islam yang menghina keturunan baginda, dan mereka  telah melakukan apa yang mereka telah lakukan.

3. Pada hari ini kita mengingati pada kepulangan ketua yang mulia bapa pembebasan sebagai Penghulu Syuhada’ Al-Imam Al-Hussein selepas yang sama seperti Banu Umaiyah, dan memberangsangkan bagi negara-negara dan menjadi jurang bagi penduduknya, Maka dalam sebahagian riwayat kepala beliau yang telah dikebumikan bersama dengan badannya di hari yang mulia ini.



Tiada ulasan: