Ahad, 22 November 2015

Sirah Kehidupan Nabi Muhammad (S) Bahagian 1



Sirah Kehidupan Nabi Muhammad (S) Bahagian 1
Nama: Muhammad (S)
Nama Bapa: Abdullah.
Nama Ibu: Aminah
Tarikh lahir: Tahun gajah
Tempat Lahir: Mekah
Tarikh kematian: tahun yang ketiga belas hijrah
Tempat kematian: Madinah
Tempat pengkebumian: Madinah
.

Tahun gajah

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Pada tahun ke lima puluh dua sebelum hijrah (50 hari menjelang baginda dilahirkan), Abrahah Al-Asyram (Abrahah Al-Shabbah Al-Habsyi, gabenor Yaman) dari Yaman mengarahkan tentera yang besar dengan pahlawan-pahlawan berani yang menunggang gajah, ke arah Mekah untuk memusnahkan Baitu Allah. Dan dalam perjalanannya ke Mekah dia akan menghapuskan sesiapa sahaja yang cuba untuk berdiri di hadapannya.

Tentera Abrahah tiba di pinggir bandar Mekah, dan ia adalah pada waktu malam, dan ia berkhemah di sana menunggu waktu pagi untuk meneruskan serangannya itu, manakala penduduk Mekah dengan segera pergi ke gunung-gunung untuk menyelamatkan diri daripadanya, dan menyerahkan Ka’bah kepada Allah, kerana Dia SWT pelindung yang akan menjaganya, ia adalah rumah pertama yang dibina di bumi ini untuk beribadah kepadaNya SWT.

Pada awal pagi. para tentera memulakan serangan mereka ke atas Ka'bah, yang diketuai oleh tentera bergajah, tiba-tiba muncul di langit burung-burung sebesar kambing, membawa di paruh mereka batu-batu kecil dan melemparkan ke atas kepala Abrahah dan orang-orangnya. Askar-askarnya mula menjerit-jerit dan berkeluh kesah, mereka melambung-lambung kesakitan dan mereka mula jatuh tersungkur, penunggang dan pejalan kaki, kuda dan penunggangnya, gajah dan penunggang gajah, mereka jatuh di atas satu sama lain menjadi timbunan mayat. Itulah ketentuan Tuhan Yang Maha Kuasa atas  musuh-musuhNya yang ingkar. Ini adalah peristiwa aneh di sebalik tahun yang dipanggil «Tahun Gajah». Tahun yang di dalamnya hukuman - dan dengan kehendak Yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa – atas tentera bergajah dan penunggangnya, dengan batu-batu kecil menembusi tubuh mereka, dan Allah menyelamatkan rumahnya daripada pencerobohan orang yang menceroboh.

Muhammad Al-Amin

Pada tahun itu, «Tahun Gajah» Rasul yang mulia dilahirkan, oleh ibunya Aminah binti Wahab. Aminah adalah dari keluarga mulia dan terhormat, masyhur dan terkenal dengan kebaikan, kesucian dan kehormatan, manakala ayahnya bernama Abdullah, anak kesayangan bapanya Abdul Muthalib (datuk Nabi), dan ketua kaumnya, serta kedudukannya menjadi kebanggaan dan sanjungan mereka. Kehidupan Abdullah yang telah meninggal dunia lama sebelum kelahiran Nabi Muhammad (S) yang mulia, dan Aminah telah berpindah ke rahmat Tuhannya selepas enam tahun kelahiran baginda (S) dan dipelihara datuknya Abdul Muthalib, dan mengamanahkan kepada perempuan yang jujur dan terpelihara kehormatannya, namanya Halimah Al-Sa’diyah, yang menyusukan dan menjaganya. Abdul Muthalib telah meninggal dunia dua tahun kemudian, bapa saudaranya Abu Thalib telah membawa baginda ke rumahnya, dibawah peliharaan, jagaan dan didikannya. Abu Thalib adalah seorang perdagang, dan dia biasanya berniaga di Mekah dan akan keluar berniaga ke Syam (Syria) sekali setahun. Mohammed (S) mengiringi bapa saudara baginda Abu Talib pada salah satu perjalanan beliau ke Syam.

Semua orang mengenal Muhammad (S) mengenai kejujuran dan ketekunannya, sehingga mereka mereka memanggil baginda «Muhammad Al-Amin». Apabila Khadijah mengetahui kejujuran dan ketekunan baginda, dia merupakan salah seorang wanita yang paling mulia dan kaya dari kebanyakan wanita di Mekah, menyerahkan perniagaannya untuk diperdagangkan, usaha dari pengalaman baginda yang luas dalam menjalankan barang dagangannya, membuatkan dia berkenan dengan akhlak dan kemuliaan diri baginda, maka dia berkahwin dengan baginda, dan meletakkan di tangan baginda, seluruh kekayaan dan perniagaannya. .

Maka bangkitlah baginda (S) dengan pertolongan semangat kekuatan dan kemahuan yang masih muda baginda, dan apa yang disediakan oleh isterinya memungkinkan baginda membantu orang-orang yang tertindas, dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang lemah dan miskin.

Baginda (S) dari Khadijah dikurniakan enam orang anak: dua lelaki yang bernama Qasim dan Abdullah yang telah meninggal dunia ketika masih kecil sebelum kerasulan baginda (S), dan empat orang anak perempuan baginda iaitu Ruqaiyah, Zainab, Ummu Kalthum dan Fatimah (as). Baginda (S) banyak bersabar dan sangat tabah, Baginda tidak mudah merasa lemah dengan kematian anaknya dan malah menerima ketentuan Allah yang tidak dapat dielakkan
dan dengan redha dan mengakuinya.

Baginda (S) disenangi dan dihormati di kalangan masyarakat, dan mereka akan merujuk kepada baginda untuk membantu mereka menyelesaikan masalah mereka, dan mereka percaya kepada baginda dan bergantung kepada baginda dan telah meletakkan amanah kepada baginda, baginda tidak pernah berbohong walaupun sekali, kerana baginda adalah seorang manusia yang benar dan terpercaya.

﴿وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] 

Manusia pada masa itu menyembah berhala, sedang baginda sujud menyembah Allah Yang Esa lagi Tunggal, agama datuknya Ibrahim (as), dan baginda telah menghabiskan sebahagian besar masa baginda beribadat di Gua Hira, sebuah gua terletak di atas bukit di utara Mekah. Baginda pergi bersembunyi di sana, dan akan menghabiskan seluruh bulan Ramadhan, bersholat dan beribadah kepada Tuhan dan meratapiNya.

Kerasulan

Pada ke dua puluh tujuh bulan Rejab, baginda (S) yang penuh dan sentiasa sibuk dengan ibadahnya di dalam gua, tiba-tiba Jibrail – Malaikat Al-Rahmaan (ملاك الرحمان) - muncul di hadapan baginda, dan tidak keluar padanya sehingga dia berseru perkataan: (اقرأ - bacalah).

﴿اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ﴾

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan).

Demikianlah Allah SWT menentukan kenabian Muhammad (S) dalam usia empat puluh, dan diamanahkan untuk membuat perubahan dengan memimpin manusia, mengeluarkan mereka yang berada di dalam kegelapan, syirik dan kejahilan, kepada pemulihan ilmu dan cahaya iman, dan membimbing mereka ke jalan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

﴿وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ﴾

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. [Al-Anbiak 21:107] 


Al-Rasul (S) turun dari gunung itu dengan cemas dan pulang ke rumahnya, dan wanita pertama yang beriman kepada baginda adalah isterinya, Khadijah, dan lelaki pertama menghulurkan tangan membai’ah baginda, sepupunya, seorang budak lelaki Ali bin Abi Thalib, yang membesar di rumah Nabi (S) dari usia muda.


Memberi Peringatan Kepada Kerabat Terdekat


Nabi (S) semasa sholat, Ali (as) berdiri di sebelah kanan dan Khadijah berdiri di belakang baginda, dan terus menerus berlaku demikian, sehingga Abu Thalib menyuruh anaknya Jafar mengikut Al-Rasul (S). Kemudian turun kepada baginda perintah Allah Ta’ala, menyuruh baginda menyeru (berdakwah) keluarga dan kaum kerabat terdekat kepada Islam

﴿وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ﴾

(Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat) [Al-Syu3ara’ 26:214] .

Baginda (S) menjemput ke rumahnya lebih daripada empat puluh orang ahli keluarga baginda dari Bani Hashim. Selepas mereka makan hidangan makanan, baginda berdiri di hadapan mereka, dan baginda bersyukur kepada Allah dan kemudian berkata: «Wahai, Bani Abdul Muthalib, Demi Allah, aku tahu tidak ada di antara orang-orang muda Arab yang membawakan kepada kaumnya hadiah yang lebih baik daripada yang ku bawa. Aku telah datang kepada kalian dengan membawa kebaikan dunia dan akhirat. Allah telah mengarahkan aku untuk menjemput kalian kepadaNya. Maka siapakah di antara kamu yang bersedia untuk membantuku dalam tugas ini, supaya dia menjadi saudaraku, pelaksana wasiatku, dan penggantiku?».

Di antara semua yang hadir, Ali (as) berdiri, dan dia masih anak berumur sepuluh tahun, dan menyatakan kesediaan untuk menyokong Al-Rasul (S). Al-Rasul (S) mengulang kata-kata baginda tiga kali, dan satu-satunya orang yang menyahutnya, sebanyak tiga kali itu adalah Ali (as).

Al-Rasul (S) kekal menyeru (berdakwah) kepada Islam secara rahsia, selama tiga tahun, dan yang menyahut seruan iman hanyalah beberapa orang sahaja.


Dalam Menghadapi Syirik


Pada masa itu, orang-orang telah datang ke Mekah dari negara dan dari tempat-tempat yang jauh untuk mengerjakan haji, dan mereka membawa bersama mereka barang-barang yang diperlukan oleh orang Mekah, dan memperdagangkannya kepada mereka, dan amalan ini adalah sumber keuntungan dan menghasilkan perolehan yang banyak bagi kekayaan Mekah, dan keuntunganlah yang menjadi tumpuan penting pemikiran mereka

Rasulullah (S) menyeru manusia supaya meninggalkan tabiat-tabiat yang buruk, seperti berzina dan minum arak dan menanamnya hidup-hidup anak-anak perempuan dan membunuh mereka, dan makan harta anak yatim dan makan bangkai dan bersaksi palsu, serta perbuatan-perbuatan keji yang lain. Baginda menyeru mereka kepada sebaliknya dengan menyuruh berbuat kebajikan dan bersedekah kepada janda-janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan menghubungkan tali persaudaraan dan semangat kejiranan.

Rasulullah (S) duduk bersama pengunjung yang datang dari jauh, bercakap dengan mereka, dan menasihati mereka untuk meninggalkan penyembahan berhala, yang dibuat oleh tangan orang-orang kafir dari kayu dan batu, dan diletakkan di Masjidi l-Haram di atas Ka’bah, baginda menasihati mereka supaya meninggalkan penyembahan tersebut kerana ia tidak memberi manfaat kepada mereka dan tidak memudharatkan mereka. Dan beribadah terus kepada Tuhan (Al-Ilah) Yang Satu, Pencipta segala sesuatu.

Orang-orang kaya Mekah tertanya-tanya: Bagaimana jika orang mendengar Muhammad dan meninggalkan penyembahan berhala, tentulah nanti akan terhenti dan mereka tidak datang ke Mekah, dan akan terputus pula sumber mata pencarian dan sumber keuntungan kita. Maka mereka mula mengisytiharkan persengketaan sengit kepada Muhammad (S) dan pengikut-pengikut baginda dari orang-orang Islam yang awal, walaupun jumlah orang yang beriman telah semakin meningkat hari demi hari, orang-orang Quraisy tetap juga memperlakukan baginda dan para sahabat, dengan lebih kejam dan zalim. Orang-orang musyrik Quraisy mula menghina orang-orang Islam dengan cercaan dan disakiti, dan mengarahkan supaya mereka dikutuk dan dihina untuk mengelakkan Islam tersebar di kalangan mereka, tetapi mereka tidak berani untuk mengarahkan supaya memudaratkan kepada semua orang-orang Islam, kerana mereka adalah berpuak-puak, Quraisy tetap dikira sebagai Quraisy, dan yang di hadapan mereka tidak berupaya (melakukannya), mereka menyuruh sekumpulan orang yang ternama untuk pergi ke rumah Abi Thalib, bapa saudara Nabi dan pelindung baginda, dan ketua Bani Hashim dan mengadu kepadanya mengenai urusan mereka dengan Muhammad, dan mereka berkata:

Wahai Abu Thalib bahawa anak saudara kamu Muhammad telah mempermainkan tuhan-tuhan kami, memperbodohkan mimpi-mimpi kami, mengejek kepercayaan kami, dan menuduh nenek moyang kami sesat. Dengan itu kami bersedia untuk menawarkan kepadanya segala yang dimintanya, jika kamu meninggalkan perkara ini, sama ada kamu menghalangnya atau menyerahkanya kepada kami, kita akan lihat apa pedapat kami.

Abu Thalib berkata: Aku akan bercakap dengan beliau dalam perkara ini. Apabila Abu Thalib menyampaikan kata-kata Quraisy kepada Nabi (S), baginda menjawab: «Demi Allah wahai bapa saudaraku, jika mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkannya atau menghancurkannya.» Apabila Abu Thalib mendengar apa yang disampaikan Nabi (S) dan dia memberi jawapan kepada tawaran yang dibuat oleh kaum Quraisy, dia telah mengangkat tangannya dengan tegas dan bersemangat, sambil berkata: Aku juga bersumpah demi Allah, aku tidak akan menangkat tanganku terhadap engkau, maka teruskanlah jalan engkau.

Para pembesar Quraisy berpendapat untuk mengambil jalan keluar dengan penipuan dan perancangan, selepas melihat kegagalan rancangan tersebut, mereka berkata kepadanya: Wahai Abu Thalib, Bahawasanya Muhammad telah memecahkan belahkan kesatuan kita dan mengejek kami dan berhala-berhala yang menjadi sembahan kami, bahkan menarik anak-anak muda kita, dan menggalakkan mereka untuk menentang dan menderhaka, dan kami tidak melihat penjelasan jalannya dan tidak tahu apa yang menjadi tujuannya. Jika dia miskin kami akan berikan kekayaan, jika ia mahu menjadi raja dan juga kemewahan, kami akan menguruskannya dan kami akan taat kepadanya, dan semua permintaannya kepada kami, asalkan dia melepaskan dakwah ini dan membiarkan hal-hal dan urusan-urusan kami sendiri.

Tetapi Nabi (S) melihat bapa saudaranya dan berkata: Wahai bapa saudaraku, aku tidak mahu apa-apa daripada orang-orang ini dan tidak menuntut daripada mereka selain beriman kepada Allah, yang Maha Esa lagi Agung, dan membiarkan mereka menyembah berhala-berhala mereka dan yang tidak bernilai itu, ianya tidak nermakna apa-apa sedikitpun. Orang-orang Quraisy telah mendengar jawapan Al-Rasul (S) mereka keluar penuh dengan rasa benci dan marah, dan bertekad untuk menggunakan kekerasan dan kekejaman mulai hari tersrbut.

Berikutan dengan kejadian ini, Quraisy menggandakan penindasan mereka ke atas Rasulullah, dan menyeksa sahabat-sahabat baginda, sehinggakan beberapa orang saudara-mara Nabi (S), seperti Abu Lahab, tidak lekang dari dijangkiti oleh musuh-musuh baginda. Mereka melemparkan kotoran kepada baginda, dan telah mengejek-ejek baginda dan mengeluarkan kata-kata menghina pada pandangan manusia. Malah mereka menuduh baginda tidak waras atau gila. Tetapi percubaan mereka sia-sia sahaja, tindakan kebatilan-kebatilan mereka ini tidak akan menang, dan telah beberapa kali mereka ingin membunuh dan menyingkirkan baginda, jika mereka tidak takut azimat (kelebihan) Abi Talib dan pedang Hamzah, dan pembelaan Bani Hashim. Berapa kali telah merangka rancangan untuk membunuh baginda, tetapi apabila mereka cuba untuk melaksanakan rancangan jahat mereka, Allah SWT telah memerhatikan mereka, menggagalkan perbuatan bodoh dan impian mereka.


Yang Pertama Syahid Dalam Islam


Nasib sesetengah orang-orang Islam agak berbahaya, kerana mereka tergolong dalam puak-puak (kabilah) yang besar dan terkenal, dan orang-orang musyrik takut suku (kabilah) mereka seperti itu, tetapi kebanyakan penganut agama Islam, mereka adalah dari golongan miskin yang lemah, atau hamba-hamba perbudakan, adalah bahaya yang lebih dahsyat dan keras akan menimpa mereka, seperti Bilal Al-Habsyi, adalah seorang hamba berkulit hitam, tuannya telah meletakkannya di atas batu-batu yang panas di bawah panas terik matahari Mekah, juga menghempapkan dadanya dengan batu-batu yang besar, dan dibiarkan berjam-jam menderita dalam keadaan azab dan kepanasan, lapar dan dahaga, mereka memintanya supaya menjauhkan diri dari Muhammad dan dakwahnya. tetapi jawapan Bilal kepada mereka hanyalah berkata. Ahad, Ahad, Allahu Wahid (Satu, Satu, hanya Allah Yang Satu). Akhirnya orang-orang musyrik pun mengikatnya dengan tali dan mereka mengheret dia di lorong-lorong Mekah, di atas batu-batu dan pasir, tetapi Bilal benar-benar seorang Muslim sejati, hukuman yang begitu teruk malah meningkatkan kekuatan dan imannya.

Begitulah pula pada Yasir dan Sumaiyah serta anak mereka berdua Ammar (3ammar), mereka adalah orang-orang Islam yang lemah (tertindas), akibatnya tiada yang melindungi mereka dan mereka terdedah kepada bahaya. maka sesungguhnya mereka benar-benar telah melihat penderitaan yang paling dahsyat, Demikianlah Yasir dan Sumaiyah telah mendapat syahid di bawah penyeksaan. Manakala Ammar, melawan mereka sehingga hampir mati, selepas dia melihat ibu bapanya terbunuh di depan matanya, tetapi dia tidak pernah murtad sama sekali mengikut Syariat Islam, walaupun mengucapkan perkataan kufur dengan bertaqiyah di bawah tekanan azab.

﴿إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ﴾

kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman, [Al-Nahl 16:106] 

.
Rasulullah (S) melihat pelbagai warna-warni azab ini, yang telah menimpa para sahabat dan orang-orang yang baginda sayang, yang meremukkan hati baginda yang amat mengasihani mereka, dan amat pedih musibah yang menimpa mereka, tetapi baginda tidak mempunyai penawar selain kesabaran yang indah.


Penyisihan (pemulauan)


Musyrikin Quraisy merasakan bahawa rancangan mereka tidak mencapai hasil, dan bahaya meningkat apabila mereka melihat meningkatnya penyebaran Islam, mereka mencari perlindungan ke langkah yang keji, untuk menjauhkannya dari manusia, dan mereka mengambil keputusan untuk memulau (memboikot) kaum muslimin, dan mengenakan sekatan dagangan (ekonomi) ke atas mereka, dan mereka mengeluarkan dokumen yang mengandungi empat jenis sekatan:

1. Menghalang pembelian dan penjualan pada orang-orang Islam.
2.  Menyokong penentangan terhadap Muhammad, dan wajib mematuhinya dalam semua pertikaian..
3 - Tidak dibenarkan sebarang perkahwinan dengan orang-orang Islam.
4 - Menghalang apa jua bentuk perjanjian atau hubungan dengan orang-orang Islam.

Helaian (Kenyataan) sekatan ini digantung di Ka'bah.

Apabila Abu Thalib melihat hal yang berlaku ini, dan bagaimana mustahilnya hari demi hari orang-orang Islam akan menjalani kehidupan di Mekah, dia memajukan kepada anak saudaranya, dan dia telah mencadangkan kepada baginda meninggalkan Bani Hashim ke kawasan pinggir bandar Mekah, untuk tinggal di lembah (wadi) yang dikenali sebagai «Syi3ba Abi Thalib». Manakala Rasulullah (S) menyambut baik dan menerima cadangan beliau, Sekumpulan individu Bani Hashim berkata kepada mereka: telah ditentukan Muhammad disingkirkan ke Syi3ba (laluan (lurah) gunung), jadi kamu semua bertanggungjawab untuk menemaninya, dan untuk menjadi pembantu beliau dan memenangkannya sehingga nafas yang terakhir.

Pemulauan Quraisy terhadap Bani Hashem berlanjutan selama tiga tahun, Ia adalah salah satu daripada tempoh kekejaman paling besar ke atas orang-orang Islam, terutamanya mengenai kekurangan makanan yang mencapai tahap di mana individu akan melaluinya mendapatkan sebiji kurma sekali sehari, malahan kadang-kadang sebutir kurma, dibahagi dua untuk dua orang, dan Ali (as) terpaksa dengan diam-diam membawakan mereka makanan dari Mekah. Pada bulan-bulan suci, apabila keadaan keselamatan didapati lebih baik, beberapa orang kanak-kanak Bani Hashim pergi secara berselindung diri ke Mekah untuk mendapatkan sebahagian daripada keperluan yang mereka hajatkan, kerana orang-orang Quraisy menghasut penjual untuk menaikkan harga, dan Abu Lahab menjerit di pasar Mekah, dengan hasutan: Wahai manusia, naikkan harga kamu supaya orang-orang Islam tidak mampu membeli apa yang mereka perlukan dan jangan samakan hari ini dengan semalam, Untuk menyokong atau membela keangkuhan hari ini dengan bekerja keras atas orang-orang yang memperkenalkan Islam dalam cara yang sama, dan masih terdapat orang-orang seperti Abu Lahab yang mengambil kesempatan daripada keadaan sekatan ekonomi, dengan menaikkan harga barangan mereka hari demi hari, mereka adalah orang-orang seperti Abu Lahab dan dari orang-orang yang sebaris pada jalannya, mereka tidak layak dalam apa jua keadaan untuk menyeru orang yang beriman.

Selepas pemulauan selama tiga tahun itu tidak berjaya, dan apabila terbukti bahawa sekatan ekonomi orang-orang Quraisy juga tidak mendatangkan hasil, tidak memadamkan azam kaum muslimin, tetapi semakin menguatkan iman mereka. sebahagian orang-orang Quraisy menyesal atas apa yang dilakukannya dan perkara yang berat itu, maka mereka mula perlahan-lahan meringankan pengepungan, sehingga akhirnya umat Islam bebas semula untuk kembali ke Mekah. Dan boleh bslik ke rumah mereka, dan itu adalah mukjizat daripada Allah, setelah Ia mengutuskan anai-anai (serangga kecil yang memakan kayu, dll) menghancurkan Helaian (Kenyataan) sekatan yang digantung di Ka'bah, memakan semua perkataan zalim dan sekatan, dan meninggalkan perkataan-perkataan yang lain, apabila orang-orang melihatnya, mereka tahu bahawa Allah SWT tidak menerima sekatan ini, maka dikoyakkanlah Helaian tersebut dan diberikan ssebahagian besar daripada mereka.

Tiada ulasan: