Ahad, 12 Mac 2017

Khalifah Allah dan Sifat-sifat Mukjizat


Khalifah Allah dan Sifat-sifat Mukjizat: [20]

Sebahagian daripada mereka percaya bahawa antara sifat-sifat seorang maksum itu adalah ia tidak mempunyai bayang-bayang, dan jika berjalan di atas batu akan memberi bekas dan tidak akan memberi bekas apabila berjalan di tanah lembut. dan sesungguhnya dagingnya tidak dimakan binatang liar atau binatang liar tidak menyerangnya.... dan lain-lain

Sebenarnya ini adalah iktiqad (kepercayaan) yang batil (salah), Sesiapa yang beriktiqad seorang Maksum bersifat dengan sifat ajaib sebagai sifat yang ada di dalam dirinya (as) maka ia adalah aqidah yang menyeleweng, keadaannya adalah:

Pertama: Ia bertentangan dengan Al-Quran yang diambil iktibar daripada Muhammad (S) - Khalifah Allah terbaik - bahawa dia seorang manusia biasa dan mempunyai sifat-sifat jasmani kemanusiaan, dan kelebihannya bersifat rohani (Rohiyah) hasil dari keikhlasan baginda (S), dan ia bukan sifat-sifat jasmani, Firman Allah SWT:

﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا﴾

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". [Al-Kahf 18: 10],

dan FirmanNya lagi:

﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ ۗ وَوَيْلٌ لِّلْمُشْرِكِينَ﴾

Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya. Dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya, [Fushshilat 41:6]

Kedua: Menuduh Allah menyalahi (melanggar) sifat Adil, dan melebihkan sebahagian daripada penciptaan (makhluk) atas sebahagian yang lain sebelum menguji mereka dan melebihkan sebahagian atas sebahagian yang lain pada amalan.

Ketiga: Menuduh Allah menyalahi Al-Hikmah (kebijaksanaan) di mana walaupun pada hakikatnya khalifah-khalifahNya mempunyai sifat-sifat mukjizat sebagaimana dakwaan mereka yang aqidahnya terseleweng, Allah memberikan kepada mereka dengan mukjizat yang kurang kelihatan pada keajaiban dari sifat itu, Maka kesan-kesan pada batu yang disifatkan pada Musa (as) - Menurut ahli aqidah yang rosak - lebih besar daripada mukjizat sementara dan didatangkan kepada Musa (as). Ia adalah menukarkan tongkat menjadi ular, dan apabila Musa masuk ke istana Firaun tentulah lantai istana Firaun akan rosak dan pecah-pecah, menurut dakwaan mereka yang bodoh itu. Di mana mereka percaya dia mempunyai sifat yang meninggalkan bekas pada batu, dan ini adalah kesan kekal dan tidak boleh dikatakan ia adalah sihir. Apa yang diperlukan Musa selepas semua ini adalah menukarkan tongkat kayu menjadi ular, dan Firaun mengatakan mengenainya ia adalah sihir.

Keempat: Aqidah yang sesat (meyeleweng) sepertimana kepercayaan bahawa haiwan pemangsa tidak makan atau tidak menyerang Al-Maksum atau Imam membenarkan mereka untuk membunuh Al-Hussein (as) dengan memancungnya, tetapi mereka memberikan hujah bagi mereka yang tidak beriman pada Al-Hussein (as); kerana, menurut kepercayaan ini membuktikan pada mereka bahawa beliau (as) bukanlah seorang imam. Kerana kuda tunggangan adalah binatang yang memijak dadanya, Jika binatang pemangsa tidak akan menyakiti (menyerang) Imam yang sebenar atau Khalifah Allah. Bahagian pertamanya adalah bahawa kuda kesayangan (tunggangan) itu tidak menginjak-injak dadanya, dan dengan itu ia menunjukkan pada aqidah batil mereka hujah bagi mereka yang tidak beriman kepada Aali (keluarga) Muhammad (as) dengan mencabar Imamah (kepimpinan) Imam-imam (as).

Pada hakikatnya bahawa apa yang diriwayatkan adalah bertentangan dengan aqidah ini sepenuhnya, telah diriwayatkan bahawa haiwan pemusnah menginjak-injak badan (jasad) Al-Hussein (as) kerana kuda yang menginjak itu dipacu oleh manusia. Diriwayatkan Al-Hussein (as) ketika sedang menuju ke Iraq, bediri dan memberi ucapan:

·    الحمد لله وما شاء الله ، ولا قوة الا بالله بالله [وصلى الله على رسُوله]، خط الموت على ولد آدم مخط القلادة على جيد الفتاة وما أولهني إلى أسلافي اشتياق يعقوب إلى يوسف ، وخير لي مصرع انا لاقيه ، كأني بأوصالي تقطعها عسلان الفلوات بين النواويس وكربلا ، فيملان مني أكراشا جوفا وأحوية سغبا ، لا محيص عن يوم خط بالقلم ، رضا الله رضانا أهل البيت نصبر على بلائه ويوفينا أجور الصابرين ، لن تشذ عن رسول الله لحمته ، وهي مجموعة له في حظيرة القدس ، تقر بهم عينه وينجز بهم وعده ، من كان باذلا فينا مهجته ، وموطنا على لقاء الله نفسه ، فليرحل معنا فاني راحل مصبحا إن شاء الله [تعالى]

·      «Segala puji tertentu bagi Allah dan apa yang dikehendaki Allah, tiada kekuatan melainkan dari Allah. [dan selawat kepada Allah atas Rasul-Nya] garis kematian ke atas anak-anak Adam meniup hidung, mengalung seorang gadis yang baik dan menyedihkan nenek moyangku yang merindukan Yakub kepada Yusuf, Dan yang baik bagiku, aku dibunuh untuk melindungi, seolah-olah aku sampai digugurkan haiwan pemangsa yang liar (Asalan Al-Falawat) antara pemaqaman (Al-Nawawis) dan Karbala, maka mereka mengisikan ku ke rongga perut gendut yang gelap dan kelaparan. Tidak dapat dielakkan dari hari ukiran qalam. Redha Allah redhalah kami Ahl Al-Bait yang besabar dengan kerananya dan akan dibayar balik ganjaran orang-orang yang sabar. Tidak akan menyimpang dari Rasulullah darah dagingnya, Mereka dikumpulkan di tempat suci terpelihara. Mata mereka mengakui dan memenuhi janji mereka, Sesiapa yang siap berorban jiwa bersama kami dan yakin akan bertemu dengan Allah maka hendaklah ia bergegas untuk pergi bersama kami. Sungguh esok hari aku akan berangkat, insya Allah Ta’ala.» [21]

Telah berkata Zainab Ali (as):

o .... « Adakah kamu fikir, Wahai Yazid, bahawa -apabila kamu sekat semua jalan di bumi dan di ufuk langit di hadapan kami, supaya kami didorong dan dipacu sebagai tawanan - bahawa kami tidak bernilai di sisi Allah dan pada kamu. Baginya kemuliaan kerana kamu menikmati kedudukan yang hebat……. Kerana aku demi Allah wahai musuh Allah dan anak kepada musuhNya. Padaku kamu remeh, yang hebat serangan lisan teguran kamu tetapi mata yang menangis, dan dada dipenuhi dengan kemurungan dan ia tiada ganjaran atau menjadikan kami kaya kerana telan dibunuh Al-Hussein (as). Dan golongan syaitan membawa kami lebih dekat kepada golongan bodoh untuk memberi mereka harta-harta yang ditegah atas kamu yang diharamkan Allah. Maka tangan-tangan tersebut berlumuran darah kami; mulut tersebut memakan daging kami, manakala mayat-mayat mereka yang suci ditawarkan sebagai makanan kepada binatang-binatang liar. Jika kamu menganggap kami sebagai harta rampasan yang mengayakan kamu, kamu hendaklah segera sukakan kami sebagai lawan kamu -yakni akan terjadi apabila kamu tidak dapat apa-apa melainkan apa yang dibuat oleh tangan kamu yang zalim ... »[22]

·      «.....  Walaupun bencana memaksa aku untuk bercakap dengan kamu, aku melihat kamu remeh di mataku dan kamu mencari serangan lisan yang hebat dan aku menganggap teguran kamu terlalu banyak untuk ditanggung, tetapi mata yang menangis, dan dada dipenuhi dengan kemurungan. Apa yang lebih pelik lagi adalah bahawa Parti Allah yang dimuliakan sedang dibunuh oleh Parti syaitan yang disingkirkan. Maka tangan-tangan tersebut berlumuran dengan darah kami; mulut tersebut memakan daging kami, manakala mayat-mayat mereka yang suci dan murni ditawarkan sebagai makanan kepada binatang-binatang liar yang kotor berdebu (Ummahat Al-Fara’il) dan kasar, Jika kamu anggap kami sebagai harta rampasan kamu, seharusnya kamu melayan kami sebagai musuh – itu kerana kamu tidak dapat apa-apa melainkan yang diberikan, sekali-kali tidaklah Tuhan kamu menganiaya hamba-hamba-Nya...». [23]

Dan "Asalan Al-Falawat": adalah haiwan pemangsa yang liar atau termasuk serigala khususnya, dan "Ummahat Al-Fara’il": iaitu dubuk, dan ucapan yang boleh dilihat dan jelas.

·      «Seolah-olah aku sampai digugurkan haiwan pemangsa yang liar (Asalan Al-Falawat) antara pemaqaman (Al-Nawawis) dan Karbala, maka mereka mengisikan ku ke rongga perut gendut yang gelap dan kelaparan. tidak dapat dielakkan dari hari ukiran qalam.».

·      «Manakala mayat-mayat mereka yang suci dan murni ditawarkan sebagai makanan kepada binatang-binatang liar yang kotor berdebu dan kasar (Ummahat Al-Fara’il),».

Ada yang cuba mentafsir (mentakwil) riwayat-riwayat ini dengan tafsiran yang lemah dan tidak menurut kritikan ilmiah. Pada hakikatnya, mereka boleh mentafsirnya (mentakwil) kecuali jika perlu, tetapi tidak ada keperluan di sini untuk ditafsirkan, tidak ada dalil akat dan naqal yang qat’ei (muktamad) yang dikeluarkan dan petunjuk yang berguna untuk dipercayai bahawa badan (jasad) Khalifah Allah tidak boleh diinjak-injak oleh haiwan  ia tidak masuk akal, manakala terbukti secara pasti manusia yang berakal menginjak-injak atas tubuhnya sehingga terjadi putusnya jari Al-Hussein (shalawatu Allah 3alaih) dan  mereka mendakwa telah putus selain jarinya, demi bapa dan ibuku  menjadi tebusan baginya [24]

Pada hakikatnya,  sekurang-kurangnya dikatakan: Jasad Imam seperti jasad manusia lain, dan sesiapa yang mahu menambah sifat bagi jasad  Imam, atau Khalifah Allah di bumiNya dia hendaklah mendatangkan dalil, jika tidak kata-katanya tiada nilai ilmiah. Tambahan pula: Bahawa yang meriwayatkan atasnya mengenai Imam Al-Hussein (shalawatu Allah 3alaih) saudara perempuannya Al-Aqilah (shalawatu Allah 3alaihada) adalah petunjuk yang jelas, dan sekurang-kurangnya ini adalah apa yang difahami secara zahir. Dan yang zahir tidak boleh ditolak atau yang difahami dengan jelas tanpa dalil muktamad untuk menghalang yang zahir dan nyata bagi yang diriwayatkan atasnya.

Juga: dalam kisah Yusuf (as) Firman Allah SWT:

﴿قَالَ إِنِّي لَيَحْزُنُنِي أَن تَذْهَبُوا بِهِ وَأَخَافُ أَن يَأْكُلَهُ الذِّئْبُ وَأَنتُمْ عَنْهُ غَافِلُونَ

Berkata Ya'qub: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu lengah dari padanya".[Yusuf 12:13]


Ya’qub adalah seorang khalifah dari khalifah-khalifah Allah dan begitu juga Yusuf, dan kata-kata Ya’qub jelas dalam Al-Quran sebagai hujah dan dalil, maka Ya’qub, menurut Al-Quran tidak percaya dengan keperpercayaan yang rosak ini, bahkan percaya bahawa Yusuf mungkin akan dimakan serigala, dan dengan itu dia takut serigala dan memberi amaran kepada anak-anaknya bahawa serigala akan membaham (makan) saudara mereka Yusuf Khalifah Allah di di bumiNya, dan saudara-saudara Yusuf faham dan percaya bahawa serigala mungkin akan membaham Yusuf (as). Ini pula jawapan Ya’qub (as) dengan mengatakan kepada mereka:

﴿قَالُوا لَئِنْ أَكَلَهُ الذِّئْبُ وَنَحْنُ عُصْبَةٌ إِنَّا إِذًا لَّخَاسِرُونَ﴾

Mereka berkata: "Jika ia benar-benar dimakan serigala, sedang kami sekelompok, sesungguhnya kami kalau demikian adalah orang-orang yang merugi". [Yusuf 12:14]

Jadi Ya’qublah yang membuatkan anak-anaknya percaya dengan yang sebaliknya, apa yang golongan yang sesat percaya hari ini, dan memberitahu di hadapan mereka dengan mengatakannya dengan jelas bahawa ditakuti dia Khalifah Allah akan dimakan serigala. Adakah tersembunyi pada nabi Ya’qub bahawa Khalifah Allah (as) tidak dimakan serigala, sementara perkara ini tidak  tersembunyi bagi golongan yang beraqidah batil (sesat)?!!

Untuk mengatakan bahawa Ya’qub (as) sesungguhnya mahukan sesuatu dari segi dalaman (batin), dan niat dengan ancaman serigala oleh saudara-saudara Yusuf (as), maka perkara ini tidak bercanggah dengan hakikat bahawa kata-kata zahir Ya’qub - dan memahaminya oleh yang mendengar dan yang difahami oleh anak-anaknya, seperti yang terbukti dari tindakan mereka ke atasnya - menunjukkan dengan jelas bahawa serigala boleh  membaham Yusuf (as) Khalifah Allah di buminya, sebagaimana juga  orang lain boleh dimakan olehnya..

------------------------------------
[20] Maksud bersifat mukjizat adalah sifat yang menggambarkannya bagi sepanjang hayatnya tidak berpisah darinya, dan ini bukanlah satu mukjizat yang berlaku pada masa tertentu pada seorang khalifah dari khalifah-khalifah Allah, dan tidak berlaku pada khalifah yang lain pada masa yang lain. Sebagai contoh, jika dibawakan riwayat yang mengatakan mereka melihat Khalifah Allah berjalan di jalan-jalan dan beliau tidak mempunyai baying-bayang, ini tidak ada masalah pada kebenarannya jika sahih mukjizat itu berlaku dan ada orang yang melihatnya untuk dipercayai atau untuk meningkatkan imannya dan   juga yang menceritakannya jelas dan memberi manfaat kepada yang lain. Adapun kalau riwayat khalifah Allah dikatakan bahawa dari sifat-sifat atau watak Khalifah-khalifah Allah yang mereka tidak mempunyai baying-bayang, Ini adalah riwayat tidak sahih dan sesiapa yang mempercayainya aqidahnya telah menyeleweng seperti yang telah diterangkan. Satu lagi contoh: jika seseorang berkata saya melihat bahawa Khalifah Allah tidak dimakan binatang liar atau sujud kepadanya atau menyerahkan diri kepadanya tidak ada masalah dalam hal ini, jika benar riwayat itu; kerana mukjizat ini boleh berlaku. Jika riwayat seseorang yang mengatakan bahawa Khalifah Allah sifatnya tidak dimakan haiwan liar, ini adalah riwayat yang batil dan sesiapa yang mempercayainya aqidahnya telah menyeleweng. Saya katakan bahawa sesiapa yang menyeleweng, dia pada hakikatnya kafir (ingkar) pada Imam Al-Hussein (as). Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa kuda-kuda memijak dadanya, dan singa makan sebahagian dari tubuhnya. Maka dengan mengambil kira penyelewengan bahawa Al-Hussein ini bukan seorang imam, tetapi mereka yang menyeleweng ini telah memberikan kepada mereka yang tidak percaya alasan pada Imamah Al-Hussein untuk mengingkari Imamahnya.
[21] Al-Lahuf Fi Qatla Al-Thafuf – Ibn Thawus: hal 38; Kasyf Al-Ghummah Fi Ma3rifah Al-Imam – Al-Rabl:. Jilid 2, hal. 239; Bihar Al-Anwar - Al-Majlisi: Jilid 44, hal. 366-367, hal. 397; Mutsir Al-Ahzan - Ibn Namma Al-Hilli: hal 29; Nazihah Al-Nadzir Watanbih Al-Khathir – Al-Halawani: hal. 86; A-3awalam, Al-Imam Al-Husain (as) - 3abd Allah Al-Bihrani: hal. 216; Liwa3ij Al-Isyjan - Muhsin Al-Amin: hal. 70; Mausu3ah Kalimat  Al-Imam Al-Husain (as)
[22] Bilaghat Al-Nisa' - Ibn Thaifur: hal. 22; Syarah Ihqaq Al-Haq – Al-Mur3asyi: Jilid 33 hal. 681
[23]. . Al-Lahuf 3ala Qatla Al-Thafuf – Ibn Thawus: hal 107;  Bihar Al-Anwar - Al-Majlisi: Jilid 45, hal. 134- 135; Liwa3ij Al-Isyjan - Muhsin Al-Amin: hal. 230..
[24] Lihat:. Lampiran (2).


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Tiada ulasan: