Sabtu, 11 Mac 2017

Ilmu Khalifah Allah di BumiNya


Ilmu Khalifah Allah di BumiNya:

Ilmu itu suatu kemestian yang sedia ada pada Khalifah Allah di BumiNya; ia adalah pengetahuan yang dapat menyelamatkan manusia di akhirat dalam Aqidah dan Syariah. Ia mesti diwahyukan kepadanya yang ada di sisinya dalam membuat penerangan, menjelaskan Aqidah yang benar dan Syariah yang tepat dan Syariah yang baru muncul, Maka Ilmu bukanlah sesuatu yang akan ada, tetapi sesuatu yang telah ada. Mengenal Khalifah Allah, sebagai contoh, dengan penulisan mengenai khalifah sebelumnya atau memeliharanya atau memelihara undang-undang sebelumnya bukanlah ilmu yang penting dan wajib yang sedia ada pada Khalifah Allah di BumiNya, kerana perkara-perkara ini sedia ada di tangan orang ramai dan boleh dihasilkan oleh orang lain, ia tidak perlu mempunyai kelebihan mengenainya, tetapi mempunyai kelebihan dengan mengetahui apa yang manusia tidak ketahui, dan keadaan ini tidsk berlaku melainkan dengan wahyu di sepanjang perjalanan siang dan malam. Semua orang berhajat kepadanya untuk terus hidup sementara dia tidak memerlukan sesiapa daripada penduduk di zamannya, ia betul-betul seumpama keadaan Adam dan para malaikat. Adam mengajarkan apa yang tidak diketahui oleh malaikat mengenai keperluan mereka pada (nama-nama semuanya). dan inilah kelebihan mereka dan mereka mesti belajar daripada beliau dan taat kepadanya.

Ini menerangkan bahawa tidak ada masalah dengan Al-Rasul Muhammad (S) samada buta huruf tidak boleh membaca atau menulis, tidak ada masalah pada kenyataannya baginda tidak tahu teks-teks Taurat dan Injil, atau menghafalnya, dan sesiapa sahaja yang mendakwa di sebalik semua ini adalah anggapan yang salah dan perkara yang direka-reka adalah tanpa dalil mengenainya, tetapi ia membawa sebahagian dari kata-kata ini tidak lain mengikut keinginan hawa nafsu. Sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Rasulullah mampu membaca dan menulis, ini juga tidak lebih daripada kenyataan dalam menghadkan bukti keupayaan, bukannya kepatuhan, iaitu bahawa baginda Al-Rasul tidak membuktikan bahawa baginda boleh membaca dan menulis, tetapi terbukti sebaliknya, dan baginda memerlukan orang yang membacakan dan menulis kepadanya, seperti wujudnya penulis Wahyu dan berhajat kepada bantuan Ali (as) untuk menuliskan perjanjian damai baginda.

Apa yang terbukti bagi yang dikeluarkan oleh mereka yang menghadapi Al-Rasul Muhammad (S) bahawa baginda tidak membaca atau menulis, kerana baginda tidak mengamalkan membaca dan menulis,

﴿وَمَا كُنتَ تَتْلُو مِن قَبْلِهِ مِن كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ ۖ إِذًا لَّارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ﴾  

Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari(mu).: [Al-3ankabut 29: 48]]

Bagi pemahaman ini mereka membawa perkara ini kerana mereka tidak melihat baginda menulis dan membaca di hadapan mereka, Oleh itu, walaupun membuktikan bahawa baginda mempunyai keupayaan untuk membaca dan menulis, tiada kepentingan  bagi baginda menafikan keharusan sebagai seorang rasul -. utusan atau Khalifah Allah di bumiNya - tidak boleh membaca atau menulis dengan  kelakuan buta huruf . Al-Rasul Muhammad (S) memerlukan lembaran dari Taurat Musa diterjemahkan kepada baginda dan baginda tidak mendalaminya dan Ali (as) yang membacakannya; kerana ia dalam bahasa yang lain dari bahasa Arab. Ini juga menafikan apa sahaja dakwaan sesetengah daripada mereka, ia adalah bahawa Al-Hujjah itu sentiasa mengetahui semua bahasa dan dalam semua hal.

Perhatian yang mesti sentiasa diberikan di sini adalah bahawa kita bercakap mengenai Khalifah Allah di bumiNya di alam jasmani ini, dan kita tidak bercakap mengenai roh yang merangkuminya, maka baginda di alam dunia ini banyak yang tidak diketahui baginda seperti orang lain, dan baginda tidak mengetahui melainkan apa yang diajarkan pada baginda atas usahanya atau apa yang dikehendaki Allah untuk mengajarnya melalui wahyu sesuai dengan hikmah Allah Al-Hakim Mutlak dan tidak mengikut pemalsuan manusia dan tuntutan mereka, maka mungkin ia dikenalkan oleh Allah apa yang perlu untuknya. Maka didedahkan (dikasyafkan) oleh Allah kepadanya sebahagian pengetahuan yang tersimpan di halaman kewujudanNya. Dan yang dihijab oleh jasad dan alam dunia yang padat ini. Hasilnya adalah bahawa Ilmu Al-Hujjah adalah apa yang diterangkannya, ia adalah wahyu terus dari Allah kepada semua yang diperlukan oleh kemanusiaan untuk terus hidup dan mengenal kebenaran dan makrifah yang dikehendaki Allah dari mereka, dan bukanlah sebahagian ilmu Al-Hujjah yang perlu dalam mengetahui ilmu bahasa bagi kitab-kitab samawi atau bahasa-bahasa lain atau menghafal isi ayat kitab-kitab samawi. Ya, Menjadi penghafal setiap makna yang terkandung di dalam kitab-kitab samawi dan kesahihan maksudnya dan tanpa perlu membaca atau bersedia oleh tangannya sendiri. Kitab-kitab samawi semuanya disimpan di halaman Al-Maksum bagi kesahihan dan makna dalam menentukan hakikat dan maknanya, dan setiap hujjah tulisan (kitab) dan pengetahuannya yang khusus padanya dan pada orang-orang di zamannya dan apa yang mereka perlukan darinya.

Dan bukanlah sebahagian ilmu Al-Hujjah yang mesti pada sesuatu pengetahuan dengan ilmu-ilmu kebendaan, walaupun yang penting untuk kehidupan manusia, seperti perubatan, dan dalam kejadian itu Al-Hassan dan Al-Hussein (as) telah memanggil doktor (tabib) untuk merawat Amir Al-Mukminin (as) sudah cukup bagi mereka yang mencari kebenaran.

Berikut adalah sebahagian daripada hadits yang merujuk kepada Ilmu Khalifah Allah di bumiNya:

Disebut dalam Kitab Al-Kafi oleh Al-Kulaini: Jilid 1, Bab imam-imam mewarisi ilmu Nabi (Muhammad) dan semua nabi-nabi dan washi-washi sebelum mereka.

·    محمد بن يحيى، عن سلمة بن الخطاب، عن عبدالله بن محمد، عن عبدالله بن القاسم، عن زرعة بن محمد، عن المفضل بن عمر قال: قال أبو عبدالله عليه السلام: إن سليمان ورث داود، وإن محمدا ورث سليمان، وإنا ورثنا محمدا، وإن عندنا علم التوراة والانجيل والزبور، وتبيان ما في الالواح، قال: قلت: إن هذا لهو العلم؟ قال: ليس هذا هو العلم، إن العلم الذي يحدث يوما بعد يوم وساعة بعد ساعة 

·      «Muhammad bin Yahya, daripada Salamah bin Al-Khattab, dari Abdullah bin Muhammad, dari Abdullah bin Al-Qasim, dari Zar’ah bin Muhammad, dari Al-Mufadhdhal bin Omar katanya: Abu Abdullah (as) berkata: bahawa Sulaiman mewarisi Daud, dan bahawa Muhammad mewarisi Sulaiman, dan sesungguhnya kami mewarisi Muhammad, Pada kami ilmu Taurat, Injil dan Zabur, dan menerangkan apa yang ada di papan-papan (loh), katanya: Aku berkata: Sesungguhnya ini adalah ilmu. Beliau berkata: Ini bukanlah ilmu, bahawa ilmu yang berlaku hari demi hari dan jam demi jam [18]

·      Ahmad bin Idris, dari Muhammad bin Abdul-Jabbar, dari Safwan bin Yahya, dari Syu’aib Al-Hadad, dari Dhurais Al-Kanasi berkata: Aku menemui Abi Abdillah (as) dan di sisi ada Abu Bashir, maka berkata Abu Abdillah (as): Sesungguhnya Daud mewarisi ilmu para nabi, dan Sulaiman mewarisi Daud dan bahawa Muhammad (S) mewarisi Sulaiman, dan sesungguhnya kami mewarisi Muhammad (S), dan pada kami ada suhuf Ibrahim dan papan-papan (loh) Musa. Lalu Abu Bashir berkata: Sesungguhnya ini adalah ilmu. Beliau berkata: Wahai Abu Muhammad Ini bukanlah ilmu, sesungguhnya ilmu apa yang berlaku pada waktu malam dan siang, hari demi hari dan jam demi jam. [19]

Disebut dalam kitab Bashair Al-Darajaat oleh Al-Shafar:. halaman 344, Bab dibaca sesuatu selepas sesuatu, hari demi hari dan jam demi jam, pada apa yang berlaku.

·      «Dari Ayub bin Noh dari Safwan bin Yahya, dari Syu’aib dari Dhurais dari Abi Abdullah (as) katanya, Aku mendengar dia berkata: Sesungguhnya ilmu mengenainya apa yang berlaku pada waktu malam dan siang, dari hari ke hari dan jam demi jam.»

·      «dan dari Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Al-Nu'man dari Ibn Miskan untuk Dhurais katanya: Aku bersama Abu Bashir di sisi Abu Jafar (as), Abu Basir berkata kepadanya: Dari mana tuan mengetahui ilmu, Semoga aku menjadi tebusanmu, beliau berkata: Wahai Abu Muhammad bahawa ilmu kami tidak mengetahui yang ghaib walaupun Allah mewakilkan ilmu kepada kami atas Dirinya sebagaimana sebahagian dari kamu, tetapi berlaku padanya jam demi jam »

·      «dan dari Ahmad bin Muhammad dari Al-Hussein Sa’id dari beberapa sahabat kami daripada Abu Bashir katanya: Aku berkata kepada Abu Abdullah (as) Semoga aku menjadi tebusanmu, Mana satukah ilmu di sisi tuan? Katanya: apa yang berlaku pada malam dan siang, dan ia adalah perkara demi perkara, sesuatu demi sesuatu sehingga hari kiamat.

·      «Dan dari Ahmad bin Muhammad dari Ibn Sinan dari Abu Bashir katanya, Aku mendengar dia berkata: bahawa suhuf yang utama pada kami adalah suhuf Ibrahim dan Musa, Dhurais berkata kepadanya, bukankah ia papan-papan (loh), beliau berkata: Ya, Dhurais berkata: Sesungguhnya ini adalah ilmu. Beliau berkata: Ini bukan suatu ilmu tetapi ini kesan (tinggalan), bahawa ilmu adalah apa yang berlaku pada malam dan siang hari, hari demi hari dan jam gemi jam.»

·      «Dan dari Abdullah bin Muhammad, daripada Muhammad bin Al-Walid atau diriwayatkan daripada Muhammad bin Al-Walid, dari Yunus bin Ya’kub dari Mansur Bin Hazim katanya: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: kita mempunyai sebuah sahifah (suhuf) padanya terdapat denda bagi yg melukai, Aku berkata: Sesungguhnya ini adalah ilmu. beliau berkata: ini bukan ilmu tetapi kesan, tetapi ilmu adalah yang berlaku dalam setiap hari dan malam dari Rasulullah (S) dan dari Ali bin Abi Talib (as).»

·     »وعن محمد بن عيسى عن صفوان بن يحيى عن شعيب الحداد عن ضريس الكناسي قال: كنت عند أبي عبد الله (عليه السلام) فقال أبو عبد الله: إن عندنا صحف إبراهيم وألواح موسى، فقال له أبو بصير: إن هذا لهو العلم، فقال: ليس هذا العلم إنما هو الإثرة، قال: إنما العلم ما يحدث بالليل والنهار يوم بيوم وساعة بساعة«.

·      «Dan dari Muhammad bin Isa, dari Safwan bin Yahya, dari Syu’aib Al-Hadad, dari Dhurais Al-Kanasi katanya: Aku berada di sisi Abu Abdillah (as) lalu Abu Abdullah berkata: bahawa pada kami ada suhuf Ibrahim dan papan-papan (loh) Musa. Maka Abu Bashir berkata kepadanya,: Ini adalah ilmu. beliau berkata: ini bukan ilmu tetapi ia adalah kesan, katanya, bahawa ilmu adalah apa yang berlaku pada malam dan siang hari, hari demi hari dan jam demi jam.»


»وعن أحمد بن محمد عن علي بن الحكم عن سيف بن عميرة عن أبي الصباح قال: حدثني العلا بن سيابة عن أبي عبد الله (عليه السلام) قال: إنا لنعلم ما في الليل والنهار«.

·      «Dan dari `Ahmad bin Muhammad dari Ali bin Al-Hakim dari Saif bin ‘Amira dari Abu Al-Shabah katanya: diberitahu padaku Al-‘Ala bin Sababah dari Abi Abdillah (as) dia berkata: Sesungguhnya kami tahu apa yang (berlaku) pada malam dan siang hari.»


------------------------------------
[18] Al-Kafi oleh Al-Kulaini: Jilid 1, halaman 224-225
[19] Al-Kafi oleh Al-Kulaini: Jilid 1, halaman 225.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Tiada ulasan: