Kedua Yang Mustahab di dalam Sholat
)أحكام
الشريعة بين السائل والمجيب (dari Kitab
Ia ada Lima perkara
I - Bacaan doa (Iftitah)
selepas setiap dua takbir pada enam takbiraat (takbir-takbir) sebagai tambahan
dari Takbirah Al-Ihram dengan bertakbir tiga kali dengan dua takbir setiap satu
darinya diselangi dengan doa, Caranya adalah:
Ketika memulakan sholat (sesudah berniat) adalah
mustahab (disunatkan):
·
Bertakbir 3 kali dan membaca
doa Iftitah pertama
Bertakbir 2 kali dan membaca
doa Iftitah kedua
Bertakbir 2 kali dan membaca
doa Iftitah ketiga
Kesemuanya tujuh kali Takbir dilakukan pada permulaan
sholat.
Soalan:
Bolehkan diterangkan doa ma3tsur dari At-Thahirin (as) yang dibacakan pada enam
takbiraat?
Jawapan:
عَلِيُّ
بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ هَاشِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ أَبِي عُمَيْرٍ عَنْ
حَمَّادِ بْنِ عُثْمَانَ عَنِ الْحَلَبِيِّ عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ ( عليه
السلام ) قَالَ إِذَا افْتَتَحْتَ الصَّلَاةَ فَارْفَعْ كَفَّيْكَ ثُمَّ
ابْسُطْهُمَا بَسْطاً ثُمَّ كَبِّرْ ثَلَاثَ تَكْبِيرَاتٍ ثُمَّ قُلِ
…. Dari Abi Abdillah (as) katanya,”Ketika memulakan solat, maka angkatlah kedua tangan ke pertengahan (paras telinga) kemudian takbir (Allahu akbar) tiga kali dan kemudian bacalah:
(Iftitah pertama)
اللَّهُمَّ أَنْتَ
الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي
فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
[Allahumma
Anta l-Maliku l-Haqqu La Ilaha Illa Anta, Subhanaka Inni Dzalamtu Nafsi, Faghfir
Li Zambi, Innahu La Yaghfiru zh-Zhunuba Illa Ant]
Ya Allah, Engkaulah Malik Al-Haq
(Raja Sebenar) Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sungguh aku telah
menganiaya diriku sendiri, oleh itu ampunkanlah dosaku, bahawa tiada yang
mengampuni dosa-dosa selain Engkau.
ثُمَّ
تُكَبِّرُ تَكْبِيرَتَيْنِ ثُمَّ قُلْ
Kemudian takbir (الله اكبر - Allahu Akbar) dua kali dan kemudian
bacalah:
(Iftitah kedua)
لَبَّيْكَ وَ سَعْدَيْكَ وَ
الْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ وَ الشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ وَ الْمَهْدِيُّ مَنْ هَدَيْتَ
لَا مَلْجَأَ مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ سُبْحَانَكَ وَحَنَانَيْكَ تَبَارَكْتَ وَ
تَعَالَيْتَ سُبْحَانَكَ رَبَّ الْبَيْتِ
[Labaika Wa
Sa3daika Wa l-Khairu Fi Yadaika, Wa sy-Syarru Laisa Ilaika, Wa l-Mahdiyu Man
Hadaita, La Malja’a Minka Illa Ilaika, Subhanaka Wa Hananaika Tabaarakta Wa Ta3alaita,
Subhanaka Rabba l-Bait]
Ya Tuhanku!, Atas kesenanganMu!,
kebaikan itu di tangan Mu, Kejahatan itu bukan kepadaMu, dan hidayah itu sesiapa
yang Kau hidayahkan, tidak ada tempat untuk lari dari (siksa) Mu, melainkan
kepada-Mu saja. Maha Suci Engkau, Atas Kelembutan Mu Keberakatan Mu dan
Ketinggian Mu, Maha Suci Engkau Tuhan Al-Bait.
ثُمَّ تُكَبِّرُ تَكْبِيرَتَيْنِ ثُمَّ تَقُولُ
Kemudian bertakbir (Allahu
akbar) dua kali lagi dan kemudian bacalah:
(Iftitah ketiga)
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي
فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَ الْأَرْضَ عَالِمِ الْغَيْبِ وَ الشَّهَادَةِ حَنِيفاً
مُسْلِماً وَ مَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِي وَ نُسُكِي وَ
مَحْيَايَ وَ مَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَ بِذَلِكَ
أُمِرْتُ وَ أَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
[Wajjahtu
Wajhiya Lillazhi Fathara s-Samaawaati Wa l-Ardhi, 3aalimu l-Ghaibi Wa sy-Syahadah,
Hanifan Muslimaa Wa Ma Ana Mina l-Musyrikin, Inna sh-Sholati Wa Nusuki Wa
Mahyaya Wa Mamaati Lillahi Rabbi l-3aalamin, La Syariikalahu Wa Bizaalika
‘Umirtu Wa Ana Mina l-Muslimin]
Aku hadapkan diriku kepada
Rabb yang menciptakan langit dan bumi, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
dengan menyerah kepada Islam, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang
mempersekutukan. sesungguhnya sholatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah
untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah
yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan
diri (Islam)".
ثُمَّ
تَعَوَّذْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ثُمَّ اقْرَأْ فَاتِحَةَ الْكِتَاب .
Kemudian bacalah
ta’uz: [A3uzubi Llahi Mina sy-Syaithani r-Rajim]
اعَوَّذْ مِنَ
الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Dan kemudian bacalah [Fatihatu
l-Kitaab (Surah al-Fatehah)] - Al Kafi
2 - Qunut, dilakukan dalam setiap rakaat kedua sebelum
ruku3 dan selepas membaca (surah). Dan mustahab berdoa dengan zikir-zikir yang
diriwayatkan, jika tidak dapat melakukannya
sekurang-kurangnya membaca tiga tasbih (Subhana Allah). Berikut
ini adalah sebahagian daripada zikir-zikir yang diriwayatkan dari keluarga
Muhammad (as) yang boleh dibaca di dalam qunut:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ
لَنَا وَارْحَمْنَا َوعافِنَا وَاعْفُ عنَّا فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ إنَّكَ عَلَى
كُلِّ شَيْءٍ قدِيْرٌ.
Allahumma
Aghfir Lana Warhamna Wa3afina Wa3fu 3anna Fi d-dunya Wa l-Akhirat, Innaka 3alaa
Kulli Syaiin Qadir.
Ya Allah, ampunilah kami,
rahmatilah kami, maafkanlah kami, ampunilah kesalahan kami, di dunia dan
akhirat, Sesungguhnya Engkau Berkuasa atas segala sesuatu
اللّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ,
وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ, وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ, وَبَارِكْ
لِيْ فِيْمَا أَعْطَيْتَ, وَقِنِيْ شَرَّ
مَا قَضَيْتَ. إِنَّكَ تَقْضِى وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ, إِنَّهُ لاَيَذِلُّ
مَنْ وَّالَيْتَ, تَبَا رَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Allahumma_Hdinii
Fii Man Haadait, Wa 3afinii Fii Man 3afaiit, Wa Tawallanii Fi Man
Tawallait, Wa Baarik Lii Fiimaa A3thait. Wa Qinii Syarra Maa Qadhait. Innaka
Taqdhii Wa Laa Yuqdhaa 3alaik. Innahu Laa Yazhillu Man Waalait. Tabaarakta
Rabbanaa Wa Ta3alait.
Artinya: “Ya Allah, berilah
aku petunjuk seperti orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk. Berilah aku
kesehatan seperti orang yang telah Engkau beri kesehatan. Pimpinlah aku
bersama-sama orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berilah berkah pada segala
apa yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan yang Engkau
pastikan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan tidak ada yang menentukan
atas Engkau. Sesungguhnya tidaklah akan hina orang-orang yang telah Engkau beri
kuasa. Maha berkahlah Engkau Tuhan kami dan Ketinggian Engkau.
اَللَهُمَّ إلَيكَ أشْكُوْ ضَعْفَ
قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
أنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ وَاَنْتَ رَبِّي إلَى مَنْ تَكِلُّنِي، إلَى بَعِيْدٍ
يَتَجَهَّمُنِي أمْ إلَى عَدُوٍّ مَلَكَتَهُ أمْرِي إنْ لَمْ يَكُنْ بكَ عَلَىِّ غَضْبٌ
فَلاَ أُبَالِي، وَلَكِنَّ عافِيَتَكَ أَوْسِعُ لِيْ أَعُوْذُ بِنُورِ وَجْهِكَ الَّذِيْ
أَشْرَقَتْ لَهُ الظُلُمَاتُ ، وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ مِنْ
أَنْ تُنَزِّلَ بِيْ غَضَبُكَ أَوْ يَحِلَّ علىَّ سَخَطُكَ لَكَ العَتَبى حَتَّى تَرْضَى
وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إلَّا بِكَ
Allahumma Iilaik 'Asyku Dha3fa Quwati, Wa Qillata Hiilati Wahawani 3ala n-Nas Ya 'Arhama r-Raahimin, Anta Rabbu l-Mustadh3afin, Wa anta Rabbi Ilaa Man Takilluni Ilaa Ba3idin Yatajahhamuni? Am Ilaa 3aduwin Malakatahu Amri? In Llam Yakun Bika Ghadbun 3alaiya Fala Ubaali, Walakinna 3afiyataka Ausi3u Li. A3uzhu Binuri Wajhika Lladzi 'Asyraqat Lahu Dz-Dzulumaat, Wa Shaluha 3alaihi Amru d-Dunya Wa l-Aakhirati Min An Tunazala Bii Ghadhabuka, Au Yahullu 3ala Sakhthuk, Laka l-3atbaa Hatta Tardha Wala Haul Wala Quwata Illa Bik.
Ya Tuhanku, kepada Engkaulah
aku mengadukan kelemahan kekuatanku, dan sedikitnya daya upayaku dan tidak ada
dayaku di hadapan manusia. Wahai yang Lebih Pengasih dari segala yang pengasih,
Engkaulah Tuhan dari segala yang lemah dan Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah
aku akan Engkau serahkan, kepada orang yang jauh yang membenciku, atau kepada
musuh yang menguasai urusanku? Jika Engkau tidak murka kepadaku, tidaklah aku
perduli, tetapi maaf daripada Engkau adalah lebih lapang buatku. Aku berlindung
dengan wajah Engkau menyinari tempat yang gelap dan selamat lantarannya segala
urusan dan akhirat, janglah sampai murka Engkau menimpa diriku, atau meliputi
kepadaku kemarahan Engkau. Kepada Engkau aku akan selalu mengeluh sampai engkau
meridhai aku. Tidak ada daya dan tidak ada upaya kecuali dengan Engkau…
Soalan: Adakah
mustahab dilakukan qunut di tempat lain?
Jawapan: Ya (mustahab) dilakukan qunut selepas ruku3 terkhir (sebelum sujud) dalam
semua sholat, kemudian selepasnya terus sujud.(untuk sholat 4 rakaat)
Soalan: Dalam Sholat Jumaat bilakah
dilakukan qunut?
Jawapan: Dalam Sholat Jumaat qunut dilakukan pada
rakaat pertama sebelum ruku3, dan pada rakaat kedua selepas ruku3.
Soalan: Jika terlupa melakukan
qunut pada rakaat kedua sebelum ruku3, apa patut dilakukan?
Jawapan: lakukan selepas ruku3.
3 - Hendaklah memandang ketika berdiri (qiam) di tempat sujud, dan ketika
qunut pada kedua tapak tangannya, dan, ketika ruku3 di antara dua kakinya, dan ketika
sujud pada hujung hidungnya, dan ketika tasyahud melihat ke batu (turbah)nya,
dan lebih afdhal mengurangkan penglihatan di dalam sholat.
4 – Hendaklah meletakkan kedua tangan ketika ketika
berdiri (qiam) pada dua paha di atas lututnya, dan ketika Qunut di hadapan mukanya,
dan ketika ruku3 di atas kedua lututnya, dan kedua sujud bertentangan dengan telinganya,
dan kedua Tasyahud di atas kedua pahanya.
5 – Ulasan, dan sekurang-kurangnya tiga Takbir selepas salam (Taslim) jangan
meninggalkannya walau apa keadaaan sekalipun, ianya mencukupkan sepuluh Haji
dan kesempurnaan makrifah.
Soalan: Apakah ertinya mencukupkan
sepuluh Haji dan kesempurnaan makrifah?
Jawapan: Imam Ahmad Al-Hassan (as) berkata: Nama-nama-Nya
SWT ada empat, tiga zahir dan satu ghaib, Adapun yang zahir ianya adalah
"Allah, Al-Rahman dan Al-Rahim", dan yang ghaib ia adalah yang meliputiNya
dan hakikat (Al-Kunhu Wa Al-Haqiqah) dan ia dilambangkan dengan "Hua"
atau nama yang Teragung, Maha Agung. Lagi Maha Teragung, (Al-A3dzam Al-A3dzam Al-A3dzam).
Kesemua nama-nama ini ditajallikan pada keseluruh alam-alam yang ditajallikan
kepada kewujudan-kewujudan dan dizahirkan selepas sesuatu pun belum disebutkan
lagi. dan alam-alam ada sepuluh, ia adalah: Tujuh lapis langit, Suradiq Arasy
Al-A3dzam (Lembayung Singgasana Teragung), dan Arasy Al-A3dzam (Singgasana
Teragung), Kursiy (Takhta), Arasy Al-3adzim (Singgasana Agung), jumlahnya
tiga semasa haji tujuh ketika kembali.
﴿وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ ۚ فَإِنْ
أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۖ وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ
حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا
أَوْ بِهِ أَذًى مِّن رَّأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِّن صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ
نُسُكٍ ۚ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَمَن
تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۚ فَمَن
لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا
رَجَعْتُمْ ۗ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ۗذَٰلِكَ
لِمَن لَّمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَاتَّقُوا
اللَّـهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ﴾
Dan sempurnakanlah ibadah
haji dan 'umrah karena Allah. Jika kamu terkepung, maka (sembelihlah) korban
yang mudah didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu, sebelum korban sampai di
tempat penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di
kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfid-yah, yaitu: berpuasa
atau bersedekah atau berkorban. Apabila kamu telah (merasa) aman, maka bagi
siapa yang ingin mengerjakan 'umrah sebelum haji, (wajiblah ia menyembelih)
korban yang mudah didapat. Tetapi jika ia tidak menemukan, maka wajib berpuasa
tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang
kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu bagi orang-orang
yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidil Haram (orang-orang yang
bukan penduduk kota Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa
Allah sangat keras siksaan-Nya. [Al-Baqarah 2:196]
Ia tiga semasa hajj di Masjidil Haram (iatu di Baiti
Allah), iaitu Suradiq Arasy Al-A3dzam (Lembayung Singgasana Teragung),
dan Arasy Al-A3dzam (Singgasana Teragung), Kursiy (Takhta), Arasy Al-3adzim (Singgasana Agung),
dan bagi tujuh ketika kembali ia adalah Tujuh lapis langit yang demikian itu bagi
orang-orang yang keluarganya tidak berada Masjidil Haram iaitu yang bukan Ahl
Al-Bait. Al-Mutasyabihaat J 3 Soalan 93
Soalan: Apakah perkara yang afdhal selepas sholat?
Jawapan: afdhal pujian Tasbih Al-Zahra’ (as),
قال أبو عبدالله (ع) (من سبح
تسبيح فاطمة الزهراء (ع) قبل أن يثني رجليه من صلاة الفريضة غفر الله له)
Telah berkata Abu Abdullah
(as) (Sesiapa yang bertasbih dengan Tasbih
Fatimah Al-Zahra’ (as) sebelum melenturkan kakinya dalam sholat fardhu, Allah akan
mengampunkannya)
kemudian berdoa dengan apa yang memudahkan.
Soalan: Bagaimanakan Tasbih Fatimah
Al-Zahra’ (as) itu?
Jawapan: Dari Imam Sadiq (as) berkata
(في تسبيح فاطمة صلى الله عليها يبدأ بالتكبير
أربعاً وثلاثين، ثم التحميد ثلاثاً وثلاثين، ثم التسبيح ثلاثاً وثلاثين) .
(Tasbih Fatimah (as) bermula dengan bertakbir
(Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, kemudian Tahmid (Al-Hamdu Lillah) tiga
puluh tiga kali, kemudian Tasbih (Subhana Allah) dan tiga puluh tiga kali. – Al-Kafi
Jilid 3, halaman 342 Hadits No 9
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan