Soal Jawab Fiqh
Sholat
Soal Jawab mengikut tajuk
(103 – 135 dari 169)
Menghentikan
Sholat:
Sholat Jumaat:
Sholat Istisqa’ (minta hujan)
Sujud
Sahwi:
Qadha’ Sholat:
.
Menghentikan Sholat:
S 103 kadang kala orang yang
sholat menghentikan sholatnya dan mengulanginya kembali kerana melakukan sesuatu
darinya semasa sholat dan tidak tahu hukumnya, Bolehkah untuk berbuat demikian?
J. tidak dibenarkan menghentikan sholatnya kerana
ragu-ragu.
✡✡✡✡✡
Sholat Jumaat:
S 104 Panjang waktu Jumaat sepanjang
waktu Dzohor, Adakah dimaksudkan waktunya hingga ke sebelum matahari terbenam dengan
kadar melaksanajan sholat 3ashar?
S 105 Berapa lamakah sholat
Jumaat dari permulaan Azan sehingga akhir dua rakaat Jumaat?
J. Tidak disyaratkan panjang waktunya,
tetapi dianggap sebagai mencukupi untuk dua khutbah dan sholat dua rakaat, sebagaimana
mustahab bagi Imam untuk meringankan dalam menyempurnakannya dan untuk
mengelakkan dari berlebih-lebih yang membosankan dan dari terlalu ringkas
sehingga tidak selaras ..
S 106 Kadang-kadang bilangan jamaah
yang diperlukan tidak boleh didapati selepas zawal; iaitu pada awal waktu, dan hanya
boleh didapati dua jam selepas zawal dan sholat Dzohor telah didirikan pada
awal waktu, adakah perlu mengulangi sholat Jumaat jika terkumpul bilangan
jamaah? Dan bagaimana jika belum didirikan sholat Dzohor?
J. Mustahab (sunat) didirikan sholat Jumaat walaupun
tanpa imam yang dilantik untuk sholat dan wajib mendirikan sholat Jumaat apabila
ada imam yang dilantik untuk sholat oleh Imam maksum, atau dari Imam yang dilantik
untuk menetapkan imam Jumaat. Maka wajib imam ini mendirikan sholat Jumaat apabila
cukup bilangan dan syarat-syarat lain pada waktu zawal, maka jika bilangan
tidak boleh didapati apabila zawal dan bersholat Dzohor maka tidak wajib lagi
selepas itu mendirikan sholat Jumaat. Adapun jika di akhir sholatnya selepas zawal
sehingga bilangan mencukupi maka wajib atasnya mendirikan sholat Jumaat selagi masih
ada waktu, dan hendaklah diketahui dengan wujudnya imam yang dilantik untuk sholat
maka wajib hadir kepadanya atau di tempat yang diarahkan olehnya untuk mendirikan
sholat Jumaat, dan hendaklah diketahui untuk mendirikannya adalah diwajibkan
untuk hadir.
S 107 Apabila tidak cukup
bilangan, Adakah lebih baik menunggu sehingga cukup bilangan dan kemudian mendirikan
sholat Jumaat, atau tunaikan sholat Dzohor pertama pada awal waktu?
J. lebih baik menunggu sehingga cukup bilangan.
S 108 Adakah kanak-kanak mumaiyiz
mencukupkan bilangan untuk diadakan sholat Jumaat?
J. Kanak-kanak mumaiyiz tidak mencukupkan
bilangan.
109 S Adakah seorang wanita dan
seorang hamba yang hadir untuk menunaikan sholat Jumaat diwajibkan sholat pada mereka
dan bilangannya dikira untuk diadakan sholat Jumaat?
J. Apabila mukallaf hadir wajib bagi mereka sholat
Jumaat dan bilangan mereka dikira untuk diadakan sholat Jumaat.
S 110 orang yang lumpuh yang
boleh menghadiri sholat Jumaat adakah diwajibkan hadir?
J. Dia tidak diwajibkan hadir.
S 111 Jika imam tidak ada dan
tidak dilantik untuk sholat dan sholat Jumaat adalah mustahab, adakah yang dimaksudkan
selepas ada imam dan yang ditetapkan keduanya tidak menghadiri sholat walaupun kedua
mereka ada di tempat lain, atau dimaksudkan pada sesuatu yang lain, dan apakah
jika diadakan Jumaat tanpa kedua mereka menghadirinya, pada hal di bawah arahan
dan bimbingan imam?
J. Yang dimaksudkan kedua mereka tidak
menghadiri atau sehingga imam tidak hadir walaupun tanpa imam yang dilantik untuk
mendirikan sholat Jumaat.
S 112 Telah dinyatakan dalam sholat
Jumaat: (Jika Imam meninggal dunia ketika sholat, ia tidak membatalkan Jumaat,
dan dibenarkan supaya mendahulukan Jumaat dengan mereka menyempurnakan sholat),
dan persoalannya ialah: Adakah mendahulukan itu dengan mereka menyempurnakan sholat
atau memulakan semula solat mereka yang baru, dan bagaimana mereka
mendahulukannya dalam sholat atau orang mendahulukannya dengan bersholat di shaf-shaf
lain, sebagai contoh?
J. Mendahulukan menyempurnakan sholat tidak wajib
disediakan oleh semua orang, tetapi cukup hanya sebahagian daripada mereka kerana
merujuk kepadanya walau dengan bentuk apa sekalipun
S 113 Bagaimana dengan orang pekak
dan bisu bersholat Jumaat Al-Mubarakah kerana mereka tidak memahami atau
mendengar khutbah? Adakah mereka perlu tahu dari rujukan khutbah dengan bahasa
Isyarat yang boleh difahami, atau adakah hanya mencukupi dengan kehadiran sahaja
dan gugur taklif syar3i?
J. Wujudnya penglibatan penterjemahan bahasa
isyaratnya lebih afdhal tetapi tidak diwajibkan.
114 S Adakah disyaratkan untuk
menjadikan dua khutbah dalam bahasa Arab, Apakah hukum Arab dan bukan Arab pada
sholat Jumaat?
J. Dibenarkan khutbah dalam bahasa mereka yang
paling ramai daripada yang hadir bersholat, tetapi wajib apabila bertahmid pada
Allah dan berselawat kepada Nabi dan keluarga baginda dan membaca sesuatu dari
Al-Quran dalam bahasa Arab, dan yang afdhal untuk menjadikan khutbah dalam
Bahasa Arab dan diterjemahkan kepada bahasa bukan Arab walaupun mereka adalah
majoriti yang menghadiri sholat. Dibolehkan orang yang fasih berbahasa Arab
bangun dari mereka yang tidak fasih, tetapi lebih afdhal untuk menjadi Al-Khatib
fasih dalam bahasa Arab dan berkhutbah dalam bahasa Arab, dan ia tidak ada kena
mengena dengan kebangsaan Arab dalam perkara ini, maka boleh menjadi Imam dari mana-mana
kaum yang fasih dalam bahasa Arab.
S 115 Bolehkah imam Jumaat
memegang senjata di tangannya, ketika berkhutbah?
J. Makruh padanya diberi
kepercayaan memegang senjata melainkan kerana takut dan dalam kedudukan
berhajat keoadanya dan mustahab memegang cokmar atau mimbar atau sebatang
tongkat kayu.
S 116 Jika imam Jumaat seorang
musafir, adakah sah Jumaatnya dan Jumaat dari orang yang menyempurnakan sholat tamam
dan qashar?
J. sah.
S 117 Apakah hukumnya imam dalam sholat
Jumaat selepas melakukan qunut kedua selepas ruku3, ruku3 sekali lagi, dan
bukannya terus sujud? Jika sholatnya batal, apakah hukum sholat jamaah makmum dalam
keadaan ini?
J. Jika dia ingat sebelum mengangkat kepalanya
dari ruku3 dan bertakbir untuk sujud dan sempurnakan ketundukan sujud ke bumi
maka sahlah sholatmya, tetapi jika ia tidak mengingatnya sehingga dia
mengangkat kepalanya dari ruku3 maka batallah sholatnya dan sholat sesiapa yang
menyempurnakan bersamanya.
S 118 Adakah mungkin untuk
menentukan ketinggian matahari untuk waktu sholat Nafilah Jumaat agar dikira
mengikut jam selepas matahari terbit?
J. Bahagikan masa antara matahari
terbit dan zawal kepada tiga bahagian, yang pertama selepas matahari terbit ia adalah
matahari naik dan kemudian lanjutan ketinggian kedua dan ketiga dan yang ketiga
adalah sebelum zawal.
✡✡✡✡✡
S 119 Menemui sebahagian gejala (fenomena) alam seperti
banjir, ribut petir, dan ini mungkin menakutkan bagi sesetengah orang daripada
sebahagian yang lain, Adakah wajib Sholat Al-Ayaat apabila menemuinya?
J. Apabila sebahagian besar orang-orang mukmin menjadi
takut sebagai iktibar azab atau tanda amaran kepada penghuni bumi, ia bukanlah
urusan yang menakutkan saja bahkan juga untuk menakutkan sesuatu yang dikaitkan
dengan langit (iaitu penduduk langit dari para pekerja Allah SWT).
S 120 jika diketahui bahawa
gerhana akan berlaku esok, ia melalui jalan pengamal saintifik, dan apabila ia
datang esok dilupakan dan diabaikan sehingga datang gerhana jenis separa dan
kemudian ia mengingatinya, adakah yang diketahuinya pada gerhana sebelum yang
ditemuinya wajib diqadha’kan?
J. Wajib dia mengqadha’kannya.
S 121 Dalam Sholat Al-Ayaat
dinyatakan bahawa selepas membaca Al-Hamd, membaca surah. Jika tidak sempurnakan
dengan membaca ayat-ayat yang terpotong, adakah wajib dia memilih surah yang mempunyai
lima ayat sahaja, dan bagaimana ia membahagikannya menjadi lima ayat jika surahnya
kurang daripada lima ayat atau lebih?
J. Tidak perlu memilih Surah yang mempunyai lima
ayat, dan tidak seharusnya dibahagikan Surah mengikut ruku3-ruku3, Surah perlu dibaca
pada semua ruku3, dan boleh dibahagikan Surah untuk dua atau tiga atau lima
ruku3.
S 122 Sekiranya seorang mukallaf dalam
Sholat Al-Ayaat membaca Al-Hamd dan ayat atau ayat-ayat dari Surah dan ruku3,
dan kemudian menyelesaikan bacaan Surah dan ruku3, adakah akan membaca selepas
mengangkat kepalanya Al-Hamd dan Surah atau boleh membaca Surah atau ayat-ayat
dari Surah dan ruku3?
J. Selepas menyempurnakan surah dalam ruku3 kedua
seperti dalam soalan boleh teruskan ruku3 ketiga dan membaca Al-Hamd dan Surah penuh
atau Al-Hamd dan sebahagian daripada Surah dan menyempurnakan Surah di dalam
ruku3-ruku3 selebihnya.
S 123 Apabila membaca Al-Hamd dan
Surah penuh dan ruku3 dalam Sholat Al-Ayaat, adakah dia juga perlu membaca Al-Hamd
dan Surah penuh sebelum ruku3 keduanya, atau cukup dengan membaca Al-Hamd dan ayat
dan kemudian menyelesaikan baki ayat-ayat surah dalam ruku3-ruku3 berikutnya?
J. Boleh membaca di dalam ruku3 kedua
Al-Hamd dan Surah dan boleh membaca membaca Al-Hamd dan sebahagian daripada
Surah dan melengkapkannya di dalam ruku3-ruku3 berikutnya.
S 124 Apa yang difahami daripada
kata-kata Syarai3 bahawa terdapat dua cara untuk melaksanakan Sholat
Al-Ayaat, dan soalan saya: Adakah kemungkinan penggabungan antara kedua-dua
kaedah dalam satu rakaat, atau bahawa ia bermula dengan cara setelah melengkapkan
cara yang sama?
J. Dibenarkan untuk menggabungkan
kedua-dua kaedah.
S 125 mustahab lima Qunut dalam Sholat
Al-Ayaat, adakah dibahagikan pada dua rakaat atau tiap-tiap satu rakaat?
J. Dibahagikan pada dua rakaat.
S 126 Apabila ragu-ragu dalam
bilangan ruku3-ruku3 dalam Sholat Al-Ayaat apa yang perlu dilakukan?
J. Tetapkan yang paling kurang dan
sempurnakan ruku3-ruku3 dan sujud dua sujud sahwi selepas sholat.
S 127 Bolehkah melakukan Sholat
Al-Ayaat bagi yang ragu-ragu dalam kejadian Al-Ayaat (berlakunya ketakutan)?
J. Dibenarkan.
✡✡✡✡✡
Sholat Istisqa’ (minta hujan)
128 S Apakah yang dimaksudkan
dengan mengalih jubah itu dalam Sholat Istisqa’ (minta hujan)?
J. Ia adalah mengalih dari bahu kanan ke kiri
dan yang dari bahu kiri ke kanan saling alih-mengalih jubah.
✡✡✡✡✡
Sujud Sahwi:
S 129 dinyatakan dalam kaifiatnya
hendaklah bertasyahud dengan Tasyahud ringan, apa yang dimaksudkan untuk Tasyahud
ringan?
J. Membaca:
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أنّ محمداً عبده
ورسوله اللهم صل على محمد وآل محمد
S 130 Dinyatakan dalam sujud
sahwi bagi imam dan makmum (Jika salah satu daripada kedua mereka sendiri adalah
pada hukum dirinya sendiri), apakah maknanya?
J. Iaitu: jika salah satu daripada kedua mereka sendiri
yang lupa sahaja bukan orang lain adalah pada hukum dirinya sendiri, iaitu mengikut apa yang ia lupa.
✡✡✡✡✡
Qadha’ Sholat:
S 131 Adakah sah laksanakan Sholat
Nafilah yang mustahab bagi mereka yang ada qadha’ sholat wajib, dan
apakah ia adalah Nafilah yang jika masuk dan mengingatinya di tengah-tengah sholatnya
hendaklah ia menunaikan fardhu dan meneruskan yang fardhu?
J. Dibenarkan bersholat Nafilah jika ia hendak
mengerjakan sholat wajib yang bukan waktu semasa dan jika ia ada untuk qadha
sholat wajib semasa, maka wajib atasnya mengerjakan qadha sebelum bersholat Nafilah
atau sholat wajib semasa. Jika sedang sholat wajib semasa dan di tengah-tengah sholatnya
mengingat sholat tertunggak yang berbangkit atasnya perlu dipinda, tetapi jika bersholat
Nafilah dan mengingat sholat tertunggak tidak perlu dipinda tetapi sempurnakan Nafilah
dan kemudian teruskan sholat fardhu yang tertunggak dan menqadha’nya.
S 132 Jika melakukan perjalanan
(musafir) dan bersholat qashar dan bukan aturan asal sholat Dzohor dan sholat 3ashar
kerana perjalanan dan apabila kami tiba di rumah ia adalah waktu matahari
terbenam,, bagaimana menqadha’ sholatnya qashar atau sepenuhnya (tamam)?
J. Apa yang terlepas qadhakan dengan apa yang
terlepas, jika waktu melaksanakannya waktu Maghrib untuk perjalanan iaitu
sebelum sampai, qadhakan apa yang terlepas secara qashar walaupun ia waktu Maghrib
laksanakan selepas sampai dan sebelum melaksanakan sholat qadha secara penuh
(tamam).
S 133 Berpuasa perlukan banyak
perkara, hari-hari yang sihat dan begitu juga sholat, dan kini ia tidak sihat dan
perlu mengambil ubat-ubatan sebagai rawatan, apakah dihukumkan qadha atau kafarah?
J. Pesakit yang berhutang qadha sholat dan puasa
pada hari-hari sihat jika mengharapkan pulih dari penyakitnya menunggu-nunggu
sehingga sihat semula dan menqadha’nya dan membayar kafarah. Jika membayar
kafarah dengan memberi makan orang-orang miskin, maka wajib atasnya berusaha walaupun
sebelum sembuh untuk memberi makan orang-orang miskin, dan jika penyakit kronik
dan tidak boleh berpuasa hendaklah dibayar fidyah termaklum kira-kira bagi setiap
hari (3/4 kg) makanan. Bagi Sholatnya hendaklah diqadhakan seboleh mungkin secara
duduk atau selainnya apa yang boleh mengikut keadaan atau penyakitnya.
S 134 Pesakit yang boleh
menyebabkan sakit fikirannya dan menyebabkan dia bercampur aduk untuk
mengetahui waktu-waktu Solat dan hukum-hukumnya, adakah kekal wajib sholat atasnya
yang mesti diqadhakannya sendiri jika sembuh atau oleh anak sulungnya jika dia
meninggal dunia pada keadaannya yang disebutkan?
J. Jika ia sedar wajib sholat atasnya, maka wajib
dia bersholat di dalam had sholat yang memungkin dia sholat yang telah
digariskan dalam Syarai3 dan lain-lain, tetapi jika penyakit itu telah
mengalahkan dia, sehingga dia tidak sedarkan diri dan tidak lagi boleh membezakan
sehinggalah dia bangun dan sholat adalah wajib atasnya, ini keadaan yang terjadi
seperti orang gila dan kemurungan yang dari satu segi gugurlah padanya kedua-dua
perlaksanaan dan qadhanya ..
S 135 Meninggalkan sholat adalah tidak
mustahil untuk meninggalkan alasan (keuzuran), berapa banyak budi bicaranya?
J. Hukum-hukum ini tidak dapat berdiri sendiri melainkan oleh
imam atau
wakilnya untuk ditegakkan dan dipertimbangkan berapa banyak bagi imam dan bagi
sesiapa sahaja yang mendirikannya dalam perkara ini..
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan