Rabu, 1 Mac 2017

Seruan Mentaati Khalifah Allah. – Bai’atu Lillah


DIA MEMBAWA NASH LANTIKAN DARI ALLAH DAN RASUL
DIA MEMBAWA  ILMU DAN HIKMAH DARI ALLAH
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU lILLAH

MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI





Peraturan Mengenal Hujah Allah

c. Seruan Mentaati Khalifah Allah. – Bai’atu Lillah


بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Syed Ahmad Al-Hassan datang dengan membawa dalil-dalil perlantikan atau wasiat Rasulullah dan beliau memiliki Ilmu dan Hikmah untuk disebarkan kepada semua manusia dari riwayat-riwayat (hadits-hadits) dan apa yang dinyatakan dan diturunkan di dalam kitab Allah, Taurah dan Injil dan Al-Quran dan Suhuf Ibrahim dan Nuh (as) dan datang dengan ilmu dalam teori-teori saintifik (ilmiah), untuk menghujjah atheis yang tidak percaya kepada tuhan.

Kemudian Allah mengarahkan mereka yang menyembahNYA pada waktu tersebut iaitu para Malaikat dan Iblis untuk sujud kepada Adam a.s, sepertimana dalam firmanNYA: 

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padaNya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya (Al-Hijr 15:29), 


c.    Seruan mentaati khalifah Allah. – bai’atu Lillah

6.    Siapa yang menyeru supaya beriman dengan Al-Mahdi dan apakah tindakan penyeru (Al-Mahdi) dan umat manusia.



Dan

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا﴾

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu. (Al-Kahf 18:50)

Ketiga-tiga syarat ini adalah peraturan yang ditetapkan Allah SWT dalam mengenali hujahNYA atas umat manusia dan khalifah Allah SWT di muka bumiNYA. Ianya adalah Sunnah Allah (Aturan Allah) yang telah ditetapkan dalam mengenali khalifah Allah sejak dari hari pertama penciptaan Adam a.s lagi. Ianya akan terus berkekalan sehingga pengakhiran dunia iaitu hari Kiamat, sebagaimana firmanNYA:

﴿سُنَّةَ اللَّـهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾

Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang berlaku kepada orang-orang yang telah lalu dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu. (Al-Ahzab 33:62)

﴿سُنَّةَ اللَّـهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾

"Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu. (Al-Fath 48:23)

Peraturan Ilahi Dalam Penentuan Imam, Ketua Dan Khalifah Allah Adalah Bersesuaian Dengan Fungsi Akal Yang Sihat. 

Secara logiknya mana-mana insan yang memiliki kilang, ladang, kapal atau apa sahaja yang melibatkan pekerja yang bekerja untuknya. Hendaklah dia menentukan salah seorang daripada pekerja-pekerjanya untuk menjadi ketua dan dijelaskan namanya agar tidak berlaku anarki. Perlantikan ini juga perlu ditetapkan pada orang yang paling tahu dan berkelebihan, serta diarahkan semua pekerja agar mentaati ketua tersebut dalam melaksanakan apa yang diinginkannya. Kegagalan pemilik untuk berbuat demikian pasti akan mengakibatkan impiannya hancur musnah kerana ketiga-tiga aspek ini menggambarkan kebijakan seseorang. Oleh itu, sekiranya kita berkeyakinan bahawa kesemua aspek ini adalah keperluan bagi manusia yang bergelar pemilik, bagaimana pula kita mengharuskan salah satu dari tiga aspek ini ditinggalkan Allah SWT, sedangkan DIA SWT adalah Pemilik dan Penguasa mutlak buat semesta alam ini? 

Pelbagai contoh pemilik bot, kilang, ladang atau apa sahaja yang memerlukan sekumpulan orang yang bekerja untuknya, bukankah dimestikan padanya untuk menentukan kapten botnya, pengarah kilangnya atau ketua bagi mereka? Jika dia meninggalkan perkara tersebut sehingga menyebabkan tenggelamnya bot atau musnahnya kilang atau berlaku sesuatu yang berbahaya, maka sudah tentu pemilik itu dianggap bodoh atau tidak bijak.

Tetapi setelah ditetapkan kapten bot, pengarah kilang atau ketua dan ternyata bukanlah yang paling berkebolehan dalam bidangnya. Ini pasti mengakibatkan kekurangan dalam pengeluaran kilang atau berlakunya sesuatu yang menyebabkan bahaya tertentu seperti tenggelamnya bot disebabkan kejahilan ketua ini dalam mengendalikan prosedur-prosedur dan operasi berkaitan botnya. Sudah tentu pemiliknya akan dipersalahkan dan dicop sebagai bodoh atau tidak bijak. Ianya adalah satu kemestian dan keperluan untuk memilih yang paling tahu di kalangan pekerjanya atau melengkapkannya dengan ilmu sepatutnya agar berkelayakan dan berkemampuan dalam memimpin bot untuk kembali semula ke darat dengan aman dan mengoperasikan kilang sehingga memperolehi pengeluaran terbaik.

Setelah itu, pemilik tersebut perlu mengarahkan pekerja-pekerjanya untuk mematuhi orang yang dilantiknya itu. Jika tidak ianya akan menyebabkan pekerja-pekerjanya bertindak sesuka hati mereka setelah tidak diarahkan untuk berbuat demikian?. Bila berlakunya anarki, maka sudah tentulah pemiliknya akan dianggap sebagai kurang bijak atau bodoh kerana tiada faedahnya menetapkan kepimpinan atau ketua yang berkelayakan, sekiranya tidak diarahkan mentaatinya. Tidak akan ada orang yang berakal lagi bijaksana akan berpendapat selain daripada ini iaitu wajib ditentukan ketua yang mempunyai ilmu atau kepandaian yang mencukupi serta diwajibkan untuk mematuhi arahannya.

Ini semua dibuktikan di dalam Al-Quran bilamana Allah SWT menetapkan peraturan ini bersama-sama dengan penentuan Adam a.s sebagai khalifah Allah yang pertama di atas muka bumiNYA. Ini adalah peraturan dalam mengenali khalifah Allah atau hujahNYA ke atas hamba-hambaNYA, sekaligus peraturan dalam mengenal Allah SWT kerana dengan mengenali khalifah Allah ini, maka akan dikenali Allah SWT. Peraturan Ilahi ini disebutkan dalam firmanNYA seperti berikut:

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا﴾

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: SesungguhNya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertaNya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: SesungguhNya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:30)
                  
﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

"Dan Dia telah mengajarkan Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkanNya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuaNya jika kamu golongan yang benar. (Al-Baqarah:31)

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padaNya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Al-Hijr:29)

Malahan terdapat banyak teks di dalam kitab Taurat dan Injil yang menerangkan hal yang serupa iaitu peraturan dalam mengenali khalifah Allah atau peraturan dalam mengenal Allah SWT, sepertimana yang telah diterangkan.

Persoalannya, siapakah pemegang wasiat (Washiy) Rasulullah (S)? siapakah orang yang paling alim selepas Rasulullah (S) ? Siapakah yang diarahkan oleh Rasulullah (S)  dengan perintah Allah SWT supaya ditaati selepasnya? Peribadi yang melengkapi ketiga-tiga peraturan Ilahi ini mestilah wujud pada setiap zaman. Jika ada yang mengatakan ianya tidak wujud, maka dia telah menuduh Allah SWT sebagai tidak bijaksana? Siapakah yang ingin berkata sedemikian? Soalan ini hendaklah dijawab dengan hati yang insaf dalam mencari kebenaran.

Di samping itu, jika kita renungi mereka yang menolak untuk tunduk kepada perintah Allah SWT, tidak menerima kewujudan perantara antaranya dan Allah SWT, dan membantah untuk menjadikan Adam a.s sebagai kiblatnya kepada Allah SWT adalah Iblis Laknatullah (Tawus Al-Malaikah) sejak dari mula lagi. Ya, diulang sekali lagi bahawa yang membantah untuk sujud kepada Adam a.s adalah Tawus Al-Malaikah iaitu yang paling alim dan paling banyak ibadahNya kepada Allah SWT di kalangan Malaikat. Seharusnya kita mengambil iktibar dan bertadabbur dalam dalam menjawab persoalan yang telahpun disebutkan Allah SWT dalam firmanNYA: 

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا﴾

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunanNya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu. (Al-Kahf:50)


Perincian Peraturan Ilahi Bagi Mengenal Khalifah Allah


Peruntukan Ilahi ke atas Adam a.s berubah ke dalam bentuk wasiat disebabkan wujudNya khalifah terdahulu bilamana dinaskan atau diperuntukkan ke atas orang selepasnya dengan perintah Allah SWT berdasarkan kewajipannya sebagai khalifah Allah di muka bumiNYA, sebagaimana yang difirmankan: 

﴿إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا﴾

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahliNya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. sesungguhnya Allah itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Al-Nisa:58)

Tujuan Allah SWT mengajarkan Adam a.s nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkannya akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, memperelokkan dia dengannya dan memanifestasikanNya pada dirinya sebelum bergelar khalifah Allah di muka bumiNYA. Maka tindakan Adam a.s menerangkan kepada para Malaikat nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkan mereka akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, yang mana diciptakan mereka daripadanya. Oleh itu Allah SWT mengenalkan Adam a.s akan kesemua Nama-nama ketuhanan bersesuaian dengan kedudukannya sebagai khalifah Allah. Adapun di kalangan Malaikat tiada satu pun yang tahu melainkan hanya satu atau beberapa nama yang diciptakan mereka daripadanya. Dengan ilmu dan hikmah ini, maka terbuktilah hujah Adam a.s sebagai khalifah Allah SWT ke atas para Malaikat.

Perkara ketiga di dalam peraturan Ilahi ini ialah arahan Allah SWT kepada para Malaikat dan Iblis untuk sujud kepada Adam a.s. Ini bagi mempraktikkan perbuatan yang perlu dilakukan oleh khalifah Allah selaku individu yang diamanahkan khilafah padanya. Ia juga bagi mempraktikkan peranan yang perlu dimainkan oleh wakil-wakil (Malaikat) Allah SWT selaku pekerja dan penuntut di sisi khalifah Adam a.s. Sekaligus menetapkan bahawa Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT di atas muka bumiNYA hanya dapat direalisasikan dengan mentaati khalifah Allah di muka bumiNYA. Hal yang sama juga berlaku pada semua Rasul termasuk Nabi Muhammad (S) , di mana mereka a.s membawa panji yang sama iaitu kepatuhan (Baiah) hanya kepada Allah atau Ketuanan dan Kekuasaan hanya untuk Allah SWT. Kesemua mereka a.s berhadapan dengan tentangan orang-orang yang ingin mengekalkan status quo iaitu Ketuanan Manusia dan sekaligus menolak Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, sehinggakan mereka a.s sentiasa dicurigai disebabkan tuntutan dan pertentangan ini. Isa a.s dikatakan datang untuk menuntut pemerintahan Bani Israel, sepertimana yang dituduhkan musyrikin Quraysh kepada Nabi Muhammad (S)  : bukan Syurga dan bukan Neraka tetapi kekuasaan yang diinginkanya atau dengan kata lain Muhammad (S)  diutuskan untuk menuntut kekuasaan bagi diri dan keluarganya. Tuduhan yang sama juga dilemparkan kepada Ali a.s sebagai gilakan takhta kekuasaan.

Namun bagi pengkaji-pengkaji sirah, hakikat sebenar yang berlaku adalah sebaliknya kerana penolakan mereka a.s terhadap dunia serta segala perhiasan yang ada di dalamnya samada berupa harta benda atau pangkat kekuasaan adalah amat nyata sekali. Mereka a.s hanya melaksanakan perintah Allah SWT supaya menuntut pengembalian Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT di muka bumiNYA. Malah mereka a.s mengetahui bahawa manusia tidak akan sekali-kali menyerahkan kekuasaan tersebut kerana akan ditentang dengan cara diperlekeh, dihina, dikeji, cubaan bunuh dan dipenjarakan. Inilah yang berlaku kepada pengganti serupa Isa a.s bilamana dipakaikan mahkota duri dan diperlekehkan sebelum dia disalib. Hal sedemikian juga berlaku kepada Ali a.s bilamana dipecahkan pintu rumahnya sehingga menyebabkan remuk tulang rusuk isterinya Fatimah a.s, serta diheret keluar secara paksa sedang pedang-pedang berkilauan di mukanya. Musa ibnu Jaafar Al-Kadzim a.s juga dipenjarakan sehingga maut bilamana dia a.s menetapkan sempadan Fadak sebagai Kekuasaan dan khilafah Allah di muka bumiNYA.

Beginilah tanggapan biasa orang-orang jahil yang sentiasa beranggapan bahawa tuntutan empunya sebenar kekuasaan Ilahi sebagai alasan untuk menjatuhkan mereka, sambil meneriakkan di muka empunyanya bahawa kedatangannya untuk menuntut kekuasaan bagi kepentingan dirinya sendiri. Hakikat sebenarnya bukan itu yang diinginkan oleh khalifah Allah ini dalam menuntut kekuasaan dunia, kerana dia sedia maklum bahawa tuntutannya ini akan menjadi sebab utama kehormatannya dicela dan diperlekehkan serta bakal ditentang hebat oleh mereka yang jahil ini. Malahan mereka yang jahil ini akan menggunakan cara yang biasa digunakan oleh kebanyakan manusia iaitu jalan tipu daya dan pemalsuan atau pembunuhan dan ancaman ketakutan untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Ini terbukti bilamana Ali a.s menuntut kekuasaan dan berkata aku adalah pemegang wasiat Rasulullah (S)  dan aku adalah khalifah Allah di muka bumiNYA, Namun hakikat sebaliknya yang berlaku iaitu Abu Bakar bin Quhafah yang mendapat kekuasaan duniawi, yang kemudiannya berkata perbetulkanlah aku kerana aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Dalam situasi ini, Adakah Ali a.s yang tamakkan dunia atau Abu Bakar yang zuhud akan kekuasaan dunia? Sedangkan Abu Bakarlah yang mengingkari hak Ali a.s sebagai khalifah Allah dan mengingkari wasiat Rasulullah (S)  kerana berkehendakkan kekuasaan dunia? Apakah rasionalnya???

Secara khususnya wasiat didatangkan bersama-sama dengan pemegang-pemegang wasiat (Aushiak) a.s sebagai menguatkan tuntutan mereka a.s di masa yang paling sukar. Sebagai contoh Hussain a.s dalam peristiwa karbala berkata kepada mereka yang memeranginya: carilah di muka bumi ini orang yang paling hampir dengan Muhammad (S)  nescaya kamu tidak akan menjumpaiNya selain aku (انا سبط محمد الوحيد على هذه الأرض). seterusnya Hussain a.s menguatkan tuntutannya dengan wasiat dan nas Ilahi: 

                                               ﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾        

Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui (Ali-Imran:34). 

Mereka yang memahami ayat ini akan cepat mengetahui bahawa Hussain a.s hendak memberitahu tentang wasiat yang ada berserta dengannya a.s kerana dia a.s adalah satu-satunya zuriat yang diamanahkan khilafah dan masih hidup. 


Peraturan Ilahi Di Zaman Kemunculan Imam Mahdi a.s


Setelah kita mengetahui kewujudan peraturan Ilahi dalam mengenali Khalifah Allah di muka bumiNYA sepertimana yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul Alaihimussalam. Maka perlulah kita memanfaat dan beramal dengan peraturan Ilahi di zaman kemunculan yang suci ini iaitu zaman keluarga Muhammad kerana mereka yang tidak mempraktikkan peraturan ini adalah terdiri daripada pengikut-pengikut Iblis LA sepertimana yang diterangkan sebelum ini. Di dalam kitab injil juga diterangkan tentang Nabi Isa a.s telah menguatkan dakwaannya bahawa Nabi-nabi terdahulu di kalangan Bani Israel telah menyebutkannya, memberi khabar gembira tentangnya dan berwasiat tentangnya dan disebut namanya dalam kitab Taurat. Dia a.s datang untuk mengajarkan Al-kitab dan hikmah sambil menegakkan panji Ketaatan kepada Allah dan menuntut kekuasaan dan ketuanan Allah SWT di atas muka bumiNYA.

Begitu juga terdapat banyak riwayat di kalangan Ahli keluarga Muhammad (Aali Muhammad) a.s yang menyokong fakta berkaitan dengan peraturan Ilahi ini supaya pendokong-pendokong (Syiah) mereka tidak tersesat. Tetapi amat malang sekali kerana mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong-pendokong Ahlulbayt a.s di akhir zaman memilih untuk mengingkari dan menentang riwayat-riwayat ini dan juga Al-Quran yang mulia. Seterusnya mengikuti jejak langkah Ulamak Pasif (Ghayru Amilin) yang menyesatkan mereka serta mencampuradukkan yang hak dengan yang bathil sehingga mereka gagal untuk kembali kepada peraturan Ilahi dalam mengenali hujah Allah dan khalifahNYA. Peraturan Ilahi ini juga adalah merupakan ujian Allah SWT ke atas umat manusia keseluruhannya sepertimana terdapat dalam Al-Quran dan telah diterangkan sebelum ini. Semoga mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong-pendokong Ahlulbayt (Syiah ahlulbayt) dan juga penganut-penganut agama yang lainNya dapat memberi perhatian kepada peraturan Ilahi ini dan seterusnya dapat menyelamatkan diri mereka dari siksa api neraka.
                   
Oleh itu, sekiraNya datang pemilik kebenaran Ilahi iatu pemegang wasiat dan pembawa berita gembira yang dikhabarkan oleh para Nabi Allah dan juga rasul-rasul terdahulu, maka akan diketahui peribadi tersebut melalui tiga perkara ini:




Tiada ulasan: