Jumaat, 31 Mac 2017

Persoalan Pemikiran Lain:



Persoalan Pemikiran Lain:

Persoalan pertama: Bahawa jika kelupaan dan kelalaian itu boleh berlaku pada Khalifah Allah, akan boleh lupa dan lalai dalam menyampai Syara’, maka dengan itu akan merusakkan tujuan pengutusannya.

Jawapan kepada Persoalan: Pada hakikatnya tidak wujud di antara dua perkara itu di sini. Masalahnya adalah: Bahawa Al-Maksum terpelihara dari lupa dan lalai dalam sesuatu perkara dan tidak terpelihara pada yang perkara lain, kita telah dijelaskan bahawa ia dipelihara oleh pemberi peringatan luaran. Ya, lazimnya ia terjadi jika Khalifah Allah tidak lupa dan tidak lalai peribadinya tidak dengan pemelihara luaran, manakala bahawa telah diterangkan kepada kita tentang tidak benar pendapat terpeliharanya suatu peribadi dari lupa dan lalai, dan bahawa ia adalah bersesuaian dengan pendapat pelampau (yang rosak), dan ia bermakna akan menghasilkan berbilang-bilangnya Ketuhanan mutlak dan ini adalah batil.

Persoalan kedua: Bahawa jika kelupaan dan kelalaian itu boleh berlaku pada Khalifah Allah, untuk mengejutkan manusia dan ini akan merusakkan tujuan pengutusan, sedangkan dia membimbing manusia.

Jawapan kepada Persoalan: tidak benar untuk dibuar kesimpulan seorang Muslim lebih baik dari orang-orang yang mendakwa dirinya alim mengejutkan manusia atas kejahilan mereka dan menganggap ia merusakkan tujuan; kerana menurut kaedah ini tidak masuk akal ia boleh merusakkan Islam, dan sebagai contoh, Allah memerintahkan Al-Rasul sebelum hijrah ketika berada di Mekah menjadikan Bait Al-Maqdis, di Syam sebagai kiblat orang-orang Islam, di mana ini adalah untuk mengejutkan penganut Al-Ahnaf (Agama Hanif); di mana kiblat mereka adalah Kaabah, Jadi bagaimana Muhammad (S) datang kepada mereka dan memberitahu mereka: tinggalkan kiblat tempat kamu semua sujud dan berhaji, dan hadapkan wajah kamu dalam sholat kamu ke kiblat orang-orang Yahudi? Tidakkah ini jelas mengejutkan? Namun menurut kaedah yang diletakkannya untuk mengejutkan manusia dari agama Allah adalah merusakkan tujuannya, maka Allah telah merusakkan tujuan atau menjadikan Islam bukan agama Ilahi. Tetapi ia tidak berhenti di sini di mana apabila Muhammad berhijrah ke Madinah dan bagi orang-orang Yahudi kiblat mereka Bait Al-Maqdis diubah kiblat Islam kepada Ka'bah, ini juga menjadikan terkejutnya orang-orang Yahudi apabila memasuki agama baru mengambil kiblat yang lain dan bukan kiblat mereka. Begitu juga dengan kaedah terdahulu Allah menjadikan ia mengejutkan manusia dan mereka menolaknya semula dari beriman dan mengenepikan tujuan Muhammad (S) diutus, manakala hakikat bahawa mengejutkan manusia dari kebenaran kerana kejahilan mereka bukan kerana merusakkan tujuannya mengikut keadaan, dan tanpa mengira pertimbangan masalah yang sama dengan mengambil dua arah kiblat dan menukar arah kiblat boleh dianggap sebahagian daripada mereka juga terkejut, dan juga mencabar risalah Al-Rasul dan menganggap ia teragak-agak kerana tidak mengetahui tentang arah kiblat yang betul ... dan dengan itu boleh membuat kesimpulan menjauhinya dan memperbaiki penolakan seruan dakwah risalah Al-Rasul.

Persoalan ketiga: Bahawa jika kelupaan dan kelalaian itu boleh berlaku pada Khalifah Allah dalam sholat kerana sebagaimana telah diriwayatkan bahawa Rasulullah lupa dalam sholat samada terkurang atau terlebih rakaat, bukankah itu tidak khusyuk dalam sholat baginda. Ini adalah sesuatu yang buruk tidak keluar dari seorang Khalifah Allah di bumiNya.

Jawapan kepada PersoalanPersoalan ini mengandaikan bahawa lalai dalam bilangan rakaat menandakan tidak lain baginda tidak khusyuk dalam sholat dan tidak menghadap (tawajjuh) kepada Allah SWT. Ini tidak benar sama sekali.  Seorang hamba itu jika menghadap (bertawajjuh) kepada Allah dengan khusyuk boleh mengganggu dan lalai terhadap Allah dan dengan khusyuknya di hadapan Allah itu kerana mengira bilangan rakaat sholatnya, Begitu juga ia boleh lalai kerana berfikir tentang perkara-perkara duniawi dari mengira tentang bilangan rakaat sholatnya, dan juga ia boleh menangis di hadapan Allah sehingga membuat dia lupa mengira jumlah rakaat sholatnya, Jadi perkara itu, tidak boleh hanya terhad kepada tidak khusyuk dan tidak bertawajjuh kepada Allah sehingga membuat dia lupa dan lalai dalam sholat sebagai bukti dia tidak khusyuk, dan dengan itu menafikan lupa pada Khalifah Allah dengan hujjah yang rapuh ini.

Kesimpulannya: Didahului dengan ayat-ayat yang menunjukkan kelupaan Al-Maksum dalam perjalanan hidupnya, banyak hadits-hadits dan riwayat-riwayat yang menjadi nash atas kelupaan Al-Maksum dalam ibadah, kerana asal Al-Maksum atau Khalifah Allah seorang manusia yang tidak terkecuali, daripada apa yang dipaparkan oleh manusia secara tabi’ei, melainkan bukti yang jelas lagi kuat (dalil qat’ei). Sifat-sifat manusia itu lupa dan lalai, maka prinsip asasnya adalah kemungkinan lupa dan lalai Al-Maksum sebagai seorang manusia, melainkan apa yang keluar dengan dalil; seperti kemustahilan lupa dan lalai dalam menyampaikan dari Allah di mana memaksa dia untuk merusakkan tujuannya, maka mestilah Allah mengingatkan kedudukannya ini dan memeliharanya dari lupa dan lalai padanya sehingga risalah Allah Yang Maha Suci disampaikan,  

﴿إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا ۞ لِّيَعْلَمَ أَن قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالَاتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَىٰ كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا


Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga di hadapan dan di belakangnya. * Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhan mereka, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu. [Al-Jin 72:27-28]


Melaluinya juga tidak ada ayat yang menunjukkan bahawa Al-Maksum tidak lupa, dan tidak ada riwayat yang seperti itu, dan tidak ada dalil akal yang sempurna, hanya kekeliruan dan perbaikan-perbaikan yang boleh ditolak semata-mata, Maka kesimpulan yang boleh dicapai baginya iaitu yang masuk akal adalah bahawa jika semua ini tidak cukup bukti untuk membuat kesimpulan atas kemungkinan kelupaan Al-Maksum dalam hal-hal kehidupan dan ibadah; maka tidak ada petunjuk, ketiadaan yang khayalannya atas kelupaan Al-Maksum secara mutlak atau dalam ibadah wajib, lalu mereka percaya kepercayaan ini tanpa dalil dari ayat muhkam dan tidak ada riwayat dan petunjuk muktamad dikeluarkan dan dan tidak ada dalil aqli (akal) yang sempurna.

Ini adalah hasil daripada ramai ulama aqidah, termasuk Al-Syed Al-Khoei rahimahu Allah yang mengatakan sebagai pendahuluan: «Ketentuan yang meyakinkan pada lupa yang dihalang atas Al-Maksum adalah lupa yang tidak palsu secara luaran».


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya



Khamis, 30 Mac 2017

Ketiga: Persoalan Pemikiran


Ketiga: Persoalan Pemikiran


Pertama  Persoalan Al-Syeikh Al-Mufid rahimahu Allah






Al-Syeikh Al-Mufid rahimahu Allah berkata:

•: «Lisan kami menafikan bahawa nabi-nabi (as) cenderung untuk tidur pada waktu-waktu sholat sehingga dia menamatkannya, yang menyukarkan mereka selepas itu, dan mereka tidak mempunyai aib dan kekurangan, kerana ia bukanlah manusia yang sentiasa dikuasai oleh tidur, kerana tidur bukanlah suatu keaiban begitulah juga dengaan kelupaan, kerana ia adalah kekurangan dari kesempurnaan dalam diri manusia. Ia adalah satu kelemahan yang dibezakan dengan yang datang secara tiba-tiba. Ia mungkin suatu kelakuan terganggu (lupa)  pada sesuatu masa, seperti kelakuan yang lain, dan tidur tidak akan terjadi melainkan dari perbuatan Allah SWT, dan bukan dari kekuatan hamba atas keadaan itu, walaupun ia adalah kekuatan mereka ia tidak tertakluk oleh kekurangan dan keaiban pemiliknya, sesuatu yang umum bagi semua manusia. Kelupaan tidaklah seperti itu, kerana ia boleh dielakkan daripadanya. Dan kita dapati hukama’ (orang-orang bijak) menjauhkan harta mereka dan rahsia-rahsia dari orang yang mempunyai kelupaan dan kelalaian. Dan tidak menahan diri dari menyimpannya pada seseorang yang kadang kala tertidur, dan tidak menahan diri dari menyimpannya pada seseorang yang dihinggapi penyakit dan jatuh sakit. Dan kami mendapati para ulama (fuqaha) yang meninggalkan atau membuang apa yang diriwayatkan mengenai kelupaan daripada hadits tersebut, melainkan mereka melibatkan orang lain dengan kewaspadaan, kepintaran, kebijaksanaan dan berhemah. Dia tahu perbezaan antara kelupaan dengan tidur yang telah kami nyatakan. Jika benar Rasulullah (S) lupa di dalam sholat baginda, ia adalah satu contoh di mana walaupun disampaikan sebelum melengkapkannya dan pergi sebelum disempurnakannya, dan manusia menyaksikan perkara itu dan di sekelilingnya mengetahui ia dari pihaknya, Dalam berpuasa pula ia tidak membatalkannya walaupun makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadhan di kalangan para sahabat kerana mereka menyaksikan dan menyedari baginda tersilap dan baginda memberi peringatan atasnya, dengan memberhentikan apa yang diperolehi dan dibenarkan dari berhubungan dengan isteri-isteri dalam bulan Ramadhan di siang hari dan yang tidak percaya kepadanya lupa dalam apa jua larangan sehingga mereka menginjak perkara-perkara yang diharamkan atasnya dari orang perempuan, dan dia lupa kerana dia sangka mereka adalah isteri-isterinya dan lebih dari itu untuk lebih merendahkan lagi wanita mahramnya secara tidak sengaja (lupa). Dan lupa dari membayar zakat dengan melambat-lambatlan waktunya dan dibayar kepada yang bukan berhak menerimanya secara tidak sengaja (lupa)., dan mengeluarkan dari sebahagian daripadanya yang dibayar kerana lupa. Dan lupa ketika haji walaupun sedang memakai ihram, bersa’ei sebelum tawaf dan tidak diberi perhatian melontar di Jamrah, dan lebih dari itu lupa dalam segala amalan syari’ah supaya mengubahnya dari yang ditentukan, membuang waktu, didatangkan bukan dari yang sebenarnya, dan tidak menafikan untuk melupakan arak yang dilarang lalu meminumnya secara tidak sengaja (lupa) atau menganggap bahawa meminumnya adalah halal, maka berjaga-jagalah mengenainya kerana ia telah diterangkan... hingga akhir.» [74]


Penerangan Persoalan Al-Syeikh Al-Mufid, Yang Pertama:


Lupa adalah sifat kekurangan dari kesempurnaan dalam diri manusia. Ia sejenis aib yang menimpanya, dan ia boleh dielakkan daripadanya. Maksud Persoalan: Bahawa Khalifah Allah sepatutnya yang pertama menjaga diri daripada keaiban yang kita boleh kaitkan dengan manusia supaya mengelakkannya. Bagaimana boleh bagi Khalifah Allah dapat mengeluarkan sesuatu yang mana-mana manusia boleh elakkan iaitu sifat lupa.

Jawapan kepada Persoalan: Ulasan Al-Syeikh Al-Mufid ini tidak benar, kerana manusia tidak dapat mengelakkan diri dari lupa sepenuhnya. Ini disebabkan otak biologi dan keupayaannya adalah terhad untuk memberi tumpuan dan penjagaan. Ia merosot apabila bertambahnya perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan dan perhatian. Bagi sholat ia boleh menyebabkan tumpuan kepada mengingati Allah dan khusyu’ dalam sholat kepada lupa bilangan rakaat, dan ini telah menjadikan seseorang lupa akan bilangan rakaat dalam sholatnya, ibi lebih baik dari orang yang tepat bilangan rakaatnya tanpa mengingat dan khusyu’ sholatnya. Dengan demikian, tidaklah boleh dinilai dengan lupa bilangan rakaat ditentukan sebagai aib (kecacatan) dari yang menimpanya kerana ia boleh dielakkan daripadanya.
          
Juga: Akal fikiran tidak dapat melindunginya daripada kelupaan dan kelalaian secara mutlak, melainkan cahaya yang tiada kegelapan padanya (iaitu Pembicara Mutlak), dan adalah Ketuhanan Mutlak, Maha Tinggi Allah Yang KetinggianNya tidak terbanding, dari berbilang-bilangnya Ketuhanan Mutlak. Oleh itu, segala yang dibina atas kelupaan perkara yang boleh dielakkan daripadanya adalah tidak betul. Perumpamaan bagi orang yang lupa tidak kira pada ucapan mereka mahupun yang ditinggalkan orang bijaksana lagi amanah, ia adalah perkataan yang keluar berdasarkan pada batasan tabi’ei disebabkan kelupaan dan kelalaian, pencampuran ini dibuat secara membuta tuli, Maka tidak ada ucapan padanya tetapi pada berlakunya kelupaan dan kelalaian, walaupun sekali atau dua kali, dan ini terjadi pada ramai orang dan ia bergantung pada orang lain atas ucapan mereka dan tertinggalnya amanah (tugas-tugas) itu.  Tidak dianggap orang bijak bagi yang lupa dalam sholatnya atau lupa dalam tawafnya apakah masuk dalam pusingan kelapan atau terlupa sesuatu yang disembunyikan lalu menjumpainya, dia tidak layak (sesuai) untuk dipercayai atau tidak boleh bergantung pada ucapannya.


Penerangan Persoalan Al-Syeikh Al-Mufid, Yang Kedua:


Khalifah Allah contoh ikutan bagi orang yang beriman, jika boleh diterima Khalifah Allah lupa dalam sholat atau ibadah untuk menjadi contoh ikutan. Iaitu: jika dibenarkan Khalifah Allah lupa dan lalai bagi mengesahkan perintah Allah terhadap manusia untuk mengikutinya dalam segala keadaan.

Jawapan kepada Persoalan:  Persoalan ini tidak tepat; kerana Allah tidak memerintahkan untuk mengikuti perbuatan KhalifahNya tanpa mengenal sebab-musabbabnya. Mana boleh ditinggalkan yang wajib jika datang waktunya dan ada sesuatu sebab (keuzuran), seperti meninggalkan sholat wajib yang datang waktunya ketika melintasi tanah lalu turun bencana dari Allah seperti yang telah diterangkan, dan telah melakukan apa yang tidak dibenarkan kepada orang lain melakukannya (yang dilarang dalam Syari’ah) hanya dikhususkan kepadanya seperti kekalnya Rasulullah lebih dari empat orang isteri dalam penjagaan baginda, dan boleh berbuka kerana sakit yang sangat terpaksa seperti ulser (gastrik) atau keracunan atau sebarang penyakit luar biasa, sebagai contoh. Adakah boleh orang-orang mukmin berbuka dengan alasan bahawa Al-Ma'sum telah berbuka dan ia adalah ikutan, atau Al-Ma'sum telah meletakkan kain rentang menulisnya saya sakit hari ini dan saya berbuka.

Kesimpulannya: Al-Ma'sum bukanlah ikutan mutlak dalam semua perbuatan dan keadaannya, tanpa memahami keadaan-keadaan atau persoalan perbuatannya, terutamanya jika ia menimbulkan tanda tanya kepada yang menyaksikannya.

Untuk lupa dan tertinggal khususnya, para mukallaf (mereka yang diberati syarak) mesti mengetahui bahawa perbuatan Al-Ma'sum akibat daripada lupa atau tertinggal ini supaya menganggap tidak dibenarkan mentauladani perbuatan ini. Pada asasnya perbuatan manusia adalah betul, tidak lupa atau tidak lalai sehingga ia jelas bertentangan, melainkan apabila benar perkiraan seorang manusia untuk melakukannya.

Jadi, Khalifah Allah tidak membawa sesuatu perbuatan dari perbuatan-perbuatannya sebagai tertinggal atau lupa sehingga ia jelas ada bukti (dalil) bahawa dia lupa atau tertinggal.

Aqidah kita dalam mengikut Al-Ma'sum; Bahawa mengikutinya dengan yakin yang dapat menyelamatkan pemiliknya, jika Rasulullah Muhammad (S) sholat Subuh empat rakaat atau sholat Dzohor dua rakaat, Maka mengikutinya lebih sah dan lebih dekat dengan petunjuk dan bimbingan, dan membantahnya adalah suatu kebodohan dan kelemahan dalam keyakinan dari orang-orang yang melakukannya, kerana sesungguhnya sholat, rukuk dan sujud adalah mengingat Allah di dalamnya.

Penerangan Persoalan Al-Syeikh Al-Mufid, Yang Ketiga:


Bahawa jika benar Khalifah Allah lupa dalam sholatnya untuk ia boleh lupa dalam setiap ketaatan dan melakukan semua yang dilarang (haram) dengan tidak sengaja (lupa).

Jawapan kepada Persoalan: Pada persoalan ini akan membina kepada anggapan yang salah; kerana ia bersama dengan kelupaan dan kelalaian, tidak wujud sesuatu yang namanya maksiat (durhaka) atau haram (dilarang), Maka kedurhakaan (maksiat) dan melakukan yang dilarang yang perlu dicapai; perlu untuk menyediakan tujuan dan matlamat, dan ia tidak tersedia sekiranya berlaku kelupaan dan kelalaian. Tambahan pula, persoalan ini tidak betul; kerana ia terbina atas asas bahawa Khalifah Allah lupa dan lalai seperti manusia lain dan yang bukan maksum (terpelihara) dari melakukan maksiat, dan ini tidaklah dikatakan seseorang itu pengikut Muhammad dan Aali Muhammad (as).


Atau orang-orang yang ragu percaya pada terpeliharanya kepribadian mutlak bagi Al-Hujjah dari lupa dan lalai, oleh itu ia dianggap sebagai sebahagian daripadanya dan pergi kepada semua arah dan menyempurnakan segala sesuatu, dan pendapat terpeliharanya kepribadian terang-terang suatu kebatilan, di mana ia mengharuskan berbilang-bilangnya Ketuhanan mutlak.

Dengan demikian:

Terpeliharanya dari lupa bukan pada peribadi, tetapi ia terpelihara oleh penjaga luaran dan pemberi peringatan luaran, dan ia bukan ajaran falsafah, tetapi menurut Hikmah Ilahiyah, Khalifah Allah tidak perlukan terpelihara dari kelupaan melainkan yang berkenaan dengan penyampaian (tabligh) agama Allah SWT, bagi perkara-perkara yang lain mereka tidak terpelihara secara luaran tetapi masih terpelihara kepribadian secara umum dari kelupaan yang mencegah dari terjadinya kelupaan. Dan telah diterangkan atas perkara-perkara ini yang bergantung kepada penjaga kepribadian secara umum dari kelupaan, dan dinyatakan bahawa kepribadian mereka tidaklah serba lengkap [75], contohnya, dijadikan kepribadian yang terpelihara dari lupa dengan kadar tujuh puluh peratus atau lapan puluh peratus atau sembilan puluh peratus, dan ini adalah terpeliharanya kepribadian secara umum, Jika kadar peratusan tertentu, tetapi ianya mencukupi pada perkara tertentu untuk mengelakkan berlakunya kelupaan, iaitu ia tidak memerlukannya - walaupun ia tidak lengkap - kepada penjaga luaran dari kelupaan untuk mencapai penjagaan penuh daripada kelupaan pada sumber tersebut, dan sebabnya adalah dirujuk kepada tahap kejelasan perkara itu yang berkadaran bagi manusia. Untuk menjelaskan perkara yang terakhir ini selalu terjadi dengan melihat kepada perkara bilangan rakaat dalam sholat – perkara yang menjadi pertikaian di antara mereka -, ia sebenarnya terletak di antara perbuatan sholat, ia adalah Azan, Iqamah, Takbir, bacaan, ruku' dan zikir di dalamnya, sujud, dan zikir di dalamnya, qunut dan tasyahhud. Ini banyak jenis perbuatannya dan dengan itu munculkan sebilangan rakaat di antaranya tidak seperti munculnya untuk menahan diri daripada makan dan minum antara perbuatan orang berpuasa yang tidak melebihi berhadapan dengannya secara umum, perbuatan ini adalah perbuatan yang lain. Untuk itu manusia umumnya mudah terlupa dalam sholat selalunya, tetapi lupa jarang berlaku bagi orang yang berpuasa dengan makan atau minum dan secara tidak sengaja.

Bahkan di dalam sholat ia sangat lama disibukkan dengan perbuatan-perbuatan sholat, ia memberi kesan sehingga munculnya perbuatan-perbuatan lain pada orang yang sedang sholat, Berlama-lama dalam sujud atau khusyuk ketika berzikir pada seseorang boleh membawa kepada tidak ingat bilangan rakaat yang telah didirikannya; kerana otaknya sibuk dan khusyuk memikirkan Allah dari memberi tumpuan kepada pengiraan bilangan rakaat, Maka khusyuk dan asyik dengan mengingati Allah menimbulkan kemungkinan lupa jumlah rakaat bagi sholat orang yang bersholat,  Dan yang pasti mengutamakan keasyikan dengan zikir dan khusyuk sehingga membawa kepada kemungkinan yang tinggi untuk lupa bilangan rakaat, dan tentulah tidak lebih baik dalam sholat yang tidak khusyuk, walaupun orang yang bersholat itu tepat bilangan rakaatnya.

Juga dalam contoh yang lain: seseorang yang bertawaf dengan khusyuk dan asyik mengingati Allah dan dengan tangisan, atau bertawaf dengan perlahan-lahan yang membolehkan seseorang itu khusyuk dan asyik dengan mengingati Allah, atau tempoh masa dalam bertawaf dihabiskan untuk mengingat bilangan pusingan tawaf yang telah dibuatnya, Maka lupalah dia akan bilangan pusingan tawafnya yang ketujuh lalu masuk pusingan kelapan [76].

Di sini saya sepenuhnya percaya bahawa ternyata masalah lupa adalah rumit dan dikaitkan dengan beberapa pembolehubah (berbagai faktor), tidak boleh dinilai bahawa kelupaan itu sentiasa menunjukkan kekurangan orang yang lupa itu dalam kemungkinan mencapai kesempurnaan bagi seorang manusia, dan lupa tidak boleh dibandingkan dengan ketentuan lain, atau untuk mengatakan bahawa sesiapa yang lupa di sini mesti akan lupa di sana pula, dan tidak boleh dikatakan bahawa orang yang tidak lupa dalam perkara tertentu adalah lebih baik daripada yang lain kerana ia telah mengalami lupa, walaupun jika kita mahu untuk membayangkan kerumitan masalah ini hendaklah mengambil kira bilangan pemboleh ubah (punca-pinca) yang saya telah gariskan setakat ini dalam masalah kelupaan dan kelalaian, bagaimana boleh untuk menerima - fikiran - dari seseorang yang meragukan mengenai masalah lupa tanpa dihubungkan antara punca-punca dan keadaannya yang datang kepadanya?!!!! Sebenarnya inilah masalah kemuskilannya, jika mereka sedar akan kewujudan semua faktor-faktor perkembangan ini akan berubah-ubah dalam masalah apabila ia berkunjung untuk dipersoalkan.


----------------------
[74] Nabi Tidak Lupa -  Al-Syeikh Al-Mufid .
[75] Sebelumnya telah diterangkan dalam tajuk kelalaian diambil dari Kitab "Perjalanan Musa (as)
[76]. Seperti yang diriwayatkan oleh Amir Al-Mukminin



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya



Selasa, 28 Mac 2017

Riwayat-riwayat Yang Menyebutkan Kelupaan Para Imam (as):



Riwayat-riwayat Yang Menyebutkan Kelupaan Para Imam (as):
                          
Terdapat riwayat yang menyebutkan kelupaan Para Imam (shalawatu Allah 3alaihim) di dalam ibadah. dan disebutkan di sini dengan sekumpulan darinya dan disebutkan kesahihannya:

  • »موسى بن القاسم عن عبد الرحمن عن حماد عن حريز عن زرارة عن أبي جعفر (عليه السلام)  قال: إن عليا (عليه السلام) طاف طواف الفريضة ثمانية فترك سبعة وبنى على واحد وأضاف إليه ستة ثم صلى الركعتين خلف المقام ثم خرج إلى الصفا والمروة فلما فرغ من السعي بينهما رجع فصلى الركعتين اللتين ترك في المقام الاول«.


• Al-Istibshar «Musa bin Al-Qasim dari Abd Al-Rahman Hamad dari Hariz dari Zaraarah [62] dari Abi Ja’far (as) katanya: Bahawa Ali (as) bertawaf wajib lapan pusingan, dia tidak mengambil kira yang tujuh pusingan dan mengambil kira satu pusingan dan menambah enam pusingan tawaf lagi dan kemudian bersholat dua rakaat di belakang Maqam dan kemudian pergi ke Shafa dan Marwah apabila dia selesai dari melakukan Sa’ei ia kembali dan sholat dua rakaat yang ditinggalkan di maqam pertama.» [63]



• Tahzhib Al-Ahkam: «Musa bin Al-Qasim dari Abdul Rahman Muawiyah bin Wahab [64] Dari Abi Abdillah (as) katanya: Bahawa Ali (as) bertawaf lapan pusingan dan lalu menambah enam pusingan lagi dan kemudian rukuk (sholat) empat rakaat.» [65].

• Wasail Al-Syi’ah: «Muhammad bin Idris pada akhir bahagian (rahsia-rahsia), memetik dari kitab Muhammad bin Ali bin Mahbub, dari Al-Abbas dari Hammad bin Isa,  dari Rub3i bin Abdullah, dari Al-Fadhil [66] beliau berkata, Aku menyebutkan kepada Abi Abdillah (as) mengenai lupa, maka beliau berkata, Ia berlaku kepadaku satu kali? Mungkin melumpuhkan sahabat di belakangku yang memelihara sholatku» [67]


Tahzhib Al-Ahkam: «Sa’ad bin Abdullah dari Abi Jaafar dari bapanya Muhammad Ibn Abi Amir dari Hammad bin Othman dari ‘Ubaidillah Al-Halabi [68] katanya: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata dalam dua sujud sahwi
)بسم الله وبالله وصلى الله على محمد وعلى آل محمد(
berkata, dan aku mendengar dia mengatakan di kedua-dua sujud
)بسم الله وبالله والسلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته (

Pada masa yang lain.» [68] 


Terdapat juga: sebuah riwayat dalam "Uyun Akhbar Al-Redha (as)" – oleh Al-Shaduq menyebutkan bahawa Imam lupa dan terlalai, tanpa terkecuali:

  • روى الصدوق عن الرضا (عليه السلام): »إن الامام مؤيد بروح القدس دون تفصيل: وبينه وبين الله عمود من نور يرى فيه أعمال العباد وكلما احتاج إليه لدلالة اطلع عليه ويبسطه فيعلم ويقبض عنه فلا يعلم، والامام يولد ويلد ويصح ويمرض ويأكل ويشرب ويبول ويتغوط وينكح وينام وينسى ويسهو ويفرح ويحزن ويضحك ويبكي ويحيى ويموت ويقبر ويزار ويحشر ويوقف ويعرض ويسأل ويثاب ويكرم ويشفع ودلالته في خصلتين في العلم واستجابة الدعوة، وكل ما أخبر به من الحوادث التي تحدث قبل كونها فذلك بعهد معهود إليه من رسول الله (صلى الله عليه وآله) توارثه وعن آبائه عنه (عليه السلام) ويكون ذلك مما عهد إليه جبرائيل (عليه السلام) من علام الغيوب عز وجل« ..... 


• Al-Shaduq meriwayatkan dari Al-Redha (as): «Bahawa Imam disokong (diperkuat) dengan Roh Al-Qudus, tanpa terkecuali: dan di antara dia dan Allah, dari lajur cahaya terlihat amalan hamba-hamba dan setiap kali dia memerlukannya untuk memberikan petunjuk atasnya dan memudahkannya lalu   memberi ilmu dan melepaskannya supaya tidak disedarinya, Seorang Imam diperanakkan dan mempunyai anak, sihat dan sakit, makan dan minum, kencing dan berak, berkahwin, tidur, lupa, terlalai, bergembira dan bersedih hati, ketawa dan menangis, hidup, mati dan dikebumikan,  berziarah, akan dikumpulkan  dan dihadapkan, diakhiri, disoal diberi ganjaran, dimuliakan dan memberi syafaat, kepentingannya dalam dua kelompok, dalam bidang ilmu dan tindak balasnya terhadap dakwah. dan semua yang dikhabarkan beliau daripada kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ia terjadi yang diceritakan kepadanya oleh Rasulullah (S) yang diwarisinya dari bapa-bapanya (as) oleh itu ia diberi kepercayaan kepada Jibrail (as) dari Dia AWJ Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib.....» [69]

Terdapat juga riwayat yang mungkin menganggap lupa atau lalai Khalifah Allah atau Al-Maksum dan diperbetulkan selepas itu, dan  riwayat itu pada zahirnya jelas tidak memerlukan penerangan:

• «Dari Ibn Abi ‘Umair, dari ‘Amru ibn Uzhainah dari Muhammad bin Muslim katanya: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: Al-Sufiani akan memerintah selepas ia muncul selama lima tempoh kehamilan seorang wanita. Kemudian dia (as) berkata: Aku memohon keampunan kepada Allah, (jika) ia kehamilan seekor unta. Ini adalah perkara yang dijamin akan berlaku.[69]» [70]

Adakah terdapat riwayat menafikan kealpaan dan kelalaian?
            
Tiada riwayat yang menafikan kelupaan dan kelalaian Khalifah Allah atau Al-Maksum tidak lupa sama sekali maupun dalam ibadah sehingga sempuna perbincangan, adakah ianya berguna kepada keyakinan dan iktiqad atau tidak. Pada asalnya perkara ini tidak wujud. Ya, terdapat satu riwayat menafikan hakikat bahawa Muhammad Rasulullah (S) sujud dua sujud sahwi, dan penafian kedua-duanya tidak semestinya menafikan kelupaan dalam ibadah.

• «Ahmad bin Muhammad dari Al-Hassan bin Mahbub dari Abdullah Ibn Bakir dari Zararah dia bertanya kepada Abu Ja’far (as): Adakah Rasulullah (S) tidak pernah sujud dua sujud sahwi. Beliau berkata:.  Tidak, baginda tidak sujud dua sujud sahwi yang tidak diketahuinya. » [71]

Tidak syak lagi bahawa perkataan itu  bukan kita mempersoalkan bahawa Rasulullah tidak melakukan dua sujud sahwi, tidak ada masalah jika Rasulullah tidak sujud dua sujud sahwi dalam perkara tertentu, seperti lupa dalam bilangan rakaat, kerana tidak semua kealpaan dalam sholat atau bilangan rakaat sentiasa dituntut supaya melakukan dua sujud sahwi sehingga dikatakan ia  disertakan di antara tidak lakukan dua sujud sahwi pada sesuatu urusan Rasulullah dengan  Rasulullah tidak lakukan dalam ibadah, dan riwayat yang sama di atas menidakkan dua sujud sahwi dalam kumpulan hokum-hukum agama, ucapan awam termasuk sesiapa sahaja yang memahami agamanya dan tidak semestinya Rasulullah dan para imam sahaja, ini bermakna bahawa dua sujud itu tidak dilakukan tertakluk kepada perbuatan yang memungkinkan ia ditangani atas meladeninya sejajar dalam agamanya tanpa perlu melakukan perbuatan lain


Yang mewajibkan dua sujud sahwi, dan sebagai contoh: [ragu-ragu antara dua dan empat rakaat yang didirikan atas sholat empat rakaat, dan bertasyahud dan salam, kemudian dirikan dua rakaat lagi dari berdiri (qiyam)], tidak ada keperluan di sini untuk dua sujud sahwi.

Ditambah pula: Ini adalah salah satu riwayat yang tidak lengkap untuk manfaat keyakinan yang terlalu banyak untuk dipercayai, ia adalah sebuah riwayat Ahad (tunggal) dan sesiapa yang berdalil dengannya telah berdalil dengan pemahaman mereka yang salah, dan ini juga mungkin tidak mencukupi untuk mengesahkan sebahagian kumpulan hukum-hukum syara’, apatah lagi ia adalah satu urusan aqidah yang memerlukan dalil qat’ei yang kurang di sisi mereka, mereka tidak mempunyai dalil aqli yang cukup, dan tidak ada riwayat-riwayat yang mutawatir atau qat’ei untuk mengesahkannya, tidak ada dalil Al-Quran yang muhkam, tetapi diwujudkan dengan membuat kesimpulan dari kepercayaan ini?

Saya tidak jumpa selain riwayat ini sebuah riwayat yang berkaitan dengan tajuk yang terpencil di sini, iaitu penafian kelupaan Al-Maksum dalam ibadah, tetapi ada pihak yang mahu membuktikannya (seperti kata pepatah - pent.) "Ia kambing walaupun ia terbang." Maka riwayat-riwayat itu jauh tersasar dari tajuk penafian kelupaan Khalifah Allah atau Al-Maksum dalam ibadah, walaupun saya tidak menemui sesuatu yang bernilai ilmiah untuk menolaknya, tetapi hanya memukul secara rambang dengan memuatkan ucapan yang lebih banyak daripada membawa.satu makna sahaja. Pada hakikatnya ia adalah memalukan dan terpulanglah kepada manusia untuk membuktikan kepercayaan ini ke tahap yang rendah, Dengan menjadikan pemeliharaan Roh Al-Kudus pada kelupaan sebagai dalil pemeliharaan Al-Maksum dari kelupaan dalam ibadah kerana Al-Maksum disokong oleh Roh Al-Kudus. Malah pada hakikatnya, ini sangat dikesalkan; kerana masalah itu tidak sepenuhnya Roh Imam yang murni atau Roh Al-Kudus  yang murni dari kelupaan, dan sesungguhnya hanyalah ucapan keadaan Imam dalam kehidupan di dunia ini, dan Imam dalam kehidupan di dunia ini mempunyai badan yang padat (kasar) dan otak yang terhad keupayaannya - seperti manusia yang lain - dan badan ini disembunyikan (dihijab) dari alam-alam yang lain, dan badan ini adalah sebab utama untuk kelupaan dan kelalaian oleh mana-mana manusia. Oleh itu pemeliharaan (perlindungan) Roh yang murni dari kelupaan adalah disebabkan ia sibuk dengan kesibukan kebendaan (material) sebagai contoh, tidak bermakna ia adalah keadaan pemeliharaan (perlindungan) gabungan manusia oleh jasad dan rohnya di alam dunia ini berbentuk bahan kebendaan (material).



-----------------------
[62] Sebahagian yang mengesahkan kesahihan riwayat Zararah:
1. Al-3alamah Al-Hilli dalam Muntaha Al-Muthalib: Jilid 10, halaman 379.
2. Al-Muhaqqaq Al-Ardabili dalam Majmu3 Al-Faedah Wal-Burhan: Jilid 7, halaman 110.
3. Muhammad Taqi Al-Majlisi (Al-Awwal) dalam Raudhah Al-Muttaqin pada syarah Man La Yahdhuruhu Al-Faqih: Jilid 4, halaman 546.
4. Al-Muhaqqaq Al-Sabizuari dalam Zhahirah Al-Ma3ad: Jilid 1, Qaf 3, halaman 636.
5. Al-Syed Muhammad Al-3amali dalam Mudarak Al-Ahkam: Jilid 8, halaman 168.
6. Al-Syed Ahmad Bin Zainuddin Al-3uluwi Al-3amali dalam Al-Manahij Al-Akhbari pada syarah Al-Satubshar: halaman 458..
7. Al-Syed Al-Hindi dalam Kasyf Al-Litsam (Tha-Qaf): Jilid 1, halaman 336..
8. Al-Syed Ali Al-Thabathaba’ei dalam Riyadh Al-Masail: Jilid 6, halaman 554.
9. Al-Muhaqqaq Al-Bahrani dalam Al-Hadaiq Al-Nadhirah: Jilid 16, halaman 201..
10. Al-Muhaqqaq Al-Naraqi dalam Al-Mustanad Al-Syi3ah: Jilid 12, halaman 92.
[63] Al-Satubshar - Al-Thusi: Jilid 2, halaman 218-219; Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi:: Jilid 5, halaman 112.
[64] Sebahagian yang menyatakan kesahihan riwayat Muawiyah bin Wahab
1. Al-Muhaqqaq Al-Ardabili dalam Majmu3 Al-Faedah Wal-Burhan: Jilid 7, halaman 110.
2. Muhammad Taqi Al-Majlisi (Al-Awwal) dalam Raudhah Al-Muttaqin pada syarah Man La Yahdhuruhu Al-Faqih: Jilid 4, halaman 546.
3. Al-Muhaqqaq Al-Sabizuari dalam Zhahirah Al-Ma3ad: Jilid 1, Qaf 3, halaman 636.
4. Al-Muhaqqaq Al-Bahrani dalam Al-Hadaiq Al-Nadhirah: Jilid 16, halaman 201..
5. Al-Muhaqqaq Al-Naraqi dalam Al-Mustanad Al-Syi3ah: Jilid 32, halaman 92.
[65] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi Jilid 5, halaman 112.
[66] Mereka yang menyatakan kesahihan riwayat Al-Fadhil:
Al-Syed Abdul Al-A3la dalam Al-Sibzuwari dalam Mahzhab Al-Ahkam pada menerangkan yang halal dan yang haram: Jilid 8, halaman 377.
[67] Wasail Al-Syiah (Aali Al-Bait) - Al-Hurr Al-3amali: Jilid 8, halaman 252.
[68] Sebahagian yang menyatakan kesahihan riwayat Al-Hilli: 
1. Al-3alamah Al-Hilli dalam Muntaha Al-Muthalib Jilid 7, halaman 78.
2. Ibn Al-3alamah (Muhammad bin Al-Hassan bin Yusuf bin Al-Muthhar Al-Hilli) dalam menjelaskan kegunaannya: Jilid 1, Syarah halaman 144.
3. Al-Syed Muhammad Al-3amali dalam Mudarak Al-Ahkam: Jilid 4, halaman 284.
4. - Muhammad Taqi Al-Majlisi (Al-Awwal) dalam Raudhah Al-Muttaqin pada syarah Man La Yahdhuruhu Al-Faqih: Jilid 2, halaman 412.
5. Al-3alamah Al-Majlisi dalam Malazz Al-Akhiar pada Faham Tahzhib Al-Akhbar: Jilid 4, halaman 161
6. - Lil-Muhaqqaq Al-Bahrani dalam Al-Hadaiq Al-Nadhirah: Jilid 9, halaman 334.
7. Al-Mirza Al-Qumi dalam Manahij Al-Ahkam: halaman 587.
8. Al-Syed Abdul Al-A3la dalam Al-Sibzuwari dalam Mahzhab Al-Ahkam pada menerangkan yang halal dan yang haram: Jilid 7, halaman 357.
[69] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi: Jilid 5, halaman 196.
[70] Uyun Akhbar Al-Redha (as) – Al-Shaduq: Jilid 1, halaman 193; Bihar Al-Anwar - Al-Majlisi: Jilid 25, halaman 117
[71] Al-Hurr Al-3amali, berkata: "Saya katakan pendapat dan persoalan ini tidak ragu-ragu lagi adalah tidak benar, dengan kemungkinan terjadinya dari perawi" Itsbat Al-Hadah: Jilid 3, halaman 729.
Al-Majlisi berkata: "Kenyataan bahawa mungkin sebahagian berita waktu Al-Sufiani dijalankan secara taqiyah yang kejadiannya disebut di dalam riwayat-riwayat mereka, atau bahawa ia adalah berkemungkinan bahawa yang terletak di dalamnya Al-Bada’ (pemansuhan dan penerapan) ia mungkin mengkut takdir, atau yang akan menjadi tempoh kestabilan daulahnya, di mana berbeza mengikut anggapannya ... " Bihar Al-Anwar - Al-Majlisi: Jilid 52, halaman 216.
[72] Al-Ghaibah – Al-Thusi. halaman 449-450.
[73] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi: Jilid 2, halaman 350-351.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya













Khamis, 23 Mac 2017

Adakah Lupa Dan Lalai Mustahil Bagi Maksum?


Adakah Lupa Dan Lalai Mustahil Bagi Maksum?


Di sini kita akan membicarakan, sama ada untuk mempercayai lupa dan lalai itu mustahil ke atas Al-Maksum dalam semua keadaan, atau yang dihalang dari lupa dalam ibadah  Atau menafikan riwayat dari Muslim Sunnah dan Syiah tentang Nabi terlupa di dalam sholat atau apa yang diriwayatkan oleh Syiah  tentang lupanya para Imam. Saya akan letakkan apa yang didapati tentang keraguan-keraguan dan penghargaan untuk menafikan kelupaan dan kelalaian terhadap Khalifah Allah - yang mana mereka tidak mempunyai dalil - dan kami akan menunjukkan pendapat-pendapat atau perkara-perkara yang meragukan ini pada pertimbangan ilmiah untuk dilihat terdapat pertimbangan ilmiah atau adakah ia hanya  keraguan-keraguan berdasarkan kesilapan atau hanya penghargaan, inilah sebabnya ianya memerlukan dalil yang qat’ei untuk mengesahkan kepercayaan mereka dalam menafikan terhadap kelupaan Al-Maksum, sama ada secara mutlak atau di dalam ibadah khususnya, ini sesuatu yang sia-sia kerana ianya tidak mempunyai petunjuk (dalil) akal yang sempurna atau riwayat dari sumber yang tepat iaitu tiada ayat Al-Quran yang menepati maknanya, tetapi sebaliknya ia bertentangan dengan apa yang mereka percayai, Dari segi akal, Al-Maksum adalah manusia dan tidak keluar dari semua had-had kemanusiaan melainkan jika terdapat dalil muktamad (qat’ei), dan ada banyak riwayat yang sahih dalam masalah kelupaan Al-Maksum. Ayat-ayat itu juga menunjukkan kealpaan maksum. Kita akan kemukakan perbincangan menurut Al-Quran, riwayat-riwayat dan petunjuk yang diterima akal.


Pertama, Ayat-ayat Al-Quran

Kita akan membincangkan kelalaian yang berkaitan pada sebahagian dari khalifah Allah dalam beberapa ayat Al-Quran, dan menerangkan ia adalah lupa dan ditinggalkan atas kecuaian, dan juga kita akan pertimbangkan untuk membicarakan makna huruf (perkataan) lupa dan lalai serta menerangkan kesalahan-kesalahan tata bahasanya .


لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ
(Janganlah kamu menghukumku karena kelupaanku):


Pertama, Ayat-ayat Al-Quran

Kita akan membincangkan kelalaian yang berkaitan pada sebahagian dari khalifah Allah dalam beberapa ayat Al-Quran, dan menerangkan ia adalah lupa dan ditinggalkan atas kecuaian, dan juga kita akan pertimbangkan untuk membicarakan makna huruf (perkataan) lupa dan lalai serta menerangkan kesalahan-kesalahan tata bahasanya .

لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ
(Janganlah kamu menghukumku karena kelupaanku):

Dengan erti yang sama, Allah berfirman:

﴿وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَىٰ مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ﴾.

Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa, maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat. [Al-An3am 6:68]

Maka syaitan di sini adalah kegelapan dan kekurangan itu, Maka cahaya yang tiada kegelapan di dalamnya dan Pembicara mutlak tidak lain adalah Dia Allah SWT.

﴿ قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا ۞ وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا ۞  قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا ۞ قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي عَن شَيْءٍ حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا ۞ فَانطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا ۖ قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا ۞ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا ۞ قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا﴾

Dia menjawab: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama aku.* Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?" * Musa berkata: "Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun". * Dia berkata: "Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu". * Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu dia melubanginya. Musa berkata: "Mengapa kamu melubangi perahu itu akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?" Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar. * Dia berkata: "Bukankah aku telah berkata: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku". * Musa berkata: "Janganlah kamu menghukumku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku". [Al-Kahf 18:67-73]


Dalam ayat-ayat pencarian si hamba [46] -  عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا -  seorang hamba di antara hamba-hamba Kami agar Nabi Allah Musa (as) yang tidak menyoal sesuatu sehingga dia mulai bertindak untuk memberitahunya tentang hal itu, pada hal Musa berjanji untuk bersabar iaitu tidak akan bertanya hamba itu tentang perkara-perkara yang akan dipatuhinya dalam perjalanan mereka, tetapi berlaku perkara sebaliknya kerana Musa tidak sabar dengan apa yang dijanjikannya, dalam kejadian pertama dimulakan dengan bertanya hamba itu bahkan sebagai cabaran atasnya dan untuk melakukannya walaupun Musa berkata beliau akan taat kepada hamba itu dan tidak akan menderhakainya - وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا -  dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun.

Di sini bermulalah dua perkara, iaitu:

Pertama: Musa tidak menunaikan janjinya kepada hamba itu mengenai ilmu dan penuh perhatiannya, dan ini bermakna bahawa nyatalah Musa telah merosakkannya dan memungkirinya – dengan sengaja - janji dibuatnya kepada hamba itu, dan melanggar perintah Allah supaya menghadapinya untuk belajar dari hamba itu, yang beliau sifatkan sebagai -  عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا -  seorang hamba di antara hamba-hamba Kami.  Dan tidak boleh mencabar dan tidak boleh mepertikaikannya.

﴿فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا ۞ قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. * Musa berkata kepadanya: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" [Al-Kahf 18: 65-66],

Pada akhir cerita ini, hamba itu memberitahu dengan jelas: - وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي-  dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri, Musa juga sangat menyedarinya bahawa ilmu hamba itu dari Allah, dan dia ingin belajar darinya dengan mengikutnya untuk belajar apa yang telah diajarkan oleh Allah.

Iaitu Musa (as) – mengira ini adalah kewajipan – ia telah bertanya dan membantah hamba itu, dan dia tahu bahawa dia bertanya dan membantah kepada Allah, dan juga mengetahui bahawa ia telah melanggar janji dan ikrarnya.

Pada hakikatnya, ini adalah suatu kesimpulan bagi orang-orang yang mengusahakan untuk memuji (meraikan) Musa (as) atau Al-Maksumin umumnya dari lupa dan lalai seperti yang mereka dakwakan, mereka telah mendakwa Musa (as) seorang imam dan seorang nabi Uli Al-‘Azm – dengan dakwaan yang besar, tidak seharusnya mendakwa Musa (as) dengannaya dalam apa jua cara sekalipun.

Kedua: Musa melanggar janjinya dan lalai terhadap ikrarnya, iaitu dia lupa atau lalai dengan janji yang diikrarkannya kepada hamba, oleh itu dia dimaafkan dan tidak dianggap merosakkannya, ini adalah apa yang dikatakan Musa (as) dengan jelas: - قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ - katanya: "Janganlah engkau menghukumku karena kelupaanku.

Dan Musa memang beribadah seperti sholat, puasa dan haji, yang mengiringi Musa sebagai seorang hamba yang mengabdi dengan perintah Ilahi, dan juga memenuhi ikrar dan janji beribadah oleh Musa (as) dalam kedudukan ini.


سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَى

(Kami akan membacakan kepadamu maka kamu tidak akan lupa):





﴿سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰ ۞ إِلَّا مَا شَاءَ اللَّـهُ ۚ إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ وَمَا يَخْفَىٰ﴾


Kami akan membacakan kepadamu, maka kamu tidak akan lupa, * kecuali kalau Allah menghendaki. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi.: [Al-A3la 87:6-7].

Telah disebut dalam riwayat Muktashar (Ringkasan) Bashair Al-Darajat dalam mentafsirkan ayat ini:

«dan dari Muhammad bin Al-Hussein bin Abi  Al-Khattab dan lain-lain dari Ahmad bin  Muhammad bin Abi Nasr, dari Hisyam bin Salim dari Saad bin Tharif Al-Khaffaf katanya: Aku berkata kepada Abi Ja’far (as) apa yang dikatakan orang-orang yang mengambil dari tuan ilmu lalu melupakannya, beliau berkata, ia tidak menjadi hujah kepadanya tetapi hujah adalah sesiapa yang mendengar dari kami sesuatu percakapan tetapi lalu mengingkarinya, atau telah sampai kepadanya tetapi tidak beriman kepadanya dan kafir, ada pun lupa ia adalah perkara mengenai kamu pada awal Surah yang diturunkan kepada Rasulullah (S) " سبح اسم ربك الاعلى " (Surah Al-A3la) Maka jika terlupa dia tidak mempunyai hujah dalam melupakannya, tetapi Allah SWT telah melupakannya seperti dalam firmanNya:  Kami akan membacakan kepadamu maka kamu tidak akan lupa [47]

Disebut juga pada riwayat dalam Tafsir Al-Imam Al-Hasan Al-Askari untuk ayat tersebut:

«Imam (as) berkata Muhammad bin Ali bin Musa Al-Redha (as) berkata: (Apa saja ayat yang Kami nasakhkan) kerana telah diangkat hukumnya (atau Kami jadikan lupa kepadanya) kerana telah diangkat tulisannya, dan dikeluarkan dari hati yang menghafalnya dan dari qalbumu ya Muhammad sebagaimana firman Allah (سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰ ۞ إِلَّا مَا شَاءَ اللَّـهُ  - Kami akan membacakan kepadamu maka kamu tidak akan lupa. * kecuali kalau Allah krhendaki.) untuk melupakan kamu maka diangkat mengingatinya dari hati kamu.» [48]

Sebahagian daripada mereka menafsirkan ayat tersebut bahawa Al-Maksum tidak lupa apa-apa pun (mutlak), kerana ayat itu tidak menunjukkan yang hilang daripadanya, ayat ini adalah jelas:  سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰ  - Kami akan membacakan kepadamu maka kamu tidak akan lupa. Iaitu kamu tidak akan lupa apa yang dibacakan kepadamu, Maka sesiapa yang lari darinya - Bukan apa yang dibacakan kepadamu atau bukan wahyu ilahi -  dalil-dalil diperlukan atas apa yang dikatakannya, Maka apa yang kami bacakan kepadamu adalah seluruh Al-Quran dan wahyu Ilahi, Dengan itu ayat ini tidak lebih daripada menunjukkan Al-Maksum dijaga dari lupa dalam tabligh (menyampaikan risalah) atau dalam menghafal apa yang dibacakan Allah SWT selepas turunnya ayat tersebut, dan ini tidak termasuk ibadah dan yang lain darinya, dan Al-Maksum tidak lupa dalam tabligh (menyampaikan risalah) dari Allah, bukan perkara khilaf (yang diperselisihkan).

Bahkab firman Allah: -  إِلَّا مَا شَاءَ اللَّـهُ  - kecuali kalau Allah menghendaki. Ia adalah pengecualian menunjukkan tanpa keraguan lagi bahawa Al-Maksum seperti manusia yang lain dibelenggu oleh lupa dan lalai, tetapi Allah memeliharanya dari lupa dan lalai dalam perkara keperluan dan hajat untuk perkara itu, maka maksud kecuali kalau Allah menghendaki adalah untuk melupakannya dari hal-hal lain yang tidak terdapat keperluan dan hajat bagi Allah untuk melindungi kamu daripada lupa dan lalai padanya, Seperti manusia lain, mereka yang mengalami kealpaan dan kelalaian, 

﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ﴾

Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku [Al-Kahf 18: 110], 

.


Kedua: Riwayat-riwayat

Keraguan-keraguan dalam riwayat-riwayat yang menyebut mengenai lupa dan lalai itu tidak membantu; kerana ianya tidak melebihi dari sebahagian rujukan yang merumitkan. Atau keadaan yang sukar dengan taqiyah, suatu usaha terdesak untuk ditolak banyak riwayat-riwayat dalam bab ini dan yang tidak ada yang menentangnya,  walaupun perkara ini telah diselesaikan seperti yang diterangkan Al-Quran dan kita tidak akan memperkatakan tentang kemusykilan-kemusykilan itu di sini, kerana ia tidak sempurna - tidak dapat dipecahkan – Maka tujuan untuk menggunakannya adalah untuk mengelakkan  ketergantungan dengan riwayat-riwayat ini  sebagai sandaran untuk mengesahkan aqidah, dan  perkara ini tidak akan  mengesahkan kepercayaan mereka dalam apa jua keadaan, kerana akibatnya mereka perlu berhujah dengan dalil untuk  mengesahkan kepercayaan Khalifah Allah tidak lupa sama ada secara umum atau dalam ibadah menurut kepercayaan mereka, kerana pada asasnya dalam perkara ini Al-Maksum atau Khalifah Allah sama seperti manusia yang lain, dan mereka tidak akan terkeluar dari batasan itu melainkan terdapat dalil-dalil.

Dengan ini diketahui bahawa mereka tidak mempunyai riwayat-riwayat yang mengatakan Al-Maksum terhindar dari lupa dalam ibadah termasuk satu riwayat yang mereka takwil di dalamnya, dan kita akan terangkan bahawa dalilnya tidak sempurna dan tidak qat’ei (muktamad) mengikut makna yang mereka bawakan terhadapnya. Bahkan juga tidak boleh dirujuk kesemuanya untuk menentangnya kerana ada sebilangan besar riwayat-riwayat sahih yang akan kita bawakan untuk menyebutkannya.

Riwayat-riwayat Yang Mengatakan Al-Maksum Lupa Dan Lalai:

Riwayat-riwayat Yang Menyebut Nabi (S) Lupa:

• Tahzhib Al-Ahkam: «Hussein Bin Sa’id dari Ibn Abi ‘Umair dari Jamil berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang seorang lelaki yang sholat dua rakaat dan kemudian dia berdiri lalu berkata, ia diterima, saya berkata: Apakah ada riwayatnya? Dia teringat hadits Zhi Al-Syamalain katanya: Rasulullah (S) tidak terlepas (darinya).» [49]

• Tahzhib Al-Ahkam: «dari Fadhilah dari Al-Hussein Bin Osman dari Sama’ah dari Abi Bashir katanya: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang seorang lelaki yang sholat dua rakaat dan kemudian dia pergi laksanakan hajatnya katanya: diterima sholatnya, aku berkata: Apakah halnya dengan Rasulullah (S) tidak diterima apabila sholat dua rakaat? Beliau berkata: Rasulullah (S) tidak meninggalkan tempatnya.» [50].

• Tahzhib Al-Ahkam: «Diriwayatkan oleh Saad dari Muhammad bin Hussein dari Jaafar bin Bashir dari Al-Harits bin Al-Munghirah Al-Nashara katanya, Aku berkata kepada Abi Abdillah (as): Kami Sholat Maghrib, maka Imam telah lupa dan memberi salam pada rakaat kedua lalu kami sholat semula, beliau berkata: Tidak perlu sholat semula?! Tidakkah Rasulullah (S) telah terlepas pada rakaat kedua lalu sambung rakaat kedua itu hingga sempurna?!!»[51]

• Tahzhib Al-Ahkam: «Apa yang diriwayatkan Sa’ad bin Abdullah dari Ahmad bin Muhammad dari Al-Hussein dari Fadhalah dari Saif bin ‘Amirah dari Abi Bakr Al-Hadhrami katanya: Aku sholat Maghrib bersama sahabatku dan apabila dia sholat dua rakaat lalu memberi salam, beliau berkata: sebahagian daripada mereka apabila sholat dua rakaat bersamaku telah mengulanginya. Maka aku beritahu kepada Aba Abdillah (as) Lalu beliau berkata: Mungkin kamu mengulanginya, aku berkata: Ya, maka dia ketawa dan kemudian berkata: Bahawa kamu diberi ganjaran pada apa yang kamu dirikan dan bilangan rakaat rukuk. Rasulullah (S) terlupa dan memberi salam pada rakaat ke dua kemudian beliau teringat hadits Zhi Al-Syamalain lalu berkata: baginda kemudian berdiri dan menambah dua rakaat lagi.»[52]

• Tahzhib Al-Ahkam: «Saad dari Abi AL-Jauzaa’ dari Al-Hussein bin ‘Ulwan dari ‘Amru Ibn Khalid dari Zaid bin Ali dari bapa-bapanya dari Ali (as) katanya: Kami sholat bersama Rasulullah (S) pada sholat dzohor lima rakaat kemudian berdoa, beberapa orang berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah, Adakah sesuatu ditambah dalam sholat? Baginda bersabda: Apakah dia? Beliau berkata: Kita bersholat lima rakaat. Katanya:  Baginda menghadap kiblat dan bertakbir sambil duduk dan kemudian sujud dua kali, antara keduanya tidak membaca sesuatu dan tidak ruku' dan kemudian memberi salam dan mereka berkata: kedua-duanya perlu dibuat.». [53]

• Tahzhib Al-Ahkam: «Ahmad bin Muhammad dari Al-Hasan bin Ali bin Fadhal dari Abi Jamilah dari Zaid Al-Syiham Abi Usamah katanya: Aku bertanya kepadanya tentang seorang lelaki bersholat ‘Ashar enam rakaat atau lima rakaat, katanya: Jika ia menentukan untuk sholat lima atau enam rakaat hendaklah diulangi semula sholatnya, tetapi jika dia tidak sedar menambah atau terkurang, maka hendaklah bertakbir sambil duduk dan kemudian rukuk untuk dua rakaat, bacalah antara keduanya Surah Al-Fatihah dan pada akhir sholatnya kemudian membaca tasyahud. jika ia yakin dia sholat dua atau tiga rakaat kemudian pergi beranjak lalu bercakap dengan tidak tahu bahawa sholatnya tidak sempurna hendaklah ia berdiri menyempurnakan  sholatnya bagi apa yang tinggal daripadanya, Maka nabi Allah (S) bersholat dengan orang ramai dua rakaat dengan terlupa  sehingga beranjak lalu Zhu Al-Syamalain berkata kepada baginda: 'ya Rasulullah, Apa yang baru dalam sholat?  Baginda bersabda: Wahai manusia adakah Zhu Al-Syamalain benar? Mereka berkata: Ya, tetapi tidak habis cuma dua rakaat saja, maka baginda berdiri menyemprnakan apa yang telah tertinggal dari sholatnya.». [54]


• Al-Kafi: «Muhammad bin Yahya dari Ahmad bin Muhammad bin Isa dari  Osman bin Isa, dari Sama’ah Ibn Mihran katanya: Abu Abdillah (as) berkata: Sesiapa  menjaga kelupaannya sempurnalah (sholatnya) maka dia tidak perlu sujud sahwi, kerana Rasulullah (S)  bersholat Dzohor dengan orang ramai dua rakaat dengan terlupa lalu memberi salam. Lalu Zhu Al-Syamalain berkata kepada baginda: 'ya Rasulullah, Adakah sesuatu diturunkan mengenai sholat? Baginda bersabda: Apakah dia, katanya, Engkau telah sholat dua rakaat, Maka Rasulullah (S) bersabda: Adakah kamu semua mengatakan seperti dia? Mereka berkata: Ya, lalu baginda (S) berdiri menyempurnakan sholat tersebut bersama mereka, lalu sujud dua sujud sahwi, Katanya, Aku berkata: Apa pendapat kamu orang yang sholat dua rakaat mengira ia empat rakaat lalu memberi salam dan beranjak pergi kemudian ingat selepas dia pergi hanya bersholat dua rakaat? Beliau berkata: Dirikan sholat dari awal, Dia berkata: Apakah halnya dengan Rasulullah (S) tidak dirikan sholat tetapi menyelesaikannya rakaat yang tertinggal bagi sholat baginda? Beliau berkata bahawa Rasulullah (S) tidak berangkat dari majlis baginda dari jika tidak berangkat dari majlisnya hendaklah ia menyempurnakan apa yang kurang dari sholat, dia seolag-olah telah memelihara dua rakaat yang pertama.» [55]

• Al-Kafi: «Dari beberapa orang sahabat kami, dari Ahmad bin Muhammad,  dari Manshur bin Al-Abbas, dari ‘Amru bin Sa’id dari Al-Hassan Bin Shadaqah katanya: Aku berkata kepada Abi Hassan Al-Awwal (as): Rasulullah (S) memberi salam pada dua rakaat pertama? Beliau berkata: Ya, Aku katakan, Apa hal keadaannya. Beliau berkata, Sesungguhnya ia Iradah (kehendak) Allah AWJ untuk memahamkan mereka.» [56]

• Al-Kafi: «Muhammad bin Yahya dari Ahmad bin Muhammad bin Isa, dari Ali bin Al-Nu'man, dari Sa’id Al-A’raj katanya: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: Rasulullah (S) telah memberi salam selepas dua rakaat, lalu bertanyalah orang di belakang, ya Rasulullah Adakah perkara baru dalam sholat? Baginda bersabda: Apakah dia? Mereka berkata, bahawa engkau sholat dua rakaat, Baginda bersabda: Adakah begitu wahai Zha Al-Yadain? Maka telah menyeru Zha Al-Syamalain, katanya: Ya, Lalu baginda mendirikan sholatnya bagi menyempurnakan sholat empat rakaat. Katanya, sesungguhnya Allahlah yang melupakannya sebagai rahmat bagi umat, agar jika kamu melihat seorang lelaki melakukan perkara ini hendaklah menegur dan mengatakan: Belum diterima sholat kamu bagi sesiapa yang didatangi padanya dustu hari perkara itu, katanya: Telah menjadi sunnah Rasulullah (S) dan menjadi ikutan (contoh) supaya sujud dua sujud supaya meletakkan kalam tersebut.» [57]

•  ‘Uyun Akhbar Al-Redha (as): «Diceritakan kepada kami Tamim bin Abdullah bin Tamim Al-Qurasyi berkata: Ayahku menceritakan dari Ahmad bin Ali Al-Ansari dari Abi Al-Salt Al-Harawi katanya: Aku bertanta kepada Al-Redha (as), Wahai anak Rasulullah, dalam kegelapan penduduk Kufah mereka mendakwa bahawa Nabi (S) tidak berlaku pada baginda lupa dalam sholat, katanya, mereka (laknahumu Allah) berbohong bahawa yang tidak lupa adalah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia ....» [58]

•  Al-Mahasin: «Dari beliau, dari Jaafar bin Muhammad Al-Sya’ats,  dari Ibn Abi Al-Qadah, dari Abi Abdillah, dari bapanya (as) berkata: Nabi (S) bersholat dan menguatkan (jihar) bacaannya, dan apabila baginda beranjak dia berkata kepada para sahabatnya: Adakah aku gugurkan sesuatu dalam bacaan? - (Dia berkata) : semua orang senyap, Nabi (S) bersabda: Adakah terdapat Ubai bin Ka’ab? - Mereka berkata: Ya, dan baginda bersabda:  Adakah aku gugurkan sesuatu? - Beliau berkata: Ya, wahai Rasulullah. Ia adalah ini dan itu. Lalu baginda (S) marah kemudian bersabda:  Mengapa ada segolongan kaum yang dibacakan kepada mereka kitab Allah tidak menghasilkan apa yang dibacakan kepada mereka darinya dan tiada apa yang ditinggalkan! Maka demikianlah binasa Bani Israel, Aku hadiri di tubuh badan mereka dan hati mereka tidak hadir, dan Allah tidak terima sholat hamba yang tidak hadir dihatinya dengan tubuhnya.» [59]

• Man La Yahdhuruhu Al-Faqih  : «Diriwayatkan Al-Hassan bin Al-Rabathi dari Sa’id Al-A’raj [60] katanya: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: Allah TWT tidurkan RasulNya (S) dari sholat subuh sehingga terbit matahari,  Kemudian pada mulanya baginda sholat dua rakaat sebelum subuh dan kemudian sholat subuh dan  menyebabkannya lupa  dalam sholat baginda, lalu memberi salam pada rakaat kedua kemudian  menggambarkan apa yang dikatakan Zhu Al-Syamalain bahawa dengan berbuat demikian ia memberi rahmat bagi umat ini,  Kalau-kalau perubahan seorang Islam jika dia tertidur dari sholatnya atau terlupa dalam perbuatannya di mana ia berkata: Perkara itu telah dialami oleh Rasulullah (S)» [60] 

-------------------------
[46] " Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami "
[47] Mukhtashar Bashair AL-Darajat - Hassan bin Sulaiman Al-Hilli:  hal. 293  
[48] Tafsir Al-Imam Al-Askari (as):. Hal. 491
[49] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi: Jilid 2, hal. 345-346.
[50] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi: Jilid 2, hal. 346.
[51] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi: Jilid 2, hal. 180.
[52] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi: Jilid 2, hal. 180
[53] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi: Jilid 2, hal. 349-350,2
[54] Tahzhib Al-Ahkam: - Al-Thusi: Jilid 2, hal. 352.
[55] Al-Kafi – Al-Kulaini:  : Jilid 3, hal. 355-356.
[56] Al-Kafi – Al-Kulaini:  : Jilid 3, hal.356
[57] Al-Kafi – Al-Kulaini:  : Jilid 3, hal.357.
[58] ‘Uyun Akhbar Al-Redha (as) – Al-Shaduq:  Jilid 2, hal. 219,
[59] Al-Kafi - Kawat:  Jilid 1, hal. 260..
[60] Al-Shaduq telah menyebut jalannya kepada Ibn Mahbub (Sl-Masyyakhah), perkataan: "Apa yang ada di dalamnya dari Al-Hassan bin Mahbub telah diriwayatkannya dari Muhammad bin Musa bin Al-Mutawakkil (ra) dari Abdullah bin Jaafar Al-Humairi dari Sa’ad bin Abdullah dari Ahmad bin Mohammad bin Isa dari Al-Hassan bin Mahbub."
Al-Syed Al-Khoei berkata dalam (Al-Mu’jam): "Jalannya sahih (Mu’jam Rijal Al-Hadits, Jilid 5, hal. 91), dan Al-Hassan bin Mahbub dianggap tsiqah oleh Al-Syeikh dalam Fihrasatnya dan rijalnya, Berkata Al-Najasyi: berjanji ulama Al-Kasysyi dari Fuqaha’ semuanya sahabat kami untuk mensahihkan apa yang benar tentang mereka, dan kaitannya,  Al-Syed Al-Khoei berkata, yang zahir adalah Ali bin Al-Hassan bin Ribath pendahuluan terjemahannya,
Beliau berkata dalam terjemahannya: Najashi berkata: Ali bin Al-Hassan bin Ribath Al-Bajali Abu Al-Hassan Kufi menentukan tsiqah kepadanya, dan Sa’id Al-A’raj, telah berkata Al-Najashi: Sa’id Bin Abdul Rahman Qil bin Abdullah Al-A’raj Al-Saman Abu Abdullah Al-Taimi (Al-Tamimi) tuan-tuan mereka orang Kufah dianggap tsiqah. Riwayat itu menyatakan kesahihan Al-Mirza Al-Qumi dalam.Manahij Al-Ahkam hal. 677; dan Al-Syeikh Abdullah Al-Mamaqani pada bahagian akhir penulisan dalam Takamalah Ghayah Al-Amal: hal. 318..
[61]  Man La Yahdhuruhu Al-Faqih - Al-Shaduq: Jilid 1, halaman 358-359




..... sambungan

Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya