Soal Jawab Fiqh
Sholat
Soal Jawab mengikut tajuk (38 – 67 dari 169)
Tempat Sholat
Tempat Sujud:
Azan dan Iqamah
Tempat Sholat
:
S38 Sholat di tempat rampasan (bukan milik - tanpa izin): Jika kesuntukan
waktu untuk bersholat dan dia berada di luar, adakah ini bermakna bahawa ia
mengerjakan sholat dengan berjalan kaki dan bagaimana ia menghadap kiblat dan akan
sujud?
J. Bersholatlah di mana mungkin jika boleh menghadap kiblat menghadaplah dan
jika boleh sujud, sujudlah, jika tidak boleh menghadap kiblat dan tidak boleh
sujud tetapi ia mengundang (beri isyarat) untuk sujud.
S39 jika sholat atas kebenaran pemilik, kemudian dia diarahkan untuk keluar
semasa sedang sholat, adakah dia mesti menghentikan sholatnya?
J. Selesaikan dan terus tinggalkan.
S40 Apakah hukum seorang wanita yang menyempurnakan sholatnya dan melihat
seorang lelaki bersholat benar-benar di belakangnya atau berhampiran dengannya?
Dan apa yang perlu dilakukan jika berlaku kepadanya dalam kedudukan seperti itu
semasa sholat?
J. Jikalau lelaki ini telah berhenti (berdiri) untuk bersholat selepas ia
memulakan sholatnya, dia (wanita tersebut) meneruskan sholatnya dan tidak ada
masalah dengan sholatnya.
S 41 Apa hukum sholat di Kaabah di mana wanita berdiri di sisi atau di
hadapan lelaki?
J. Hukum di Kaabah, seperti juga di tempat lain, dari satu segi tak dapat
diterima wanita bersholat di hadapan orang lelaki atau bersebelahan dengannya.
S 42 Adakah dibenarkan untuk membelakangkan kubur maksumin dan anak-anak
mereka (as) dalam hal sholat dan lain-lain?
J. tidak dibenarkan membelakangkan kubur Al-Maksum.
S 43 Apakah tempat yang lebih afdhal untuk bersholat bagi wanita, rumahnya
atau masjid yang bersebelahan dengan rumahnya atau dekat dengan rumahnya?
J. Bagi wanita adalah lebih afdhal untuk bersholat di rumahnya, tetapi atas
sesuatu perkara yang lain, yang berfaedah untuknya seperto mendengar khutbah
sholat Jumaat atau dengan kehadirannya untuk membantu kepada yang haq.
S 44 Ada tempat-tempat sholat yang makruh, adakah makruh mutlak (untuk semua
sholat) atau khusus untuk sholat fardhu?
J. Makruh mutlak (untuk semua sholat).
✡✡✡✡✡
Tempat Sujud:
S 45 Apakah hukum sujud di atas apa yang dimakan haiwan dari tumbuh-tumbuhan?
J. dibenarkan sujud di atasnya.
S 46 Jika ada najis yang tidak melampau seolah-olah terdapat air kencing
yang telah kering di atas tanah. Adakah dibenarkan sujud di atasnya?
J. Tidak dibenarkan dan mestilah dijadikan tempat
meletakkan dahi di atasnya itu suci.
S 47 Adakah sah sujud di atas Al-Kasyi [tanah plaster], tanah yang dilepa pada binaan
rumah hari ini?
J. Jika ia dipotong (dipisahkan) dari batu-batu yang zahir maka hukum adalah
seperti tanah.
S 48 Apakah kertas untuk menyerap air (kertas tisu) dari bahan kertas dibenarkan
sujud di atasnya?
J. dibenarkan sujud di atasnya.
S 49 Adakah perlu di tempat sujud stabil, sebagai contoh, diletakkan sebahagian
tanah di atas (Mandar) span dan yang sepertinya. Adakah sah sujud dalam keadaan
seperti ini?
J. Jika span yang tebal diletakkan kerana tempat sujud yang tidak stabil tidak
dibenarkan, tetapi jika span nipis untuk meletakkan dahi supaya dia menjadi stabil
tidak ada masalah padanya.
S 50 Adakah untuk sujud di atas sesuatu, seperti tanah atau kertas yang bersaiz
tertentu, atau cukup untuk sujud di atas tanah atau kertas yang sangat kecil,
dan soalannya mengenai ukuran yang dihukumkan, dibenarkan atau tidak?
J. Sangat diperlukan
tempat sujud yang mencukupi untuk menenetapkan dahi, walaupun
ia adalah sebesar manik tasbih.
S 51 Adakah terdapat perbezaan sujud di atas permukaan turbah (tanah) yang bertulisan
seperti sahnya di atas yang kosong dari sebarang tulisan?
J. Dibenarkan sujud di atas permukaan turbah (tanah) yang bertulisan atau
yang kosong.
S 52 Turbah (tanah) Imam Al-Hussein (as) adakah tanah mutlak, atau khusus
di makam Imam Al-Hussein (as) dan tidak ditentukan? Adakah dari pintu yang dibenarkan
bersholat dan dari sana ia berfungsi sebagai tanah untuk sholat dan mana pula yang
tidak terbiasa untuk sholat, dan diberitahu: mereka mengambilnya dari pinggir
sungai.. Apakah hukumnya?
J. Sujud di atas tanah Imam Al-Hussein (as) mempunyai fadhilat yang besar
dan boleh mengambil tanah Al-Husseiniyah antara Makam Suci dan yang berjarak dua Farsakh dari semua arah dari tepi sungai dan lain-lain
tanah dari wilayah suci, dan jika melebihi dua Farsakh
(11 km)
tidak dianggap tanah Husseiniyah, dan apabila tanah itu semakin hampir dengan
Makam Suci maka semakin besarlah fadhilatnya.
✡✡✡✡✡
Azan dan Iqamah
S 53 Apa hukumnya apabila kesuntukan masa, adakah gugur Azan atau Iqamah, atau kedua-dua sekali?
J. Jika kesuntukan masa dan hanya tinggal setakat menunaikan rakaat-rakaat
(sholatnya) sahaja maka gugurlah Azan dan Iqamah, dan jika ada masa hanya
untuk Iqamah tanpa Azan dan wajib dilakukan tanpa Azan.
S 54 Adakah wajib Azan dan Iqamah seorang kanak-kanak di bawah
umur mukallaf, dan ia nawafil (ibadah sunat) atasnya?
J. Adalah sah sholat kanak-kanak walaupun tidak dengan Azan dan
Iqamah tetapi itu tidak mengikuti contoh
mengerjakan nawafil (ibadah sunat) melainkan dengan Azan dan Iqamah.
S 55 Wanita Azan secara perlahan, adakah kerana apabila ada orang lelaki yang
mendengar ataupun tidak?
J. Jika ada orang lelaki yang mendengarnya atau di tempat awam yang berkemungkinan
orang lelaki akan masuk pada bila-bila masa.
S 56 Apakah wanita Azan secara perlahan sahaja, bukan pada Iqamah,
atau kedua-duanya?
J. Kedua-duanya secara perlahan.
S 57 Sesiapa yang lupa Azan lalu meneruskan dan bagaimana jika lupa Iqamah?
J. diteruskan sahaja.
S 58 Jika jamaah terlupa dan mereka tidak sengaja mengabaikan Azan, Apakah hukum sholat mereka?
J. habiskan sholat mereka dan sah.
S 59 Adakah memadai azan yang lain dalam shalat jamaah dan jika muadzin azan
bersendirian, tetapi jika Iqamah pula
bukan Imam. Adakah mungkin bagi imam untuk hanya memulakan dengan takbiratu l-Ihram?
J. Imam atau orang lain dibenarkan Iqamah untuk sholat jamaah.
S 60 Adakah memadai orang-orang yang bersholat sendirian dengan Azan yang lain secara bersendirian?
J. dibenarkan dan memadai.
S 61 Adakah terdapat perbezaan antara Azan untuk dirinya atau untuk orang
lain dari disyaratkan bersuci (thaharah) dalam Azan dan Iqamah?
J. Tiada perbezaan, dan bersuci (thaharah) untuk keduanya mustahab.
S 62 Adakah sah Azan dengan berat lidahnya (sebutannya) atau tidak dapat
menyebut huruf tertentu?
J. Sah
.
S 63 Bagaimana jika ia melanggar beberapa kaedah tatabahasa?
J. Sah.
S 64 Sesiapa yang ragu pada bahagian (perenggan) dari bahagian-bahagian Azan, apa
yang perlu dilakukan jika dia ragu-ragu masih tidak menyebut lagi dalam Azan, dan bagaimana pula jika
dia telah terpintas? Begitu juga mengenai Iqamah.
J. Jika dia masih belum menyebut lagi dalam Azan kembali
ke bahagian yang ragu-ragu dan bacalah bagi melengkapkan Azan selepasnya. Begitu juga dengan
Iqamah. Tetapi jika dia telah selesai Azan atau Iqamah maka
tidak perlu mengulang kembali pada keraguannya itu.
S 65 Bolehkah menggantikan lafaz Al-Mahdi dalam Azan dengan menyebut nama Al-Mahdi
(as)?
J. Ia dibenarkan, tetapi yang afdhal untuk masa ini ditinggalkan.
S 66 jika bersholat Dzohor dengan Azan dan Iqamah, dan selepas sholat diikuti
dengan sholat Nawafil, berdoa dan berzikir kepada Allah, kemudian disambung sehingga
ke sholat 3ashar, adakah azan sholat Dzohor sudah mencukupi atau Azan yang lain
untuk sholat 3ashar?
J. Jika tidak berpisah (meninggalkan) tempat sujud anda maka cukuplah hanya
dengan azan yang pertama.
S 67 Seorang mukmin Azan dan Iqamah lalu bersholat dan semasa
bersholat berlaku apa yang membatalkan sholat, adakah ia wajib Azan dan Iqamah selepas
wudhuk kerana ia telah mengubah tempat duduk apabila pergi berwudhuk?
J. Tidak perlu mengulangi Azan dan Iqamah, tetapi yang perlu
mengulangi Azan dan Iqamah adalah yang meninggalkan tempat sujud atas urusan dan kerja
lain dari sholat, tetapi orang mukmin ini meninggalkan tempat sujud hanya untuk
berwudhuk dan untuk bersholat dan dia tidak meninggalkan tempat sujud atas
urusan dan kerja lain dari sholat.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan