Sifat Ilmu dan Al-Bada’:
Setelah kita mengesahkan Ketuhanan Mutlak, kita katakan: Ianya mesti
mempunyai sifat-sifat ketuhanan mutlak pada Ilmu mutlak, dan jika tidak ia hanyalah
sesuatu yang jahil yang pastinya ia akan menjadi cahaya yang mempunyai
kegelapan - kerana kejahilan adalah kegelapan atau kekurangan -, Jika demikian tersingkirlah
ketuhanan mutlaknya, sebagaimana kalau jahil ia memerlukan kepada yang lain,
dan batallah ketuhanan mutlaknya atas keperluanNya kepada yang lain dan kekuranganNya
itu.
Dengan IlmuNya yang dizahirkanNya dalam alam-alam penciptaan untuk memaklumkan
mengenainya kepada ciptaanNya, kehendak untuk maklumat diberi olehNya, ini
adalah Papan (Loh) Penghapusan dan Penetapan. Padanya terdapat segala kejadian yang
kemungkinan berlakunya bergantung kepada setiap seorang dari hambaNya dan apa
yang mengawasinya.
Apabila tiba masanya akan berlaku salah satu daripadanya, dan kalaulah
tidak Penghapusan dan Penetapan itu dibatalkan dengan doa tentulah ia tidak
masuk akal kecuali (doa) itu sia-sia. Bagi yang mengatakan bahawa tidak ada Penghapusan
dan Penetapan, mereka telah mengatakan ia tidak sah (kosong) atau, sebagaimana
yang disifatkan oleh Allah SWT:
﴿وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّـهِ مَغْلُولَةٌ ۚ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا
قَالُوا ۘ بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنفِقُ
كَيْفَ يَشَاءُ ۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّا
أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا ۚ وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ
وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّـهُ ۚ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا ۚ وَاللَّـهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ﴾
Orang-orang Yahudi berkata: "Tangan
Allah terbelenggu", sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah
yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. tetapi kedua-dua
tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al Quran
yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan
dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka. Dan Kami telah timbulkan
permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat. Setiap mereka
menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan
dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan. [Al-Maidah
5:64]
Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan