Selasa, 28 Mac 2017

Riwayat-riwayat Yang Menyebutkan Kelupaan Para Imam (as):



Riwayat-riwayat Yang Menyebutkan Kelupaan Para Imam (as):
                          
Terdapat riwayat yang menyebutkan kelupaan Para Imam (shalawatu Allah 3alaihim) di dalam ibadah. dan disebutkan di sini dengan sekumpulan darinya dan disebutkan kesahihannya:

  • »موسى بن القاسم عن عبد الرحمن عن حماد عن حريز عن زرارة عن أبي جعفر (عليه السلام)  قال: إن عليا (عليه السلام) طاف طواف الفريضة ثمانية فترك سبعة وبنى على واحد وأضاف إليه ستة ثم صلى الركعتين خلف المقام ثم خرج إلى الصفا والمروة فلما فرغ من السعي بينهما رجع فصلى الركعتين اللتين ترك في المقام الاول«.


• Al-Istibshar «Musa bin Al-Qasim dari Abd Al-Rahman Hamad dari Hariz dari Zaraarah [62] dari Abi Ja’far (as) katanya: Bahawa Ali (as) bertawaf wajib lapan pusingan, dia tidak mengambil kira yang tujuh pusingan dan mengambil kira satu pusingan dan menambah enam pusingan tawaf lagi dan kemudian bersholat dua rakaat di belakang Maqam dan kemudian pergi ke Shafa dan Marwah apabila dia selesai dari melakukan Sa’ei ia kembali dan sholat dua rakaat yang ditinggalkan di maqam pertama.» [63]



• Tahzhib Al-Ahkam: «Musa bin Al-Qasim dari Abdul Rahman Muawiyah bin Wahab [64] Dari Abi Abdillah (as) katanya: Bahawa Ali (as) bertawaf lapan pusingan dan lalu menambah enam pusingan lagi dan kemudian rukuk (sholat) empat rakaat.» [65].

• Wasail Al-Syi’ah: «Muhammad bin Idris pada akhir bahagian (rahsia-rahsia), memetik dari kitab Muhammad bin Ali bin Mahbub, dari Al-Abbas dari Hammad bin Isa,  dari Rub3i bin Abdullah, dari Al-Fadhil [66] beliau berkata, Aku menyebutkan kepada Abi Abdillah (as) mengenai lupa, maka beliau berkata, Ia berlaku kepadaku satu kali? Mungkin melumpuhkan sahabat di belakangku yang memelihara sholatku» [67]


Tahzhib Al-Ahkam: «Sa’ad bin Abdullah dari Abi Jaafar dari bapanya Muhammad Ibn Abi Amir dari Hammad bin Othman dari ‘Ubaidillah Al-Halabi [68] katanya: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata dalam dua sujud sahwi
)بسم الله وبالله وصلى الله على محمد وعلى آل محمد(
berkata, dan aku mendengar dia mengatakan di kedua-dua sujud
)بسم الله وبالله والسلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته (

Pada masa yang lain.» [68] 


Terdapat juga: sebuah riwayat dalam "Uyun Akhbar Al-Redha (as)" – oleh Al-Shaduq menyebutkan bahawa Imam lupa dan terlalai, tanpa terkecuali:

  • روى الصدوق عن الرضا (عليه السلام): »إن الامام مؤيد بروح القدس دون تفصيل: وبينه وبين الله عمود من نور يرى فيه أعمال العباد وكلما احتاج إليه لدلالة اطلع عليه ويبسطه فيعلم ويقبض عنه فلا يعلم، والامام يولد ويلد ويصح ويمرض ويأكل ويشرب ويبول ويتغوط وينكح وينام وينسى ويسهو ويفرح ويحزن ويضحك ويبكي ويحيى ويموت ويقبر ويزار ويحشر ويوقف ويعرض ويسأل ويثاب ويكرم ويشفع ودلالته في خصلتين في العلم واستجابة الدعوة، وكل ما أخبر به من الحوادث التي تحدث قبل كونها فذلك بعهد معهود إليه من رسول الله (صلى الله عليه وآله) توارثه وعن آبائه عنه (عليه السلام) ويكون ذلك مما عهد إليه جبرائيل (عليه السلام) من علام الغيوب عز وجل« ..... 


• Al-Shaduq meriwayatkan dari Al-Redha (as): «Bahawa Imam disokong (diperkuat) dengan Roh Al-Qudus, tanpa terkecuali: dan di antara dia dan Allah, dari lajur cahaya terlihat amalan hamba-hamba dan setiap kali dia memerlukannya untuk memberikan petunjuk atasnya dan memudahkannya lalu   memberi ilmu dan melepaskannya supaya tidak disedarinya, Seorang Imam diperanakkan dan mempunyai anak, sihat dan sakit, makan dan minum, kencing dan berak, berkahwin, tidur, lupa, terlalai, bergembira dan bersedih hati, ketawa dan menangis, hidup, mati dan dikebumikan,  berziarah, akan dikumpulkan  dan dihadapkan, diakhiri, disoal diberi ganjaran, dimuliakan dan memberi syafaat, kepentingannya dalam dua kelompok, dalam bidang ilmu dan tindak balasnya terhadap dakwah. dan semua yang dikhabarkan beliau daripada kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ia terjadi yang diceritakan kepadanya oleh Rasulullah (S) yang diwarisinya dari bapa-bapanya (as) oleh itu ia diberi kepercayaan kepada Jibrail (as) dari Dia AWJ Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib.....» [69]

Terdapat juga riwayat yang mungkin menganggap lupa atau lalai Khalifah Allah atau Al-Maksum dan diperbetulkan selepas itu, dan  riwayat itu pada zahirnya jelas tidak memerlukan penerangan:

• «Dari Ibn Abi ‘Umair, dari ‘Amru ibn Uzhainah dari Muhammad bin Muslim katanya: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: Al-Sufiani akan memerintah selepas ia muncul selama lima tempoh kehamilan seorang wanita. Kemudian dia (as) berkata: Aku memohon keampunan kepada Allah, (jika) ia kehamilan seekor unta. Ini adalah perkara yang dijamin akan berlaku.[69]» [70]

Adakah terdapat riwayat menafikan kealpaan dan kelalaian?
            
Tiada riwayat yang menafikan kelupaan dan kelalaian Khalifah Allah atau Al-Maksum tidak lupa sama sekali maupun dalam ibadah sehingga sempuna perbincangan, adakah ianya berguna kepada keyakinan dan iktiqad atau tidak. Pada asalnya perkara ini tidak wujud. Ya, terdapat satu riwayat menafikan hakikat bahawa Muhammad Rasulullah (S) sujud dua sujud sahwi, dan penafian kedua-duanya tidak semestinya menafikan kelupaan dalam ibadah.

• «Ahmad bin Muhammad dari Al-Hassan bin Mahbub dari Abdullah Ibn Bakir dari Zararah dia bertanya kepada Abu Ja’far (as): Adakah Rasulullah (S) tidak pernah sujud dua sujud sahwi. Beliau berkata:.  Tidak, baginda tidak sujud dua sujud sahwi yang tidak diketahuinya. » [71]

Tidak syak lagi bahawa perkataan itu  bukan kita mempersoalkan bahawa Rasulullah tidak melakukan dua sujud sahwi, tidak ada masalah jika Rasulullah tidak sujud dua sujud sahwi dalam perkara tertentu, seperti lupa dalam bilangan rakaat, kerana tidak semua kealpaan dalam sholat atau bilangan rakaat sentiasa dituntut supaya melakukan dua sujud sahwi sehingga dikatakan ia  disertakan di antara tidak lakukan dua sujud sahwi pada sesuatu urusan Rasulullah dengan  Rasulullah tidak lakukan dalam ibadah, dan riwayat yang sama di atas menidakkan dua sujud sahwi dalam kumpulan hokum-hukum agama, ucapan awam termasuk sesiapa sahaja yang memahami agamanya dan tidak semestinya Rasulullah dan para imam sahaja, ini bermakna bahawa dua sujud itu tidak dilakukan tertakluk kepada perbuatan yang memungkinkan ia ditangani atas meladeninya sejajar dalam agamanya tanpa perlu melakukan perbuatan lain


Yang mewajibkan dua sujud sahwi, dan sebagai contoh: [ragu-ragu antara dua dan empat rakaat yang didirikan atas sholat empat rakaat, dan bertasyahud dan salam, kemudian dirikan dua rakaat lagi dari berdiri (qiyam)], tidak ada keperluan di sini untuk dua sujud sahwi.

Ditambah pula: Ini adalah salah satu riwayat yang tidak lengkap untuk manfaat keyakinan yang terlalu banyak untuk dipercayai, ia adalah sebuah riwayat Ahad (tunggal) dan sesiapa yang berdalil dengannya telah berdalil dengan pemahaman mereka yang salah, dan ini juga mungkin tidak mencukupi untuk mengesahkan sebahagian kumpulan hukum-hukum syara’, apatah lagi ia adalah satu urusan aqidah yang memerlukan dalil qat’ei yang kurang di sisi mereka, mereka tidak mempunyai dalil aqli yang cukup, dan tidak ada riwayat-riwayat yang mutawatir atau qat’ei untuk mengesahkannya, tidak ada dalil Al-Quran yang muhkam, tetapi diwujudkan dengan membuat kesimpulan dari kepercayaan ini?

Saya tidak jumpa selain riwayat ini sebuah riwayat yang berkaitan dengan tajuk yang terpencil di sini, iaitu penafian kelupaan Al-Maksum dalam ibadah, tetapi ada pihak yang mahu membuktikannya (seperti kata pepatah - pent.) "Ia kambing walaupun ia terbang." Maka riwayat-riwayat itu jauh tersasar dari tajuk penafian kelupaan Khalifah Allah atau Al-Maksum dalam ibadah, walaupun saya tidak menemui sesuatu yang bernilai ilmiah untuk menolaknya, tetapi hanya memukul secara rambang dengan memuatkan ucapan yang lebih banyak daripada membawa.satu makna sahaja. Pada hakikatnya ia adalah memalukan dan terpulanglah kepada manusia untuk membuktikan kepercayaan ini ke tahap yang rendah, Dengan menjadikan pemeliharaan Roh Al-Kudus pada kelupaan sebagai dalil pemeliharaan Al-Maksum dari kelupaan dalam ibadah kerana Al-Maksum disokong oleh Roh Al-Kudus. Malah pada hakikatnya, ini sangat dikesalkan; kerana masalah itu tidak sepenuhnya Roh Imam yang murni atau Roh Al-Kudus  yang murni dari kelupaan, dan sesungguhnya hanyalah ucapan keadaan Imam dalam kehidupan di dunia ini, dan Imam dalam kehidupan di dunia ini mempunyai badan yang padat (kasar) dan otak yang terhad keupayaannya - seperti manusia yang lain - dan badan ini disembunyikan (dihijab) dari alam-alam yang lain, dan badan ini adalah sebab utama untuk kelupaan dan kelalaian oleh mana-mana manusia. Oleh itu pemeliharaan (perlindungan) Roh yang murni dari kelupaan adalah disebabkan ia sibuk dengan kesibukan kebendaan (material) sebagai contoh, tidak bermakna ia adalah keadaan pemeliharaan (perlindungan) gabungan manusia oleh jasad dan rohnya di alam dunia ini berbentuk bahan kebendaan (material).



-----------------------
[62] Sebahagian yang mengesahkan kesahihan riwayat Zararah:
1. Al-3alamah Al-Hilli dalam Muntaha Al-Muthalib: Jilid 10, halaman 379.
2. Al-Muhaqqaq Al-Ardabili dalam Majmu3 Al-Faedah Wal-Burhan: Jilid 7, halaman 110.
3. Muhammad Taqi Al-Majlisi (Al-Awwal) dalam Raudhah Al-Muttaqin pada syarah Man La Yahdhuruhu Al-Faqih: Jilid 4, halaman 546.
4. Al-Muhaqqaq Al-Sabizuari dalam Zhahirah Al-Ma3ad: Jilid 1, Qaf 3, halaman 636.
5. Al-Syed Muhammad Al-3amali dalam Mudarak Al-Ahkam: Jilid 8, halaman 168.
6. Al-Syed Ahmad Bin Zainuddin Al-3uluwi Al-3amali dalam Al-Manahij Al-Akhbari pada syarah Al-Satubshar: halaman 458..
7. Al-Syed Al-Hindi dalam Kasyf Al-Litsam (Tha-Qaf): Jilid 1, halaman 336..
8. Al-Syed Ali Al-Thabathaba’ei dalam Riyadh Al-Masail: Jilid 6, halaman 554.
9. Al-Muhaqqaq Al-Bahrani dalam Al-Hadaiq Al-Nadhirah: Jilid 16, halaman 201..
10. Al-Muhaqqaq Al-Naraqi dalam Al-Mustanad Al-Syi3ah: Jilid 12, halaman 92.
[63] Al-Satubshar - Al-Thusi: Jilid 2, halaman 218-219; Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi:: Jilid 5, halaman 112.
[64] Sebahagian yang menyatakan kesahihan riwayat Muawiyah bin Wahab
1. Al-Muhaqqaq Al-Ardabili dalam Majmu3 Al-Faedah Wal-Burhan: Jilid 7, halaman 110.
2. Muhammad Taqi Al-Majlisi (Al-Awwal) dalam Raudhah Al-Muttaqin pada syarah Man La Yahdhuruhu Al-Faqih: Jilid 4, halaman 546.
3. Al-Muhaqqaq Al-Sabizuari dalam Zhahirah Al-Ma3ad: Jilid 1, Qaf 3, halaman 636.
4. Al-Muhaqqaq Al-Bahrani dalam Al-Hadaiq Al-Nadhirah: Jilid 16, halaman 201..
5. Al-Muhaqqaq Al-Naraqi dalam Al-Mustanad Al-Syi3ah: Jilid 32, halaman 92.
[65] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi Jilid 5, halaman 112.
[66] Mereka yang menyatakan kesahihan riwayat Al-Fadhil:
Al-Syed Abdul Al-A3la dalam Al-Sibzuwari dalam Mahzhab Al-Ahkam pada menerangkan yang halal dan yang haram: Jilid 8, halaman 377.
[67] Wasail Al-Syiah (Aali Al-Bait) - Al-Hurr Al-3amali: Jilid 8, halaman 252.
[68] Sebahagian yang menyatakan kesahihan riwayat Al-Hilli: 
1. Al-3alamah Al-Hilli dalam Muntaha Al-Muthalib Jilid 7, halaman 78.
2. Ibn Al-3alamah (Muhammad bin Al-Hassan bin Yusuf bin Al-Muthhar Al-Hilli) dalam menjelaskan kegunaannya: Jilid 1, Syarah halaman 144.
3. Al-Syed Muhammad Al-3amali dalam Mudarak Al-Ahkam: Jilid 4, halaman 284.
4. - Muhammad Taqi Al-Majlisi (Al-Awwal) dalam Raudhah Al-Muttaqin pada syarah Man La Yahdhuruhu Al-Faqih: Jilid 2, halaman 412.
5. Al-3alamah Al-Majlisi dalam Malazz Al-Akhiar pada Faham Tahzhib Al-Akhbar: Jilid 4, halaman 161
6. - Lil-Muhaqqaq Al-Bahrani dalam Al-Hadaiq Al-Nadhirah: Jilid 9, halaman 334.
7. Al-Mirza Al-Qumi dalam Manahij Al-Ahkam: halaman 587.
8. Al-Syed Abdul Al-A3la dalam Al-Sibzuwari dalam Mahzhab Al-Ahkam pada menerangkan yang halal dan yang haram: Jilid 7, halaman 357.
[69] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi: Jilid 5, halaman 196.
[70] Uyun Akhbar Al-Redha (as) – Al-Shaduq: Jilid 1, halaman 193; Bihar Al-Anwar - Al-Majlisi: Jilid 25, halaman 117
[71] Al-Hurr Al-3amali, berkata: "Saya katakan pendapat dan persoalan ini tidak ragu-ragu lagi adalah tidak benar, dengan kemungkinan terjadinya dari perawi" Itsbat Al-Hadah: Jilid 3, halaman 729.
Al-Majlisi berkata: "Kenyataan bahawa mungkin sebahagian berita waktu Al-Sufiani dijalankan secara taqiyah yang kejadiannya disebut di dalam riwayat-riwayat mereka, atau bahawa ia adalah berkemungkinan bahawa yang terletak di dalamnya Al-Bada’ (pemansuhan dan penerapan) ia mungkin mengkut takdir, atau yang akan menjadi tempoh kestabilan daulahnya, di mana berbeza mengikut anggapannya ... " Bihar Al-Anwar - Al-Majlisi: Jilid 52, halaman 216.
[72] Al-Ghaibah – Al-Thusi. halaman 449-450.
[73] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi: Jilid 2, halaman 350-351.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya













Tiada ulasan: