Pembahagian Sifat-sifat Ketuhanan:
Dia Yang Maha Suci menyatakan (tajalli) kepada penciptaan (makhluk) dengan
Ketuhanan mutlak atau kesempurnaan mutlak (Allah) untuk penciptaan (makhluk)
mengenalNya. Tidak ada kekurangan di halaman ketuhanan mutlak (Allah) Yang Maha
Suci, di sini ia disifatkan (digambarkan) dalam segala kesempurnaan mutlak dan
tanpa cacat cela dari semua kekurangan, tidak ada masalah dalam menamakan sifat-sifat
kesempurnaan yang bernilai sebagai bukti (kukuh), dan menamakan sanjungan (Tanzih) padaNya dari
kekurangan dengan sifat-sifat salbiyah (yang negatif - sifat yang menolak apa
yang tidak layak bagi Allah - pentj), ianya hanyalah syarat lisan
(lafaz) yang merujuk kepada makna tertentu, dan yang penting adalah makna yang
mempunyai tujuan yang dikehendaki; tetapi kekeliruan hanya dalam
sudut sebahagian sifat-sifat kesempurnaan pada tiga sifat iaitu: Ilmu, Qudrat
dan Hayat atau dengan bilangan tertentu, dan juga sudut sanjungan (Tanzih) atau sifat-sifat salbiyah
(sifat-sifat negatif) kerana menamakannya dengan bilangan tertentu. Sesungguhnya
benarlah Allah disifatkan dengan segala sifat kesempurnaan mutlak tanpa cela dari
segala kekurangan.
Adapun sifat-sifat Fi’liyah (perbuatan-perbuatan) ianya diletakkan
untuk menyesuaikan pembahagian sifat-sifat ke dalam dua perkara Fi’liyah dan Zhatiyah.
Pertama: Bahawa sifat yang disifatkan dengannya dan yang
bertentangan dengannya ia adalah sifat Fi’liyah; kerana sifat Zhatiyah adalah sifat
pada diri (melazimi diri). Maka ia tidak sentiasa boleh disifatkan dengan yang sebaliknya,
contohnya Iradah yang disifatkan sebagai keinginan dan disifatkan sebagai membenci
atau tidak diingini (tidak suka), Bagi sifat yang disifatkan dengan tidak
diterangkan sebagai bertentangan, ia adalah sifat Zhatiyah (sifat diri) seperti
Ilmu, ia disifatkan sebagai berilmu dan tidak disifatkan sebagai jahil.
Kedua: Setiap sifat yang perlu diambil (digunakan) untuk disesuaikan yang
bukan pada diri (zat) adalah sifat Fi’liyah, seperti sifat pencipta tidak disifatkan
sebagai pencipta sebelum ia mencipta, dan setiap sifat diambil hanya pada diri
yang disesuaikan ia adalah sifat Zhatiyah seperti sifat Hayat.
Ini adalah keseluruhan apa yang diasaskan pada pembahagian ini, dan
hakikat bahawa menamakan beberapa sifat-sifat Fi’liyah telah memberi kefahaman
yang tertentu dari semua maknanya dikaitkan dengan fi’el (perbuatan) dan kewujudannya
dikaitkan dengan kewujudan fi’el (perbuatan), dan oleh itu menjadikan sifat-sifat
kejadian berlakunya perbuatan itu tidak diterima bagi diri (zat) yang
mengatakan bahawa ianya tambahan untuk diri (zat) tersebut dan ia adalah sifat-sifat
Fi’liyah, dan ini tidak ada kekeliruan yang membina pemahaman mengenai perkara
ini bagi makna pada sifat-sifat.
Tetapi ada maksud dan pemahaman lain bagi sifat-sifat ini yang boleh dikemukakan
dan menjadikannya sifat-sifat yang tidak baharu, bukan sifat-sifat perbuatan dan
bukan tambahan untuk diri (zat), dan dengan itu kembali sifat-sifat Zhatiyah dan
berasingan darinya, maka sifat Pencipta, sebagai contoh, boleh kita fahami darinya,
perbuatan menciptakan makhluk-makhluk maka jadilah ianya yang baharu; kerana ia dikaitkan dengan yang baharu,
dan menyifatkan yang sebaliknya, maka kita katakan bahawa ia adalah pencipta
dan kita maksudkan sebelum ia mencipta penciptaan, dengan itu menjadikannya sifat
Fi’liyah tambahan kepada diri (zat) tersebut. Dan juga boleh difahami Al-Qudrat
(kekuasaan) untuk penciptaan, maka jadilah sifat Zhatiyah bukan baharu dan
tidak tidak dapat disifatkan ia saling bertentangan (sebaliknya),
Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan