Khamis, 16 Mac 2017

Kelalaian Dan Kelupaan Al-Ma'sum:


Kelalaian Dan Kelupaan Al-Ma'sum:

Apa itu lupa dan apa pula lalai?

Lupa, ialah tidak ingat yang membawa kepada sesuatu perbuatan atau meninggalkan perkara secara tidak sengaja dan tanpa disedari.

Dan Kelalaian: asalnya tidak ingat yang membawa kepada meninggalkan sesuatu [32] tanpa disedari,

Kata lalai juga digunakan untuk gambaran meninggalkan dan mengabaikan sesuatu secara sedar dan dengan sengaja, tetapi makna ini padanya memerlukan perkataan pendamping tingkah laku; kerana asal kepada sifat lalai ialah meninggalkan dari memberi tumpuan dan meninggalkan kesedaran dan pengabaian, Ini adalah makna akhir yang dikaitkan oleh Allah SWT dengan berkata:

﴿الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚفَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَـٰذَا وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ﴾

(iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka". Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. [Al-A3raaf  7:51]: 

Nansahum -  نَنسَاهُمْ  Kami melupakan mereka iaitu membiarkan mereka dan -mengabaikan mereka.

﴿الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّـهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾

Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.(] Taubat:. 9:67]:


Fanansahum - فنَنسَاهُم: iaitu maka Allah melupakan mereka dan mengabaikan mereka.
Ini adalah disebabkan oleh kealpaan yang dikaitkan dengan Allah, di sini tidak hanya dibiarkan sebagaimana yang dibayangkan oleh sebahagian daripada mereka, melainkan telah dikatakan Allah (membiarkan mereka, dan maka membiarkan mereka), tetapi adalah untuk ditinggalkan dengan bentuk kecuaian dan kurangnya perhatian terhadap kebenaran.

Sebagai kesimpulan terdapat dua makna pada melupakan; pertama: Meninggalkan kerana kecuaian, ini ladalah kelupaan yang kita tahu dan dilengkapi maknanya yang terlintas di fikiran pendengar Arab secara langsung apabila dia mendengar perkataan lupa, dan terdapat makna kedua yang memerlukan perkataan pendamping tingkah laku bermakna ia meninggalkan secara sedar dengan maksud kecuaian.

Tidaklah ia menyimpang dari kebiasaan perkataan kelalaian dengan makna meninggalkan secara abstrak (luas), tetapi makna bagi perkataan ini digunakan bagi perkataan meninggalkan. Apa yang kita sedang bincangkan dalam tajuk ini adalah lupa jenis pertama, iaitu meninggalkan kerana kecuaian.



Kelalaian Dan Kelupaan:

Masalah kelalaian dan kelupaan pada manusia adalah umum, ia dikaitkan dalam satu bahagian diri manusia, di sisi lain, pada otak, alat biologi )kehidupan) yang berfungsi dalam tubuh seseorang manusia yang lengkap. alat biologi ini mempunyai keupayaan terhad, misalnya keupayaan otak untuk memberi tumpuan, otak mempunyai keupayaan yang terhad untuk menumpukan perhatian dan mengingat,  Sifat  otak sangat semula jadi, ia tidak dapat memberi tumpuan dan membuat susulan kepada beberapa perkara sekaligus untuk meneliti, maka ia akan  lupa dan terlalai - terutamanya dalam berfikir atau terdapat pertindihan atau penerusan (berturut-turut) -  Keadaan semula jadi (tabi’ei) manusia tidak bebas darinya (tidak cukup untuknya),  Kerana krisis yang wujud di dalam otak fizikal kita tidak boleh menyingkirkannya, perkara begini banyak terdapat pada manusia yang cuba untuk mengawal diri mereka daripada kelupaan dan kelalaian dengan mencatat nota dalam kertas-kertas sebagai panduan dan pengurusan yang harus mereka dilakukannya, tetapi terdapat juga di kalangan mereka yang mempunyai kerja-kerja penting meletakkan orang lain untuk mencatat panduan dan pengurusan sebagai susulan (ikutan) dan mengingatkan mereka mengenainya, dan terdapat juga pengeluar yang mengeluarkan beberapa peralatan yang digunakan oleh manusia dengan meletakkan Rangsangan optik (isyarat cahaya) atau alat tiruan; Kerana ada banyak bahagian yang memerlukan kawalan, dan mereka tahu melalui pengalaman bahawa manusia lalai dan lupa untuk mengawal sebahagian dari sebahagian yang lain.


Ramai orang yang pergi untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya, dan kemudian apabila ia sampai di tempat tersebut dia dapati dirinya telah lupa mengapa dia telah datang ke tempat itu, kerana dalam perjalanannya banyak perkara yang memenuhi otaknya dari memberi tumpuan kepada perkara yang pertama yang dicarinya. Orang-orang yang sedang bercakap dalam perkara tertentu tiba-tiba fikirannya beralih kepada perkara lain dan hanya memberi sedikit tumpuan, kemudian mahu kembali kepada perkara yang dicakapkannya, dia dapati dirinya telah lupa apa yang dia cakapkan, dan meminta orang-orang yang ada bersamanya untuk mengingatkan perkara yang dia  cakapkan. Ataupun dia mahu bercakap mengenai sesuatu perkara tiba-tiba seseorang   mengalihkan untuk bercakap perkara lain, lalu dia dapati dirinya telah lupa apa yang ingin dikemukakannya. Kelupaan dalam semua keadaan ini adalah disebabkan oleh keupayaan otak manusia untuk memberi tumpuan kepada beberapa perkara pada masa tertentu adalah terhad, dia sibuk memberi tumpuan kepada perkara tertentu dari perkara lain, ini adalah satu masalah yang biasa dalam tubuh manusia, bukan  berkenaan dengan roh atau dirinya (nafsnya)  sehingga dipertingkatkannya dan ditinggikan kedudukan rohaninya menyertainya. Hakikat bahawa sifat manusia itu lupa dan lalai terbina atas masalah pengalaman praktikal, semua orang memandangnya dan mereka akan berusaha untuk menyedari dengan mengawal keadaannya dan keadaan-keadaan seluruh manusia yang telah terbukti secara ilmiah, dan manusia yang maksum menyedari keadaan tabi’ei (semula jadi) dan mengalaminya seperti manusia yang lain, dan dengan itu menganggap ia terpelihara dari lupa sama ada secara mutlak atau dalam beribadah memerlukan dalil qat’ei (muktamad), ia mestilah ayat muhkam atau riwayat-riwayat dan dalil-dalil dari sumber yang sahih atau dalil akal yang sempurna, ini semua tidak ditemui pada orang-orang yang mendakwa untuk mempercayai terpeliharanya  orang yang maksum dari lupa dan lalai secara mutlak atau dalam beribadah.
             
Dan terdapat ahli kalam [33] Syiah dan fuqaha’ mereka yang tidak bersetuju [34] untuk mengatakan mengenai masalah lupa dan lalai orang maksum.  Apatahlagi yang mempersetujuinya semua ahli kalam dan ulama Islam, Insya Allah, akan keluar dari orang mukmin dan pencari kebenaran dalam perkara ini dengan hakikat keputusan yang jelas dan nyata kepada masalah lupa dan lalai. Hakikat atau kebenaran tidak bersalahan dengan yang muhkam dan keterangan Al-Quran yang dinyatakan dalam nash pada Musa dan Yusya’ (as) terlupa akan ikannya:

﴿فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا﴾













Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka terlupa akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu.[Al-Kahf 18:61],

Iaitu teringgal ikannya; kerana mereka tidak mengingatnya dan lalai mengenainya, dan demikian juga memelihara maqam (martabat) Khalifah Allah sebagai ikutan dan penyampai dari Allah SWT, ia mestilah melindung seorang pemberi peringatan luaran dalam beberapa perkara. 

Pada permulaan menyampaikan apa yang saya tulis dalam buku "Perjalanan Nabi Musa, (as)" dalam masalah kelalaian, ia pengenalan berguna sebelum membincangkan mengenai perkara ini:


Kelalaian::

Kita mesti tahu bagaimana terjadinya ingatan dan maklumat pada manusia untuk mengetahui apa yang disebabkan oleh kealpaan atau kelalaian pada sesuatu atau sebahagian darinya.


Pengetahuan (maklumat) manusia sebahagiannya datang dari alam jasmani ini dari penglihatan dan pendengaran contohnya. Sebahagiannya datang dari Malakut Al-A’la (kerajaan langit), seperti apa yang datang dari (alam) atas adalah wahyu daripada Nabi-nabi (as) dan mimpi yang benar.

Maklumat ini terukir di halaman manusia, atau anda boleh memanggilnya tempat ingatan atau maklumat, dan ia ada pada nafs (jiwa-diri) manusia iaitu [Roh] dan tidak pada jasad seperti yang disangka oleh kebanyakan manusia bahawa ia di dalam otak, tetapi otak betul-betul seumpama mesin faks atau telefon, ia bukan tempat menghafal maklumat yang berterusan, tetapi ia adalah alat yang menghubungkan maklumat dari dan ke hadapan manusia dalam alam jasmani ini.

Maklumat ini terus menerus berlaku pada manusia di dalam alam ini, dan ia terus bertambah, sebagai contoh, apa yang anda lihat dengan mata dan menyedarinya, apa yang anda dengar dengan telinga dan apa yang dibaca, ia adalah maklumat-maklumat yang  terkumpul di dalam nafs (jiwa-diri) manusia, dan mengingatnya adalah mengeluarkan maklumat ini dan menghadirkannya pada manusia di dunia ini apabila ia menginginkannya.

Apa yang memberi kesan pada proses mengingat ini atau pengumpulan maklumat dan mengeluarkannya dari ingatan, antara lain; termasuk:

Pertama: Berapa Banyak Maklumat, dan berapa banyak kesan maklumat yang perlu diingat di antara melalui tempat di mana kita tinggal, keupayaan seorang kanak-kanak, sebagai contoh, menghafal yang lebih besar daripada yang lebih utama, dan menghafal (memelihara) hanya mengingat maklumat, punca keupayaan kanak-kanak yang tinggi untuk mengingat adalah kosong ingatannya dari maklumat terdekat pada mula ia mengingatnya. Oleh itu berapa banyak maklumat yang dia telah kumpulkan dari masa ke masa pada permulaannya akan berada di bawah kawalan, di mana ia mudah untuk disusun dan mendapatkan maklumat tidak seperti yang besar yang telah terkumpul maklumat pada jumlah besar yang sukar untuk mengawalnya. Dan untuk menjelaskan masalah terkumpul yang besar, saya katakan: jika anda mempunyai sesuatu yang sedang anda cari, maka akan menjadi lebih mudah anda berhasil jika mencarinya di antara sepuluh perkara daripada jika anda mencarinya sehingga seratus perkara.

Kedua:  Nilai Atau Jenis Maklumat, Apa saja maklumat di bumi (dunia) tidak seperti maklumat ruang angkasa dan kecanggihan (kompleks), Yang terakhir ini boleh diletakkan di dalam ingatan dalam bentuk yang tidak teratur dan rawak akibat daripada belum matang sepenuhnya untuk melengkapkannya. Oleh itu sukar untuk mengingatinya atau hasilnya dalam bentuk yang betul atau semua pecahannya dan kelengkapannya, tetapi walaupun ketika menyedarinya dan meletakkannya dengan lebih teratur dan tepat maka untuk mengingatnya lebih sukar daripada maklumat bumi; kerana mengingatnya perlu ingat semua bahagian yang dikeluarkannya..
.
Ketiga: Jasad (tubuh), ia adalah hijab yang memberi kesan  mengingat bagi manusia dan bertindak sebagai penutup kepada maklumat yang bertambah tebal jika semakin sibuk dengannya untuk membawa perangkap kepadanya dan menolak yang bertentangan dengannya, dan menyembunyikan sebagai penutup kepada maklumat setiap kali lalai terhadapnya  dikira tumpuan kepada maklumat, tetapi ia adalah penting ditinggalkan terus menutup (menghijab) dan ia mempunyai kesan apa saja yang terdapat yang diperlukan darinya seperti makan untuk kekuatan.

Keempat: Cahaya Dan Kegelapan Dalam Diri Manusia. Maka semakin banyak cahaya akan meningkatlah keupayaan untuk mengingat, dan juga semakin kurang cahaya dan semakin meningkatlah kegelapan lalu semakin kuranglah keupayaan untuk mengingat, dan kerana inilah Yusya’(as) Nabi yang suci (as) apa yang kita harapkan daripada beliau supaya tidak menuduh dirinya dengan kelemahan dan kekurangan:


﴿قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ ۚ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا﴾

Katanya: "Tidakkah kamu lihat, tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa ikan itu dan tidaklah aku melupakan dari mengingatnya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali".[Al-Kahf 18:63]

Itulah kegelapan.

Kelima: Otak Sebagai Alat Pemindahan Ke Alam Ini Dan Darinya,  Ia mempunyai pengaruh yang besar pada masalah mengingati pergerakan jiwanya yang betul dan mencapai pengasuhan yang sesuai untuknya, sebagai contoh, Menjadikannya lebih cekap dan berlaku ketidakseimbangan padanya atau penyakit yang boleh membawa kepada kehilangan keupayaan untuk mengingat secara keseluruhan atau sebahagian. Sementara atau kekal.

Terdapat juga perkara yang mesti diberi perhatian kepadanya iaitu  menjadikan maklumat hasil perbuatan di mana seorang manusia secara tidak sengaja menghasilkannya, contohnya telah melintas di telinganya tanpa mendengarnya,  sebenarnya ia mendengar tanpa menghiraukannya, seolah-olah dia telah meninggal tempat itu dan dia melihatnya, tetapi tidak mengambil berat untuk memahami butir-butir apa yang dilihatnya, ini tidak terletak dan termasuk di dalam masalah mengingat; kerana asalnya ia bukan maklumat dari suatu hasil untuk menolongnya mengingat atau disifatkan sebagai lalai mengenainya dengan ia melupakannya.

Perkara-perkara yang dinyatakan ini mempunyai hubungan terus kepada mengingat secara positif atau negatif, tetapi menjadi kebiasaan - pada orang tertentu - semuanya yang tidak memberi kesan pada tahap dan arah yang sama:

Sebagai contoh,  seseorang mungkin boleh menemui; disibukkan dengan jasad akan memberi kesan negatif kepada keupayaan manusia untuk mengumpul maklumat dari malakut lebih baik dari mengingatinya kemudian, dengan bertambahnya cahaya pada halaman kewujudan seorang manusia yang memberi kesan positif kepada keupayaan manusia untuk mengumpul maklumat, dan lebih baik dari mengingatinya, dan juga kadar kesibukan dengan kadar cahaya ini adalah bersesuaian dengan keseimbangan mengingat [35]

Untuk itu masalah mengingat adalah formula (ibarat) dari  keseimbangan di mana beberapa pembolehubah, termasuk lima perkara yang disebutkan di atas, ia adalah amat sukar bahkan ia biasanya mustahil untuk mengetahui hasil daripada keseimbangan ini dengan mengetahui nilai sebenar atau anggaran kepada satu atau dua pembolehubah ini, tetapi mesti tahu nilai setiap  pembolehubah untuk mengumpul keputusan akhir, iaitu bahawa kita tidak boleh menilai pada seorang mukmin saleh hanya untuk kita mengetahui bahawa tahap ketinggian mengingat seorang mukmin saleh itu atau untuk menghakimi ia seorang mukmin tidak saleh (taleh) tidak hanya kerana tahap ketinggian seorang  mukmin saleh itu mengingat rendah. Mungkin saja terjadi seorang manusia tidak mukmin dan nilai pembolehubah cahayanya, lima peratus sebagai contoh, tetapi pembolehubah lain bernilai tinggi bagi kebaikan (saleh) mengingat, dan orang ini akan menjadi tidak beriman telah mencapai nilai yang tinggi dalam keseimbangan mengingat, dan menjadi pemilik berkeupayaan cemerlang untuk mengingat, walaupun ia seorang bukan mukmin.

Perkara yang penting yang mana kita mesti memberi perhatian kepada berita kematian yang tepat, bahawa tidak mungkin bagi makhluk untuk mencapai dan mendapatkan daripada keseimbangan ini nilai penuh dan lengkap bagi menggambarkan bahawa tahap mengingatnya ialah seratus peratus, dan sebabnya tidak mungkin bagi makhluk untuk mencapai seratus peratus nilai semua pembolehubahnya, contohnya: pembolehubah cahayanya telah mencapai seratus peratus yang bermaksud bahawa cahaya makhluk ini tidak ada kegelapan di dalamnya, dan ini adalah mustahil kerana cahaya yang tidak ada kegelapan di dalamnya adalah Allah SWT. [36]

Dengan penerangan ini membuktikan bahawa tidak ada makhluk mencapai keseimbangan mengingat seratus peratus untuk boleh disifatkan bahawa pengingatannya sebagai satu ucapan yang sempurna, dan dengan itu kelupaannya dan kelalaiannya sama dengan sifar iaitu, sesungguhnya Dia tidak lupa dan tidak lalai dan Allah SWT tidak mungkin mencipta makhluk yang mengingat seratus peratus serta lupa dan lalainya sifar, bukan kerana Allah tidak berkuasa dan tidak boleh mendatangkan keupayaanNya, tetapi kerana perkara ini adalah mustahil dan membawa makna berbilang-bilang ketuhanan mutlak (Al-Lahut Al-Mutlaq) Maha Tinggi Allah dengan Keringgian Maha Besar [37].



-------------------------
[32] tidak ingat maklumat juga adalah meninggalkan sesuatu kerana kelalaian
[33] Ulama aqidah.
[34] Didatangkan kata-kata Al-Sheikh Al-Shaduq dan Sheikh bahi Syed Al-Khoei dan lain-lain.
[35] Sebagai contoh: Seorang hamba beriman yang saleh dan ahli ibadah, tetapi dia perlu mengisi perutnya dengan makanan... Cahayanya dihasilkan dari iman dan kebaikan dan ibadah memberi kesan yang positif, serta apabila bertambahnya ibadah, misalnya,  cahayanya bertambah, masalahnya itu tidak ditetapkan pada satu titik tertentu ... ketika sedang mengisi perutnya dengan makanan sebahagian dari keperluan menjejaskan ingstsnnys, dan semakin banyak masa-masa di mana perut penuh akan meningkat kesan negatif, semakin besar jumlah mengisi perut meningkat kesan negatifnya juga
[36] Dari Abi Abdillah (as) katanya: "Allah berilmu tanpa kejahilan padaNya, hidup dan tidak mati, cahaya tanpa kegelapan itu di dalamnya." Dan Yunus bin Abdul Rahman: Katanya, Aku berkata kepada Abi Al-Hassan Al-Redha (as) meriwayatkan bahawa Allah berilmu tanpa kejahilan padaNya, hidup dan tidak mati,  cahaya tanpa kegelapan itu di dalamnya, beliau (as) berkata: "Begitulah Dia" Al-Tauhid - Al-Shaduq:. halaman 137 .
 [37] .kjtab "Perjalanan Musa” (as)."


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya












Tiada ulasan: