2015 11 13
KHUTBAH PERTAMA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ
بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
الْمُشْرِكُون ،
وصلى الله على محمد وآل محمد
الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد ان لا إله إلا الله و
حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده
حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا
وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ،
Wahai orang-orang
yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan
janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Wahai ansar
Allah,
Wahai ansar
Imam Mahdi
Wahai ansar
Imam Mahdi Pertama sekelian
Imam Ahmad Al-Hassan (as) telah di tanya mengenai suatu ayat
dalam Al-Quran mengenai Al-Malakut Al-Samawaat yang melibat Rukya dan kasyaf.
Firman Allah SWT itu adalah seperti berikut:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقاً مَّا تَرَى فِي خَلْقِ
الرَّحْمَنِ مِن تَفَاوُتٍ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِن فُطُورٍ* ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ
الْبَصَرُ خَاسئاً وَهُوَ حَسِيرٌ﴾
{Yang
telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat
pada penciptaan Al-Rahman itu sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang,
adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? * Kemudian
pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak
menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.} [Surah
Al-Mulk 67:3 & 4].
Dalam ayat-ayat ini, Allah SWT menjelaskan kepada hamba-Nya
bahawa Dia menciptakan Langit dengan susunan yang tepat dan terdapat
peraturan-peraturan Ilahiyah yang memerintahnya, supaya boleh dimasukkan dari apa
yang dituliskan Allah kepada mereka dan untuk menghadapnya dan naik kepadanya.
Oleh itu, tidak ada kecacatan di dalamnya di mana seseorang itu dibenarkan
masuk, atau mendengar [sesuatu] dari khabar, atau mencapai apa yang ada di
dalamnya dari Kebijaksanaan Ilahiyah dalam usaha untuk menyedarkan (menarik) manusia
dengannya. Maka tidak ada kenaikan ke langit melainkan dengan kekuasaan
dari Allah, sesuai dengan undang-undang (peraturan) Allah SWT, yang berkesan
kepada semua hamba-hamba-Nya.
Bagi syaitan pengendap dari kalangan Umat Manusia dan jin, [saya
ulangi]
Bagi syaitan pengendap dari kalangan Umat Manusia dan jin, di
sana terdapat perkara-perkara yang menghalang mereka dan menjadikan mereka
tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Langit:
Firman Allah SWT
﴿وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ
وَجَعَلْنَاهَا رُجُوماً لِّلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ
السَّعِيرِ﴾
{Sesungguhnya Kami telah menghiasi
langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu
alat-alat pelempar syaitan-syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka
yang menyala-nyala..} [Surah Al-Mulk 67:5]
Dan ini telah menafikan pada orang-orang yang mendakwa
bahawa syaitan dapat peluang mengetahui berita awal dari Kerajaan Langit,
(kepada mereka yang mengatakan
bahawa jika orang-orang yang beriman melihat betapa mutawatirnya (atau betapa sahihnya)
rukya (mimpi dan pengelihatan) dan berita yang membimbing mereka kepada
Khalifah Allah, tentu mereka tidak akan mengatakan bahawa ia adalah mungkin
dari syaitan).
Oleh itu, mereka menjadikannya suatu sebab untuk mereka
menolak berita (khabar) dari Langit dan menolak pada hamba-hamba Allah, yang
menghadap kepada Allah, supaya mereka boleh mengenal kebenaran. Oleh itu, Allah
SWT di sini menolak balas dan menolak semula kepada mereka yang memutuskan
jalan Allah dari para ulama yang tidak beramal, dan yang menyebabkan mereka
terhalang dari [memasuki] Kerajaan Langit (Al-Malakut Al-Samawaat) - apa
yang diusahakan oleh tangan mereka - mereka cuba kalau-kalau boleh
menghalang semua orang dan juga menyesatkan mereka semua. Dan untuk
ini, mereka cuba memperbodohkan Kerajaan Langit dengan segala apa yang mereka
boleh, untuk menggoda manusia dan menghalang mereka daripada bertawajjuh
(menghadapkan diri) kepada Kerajaan Langit, dan [daripada mendapat] rukya
(mimpi) yang benar dari Allah.
Sesungguhnya kalian melihat mereka pada hari ini
sangat-sangat cuba untuk menjatuhkan rukya (penglihatan) dan kasyaf, yang
merupakan jalan para Nabi menerima wahi (atau ilham) terus dari Allah Yang Maha
Suci. Sesungguhnya setiap para Nabi (as) diutus untuk memimpin manusia untuk
mendengarkan (perkhabaran) dari Kerajaan Langit (Al-Malakut Al-Samawaat).
Tetapi semua ulamak sesat melawan mereka di sepanjang perjalanan sejarah dengan
cuba untuk menjatuhkan Al-Malakut [Kerajaan Langit] dan menjatuhkan dan
memperlekehkan rukya-rukya, yang ditetapkan oleh kejahilan manusia.
Bagi orang-orang yang sibuk dengan dunia, kedatangan para
Nabi yang dicari dengan mengasyikkan diri mereka dan memanggil mereka dengan
Al-Malakut, supaya mereka melihat pada Al-Malakut. Tetapi para ulamak (fuqahak)
sesat yelah berusaha seperti apa yang mereka lakukan pada hari ini, untuk
mengekalkan manusia seperti keadaan mereka, dan menghalang mereka daripada
melangkah ke hadapan dengan mereka mendengar Kalimat Allah. Dan ini adalah
dengan mencemarkan nama Kerajaan Langit dan rukya-rukya, yang malangnya
memperbodohkan manusia itu sendiri, walaupun ia adalah jalan yang membuka untuk
mengenal kebenaran dari Allah dan untuk mendengar Kalimat Allah SWT,
Oleh itu, yang rugi sebenarnya ialah dia yang kehilangan
Jalan Yang Agung ini dari Jalan Makrifah, dan musibah dan kesulitannya
adalah bagi sesiapa yang mengikuti ulamak sesat dan buta yang hampir-hampir
tidak pernah melihat walaupun tangan mereka sendiri.
Semoga Allah menjayakan kamu dalam semua kebaikan, dan
menjadikan kamu di antara orang-orang yang melihat dan mendengar Kalimat Allah,
Yang Maha Suci, dan menolongNya.
Ahmad Al Hassan
Rabi3 Al-Awaal, 1431 Hijrah
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿قُلْ
يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ * وَلَا
أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا
عَبَدتُّمْ * وَلَا
أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ ِينِ﴾
KHUTBAH KEDUA
بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ
الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ
الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا* وَّ
اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ
الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ
الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا * اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ
بِتَقْوَي اللهِ *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة
والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Wahai hamba
Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya
berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara
semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum
hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita;
tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.
Wahai ansar
Allah,
Wahai ansar
Imam Mahdi
Wahai ansar
Imam Mahdi Pertama sekelian
Al-Imam Ahmad Al-Hassan (as) ditanya mengenai Sistem
Kewangan dan Ekonomi Negara Al-Mahdi
Apakah wang yang digunakan di Negara Imam Mahdi (as) adakah
emas dan perak atau wang kertas seperti wujud di dunia sekarang?
Soalan ini adalah mengenai alat pertukaran untuk urusan
nilai pengeluaran barangan dan perkhidmatan di Negara Al-Mahdi. – Semoga Allah
merahmati kalian - tidak hanya pada emas, perak dan beberapa jenis logam yang
tinggi nilainya dan sebagai alat pertukaran nilai yang lain, bahkan mungkin
pertukaran nilai saham (sekuriti) dan bon-bon kerajaan dan wang elektronik dan
lain-lain cara-cara yang boleh diguna pakai untuk menyatakan pertukaran nilai
barangan dan perkhidmatan (pertukaran nilai pengeluaran dan nilai upah kerja),
sehinggakan emas, perak dan logam berharga jika telah digunakan untuk
menyatakan nilai keperluan pengeluaran untuk pertukaran nilai tertentu untuk
pengeluaran barangan dan perkhidmatan,
Negara Al-Mahdi yang akan mengunjurkan apa yang dikehendaki
Allah SWT yang akan melampaui nilai pengeluaran barangan dan perkhidmatan dalam
berbagai cara yang tidak akan hanya tertakluk (terhenti) pada emas, perak dan
sekuriti (sham) yang diterima umum pada hari ini. Ya, perjalanan negara yang
barkah ini menentukan syarat-syarat pada tempoh-tempoh tertentu yang boleh
mendorong mereka untuk mengendalikan medium dan perantaraan tertentu, tetapi
ini tidak bermakna terhenti pada medium yang mengendalikan nilai pengeluaran
barangan dan perkhidmatan, dan apa yang perlu kita tahu adalah keadilan manusia
yang menyeluruh, yang akan disebarkan di Negara Al-Mahdi adalah amalan utama
dalam penyebaran Keadilan dan kesaksamaan, dan dengan itu mencegah kemiskinan
keperluan barangan dan perkhidmatan.
Di dalam Negara Al-Mahdi atau Negara Keadilan Ilahi,
pendekatan manusia akan didorong kepada bersifat adil, walaupun sekadar apa
yang ada pada Tuhannya apabila dia bertawajjuh kepadaNya dengan keikhlasan
beribadah dan bersyukur. Manusia akan bersifat adil dengan masyarakat
sekeliling apabila dia mengasihi orang lain seperti dia mengasihi dirinya
sendiri, iaitu dengan akhlak Ilahiyah yang akan disebar dididik oleh Al-Mahdi
yang dengannya akan menghasilkan masyarakat manusia yang akan membawa kepada
penafian kemiskinan kebendaan selepas menyempurnakan penghapusan kemiskinan
rohani, dan ini akan terlaksana di peringkat individu (peribadi) dan
masyarakat. Peribadi yang kaya rohaninya semestinya akan bersifat kaya
kebendaan dengan berpada (qanaah) yang merupakan harta yang tidak akan binasa, tidak
akan habis dan masyarakat yang kaya rohani sudah semestinya akan menangkis
kemiskinan kebendaan pada ahli-ahlinya yang saling bergantung dari segi sosial
dan ekonomi (ijtima3iy dan Iqtishadiy).
اَللّٰهُمَّ
عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ
اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ،
اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ
رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ
حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ
دِيْنِىْ
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah
Zaman Ghaibah]
اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ* وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين
اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ
الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ
اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي
تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ
وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ،
وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ
والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير
العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ
وَالْفَتْحُ ﴿١﴾ وَرَأَيْتَ
النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢﴾ فَسَبِّحْ
بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣﴾
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan