Khamis, 30 Mac 2017

Ketiga: Persoalan Pemikiran


Ketiga: Persoalan Pemikiran


Pertama  Persoalan Al-Syeikh Al-Mufid rahimahu Allah






Al-Syeikh Al-Mufid rahimahu Allah berkata:

•: «Lisan kami menafikan bahawa nabi-nabi (as) cenderung untuk tidur pada waktu-waktu sholat sehingga dia menamatkannya, yang menyukarkan mereka selepas itu, dan mereka tidak mempunyai aib dan kekurangan, kerana ia bukanlah manusia yang sentiasa dikuasai oleh tidur, kerana tidur bukanlah suatu keaiban begitulah juga dengaan kelupaan, kerana ia adalah kekurangan dari kesempurnaan dalam diri manusia. Ia adalah satu kelemahan yang dibezakan dengan yang datang secara tiba-tiba. Ia mungkin suatu kelakuan terganggu (lupa)  pada sesuatu masa, seperti kelakuan yang lain, dan tidur tidak akan terjadi melainkan dari perbuatan Allah SWT, dan bukan dari kekuatan hamba atas keadaan itu, walaupun ia adalah kekuatan mereka ia tidak tertakluk oleh kekurangan dan keaiban pemiliknya, sesuatu yang umum bagi semua manusia. Kelupaan tidaklah seperti itu, kerana ia boleh dielakkan daripadanya. Dan kita dapati hukama’ (orang-orang bijak) menjauhkan harta mereka dan rahsia-rahsia dari orang yang mempunyai kelupaan dan kelalaian. Dan tidak menahan diri dari menyimpannya pada seseorang yang kadang kala tertidur, dan tidak menahan diri dari menyimpannya pada seseorang yang dihinggapi penyakit dan jatuh sakit. Dan kami mendapati para ulama (fuqaha) yang meninggalkan atau membuang apa yang diriwayatkan mengenai kelupaan daripada hadits tersebut, melainkan mereka melibatkan orang lain dengan kewaspadaan, kepintaran, kebijaksanaan dan berhemah. Dia tahu perbezaan antara kelupaan dengan tidur yang telah kami nyatakan. Jika benar Rasulullah (S) lupa di dalam sholat baginda, ia adalah satu contoh di mana walaupun disampaikan sebelum melengkapkannya dan pergi sebelum disempurnakannya, dan manusia menyaksikan perkara itu dan di sekelilingnya mengetahui ia dari pihaknya, Dalam berpuasa pula ia tidak membatalkannya walaupun makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadhan di kalangan para sahabat kerana mereka menyaksikan dan menyedari baginda tersilap dan baginda memberi peringatan atasnya, dengan memberhentikan apa yang diperolehi dan dibenarkan dari berhubungan dengan isteri-isteri dalam bulan Ramadhan di siang hari dan yang tidak percaya kepadanya lupa dalam apa jua larangan sehingga mereka menginjak perkara-perkara yang diharamkan atasnya dari orang perempuan, dan dia lupa kerana dia sangka mereka adalah isteri-isterinya dan lebih dari itu untuk lebih merendahkan lagi wanita mahramnya secara tidak sengaja (lupa). Dan lupa dari membayar zakat dengan melambat-lambatlan waktunya dan dibayar kepada yang bukan berhak menerimanya secara tidak sengaja (lupa)., dan mengeluarkan dari sebahagian daripadanya yang dibayar kerana lupa. Dan lupa ketika haji walaupun sedang memakai ihram, bersa’ei sebelum tawaf dan tidak diberi perhatian melontar di Jamrah, dan lebih dari itu lupa dalam segala amalan syari’ah supaya mengubahnya dari yang ditentukan, membuang waktu, didatangkan bukan dari yang sebenarnya, dan tidak menafikan untuk melupakan arak yang dilarang lalu meminumnya secara tidak sengaja (lupa) atau menganggap bahawa meminumnya adalah halal, maka berjaga-jagalah mengenainya kerana ia telah diterangkan... hingga akhir.» [74]


Penerangan Persoalan Al-Syeikh Al-Mufid, Yang Pertama:


Lupa adalah sifat kekurangan dari kesempurnaan dalam diri manusia. Ia sejenis aib yang menimpanya, dan ia boleh dielakkan daripadanya. Maksud Persoalan: Bahawa Khalifah Allah sepatutnya yang pertama menjaga diri daripada keaiban yang kita boleh kaitkan dengan manusia supaya mengelakkannya. Bagaimana boleh bagi Khalifah Allah dapat mengeluarkan sesuatu yang mana-mana manusia boleh elakkan iaitu sifat lupa.

Jawapan kepada Persoalan: Ulasan Al-Syeikh Al-Mufid ini tidak benar, kerana manusia tidak dapat mengelakkan diri dari lupa sepenuhnya. Ini disebabkan otak biologi dan keupayaannya adalah terhad untuk memberi tumpuan dan penjagaan. Ia merosot apabila bertambahnya perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan dan perhatian. Bagi sholat ia boleh menyebabkan tumpuan kepada mengingati Allah dan khusyu’ dalam sholat kepada lupa bilangan rakaat, dan ini telah menjadikan seseorang lupa akan bilangan rakaat dalam sholatnya, ibi lebih baik dari orang yang tepat bilangan rakaatnya tanpa mengingat dan khusyu’ sholatnya. Dengan demikian, tidaklah boleh dinilai dengan lupa bilangan rakaat ditentukan sebagai aib (kecacatan) dari yang menimpanya kerana ia boleh dielakkan daripadanya.
          
Juga: Akal fikiran tidak dapat melindunginya daripada kelupaan dan kelalaian secara mutlak, melainkan cahaya yang tiada kegelapan padanya (iaitu Pembicara Mutlak), dan adalah Ketuhanan Mutlak, Maha Tinggi Allah Yang KetinggianNya tidak terbanding, dari berbilang-bilangnya Ketuhanan Mutlak. Oleh itu, segala yang dibina atas kelupaan perkara yang boleh dielakkan daripadanya adalah tidak betul. Perumpamaan bagi orang yang lupa tidak kira pada ucapan mereka mahupun yang ditinggalkan orang bijaksana lagi amanah, ia adalah perkataan yang keluar berdasarkan pada batasan tabi’ei disebabkan kelupaan dan kelalaian, pencampuran ini dibuat secara membuta tuli, Maka tidak ada ucapan padanya tetapi pada berlakunya kelupaan dan kelalaian, walaupun sekali atau dua kali, dan ini terjadi pada ramai orang dan ia bergantung pada orang lain atas ucapan mereka dan tertinggalnya amanah (tugas-tugas) itu.  Tidak dianggap orang bijak bagi yang lupa dalam sholatnya atau lupa dalam tawafnya apakah masuk dalam pusingan kelapan atau terlupa sesuatu yang disembunyikan lalu menjumpainya, dia tidak layak (sesuai) untuk dipercayai atau tidak boleh bergantung pada ucapannya.


Penerangan Persoalan Al-Syeikh Al-Mufid, Yang Kedua:


Khalifah Allah contoh ikutan bagi orang yang beriman, jika boleh diterima Khalifah Allah lupa dalam sholat atau ibadah untuk menjadi contoh ikutan. Iaitu: jika dibenarkan Khalifah Allah lupa dan lalai bagi mengesahkan perintah Allah terhadap manusia untuk mengikutinya dalam segala keadaan.

Jawapan kepada Persoalan:  Persoalan ini tidak tepat; kerana Allah tidak memerintahkan untuk mengikuti perbuatan KhalifahNya tanpa mengenal sebab-musabbabnya. Mana boleh ditinggalkan yang wajib jika datang waktunya dan ada sesuatu sebab (keuzuran), seperti meninggalkan sholat wajib yang datang waktunya ketika melintasi tanah lalu turun bencana dari Allah seperti yang telah diterangkan, dan telah melakukan apa yang tidak dibenarkan kepada orang lain melakukannya (yang dilarang dalam Syari’ah) hanya dikhususkan kepadanya seperti kekalnya Rasulullah lebih dari empat orang isteri dalam penjagaan baginda, dan boleh berbuka kerana sakit yang sangat terpaksa seperti ulser (gastrik) atau keracunan atau sebarang penyakit luar biasa, sebagai contoh. Adakah boleh orang-orang mukmin berbuka dengan alasan bahawa Al-Ma'sum telah berbuka dan ia adalah ikutan, atau Al-Ma'sum telah meletakkan kain rentang menulisnya saya sakit hari ini dan saya berbuka.

Kesimpulannya: Al-Ma'sum bukanlah ikutan mutlak dalam semua perbuatan dan keadaannya, tanpa memahami keadaan-keadaan atau persoalan perbuatannya, terutamanya jika ia menimbulkan tanda tanya kepada yang menyaksikannya.

Untuk lupa dan tertinggal khususnya, para mukallaf (mereka yang diberati syarak) mesti mengetahui bahawa perbuatan Al-Ma'sum akibat daripada lupa atau tertinggal ini supaya menganggap tidak dibenarkan mentauladani perbuatan ini. Pada asasnya perbuatan manusia adalah betul, tidak lupa atau tidak lalai sehingga ia jelas bertentangan, melainkan apabila benar perkiraan seorang manusia untuk melakukannya.

Jadi, Khalifah Allah tidak membawa sesuatu perbuatan dari perbuatan-perbuatannya sebagai tertinggal atau lupa sehingga ia jelas ada bukti (dalil) bahawa dia lupa atau tertinggal.

Aqidah kita dalam mengikut Al-Ma'sum; Bahawa mengikutinya dengan yakin yang dapat menyelamatkan pemiliknya, jika Rasulullah Muhammad (S) sholat Subuh empat rakaat atau sholat Dzohor dua rakaat, Maka mengikutinya lebih sah dan lebih dekat dengan petunjuk dan bimbingan, dan membantahnya adalah suatu kebodohan dan kelemahan dalam keyakinan dari orang-orang yang melakukannya, kerana sesungguhnya sholat, rukuk dan sujud adalah mengingat Allah di dalamnya.

Penerangan Persoalan Al-Syeikh Al-Mufid, Yang Ketiga:


Bahawa jika benar Khalifah Allah lupa dalam sholatnya untuk ia boleh lupa dalam setiap ketaatan dan melakukan semua yang dilarang (haram) dengan tidak sengaja (lupa).

Jawapan kepada Persoalan: Pada persoalan ini akan membina kepada anggapan yang salah; kerana ia bersama dengan kelupaan dan kelalaian, tidak wujud sesuatu yang namanya maksiat (durhaka) atau haram (dilarang), Maka kedurhakaan (maksiat) dan melakukan yang dilarang yang perlu dicapai; perlu untuk menyediakan tujuan dan matlamat, dan ia tidak tersedia sekiranya berlaku kelupaan dan kelalaian. Tambahan pula, persoalan ini tidak betul; kerana ia terbina atas asas bahawa Khalifah Allah lupa dan lalai seperti manusia lain dan yang bukan maksum (terpelihara) dari melakukan maksiat, dan ini tidaklah dikatakan seseorang itu pengikut Muhammad dan Aali Muhammad (as).


Atau orang-orang yang ragu percaya pada terpeliharanya kepribadian mutlak bagi Al-Hujjah dari lupa dan lalai, oleh itu ia dianggap sebagai sebahagian daripadanya dan pergi kepada semua arah dan menyempurnakan segala sesuatu, dan pendapat terpeliharanya kepribadian terang-terang suatu kebatilan, di mana ia mengharuskan berbilang-bilangnya Ketuhanan mutlak.

Dengan demikian:

Terpeliharanya dari lupa bukan pada peribadi, tetapi ia terpelihara oleh penjaga luaran dan pemberi peringatan luaran, dan ia bukan ajaran falsafah, tetapi menurut Hikmah Ilahiyah, Khalifah Allah tidak perlukan terpelihara dari kelupaan melainkan yang berkenaan dengan penyampaian (tabligh) agama Allah SWT, bagi perkara-perkara yang lain mereka tidak terpelihara secara luaran tetapi masih terpelihara kepribadian secara umum dari kelupaan yang mencegah dari terjadinya kelupaan. Dan telah diterangkan atas perkara-perkara ini yang bergantung kepada penjaga kepribadian secara umum dari kelupaan, dan dinyatakan bahawa kepribadian mereka tidaklah serba lengkap [75], contohnya, dijadikan kepribadian yang terpelihara dari lupa dengan kadar tujuh puluh peratus atau lapan puluh peratus atau sembilan puluh peratus, dan ini adalah terpeliharanya kepribadian secara umum, Jika kadar peratusan tertentu, tetapi ianya mencukupi pada perkara tertentu untuk mengelakkan berlakunya kelupaan, iaitu ia tidak memerlukannya - walaupun ia tidak lengkap - kepada penjaga luaran dari kelupaan untuk mencapai penjagaan penuh daripada kelupaan pada sumber tersebut, dan sebabnya adalah dirujuk kepada tahap kejelasan perkara itu yang berkadaran bagi manusia. Untuk menjelaskan perkara yang terakhir ini selalu terjadi dengan melihat kepada perkara bilangan rakaat dalam sholat – perkara yang menjadi pertikaian di antara mereka -, ia sebenarnya terletak di antara perbuatan sholat, ia adalah Azan, Iqamah, Takbir, bacaan, ruku' dan zikir di dalamnya, sujud, dan zikir di dalamnya, qunut dan tasyahhud. Ini banyak jenis perbuatannya dan dengan itu munculkan sebilangan rakaat di antaranya tidak seperti munculnya untuk menahan diri daripada makan dan minum antara perbuatan orang berpuasa yang tidak melebihi berhadapan dengannya secara umum, perbuatan ini adalah perbuatan yang lain. Untuk itu manusia umumnya mudah terlupa dalam sholat selalunya, tetapi lupa jarang berlaku bagi orang yang berpuasa dengan makan atau minum dan secara tidak sengaja.

Bahkan di dalam sholat ia sangat lama disibukkan dengan perbuatan-perbuatan sholat, ia memberi kesan sehingga munculnya perbuatan-perbuatan lain pada orang yang sedang sholat, Berlama-lama dalam sujud atau khusyuk ketika berzikir pada seseorang boleh membawa kepada tidak ingat bilangan rakaat yang telah didirikannya; kerana otaknya sibuk dan khusyuk memikirkan Allah dari memberi tumpuan kepada pengiraan bilangan rakaat, Maka khusyuk dan asyik dengan mengingati Allah menimbulkan kemungkinan lupa jumlah rakaat bagi sholat orang yang bersholat,  Dan yang pasti mengutamakan keasyikan dengan zikir dan khusyuk sehingga membawa kepada kemungkinan yang tinggi untuk lupa bilangan rakaat, dan tentulah tidak lebih baik dalam sholat yang tidak khusyuk, walaupun orang yang bersholat itu tepat bilangan rakaatnya.

Juga dalam contoh yang lain: seseorang yang bertawaf dengan khusyuk dan asyik mengingati Allah dan dengan tangisan, atau bertawaf dengan perlahan-lahan yang membolehkan seseorang itu khusyuk dan asyik dengan mengingati Allah, atau tempoh masa dalam bertawaf dihabiskan untuk mengingat bilangan pusingan tawaf yang telah dibuatnya, Maka lupalah dia akan bilangan pusingan tawafnya yang ketujuh lalu masuk pusingan kelapan [76].

Di sini saya sepenuhnya percaya bahawa ternyata masalah lupa adalah rumit dan dikaitkan dengan beberapa pembolehubah (berbagai faktor), tidak boleh dinilai bahawa kelupaan itu sentiasa menunjukkan kekurangan orang yang lupa itu dalam kemungkinan mencapai kesempurnaan bagi seorang manusia, dan lupa tidak boleh dibandingkan dengan ketentuan lain, atau untuk mengatakan bahawa sesiapa yang lupa di sini mesti akan lupa di sana pula, dan tidak boleh dikatakan bahawa orang yang tidak lupa dalam perkara tertentu adalah lebih baik daripada yang lain kerana ia telah mengalami lupa, walaupun jika kita mahu untuk membayangkan kerumitan masalah ini hendaklah mengambil kira bilangan pemboleh ubah (punca-pinca) yang saya telah gariskan setakat ini dalam masalah kelupaan dan kelalaian, bagaimana boleh untuk menerima - fikiran - dari seseorang yang meragukan mengenai masalah lupa tanpa dihubungkan antara punca-punca dan keadaannya yang datang kepadanya?!!!! Sebenarnya inilah masalah kemuskilannya, jika mereka sedar akan kewujudan semua faktor-faktor perkembangan ini akan berubah-ubah dalam masalah apabila ia berkunjung untuk dipersoalkan.


----------------------
[74] Nabi Tidak Lupa -  Al-Syeikh Al-Mufid .
[75] Sebelumnya telah diterangkan dalam tajuk kelalaian diambil dari Kitab "Perjalanan Musa (as)
[76]. Seperti yang diriwayatkan oleh Amir Al-Mukminin



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya



Tiada ulasan: