Sifat Iradah dan Jabbar dan Tafwidh (mandat):
Sifat Iradah:
Maknanya adalah Allah berkehendak dan tidak berkehendak, Dia telah mewujudkan sesuatu dan tidak mewujudkan selainnya, dan memperuntukkan kewujudan sesuatu dan ketiadaan sesuatu adalah kehendakNya SWT. Dia Yang Maha Suci menyuruh dan melarang, dan memperuntukkan perintah dan larangan adalah Iradah (kehendak)Nya Yang Maha Suci, Dia yang berkehendak apabila memerintahkan, dan Dia tidak berkehendak apabila melarangnya.
Maka kehendakNya Yang Maha Suci yang berkaitan dengan melakukannya pada pihak pelaku, Adapun takluk perlakuan hambaNya tidaklah berlaku sebagai pelaku, tetapi pada satu segi (aspek) bahawa dia menyuruh atau melarangnya, kerana ia bukan perbuatanNya, tetapi perbuatan hambaNya, dan memperuntukkan ia berlaku oleh pelaku adalah kehendak pelakunya, iaitu hamba itu sendiri.
Hubungan kehendak Allah kepada manusia dan perbuatannya :
:
Pertama: Allah yang berkehendak pada manusia, untuk itu Dia mencipta dan memberikannya daya dan kekuatan.
Kedua: Allah berkehendak kepada beberapa perbuatan manusia, yang dengannya Allah telah membolehkan manusia untuk melakukannya dengan yang diperintahkanNya, dan Allah tidak berkehendak kepada beberapa perbuatan manusia, yang dengannya Allah telah membolehkan manusia untuk melakukannya juga dengan yang dilarangNya.
Ketiga: berlakunya perbuatan hamba sebagai pelaku tidak bermakna bahawa Dia Yang Maha Suci berkehendakkannya, tetapi matlamat perkara yang diperintahkan yang diluluskanNya, kerana berlaku pada hamba-hamba itu sebagai pelaku dengan daya dan kekuatan yang diberi Allah kepada mereka tetapi dengan kehendak mereka walaupun bertentangan dengan kehendak Allah Yang Maha Suci; di mana mereka yang memilih dan mereka di dalam alam ujian.
Dia Yang Maha Suci meluluskan (atau tidak meluluskan) apa yang Dia kehendaki dan tidak kehendaki dari perbuatan hamba-hambaNya mengikut peraturan dan sunnah alam semesta Ilahi secara umum. Tetapi kelulusanNya Yang Maha Suci apabila Dia tidak menginginkan perbuatan seorang hamba dan mengikut kehendak hamba itu tidak bermakna bahawa Dia telah memberikan perintah itu kepada hamba tersebut; kerana Allah SWT telah meletakkan peraturan alam semesta secara umum [1] boleh saja perbuatan manusia itu apa yang dikehendaki dari yang baik dan jahat dalam peraturan ini tanpa dihalang oleh Allah, melainkan jika diperlukan hikmah melanggar peraturan ini dan mencegahnya (seperti berlakunya mukjizat).
Oleh itu, memandangkan kekeliruan atau anggapan yang salah terhadap penentuan dan mandat (yang diberikan), manusia tidak dipaksa atas perbuatan baik atau buruk, dan Allah meluluskannya adalah dengan memberi manusia daya, kekuatan dan pilihan dalam had dan ketentuan Allah SWT, dan manusia kekal sentiasa berhajat kepada apa yang diberikan Allah padanya dengan wujudnya daya dan kekuatan dalam kedua-dua pendekatan dan dalam memilih kebaikan atau kejahatan dan dalam melakukan yang baik atau yang jahat, dan ini juga tidak dengan diberi mandat. Adapun kekeliruan atau anggapan yang salah sebahagian Salafi yang mengatakan bahawa semua yang berlaku atau kejadian yang dilakukan oleh pelaku adalah kehendak Yang Maha Suci dan yang diredhaiNya adalah batil (salah) kerana mereka tidak dapat membezakan antara perbuatan yang Maha Suci dengan perbuatan hambaNya, dan mereka mengelirukan antara keduanya. Mereka tidak dapat membezakan antara apa yang diredhaiNya dan yang tidak diredhaiNya dari perbuatan-perbuatan hamba-hambaNya. Mereka meletakkan semua orang dalam sebuah bakul dan menyifatkan semua orang dalam senarai kehendak alam sejagat - mereka berkata mengenainya - dan mereka membuat khayalan semuanya diredhaiNya dan kehendakNya jua.
Pada hal yang sebenarnya jika mereka mahu menyifatkan setiap apa yang dilakukan oleh pelaku sebagai realiti dalam istilah kehendak alam sejagat yang mengatakan mengenainya, kemudian mereka perlu faham bahawa ini kehendak alam sejagat yang mengatakan ia mendedahkan perintah dan larangan dan mendedahkan keredhaannya, tetapi mereka perlu sedar bahawa mereka mungkin telah mengelirukannya - iaitu kehendak alam sejagat –perbuatan-perbuatanNya pada perbuatan-perbuatan hamba-hambaNya, dan bahawa ia adalah perkara umum dan terpakai kepada semua yang dilakukan oleh pelaku, sama ada ia dilakukan oleh pelaku dengan kehendak Allah atau dengan kehendak hamba, Iaitu kehendak alam sejagat, menurut definisi ini bukan kehendak Ilahiyah (Tuhan), tetapi ia adalah campuran kehendak Ilahi dan kehendak hamba-hamba, tidak ada gunanya untuk membezakan sifat perbuatan atau peristiwa yang berlaku dari pelaku yang diredhai Allah dan atau tidak diredhai Allah atau dijadikan Allah atas kehendakNya atau tidak atas kehendakNya, dan digunakan untuk membezakan sifat perbuatan atau peristiwa yang berlaku dari pelaku adalah salah satu daripada dua perkara: sama ada ianya tidak memahami apa-apa, atau dia tahu tetapi ingin mengabui pandangan sebahagian orang-orang yang mengikutinya secara jahil.
Untuk lebih memudahkan lagi, saya katakan: Bahawa perbuatan hamba-hamba terletak pada pelakunya yang tidak tertakluk dengan kehendak Allah dari sudut kejadian yang berlaku; kerana Dia bukan Yang melakukannya, tetapi perbuatan hamba-hamba dari sudut ini. Ya, ia adalah tertakluk dengan keredhaanNya SWT dari sudut perintah dan larangan.
Terdapat soalan sebahagian mereka yang jahil dari sebahagian Salafi: Adakah seorang raja - yang tidak dilantik Allah – kedaulatannya dengan kehendak Allah atau bertentangan dengan kehendakNya, atau pencuri yang mencuri dengan kehendak Allah atau bertentangan dengan kehendakNya; ia berdasarkan anggapan yang salah dan sesungguhnya mereka mengenakan perbuatan mencuri dari sudut dilakukan oleh pelaku yang tertakluk dengan kehendak Allah SWT, walaupun ia adalah berkaitan dengan kehendak hamba dan tidak dengan kehendak Allah dari sudut ini, dan kaitannya kepada kehendak Allah hanya dari segi perintah dan larangan, iaitu yang ditetapkan bahawa Allah yang memerintahkan atau melarang supaya berhakim dengan hukuman ini, dan yang ditetapkan bahawa Allah memerintahkan atau melarang perbuatan mencuri.
Juga: Tiada apa yang berlaku dalam kewujudan, hanya Allah yang berkuasa untuk menghalangnya, dan tidak ada sesuatu yang mungkin hanya Allah berkuasa untuk mewujudkannya, tetapi Dia meletakkan peraturan pada alam ini, sesungguhnya manusia diberikan daya, kekuatan dan pilihan, dan di akhirat ia akan dihisab atas apa yang dia lakukan dan apa yang dia pilih, tetapi dia tidak ditakluk dan tidak dipaksa di alam ini untuk mentaati Khalifah Allah di bumi ini yang membolehkannya untuk memerintah, dan tidak dipaksa dan tidak ditundukkan supaya sholat dan berpuasa dan supaya tidak mencuri ... dan lain-lain, melainkan jika manusia itu dipaksa ditundukkan atas perbuatannya, sudah tentulah tiada nilai bagi perbuatannya, Tidak ada makna untuk menyeksanya atau menyuruh berbuat atau meninggalkan perbuatan tertentu..
Jadi, Allah telah melantik KhalifahNya dan manusia diuji dengan menempatkan Khalifah Allah di bumiNya, Maka jika ia menempatkan (mengakui) KhalifahNya maka menanglah dia di dunia dan akhirat, tetapi jika dia mengecewakannya dan menempatkan (mengakui) atau taat selain KhalifahNya, maka telah rugilah akhirat mereka dan mereka telah mensia-siakan nasib mereka.
---------------------------
[16] Seperti undang-undang alam (tabi’ei) dan undang-undang hukuman sekular ke atas perbuatan-perbuatan memutuskan persaudaraan, sedekah dan hasil sebahagian perbuatan dalam jiwa seperti hasad dengki ... dan lain-lain.
Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan