Ya Allah, selawat
atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktirafan.
Dari Ibn
Abbas katanya: datang seorang Yahudi kepada Rasulullah (shalla Allah 3alaihi
Wa Aalih) mereka berkata dia adalah Na3tsal (نَعْثَلٌ).
Dia berkata: Wahai Muhammad, aku ingin bertanya kepada
kamu tentang perkara-perkara yang mencemaskan dada ku sejak dahulu, Maka jika engkau
dapat menjawabnya aku akan masuk Islam di tangan mu.
Baginda bersabda:
"Tanyalah Wahai Abu 3umarah."
Dia berkata: Wahai Muhammad, sifatkan kepadaku Tuhanmu?
Baginda (shalla Allah 3alaihi Wa Aalih) bersabda:
"Pencipta (Al-Khaliq) tidak dapat disifatkan melainkan apa yang telah disifatkanNya
sendiri, dan bagaimana mereka dapat menyifatkan Pencipta (Al-Khaliq) dengan
pancaindera yang tidak dapat memahaminya, dan membayangkan (waham) untuk mencapai
matlamatnya, dan melepasi bahaya yang dapat dibatasi, dan dari kekuasaan pengelihatan
padanya, sebahagian besar daripada apa yang disifatkan oleh orang yang menyifatkanNya,
menjauhkan yang dekat, dan mendekatkan yang jauh, bagaimana cara-caranya, maka
tidak boleh dikatakan kepadaNya bagaimana, dan di mana tempatNya, maka tidak
boleh dikatakan kepadaNya, di mana, adalah tidak terhenti persoalan bagaimana cara-caranya
dan di mana, kerana Dia Al-Ahad Al-Shamad (Yang Esa, tempat berhimpun segala
Kehendak) seperti mana yang disifatkanNya sendiri, dan orang-orang yang menyifatkanNya
tidak akan berjaya untuk menggelarkanNya, tidak beranak dan tidak diperanakkan,
dan tidak ada suatu pun yang sepadan denganNya. "
Beliau
berkata: Benar kamu Wahai Muhammad, beritahu aku tentang perkataan kamu bahawa
Dia Esa (satu) tiada yang serupa denganNya, bukankah Allah Satu dan manusia juga
satu, maka adakah KeesaanNya sama dengan satunya manusia?
Baginda (shalla Allah 3alaihi Wa Aalih) bersabda: "Allah
adalah satu dan satu makna, dan manusia satu dua makna, jisim dan akal (3aradh),
badan dan ruh, kerana ianya perumpamaan pada makna bukan pada yang lain."
Beliau
berkata: Benar kamu Wahai Muhammad, [1]
✡✡✡✡✡
.
-------------------
[1] Bihar
Al-Amwar (Himpunan Mutiara Perkhabaran Imam suci (as): 3/303, tanda-tanda,
Sheikh Muhammad Baqir Al-Majlisi, yang dilahirkan pada tahun 1037 H di Isfahan:,
dan meninggal dunia pada tahun: 1110 H, Diterbitkan, edisi Beirut / Lubnan,
tahun: 1414 Hijrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan