Sifat-sifat Khalifah Allah di BumiNya:
Hujjah Allah: Dengannya Allah menetapkan hujjah atas
manusia dan menggugurkan alasan mereka,
﴿رُّسُلًا مُّبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ
عَلَى اللَّـهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَزِيزًا
حَكِيمًا﴾
(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa
berita gembira dan pemberi peringatan supaya tidak ada hujjah (alasan) bagi manusia
membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al-Nisa 4:165}.
Rasul: ia datang dari Yang Mengutus dengan membawa risalah.
Nabi: kerana ia bermaqam nubuwah dan diwahyukan kepadanya dengan
pengelihatan (rukya) dan kasyaf. Adapun kekeliruan pada perihal Khalifah Allah dengan
Nabi yang diutus selepas Muhammad Rasulullah (S) hingga menjadikan bahawa Al-Rasul
Muhammad (S) penutup para nabi yang diutus oleh Allah. Perkara ini telah
diterangkan Kitab "Al-Nubuwah
Al-Khatimah". Secara ringkasnya, di sini saya katakan: Bahawa Risalah Nubuwah,
yang ditamatkan adalah Risalah Nubuwah dari Allah dan dengan itu terbukalah
pula Risalah Nubuwah dari Muhammad Khalifah Allah yang hakiki yang bertujuan supaya
diterima oleh penciptaan dan dengan menerimanya dapat memastikan Khalifah yang sebenar
dan dengan itu akan tertegak Khalifah sebenar pada Muhammad (S) dengan berperanan
sebagai khilafah yang lengkap, dan peranan ini adalah baginda (S) menjadi pemberi
berita bagi mereka yang diutus selepas baginda, Maka Imam-imam dari Aali (keluarga)
Muhammad (S) mengetahui dari Muhammad Rasulullah (S), mereka adalah Rasul (utusan)
bagi Muhammad (S) dengan perintah Allah SWT.
Washi: Dengan mengambil kira terdapat hujjah sebelumnya yang telah mewasiatkan
supaya mengikut dan mendokongnya, dan bahawa hujjah dari Allah dan Khalifah bagi
Allah di bumiNya selepas baginda, dan tidak perlu bagi pemberi wasiat berwasiat
secara langsung pada Al-Washi untuk menjadi washinya, Maka Al-Baqir dan Al-Shadiq
(as), sebagai contoh, adalah washi-washi (pemegang wasiat) kepada Muhammad Rasulullah
(S); kerana nash atas mereka adalah dengan wasiat.
Maksum:
Al-‘Ishmah (kemaksuman): ia adalah berpegang teguh (Al-I'tisham) dengan Allah dari perkara
yang dilarang Allah.
Al-Maksum (yang dipelihara): adalah yang dilindungi Allah dari perkara
yang dilarang Allah.
Kemaksuman adalah urusan dalaman (batin) tidak ada cara untuk memutuskannya
bagi pelaku melainkan dengan nash dari Allah, atau dari Khalifah antara
Khalifah-Khalifah Allah sebelumnya.
Khalifah Allah yang maksum tidak mengeluarkan manusia dari petunjuk (Huda),
dan tidak membawa mereka ke dalam kebatilan
Imam [17]: iaitu menjadikan kedudukannya kuat untuk
memimpin yang lain di dunia ini.
Al-‘Alim (yang alim): Kerana Allah mewahyukan kepadanya dan memberi
ilmu kepadanya apa yang mengeluarkan manusia dari kesesatan dan membawa mereka kepada
petunjuk (Huda) dan memperkenalkan mereka kepada kebenaran, hanya dia sahaja
yang membawa kepada kebenaran dan ke jalan yang lurus; kerana ilmunya dari Allah
dan makrifahnya dari Allah, dan yang lain darinya walaupun mereka mengenali
kebenaran, dan jalan yang lurus pada suatu ketika akan menjadi jahil pada masa
yang lain; kerana ilmu mereka bukan datang dari Allah dan tidak diwahyukan kepada
mereka, dan oleh itu tidak mungkin ia adalah sifat seorang manusia yang akan
memberi panduan kepada kebenaran dan kepada cara atau jalan yang lurus selain Khalifah
Allah di bumiNya.
-----------------------------
[17] .Juga boleh disifatkan sebagai seorang imam dengan makna
khas yang lain yang bertujuan untuk maqam dalam alam-alam tinggi. dan maqam ini
khusus kepada Muhammad (S) dan keluarga Muhammad (as) dan sebahagian nabi-nabi (as)
dan tidak semua daripada mereka seperti Ibrahim (as) dan Musa (as) yang disebut
di dalam ayat :
﴿وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ
بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ
إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ
عَهْدِي الظَّالِمِينَ﴾
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat,
lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan
menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "dan dari
keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang
yang zalim." [Al-Baqarah 2:124]
Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan