Rabu, 4 November 2015

Soal Jawab Fiqh Sholat (1 -37 dari 169)

Soal Jawab Fiqh Sholat

Soal Jawab mengikut tajuk    (1 -37 dari 169)
           
Bilangan Sholat (Nawafil):
Penentuan Waktu
Kiblat:
Pakaian Ketika Sholat

Pengenalan Sholat
           
Bilangan Sholat (Nawafil):

S1. Adakah dibenarkan hanya membaca surah Al Fatihah dalam sholat Nawafil (sholat-sholat nafilah)?

J. Dibenarkan.

S2. Bolehkah seseorang itu memendekkan Nafilah Dzohor dan 3ashar serta Nawafil yang lain kepada dua rakaat sahaja, dan untuk Sholat Malam, hanya kepada sholat Shaf3a dan Witir?

J. Dibenarkan

✡✡✡✡✡

Penentuan Waktu

S3. Bilakah waktunya tengah malam?

J. Tengah malam adalah masa pertengahan antara tenggelamnya matahari dan fajar shadiq, yakni pertengahan antara waktu sholat maghrib dan fajar.

S4.Jika seseorang itu bersholat apabila dia mendengar azan, kemudian dia tersedar bahawa masa untuk sholat fardhu masih belum tiba, bagaimana status sholat dia?

J. Ulangi sholatnya

S5. Selepas menyelesaikan sholat Dzohor, seseorang itu teringat bahawa dia masih belum bersholat Subuh dari hari yang sama, apa yang, dan dia tidak boleh meninggalkannya, apa yang harus dilakukan?

J. laksanakan (qadhakan) sholat itu selepasnya.

 
S6. Bagaimana keadaan seorang mukallaf yang tidak dapat menentukan waktu sholat kerana dia tinggal di negara Non Muslim yang mana siangnya sangat pendek?

J. Untuk Sholat Maghrib, ianya senang dikenalpasti dengan kehilangan lingkaran matahari. Untuk Zawal (gelincir rembang tengahari), jika dia tidak dapat mengenalpastinya seperti yang diajarkan oleh Syariat, dan dia tidak mempunyai jadual pengiraan yang telah dia sahihkan dan boleh dipakai, maka hendaklah dia mengambil zawal sebagai pertengahan antara terbitnya fajar dan terbenam matahari. Bagi waktu fajar, jika mampu untuk mengenalpasti dengan melihatnya dan mengetahui tandanya yang telah saya jelaskan dalam kitab Syarai3 maka beramallah dengannya, jika tidak, pengiraannya adalah apabila matahari berada 19 darjah dibawah ufuk, dan jika masih tidak mampu, maka waktunya adalah satu jam setengah sebelum matahari terbit, iaitu 90 minit.

S7. Bolehkah seorang mukallaf itu, mengikut pilihan mana-mana cara penentuan waktu sholat ini, contohnya waktu sholat fajar?

J. Perlu mengikut turutan, bukan pilihan. Dan ini adalah teksnya: [Bagi waktu fajar, jika mampu untuk mengenalpasti dengan melihatnya dan mengetahui tandanya yang telah saya jelaskan dalam Kitab Syarai3 maka beramallah dengannya, jika tidak, pengiraannya adalah apabila matahari berada 19 darjah dibawah ufuk, dan jika masih tidak mampu, maka waktunya adalah satu jam setengah sebelum matahari terbit, iaitu 90 minit.]

S8. Salah satu cara untuk menentukan fajar adalah matahari berada 19 darjah di buwah ufuk, bagaimana boleh seseorang itu mengetahuinya?

J. Diketahui dengan pengiraan matematik yang sedia ada untuk pergerakan matahari dan bumi.

S9. Adakah dibenarkan beramal dengan jadual kalendar yang dikira oleh negara Islam atau bukan Islam, yang mana masyarakatnya bukan kaum Mukmin?

J. Jika ia selari dengan waktu yang ditetapkan oleh Syariah, maka dibenarkan beramal dengannya, jadi perlu ada sedikit penyesuaian kepada kalendar tersebut dan fokuskan kepada berapa banyak keselariannya dengan waktu syariah sebelum boleh beramal dengannya.

S10. Bersholat di kutub utara dan selatan, serta tempat di mana matahari tidak bersinar untuk beberapa waktu, atau bersinar untuk jangka masa pendek, bagaimana caranya?

J. Berkenaan sholat di tempat-tempat tersebut:

Jika dia dapat mengenalpasti terbitnya matahari dan terbenamnya matahari dengan tepat dan sempurna, yakni, dengan kegelapan, kecerahan dan fajar sadiq, dia harus beramal dengannya, seperti yang dijelaskan di dalam kitab. Dan jika terbit fajar dapat dikenalpasti namun  kegelapan dan cahaya fajar sadiq tidak dapat dikenalpasti, waktu maghrib adalah ketika terbenamnya matahari dan waktu sholat fajar adalah 1 jam setengah sebelum terbit matahari sehingga ia terbit; dan ini adalah jika jangka masa malam atau ketiadaan matahari adalah lebih dari satu jam setengah. Namun jika jangkamasa malam dan ketiadaan matahari kurang dari satu jam setengah; waktu sholat fajar adalah dipanjangkan sehingga terbenam matahari, dan waktu itu memadai untuk menunaikan Maghrib dan 3isyak sehingga sebelum terbit matahari. Dan waktu untuk Imsak adalah sehingga sebelum terbit matahari walaupun untuk seketika samada terbit matahari itu untuk satu jam atau 10 jam.

Dan jika dia tidak dapat membezakan antara terbit matahari dan terbenam matahari: Maka ia akan samada diteruskan sebagai malam atau siang selama 24 jam, dan dia harus membahagikan masa itu kepada 12 jam siang dan 12 jam malam.

Bagaimana dia menetapkan 12 jam itu?

Pada siang yang berterusan, dia boleh menetapkan setengah dari siang itu dengan kedudukan tertinggi matahari dalam siang tersebut, maka kedudukan tersebut ditetapkan sebagai pertengahan siang, yakni setengah dari 12 jam tersebut. Jika malam yang berterusan, iaitu tiada terbit matahari, maka waktu yang mempunyai lebih banyak cahaya adalah pertengahan siang, yakni setengah dari 12 jam.

Dan pertengahan siang adalah waktu zawal, yakni dia bersholat Dzohor dan 3ashar.

Jadi waktu sholat fajar sepanjang sebelum terbit matahari iaitu ditetapkan satu jam setengah sehingga terbit matahari.

Dan sholat maghrib adalah di waktu matahari terbenam yang ditetapkan. Dan puasa akan bergantung kepada waktu fajar dan terbenamnya, atau waktu sholat fajar dan sholat maghrib.

S11 Dalam jawapan sebelumnya (untuk sholat fardhu malam atau waktu matahari terbenam satu jam setengah atau kurang) menyatakan: (Waktu Imsak (terbit fajar) hingga terbit matahari walaupun dengan
melihat sama ada terbenam matahari satu jam atau sepuluh jam), bentuk yang diulang antara jam dan sepuluh jam

J. ia adalah satu contoh untuk penjelasan.

S12. Seorang banduan yang tidak mengetahui waktu sholat dan tidak mengetahui malam atau siang, bagaimana dia menunaikan kewajibannya?

J. Jika dia boleh mendapatkan agakan atau kemungkinan masuknya waktu, maka dia beramal dan menunaikan kewajiban dengan keentuan agakan tersebut. Jika dia tidak dapat mengagak, maka dia perlu membahagikan lima sholat fardhu ini dalam tempoh dia terjaga, maka dia harus berbuat begini: Apabila dia bangun, dia bersholat Fajar, sebelum tidur dia bersholat Maghrib dan 3isyak dan di antara keduanya (Fajar dan Maghrib), dia bersholat Dzohor dan 3ashar.

S13. Disebutkan di dalam Kitab Syarai3: “Dan jika cukup masa untuk thaharah (yakni wudhuk atau ghusl) sekadar bersholat lima rakaat sebelum terbenamnya matahari, hendaklah didirikan dua sholat wajib tersebut (Dzohor dan 3ashar)”. Jadi bagaimana jika seseorang itu ada masa yang cukup untuk thaharah dan beberapa rakaat sebelum Fajr, perlukah dia melaksanakan Maghrib dan Isya?

J. Adalah mencukupi jika ada cukup masa untuk empat rakaat agar dapat dilaksanakan sholat Maghrib dan Isya

S14. Berkenaan sholat malam, jika waktu Fajar telah menjelma, dan kita masih belum habis melaksanakannya, disebutkan dalam Kitab Syarai3: (“Dan jika dia telah melaksanakan sholat malam sebanyak 4 rakaat, maka habiskanya dengan ringan, walaupun telah masuk waktu fajar) Apakah makna “habiskannya dengan ringan”?

J. Ia bermakna hanya membaca Fatehah, atau Fatehah bersama surah pendek, dan tidak memanjangkan sholat itu.

S15. Telah dinyatakan dalam Kitab Syarai3: (Melanjutkan masa - dua rakaat Nafilah Fajar - sehingga cahaya merah, maka sholat fardhu adalah lebih utama), soalannya: Adakah sholat Nafilah Shubuh selepas terbit cahaya merah di timur secara tunai atau qadha?

J. Jika terbit cahaya merah di timur maka sholat fardhu secara tunai dan kemudian sholat Nafilah juga secara tunai, jika matahari belum terbit lagi, tetapi jika matahari sudah terbit maka laksanakan sholat fardhu dan kemudian sholat Nafilah Fajar secara qadha jika dia mahu.

S16. Jika, pada musim sejuk, satu jam setengah telah berlalu selepas melaksanakan sholat Dzohor, adakah dibenarkan untuk melaksanakan  Nawafil 3ashar sebelum waktu 3ashar? Dan apakah niatnya? Adakah secara Ada’ (tunai) atau bagaimana?

J. Yang terbaik adalah dengan melaksanakan sholat fardhu terlebih dahulu jika waktu sholat Nafilah telah berlalu, dan laksanakan nafilah secara Ada’ (tunai) selepasnya.

S17. Adakah dibenarkan melaksanakan nawafil Dzohor selepas setengah jam waktu gelincir zawal? Adakah patut dikategorikan sebagai qada’ atau ada’?

J. Dibenarkan, tetapi adalah lebih baik untuk menunaikan sholat fardhu dan kemudian sholat nafilah secara Ada’ (tunai) walaupun telah berlalu setengah jam selepas zawal.

S18. Bolehkah Sholat Nasyiah Malam (Nasyiatan l-Lail) ditukar dengan Nafilah Maghrib?

J. Bersholatlah nafilah Maghrib dalam bentuk sholat Nasyiatan l-Lail, agar anda mendapat ganjaran sholat Nasyiatan l-Lail, insya Allah.

✡✡✡✡✡

Kiblat:

S19. Cukupkah jika kita sekadar bergantung kepada kompas untuk menentukan kiblat?

J. Boleh bergantung kepada kompas, dan yang terbaik menentukan kiblat selalulnya adalah dengan kompas.

S20. Disebutkan di dalam Kitab Syarai3: (Diwajibkan menghadap dalam sholat dengan mengetahui arah kiblat, jika ia jahil (tidak mengetahui) dan bergantunglah kepada tanda-tanda berguna untuk dibuat agakan). Soalannya, bolehkah tuan memberikan contoh tanda-tanda berguna untuk dibuat agakan arah kiblat?

J. Contohnya, jika seseorang itu berada di Turki atau Greece, dan dia mengetahui bahawa dia berada di negara yang terletak di utara Makkah, maka dia boleh memanfaatkan tanda ini dalam menentukan bahawa kiblat adalah berdekatan dengan arah selatan dari dirinya. Dan juga, jika dia mengetahui longtitud Makkah, dan dia juga mengetahui longtitud tempat tinggalnys, dia boleh menetapkan di mana arah Makkah, samada di barat daya dan tenggara dan seterusnya, jadi dia menggabungkan semua tanda-tanda ini, yang mana dengannya boleh dia menetapkan arah kiblat. Jika dia tidak tahu empat arah tersebut, maka dia boleh bergantung kepada bintang utara dan terbenam atau terbitnya matahari.

S21. Hukum bersholat di atas haiwan tunggangan: “..dan adalah dibenarkan untuk menunaikan sesetengah dari sholat fardhu di atas kenderaan jika perlu, dan menghadapkan wajah ke arah kiblat, dan jika tidak mampu, maka dia menghadap kiblat dengan kemampuan dia agar sholatnya sah, dan kiblatnya berubah mengikut pergerakan haiwan tunggangan. Jika tidak mampu, maka dia menghadap kiblat ketika takbiratu l-Ihram, dan jika mampu, sholatnya sah walaupun dia tidak mengadap kiblat.” Adakah ini termasuk dengan kenderaan di zaman kita, seperti kereta, kapal terbang dan lain-lain.?

J.Hukum ini termasuk kereta, kapal terbang dan kaedah pengankutan moden di zaman ini.

✡✡✡✡✡



Pakaian Ketika Sholat

S22. Apakah hukum bagi seseorang yang bersholat dengan pakaian yang tidak dibayar khumus atau mengesyakinya?

J. Tiada masalah dengan sholatnya.

S23. Apakah hukumnya bagi seseorang yang mengeluarkan darah secara sengaja dalam sholatnya, dan kadarnya adalah dimaafkan.

J. Tiada masalah dengan sholatnya

S24. Apakah dihukumkan najis bagi menyempurnakan sholat seperti sarung kaki, tali pinggang atau selainnya?

J. Jawabannya disebutkan dalam Kitab Syarai3: (Dan dibenarkan bersholat bagi menyempurnakan sholat yang sedang dilaksanakan secara berasingan dan jika terdapat najis padanya tidak dimaafkan darinya pada yang selainnya.)

S25. Jika kain kulit yang dipakai ketika sholat adalah dari jenis yang membatalkan sholat, seperti jam, tali pinggang atau yang sepertinya, dan ia dibuat dari kulit haiwan mati atau haiwan yang dagingnya tidak dimakan, adakah dibenarkan bersholat dengannya?

J. Tidak dibenarkan.

S26. Jika seseorang itu syak akan pakaiannya samada ia dibuat dari bahagian badan haiwan yang apabila dipotong, tidak mendatangkan kesakitan kepada haiwan tersebut (seperti kuku atau bulu), dan haiwan tersebut adalah dari jenis yang dagingnya tidak dimakan atau di makan, adakah dibenarkan bersholat dengannya?

J. Tidak dibenarkan.

S27. Jika dia tidak tahu asal bulu tersebut, adakah ia dari tupai atau yang lain adakah dibenarkan bersholat dengannya?

J. Tidak dibenarkan.

S28. Apa dia Al-Khaz, yang dibenarkan untuk bersholat dengannya, yang mana berasal dari haiwan yang dagingnya tidak dimakan, dan bagaimana untuk kita melakukan Zhakah (kaedah sembelihan yang menjadikan ia halal) padanya?

J. Al-Khaz adalah bulu memerang sungai atau laut, ia bukan haiwan muzhaka (yang disembelih) dan adalah dibenarkan memakai kulitnya dalam sholat jika dilaksanakan sembelihan, dan sembelihannya adalah seperti sembelihan haiwan lain yang darahnya mengalir di dalam urat dan memancut deras apabila dipotong.

S29. Apakah hukum memakai emas bagi orang lelaki, samada dalam sholat atau diluar sholat.

J. Tidak dibenarkan.

 
S30. Adakah dibenarkan bagi orang lelaki membawa sutera dalam sholatnya?

J. Dibenarkan

S31. Adakah sah sholat seorang kanak-kanak yang memakai sutera?

J. Sah

S32. Adakah dibenarkan bersholat dalam pakaian yang dirampas, yakni pakaian yang diambil dari pemiliknya secara paksa atau tanpa kebenaran?

J. Tidak dibenarkan.

S33.Adakah sah bersholat dengan pakaian yang ketat yang menunjukkan bentuk badan, dan bukan berkaitan dengan kehalusan fabrik?

J. Dibenarkan.

S34. Kasut atau sarung kaki yang mempunyai tapak adalah satu bentuk penghalang, kerana tapak menghalang ibu jari dari menyentuh tanah. Adakah ini benar?

J. Sesuatu itu akan dianggap sebagai penghalang apabila menghalang ibu jari dari menjadi tetap di atas tanah. Kerana ia adalah sebahagian dari anggota sujud yang patut tetap (menyentuh) di atas tanah.

S35. Seseorang melihat air mani di pakaiannya, maka dia melaksanakan Ghusl Janabah, kemudiannnya dia menunaikan sholat dengan ghusl tersebut tanpa berwudhuk. Kemudiannya dia mendapati pakaian tersebut bukan pakaiannya. Bagaimana status sholat dia?

J. Jika dia hanya berniat untuk Ghusl Janabah, maka penyuciannya batal dan begitu juga dengan sholatnya. Namun jika dia berniat untuk melaksanakan Ghusl yang lain, seperti ghusl taubat, kesyukuran, bersama dengan ghusl janabat yang dia ragui, maka kesuciannya sah dan begitu juga dengan sholat dia.

S36 Semasa seorang wanita bangun dari sholat bahawa sesuatu dari rambutnya terkeluar, adakah Sah sholatnya jika jaket dan selesai sholatnya?
               
J. Sah sholatnya.

S37. Terdapat beberapa pakaian yang dicetak dengan gambar-gambar manusia atau pemandangan alam semulajadi dan sebagainya, adakah benar memakai pakaian yang ada gambar patung-patung dan makruh bersholat dengannya?

J makruh memakai pakaian yang ada gambar manusia atau binatang.




Tiada ulasan: