Khamis, 26 November 2015

2015 11 27



2015 11 27
KHUTBAH PERTAMA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.   
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
                                 
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Firman Allah SWT:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
                                             بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan atau perantara) yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu beroleh kejayaan.. [Al-Maidah 5:35] 

Imam Ahmad Al Hassan pernah ditanya bagaimana mendekatkan diri kepada Allah?
                           
Imam Ahmad Al Hassan berkata:
Bagaimana Mendekatkan Diri Kepada Allah Dengan Ibadah-Ibadah Sehingga Menjadi Tangan, Telinga Dan MataNya SWT?

Di dalam hadis Qudsi amalan nawafil bukanlah solat-solat mustahab (yang disunatkan) sahaja, tetapi ianya meliputi keseluruhan apa yang difardhukan Allah SWT dan ia menunjukkan kepada solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain (ibadah fardhu). Maka kesemua solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan fajar menurut hadis Qudsi ini adalah nawafil atau tambahan atau sampingan kepada amalan lain yang lebih asasi, lebih penting dan dituntut sebenarnya, kerana amalan-amalan lainnya menjadi tidak bermanfaat tanpa amalan asasi itu. Amalan ini adalah Wilayah (menerima (walak) otoriti atau kekuasaan) Wali Allah dan khalifahNya (as) di muka bumiNya ini.

Jika sekiranya datang seorang penganut Kristian yang melakukan segala Ibadah Islam tanpa Wilayah Muhammad, maka ianya tidak memberi sebarang manfaat.
Dan sekiranya datang seorang muslim dengan melakukan segala ibadah Islam tanpa Wilayah Ali, maka ianya tidak juga memberi apa-apa manfaat.
Dan sekiranya datang seorang Syiah dengan segala ibadah Islam dan wilayah Ali serta para Imam (a.s) tanpa berwilayahkan Imam Mahdi (a.s), maka ianya tidak bermanfaat jua.

Melainkan dia memanfaatkannya (wilayah khalifah Allah) di dalam kehidupan di dunia ini, serta menjadikannya sebagai wasilah bagi mengenal Hakikat dan mengenal wali Allah. Bahkan orang yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan nawafil walaupun dia berwilayahkan wali Allah, maka dia tetap tidak memperolehi dan tidak dapat meninggikan darjatnya melainkan dengan kadar wilayah yang dikandung dalam dadanya.

Adapun kefardhuan itu adalah wilayah kepada wali Allah. Wilayah itu adalah solat yang wajib, haji yang wajib, zakat yang wajib dan puasa yang wajib. Solat adalah menghadapkan wajah ke kiblat dengan penuh kerendahan dan pengharapan (doa), sebaik-baik kiblat yang dihadapkan wajahnya oleh manusia adalah wali Allah pada zamannya dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya. Sebaik-baik kerendahan diri dan memanjatkan pengharapan (doa) kepada Allah adalah dengan mencintai wali Allah dan HujjahNya ke atas hamba-hambaNya, sepertimana di dalam hadis: 

(حبّ علي حسنة لا تضر معها سيئة)

Bermaksud: Kecintaan Ali adalah kebaikan yang kejahatan sesekali tidak memudharatkannya. [Yanabi' Al Mawaddah, jild 1, ms 375 dan 'Awali Al Liali, jid 4, ms 86]


Haji itu adalah perjalanan ke tempat tertentu dan sebaik-baik perjalanan itu adalah perjalanan kepada Allah dengan maksud tujuan wali Allah dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya, kerana dia adalah kiblat yang dengannya Allah dikenali. Dengan mereka Allah dikenali.

عن يزيد العجلي, قال: سمعت أبا جعفر يقول: بنا عبد الله, وبنا عرف الله, وبنا وحد الله تبارك وتعالى,ومحمد حجاب الله تبارك وتعالى

Bermaksud: Daripada Yazid Al-3ijli, telah berkata: Aku telah mendengar Aba Abdillah berkata: Dengan kami Allah disembah, dengan kami Allah dikenali, dengan kami ditauhidkan Allah Tabaraka wa Taala, dan Muhammad adalah Hijab Allah Tabaraka wa Taala. [Al Kafi, jilid 1, ms 145]

قال رسول الله : ابن آدم إفعل الخير ودع الشر فإذا أنت جواد قاصد

Telah bersabda Rasulullah: Berbuat baiklah anak Adam dan tinggalkanlah kejahatan, sedang kamu seorang yang dermawan lagi dekat. [Nahjul Balaghah, ms 95, khutbah 176]

Perbuatan baik adalah Wilayah Wali Allah dan meninggalkan kejahatan adalah mengingkari taghut. Ditetapkan bahawa wilayah Wali Allah adalah mengikut martabat-martabat. Maka barangsiapa yang mengutamakan keseragaman dalam setiap gerak serta diam, dan bukan orang yang mengikutinya dengan lisan tetapi tidak mengikutinya dengan perbuatannya. Setiap kali dia lebih kuat mendampingi Wali Allah, maka setiap kali itulah keterdekatan dirinya kepada Allah menjadi lebih kuat. Beginilah halnya sehinggalah hamba yang sentiasa mendampingi Wali Allah ini menjadi imej atau gambaran lain kepada Wali Allah atau HujjahNya ke atas hamba-hambaNya. Beginilah seseorang hamba itu menjadi mata dan tangan Allah, sepertimana Wali Allah itu adalah mata dan tangan Allah. 

Daripada Abi Abdillah, telah berkata: Amirul Mukminin berkata: Aku adalah ilmu Allah, dan aku adalah hati Allah yang sedar, dan lisan Allah yang berkata-kata, dan mata Allah yang melihat, aku adalah rusuk Allah dan aku adalah tangan Allah. [Bashair Al Darajat, ms 84. At Tauhid li As Sadooq, ms 164, bab 22, hadis 1. Al Ikhtisas oleh Al Mufid, ms 248]

Seorang Ansar bertanya kepada Imam Ahmad Al HassanL
Saya bersumpah kepada mu demi kerabat junjungan Rasulullah (S) bahawa saya ingin mengenali diri tuan,
                           
Imam Ahmad Al Hassan berkata:

Saya hamba yang miskin mengharapkan rahmat Tuhan seperti mana yang saudara harapkan, dan khadam yang berdiri di hadapan Allah dan di pintuNya. Saya tidak memintaNya syurga mahupun redhaNya dan tidak mencari apa-apa, saya hanya menunggu apa perintahNya untuk saya, dan kalau saudara bertanya kepada saya apa yang kamu mahu? Saya katakan kepada saudara apa yang DIA mahukan? Walaupun ia akan meminta kepada saya supaya berkhidmat kepadaNya di sepanjang zaman dan kemudian memasukkan saya ke dalam api (neraka), itu adalah keadilan-Nya yang Maha Bijaksana, bahkan baik pada saya kerana saya berdosa oleh lalai dengannya.

Saya katakan ini tidak keterlaluan atau kata-kata kelancaran lidah semata-mata, tetapi ia adalah hakikat pengakuan dalam diri saya dan tersemat di dalamnya, dialah Ahmad Al-Hassan.


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ ِينِ﴾


KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.
                               
قَالَ اللهُ تعالى

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
                                             بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

﴿وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖنَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ﴾


Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa. [Thaha 20:132] 

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Solat adalah mi'raj (perjalanan naik ke langit) bagi orang mukmin dan ianya menggambarkan manhaj (jalan) makrifat. Jalan-jalan makrifat, pergerakan-pergerakan dan kata-kata yang menggambarkan manhaj (jalan) makrifat. Oleh itu, gerakan solat yang dimulai dengan qiyam (berdiri), ruku3 dan seterusnya sujud adalah menggambarkan tentang makrifat yang bersekali dengan penyingkiran daripada Ana (sifat keakuan). Ketika berdiri (qiyam) dia yang menghadapkan wajahnya, pada ruku3 yang menggambarkan kerendahan dan penyingkiran daripada Ana pada darjat tersebut, sehinggalah pada sujud yang menggambarkan kerendahan serta ketundukan dan penyingkiran daripada Ana pada darjat yang lebih tinggi. Aku tegaskan bahawa kerendahan dan ketundukan bertambah seiringan dengan pertambahan makrifat.[1] Sebagaimana makrifat bertambah dengan pertambahan ketundukan dan kerendahan.

Oleh itu, sebutan zikir di dalam ruku3 dan sujud adalah:
[سبحان ربي العظيم] Subhana Rabbiyal 3adzimi (Maha Suci Tuhan yang Agung) dan
[سبحان ربي الأعلى] Subhana Rabbiyal A3la (Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi)
menggambarkan dua martabat ketundukan dan kerendahan, serta makrifat yang mengiringi kedua-dua martabat ini. Di dalam ruku3  tanzih (menyucikan daripada kekurangan), tasbih (mensucikan) dan taqdis (mensucikan daripada sifat-sifat yang tidak layak) Zat Ketuhanan atau Allah. Manakala di dalam sujud pula mentanzih, mentasbih dan mentaqdiskan Hakikat dan Kewujudannya (HUWA).

Sujud adalah martabat kerendahan lebih tinggi dan lebih agung berbanding martabat kerendahan di dalam ruku3, bersesuaian dengan tasbih di dalam ruku3 adalah [
سبحان ربي العظيم] Subhana Rabbiyal 3adzimi (Maha Suci Tuhan yang Agung) atau [سبحان ربي العلي] Subhana Rabbiyal 3aliyy (Maha Suci Tuhan yang Tinggi).
               

Manakala, tasbih di dalam sujud pula adalah [سبحان ربي الأعلى] Subhana Rabbiyal A'la (Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi) atau [سبحان ربي الأعظم] Subhana Rabbiyal A'zham (Maha Suci Tuhan yang Maha Agung). Beza di antara Al-3adzim (Agung) dan Al-A3dzam (Maha Agung) adalah sangat jelas [2]. Perbezaan ini menerangkan dengan jelas bahawa makrifat yang ditunjukkan di dalam sujud dan tasbihnya adalah lebih agung, berbanding makrifat yang ditunjukkan di dalam ruku3 dan tasbihnya.

Di dalam kedua-dua tasbih ini kita mensucikan Dia yang Maha Suci daripada sebarang kekurangan, seterusnya kita mensucikanNya daripada sebarang makrifat yang melingkungiNya atau mensucikanNya daripada kita mengenalnya dengan makrifat yang sempurna di dalam kedua-dua martabat Al-3adzim (Agung) dan al-A3dzam (Maha Agung), atau Zat Ketuhanan (Al-Lahut) yakni Allah dan Hakikat yakni HUWA (NYA). Di samping kita mengisbatkan (mengiakan) dengan kata-kata kita ini bahawa kita tidak mampu mengenal Zat Ketuhanan Mutlak (Al-Lahut Mutlak) dengan makrifat sepenuhnya, apatah lagi Hakikat yakni HUWA yang kita menghadapkan wajah kepadaNya.

اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
                                                         
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]

اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                        
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣


✡✡✡✡✡


Rabu, 25 November 2015

Sirah Kehidupan Nabi Muhammad (S) Bahagian 2



Sirah Kehidupan Nabi Muhammad (S) Bahagian 2


Hijrah


Beberapa ketika selepas itu Abu Thalib bapa saudara Nabi (S), dan Khadijah isteri baginda meninggal dunia, seorang demi seorang. Kehilangan keduanya memberi kesan paling buruk dan ke atas Al-Rasul (S), kedua-duanya adalah penyokong dan pembantu baginda. dan selepas kematian mereka berdua orang-orang Quraisy memperhebatkan tekanan ke atas kaum muslimin, terutama ke atas Rasulullah (S). Baginda memerintahkan umat Islam yang mahu supaya berhijrah ke Habsyah, dengan sabdanya: «Bahawa di sana (iaitu Habsyah) Rajanya tidak berlaku zalim kepada seseorang, ia sebuah negara yang jujur» Sekumpulan orang Islam berhijrah ke Habsyah di bawah pimpinan sepupu Al-Rasul (S), Jaafar bin Abi Talib (as).

Orang-orang Quraisy membuat perancangan rahsia untuk membunuh Nabi (S), dan pada waktu malam tertentu, Allah memberi khabar kepada NabiNya perancangan mereka, dan baginda (S) memerintahkan Ali (as) untuk bermalam di tempat tidur baginda selepas baginda diberitahu atas perancangan Quraisy, Ali (as) secara peribadi adalah menjadi tebusan peribadi Nabi sendiri, dan tidur di katil baginda, dan Nabi (S) keluar menyusup di celah-celah pengkomplot-pengkomplot itu tanpa melihat baginda, dan apabila mereka memecah masuk ke rumah dengan pedang-pedang mereka, mereka terkejut kerana yang ada di katil adalah Ali, dan jatuhlah pedang-pedang di tangan mereka, dan dengan penuh kesal kerana mereka tidak sanggup menghadapi pedang Imam (as), Allah telah menjauhkan Nabi (S) dari tangan-tangan mereka dan menggagalkan rancangan mereka.

﴿وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ﴾

Mereka merancang dan Allah menggagalkan rancangan itu. Dan Allah sebaik-baik Perancang. [Al-Anfal 8:30] 

Penghijrahan Nabi (S) ke Madinah Al-Munawarah, mempynyai kesan yang besar dan kepentingan yang tinggi, sehingga tahun penghijrahan dianggap awal sejarah Islam, dan penduduk Madinah sedang menunggu kedatangan Nabi kepada mereka dengan perasaan tidak sabar, dan mereka pergi menyongsong baginda sambil melagukan dengan kehormatan dan selawat, dan di kalangan orang ramai telah mengisinya dengan penuh kesungguhan. Baginda (3alaihi l-Shalatu wa s-Salam) masuk ke Madinah. Kerja pertama yang baginda telah lakukan ialah baginda mengarahkan pembinaan masjid, untuk menjadi asas kepada dakwah Islam, dan menjadi titik permulaan untuk perpaduan orang-orang Islam. Kerjasama dan kesatuan antara penduduk telah menyiapkan pembinaan masjid dalam masa yang singkat, dan orang-orang Islam mula berkumpul di dalamnya sepanjang hari, untuk mendengar ajaran Nabi dan bimbingan baginda.

Kerja kedua yang dilakukan Rasulullah (S) adalah mempersaudarakan di kalangan orang-orang Islam, dan esok orang-orang yang semalamnya hampir mengacukan pedang di antara satu sama lain, tidak berupaya berterima kasih kepada pendekatan ini. Tangan-tangan telah tergenggam. Berdiri dalam satu pasukan dan tidak mengalihkan perhatian mereka dan hanya berhati-hati dan berwaspada terhadap musuh-musuh mereka, musuh-musuh Islam. Kumpulan telah dibentuk untuk mengajarkan kepada mereka Al-Quran dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam pasukan duduk di sebelah orang bercakap kepada mereka, pasukan itu menerima ajaran Islam dan asas-asasnya, dan yang lain menghabiskan bersama mereka yang mengikat perjanjian dengan orang-orang Islam.


Perang Badar Al-Kubra


Dengan cara ini Islam mencapai penyebaran yang meluas hari demi hari, dan pencapaian orang-orang Islam dengan itu bertambah kuat dan berkeupayaan. Keupayaan dan kekuatan yang baru ini jelas kelihatan terutamanya pada tahun kedua hijrah. di mana tentera Islam telah berjaya mengalahkan dan memalukan orang-orang kafir Quraisy, dan di dalam peristiwa Badar Al-Kubra itu orang-orang Islam telah mendapat selepas peristiwa ini lebih banyak penyokong dan yang mengikat perjanjian. Sebaliknya perasaan bahaya pemimpin-pemimpin Quraisy juga meningkat, dan mereka dari semasa ke semasa sedang membuat persediaan untuk menyerang Madinah, untuk menunjukkan ketidakupayaan Nabi dan jamaah baginda, melalui apa jua cara yang mungkin. Tetapi sekarang, Allah SWT menolong orang-orang yang beriman, perbuatan orang-orang musyrik tidak lagi memberi manfaat kepada mereka. Dan hari-hari esok kemenangan dan penguasaan dijanjikan untuk umat Islam dalam kebanyakan peperangan mereka dengan orang-orang musyrik, untuk orang-orang mukmin yang mendahuluinya dengan pengorbanan dan penebusan, dan sedikit demi sedikit keberanian di kalangan kaum Quraisy berkurangan untuk berhadapan dengan tentera Islam.


Perjanjian Hudaibiyah


Pada tahun keenam hijrah Nabi (S) telah memutuskan untuk mengetuai dengan diiringi oleh sekumpulan sahabat baginda untuk ziarah Baitu Allah Al-Haram di Mekah, dan apabila diketahui oleh Quraisy mengenainya, mereka telah menghantar satu delegasi untuk meminta baginda menangguhkan ziarah baginda, dan selepas perbincangan yang panjang dicapai antara Nabi (S) dan wakil-wakil Quraisy satu perjanjian yang ditandatangani yang termetera di dalamnya:

Memberhentikan peperangan dan pertikaian antara umat Islam dan kaum Quraisy selama sepuluh tahun, dan umat Islam berhak untuk mengerjakan Haji dan ziarah Mekah dan tinggal di sana selama tiga hari, dan ia adalah pada tahun depan.


Penyebaran Islam


Perjanjian yang dibentuk itu menghentikan serangan Quraisy ke atas umat Islam, dan mendatangkan kesesuaian untuk Nabi peluang untuk menyebarkan dakwah dan mengeksport revolusi Islam ke negara-negara lain. Baginda menghantar surat kepada raja-raja dan pemimpin negara-negara besar pada masa itu, mengajak mereka kepada Islam. Sebahagian darinya Raja Khosrow Parviz raja Iran, dan dia adalah orang yang takbur yang disemai dengan kesombongan dan keangkuhan, apabila beliau menerima surat Nabi (S), dengan peribadinya yang sombong atas keberanian Muhammad dan menulis kepada beliau, sebelum memberi perhatian pada tulisan yang pertama, dan perasaan yang sangat benci mengoyakkan surat sebelum membacanya, dan memerintahkan supaya mengusir utusan Rasulullah (S) dari istananya, dan telah berkata pada dirinya sejak hari itu berniat untuk membunuh Al-Rasul, tetapi Al-Ilah Al-Kabir SWT menyediakan hukuman, tidak lama selepas itu lepada orang yang sombong dan angkuh ini, dan dalam waktu yang singkat, dia menerima pembalasan, dia dibunuh oleh tangan anaknya sendiri..

Surat Nabi (S) satu demi satu sampai ke negeri orang-orang Rom dan Mesir dan negara-negara lain. Sebahagian daripada para pemerintah negara tersebut memberi maklum balas kepada dakwah Nabi (S) dengan sambutan yang baik dan sopan, Najasyi raja Habsyah, menghantar jawapan beliau kepada Nabi (S) dengan penuh hormat dan bangga, dan disertakan jawapannya dengan hadiah terpilih, yang dihantar oleh anaknya kepada Rasulullah (S).

Dengan penyebaran agama Islam di berbagai wilayah, ramai orang menyahut seruan Nabi (S), bergabung dengan baginda sebagai sahabat dan pengikut baginda ..

Selepas genap setahun perjanjian yang dibuat di antara kaum muslimin dan Quraisy, yang dikeluarkan Nabi (S), baginda memerintahkan umat Islam membuat perjalanan menuju ke arah Mekah. Pemimpin Quraisy tidak berdaya menghentikan dan menghadap mereka atau menghalang mereka daripada memasuki Mekah, mengikut perjanjian antara kedua pihak, tetapi mereka mengarahkan penduduk supaya meninggalkan Mekah dan pergi ke gunung-gunung yang ada di sekeliling. Dan Rasulullah (S) memasuki Mekah tanpa larangan atau keizinan membawa dakwah Allah Ta’ala dengan dua ribu para sahabat, lalu thawaf mengelilingi Baitu Allah, dan kemudian beratur untuk bersholat dan berdoa. Ia adalah manasik (amalan) Islam yang besar dan dihormati yang memberi kesan di dalam hati orang-orang Mekah, dan ada yang secara terbuka menunjukkan penyertaan kepada Rasulullah (S) dan Syari’atnya, yang menimbulkan kemarahan para pemimpin Quraisy dan punca mereka tidak selesa dan berkeras merasakan umat Islam tidak patut kekal di Mekah walaupun satu jam, dan ia telah meningkat kepada tiga hari seperti yang dipersetujui. Sebahagian orang Islam kesal dengan tingkah laku Quraisy, tetapi Nabi (S) yang jujur ​​dan tegas dalam melaksanakan apa yang telah dipersetujui dengan mereka dan mengikat janji dengan baginda, baginda pun menyuruh supaya bergerak. Dan dengan rasa puas dan kemenangan, umat Islam pulang Madinah, maka mereka melaungkan kata-kata «الله أكبر». «لا إله إلا الله» - «Allahu Akbar». «Tidak ada Tuhan selain Allah», dan orang-orang (Mekah) mendengar seruan yang agung ini, selepas mereka sebelum ini tidak dapat berziarah rumah Allah selama tujuh tahun.


Pembukaan Mekah (Fathu Makkah)

Pada tahun kelapan hijrah, peperangan berlaku di antara orang Islam dan tentera Rom. Kaum muslimin kalah dalam pertempuran dan terpaksa berundur. Apabila Quraisy mengetahui kekalahan tentera Islam, ia telah mendorong impian mereka bahawa kekuatan umat Islam telah lemah, dan untuk menghapuskan mereka adalah mudah, maka mereka melanggar perjanjian mereka, dengan menyerang kabilah dari kabilah-kabilah yang berpihak kepada Islam, dan menimpakan ahli-ahlinya yang ada di tangan mereka samada dibunuh atau ditawan, manakala yang lain berjaya dan terus hidup dengan melarikan diri, berita serangan itu telah sampai kepada Rasulullah (S), baginda marahkan Quraisy yang telah membatalkan perjanjian. Baginda berjanji untuk memberi pengajaran kepada mereka orang-orang musyrik yang ingkar itu. Untuk mengatasi kebimbangan Quraisy dengan keputusan Nabi (S) mereka mewakilkan satu kumpulan untuk menjadi orang tengah supaya diperbaharui perjanjian sebelum ini, tetapi harapan mereka ini telah ditolak, dan utusan-utusan (wakil-wakil) pulang dan usaha mereka gagal. Pada waktu yang sama Rasulullah (S) melihat bersesuaian dengan syarat-syarat perjanjian, baginda mengisytiharkan Madinah ditutup kepada umum, dan mengarahkan semua pintu masuk dan keluar diletakkan di bawah pengawasan, supaya memeriksa pergerakan-pergerakan sesiapa saja dengan ketat, untuk mengelakkan berita sampai ke pengetahuan Quraisy. Baginda (S) menyedari bahawa orang-orang Islam bersetuju untuk membuka (menakluk) Mekah, dan memaksa musuh untuk meletakkan senjata, banyak musuh-musuh pada hari itu, orang-orang Islam berharap esok nanti ia akan memberi kesan daripada tolak ansur (toleransi) ajaran Islam, dan untuk mencapai tujuan ini mesti dilakukan dalam kerja-kerja yang besar tanpa pertumpahan darah.

Pada sepuluh haribulan Ramadan. Tahun kelapan Hijrah, Rasulullah (S) mengeluarkan arahan supaya bergerak, dan tentera Islam tiba berdekatan dengan Mekah pada waktu malam, mereka mendirikan khemah mereka di sana, dan Rasulullah (S) mengeluarkan arahan supaya menyalakan banyak (obor-obor) api, Abu Sufyan dan beberapa orang sahabatnya pergi keluar Mekah, dan dia terkejut melihat cahaya api memancar berhampiran Mekah, membuatkan dia merasa terkejut dan bingung, dan mempercepat pergi ke tempatnya tertanya-tanya oleh banyaknya api. pada masa itu dia bertembung di jalan dengan bapa saudara Nabi Muhammad (S) Abbas dari tempat ini, beliau melihat Abu Sufyan dan menyeru kepadanya, dengan berkata: Ke mana Aba Sufyan, adakah api ini mengejutkan kamu? Ia untuk Tentera Muhammad (S), telah dinyalakan bagi menunggu waktu pagi untuk memasuki Mekah, tidak akan ada kuasa yang boleh mengundurkannya ke belakang dari apa yang mereka azamkan.

Abu Sufyan merasa ngeri apabila mendengar kata-kata Abbas, dan pergi sambil mengharapkan dibawanya kepada Nabi, dan dia lupa pada kemegahan dan kebanggaannya.

Dan kehadiran Nabi Besar (S) menzahirkan iman Abu Sufyan, dan beliau mengumumkan keIslamannya, dipengaruhi oleh apa yang dilihatnya, kekuataan dan keupayaan (kewibawaan) tentera Islam. Manakala pandangan Al-Rasul Al-Karim (S) pada penyerahan (Keislaman) Abu Sufyan tanpa pertumpahan darah, Pengakhiran yang baik yang membawa banyak manfaat. Dan baginda mengeluarkan keputusannya, bersabda: Diumumkan dari lidahku kepada penduduk Mekah, bahawa sesiapa yang masuk Masjidi l-Haram, atau yang masuk ke rumahnya dan menutup pintunya, atau berlindung di rumah Abu Sufyan, dia selamat.

Abu Sufyan kembali ke Makkah, dan menyampaikan kepada penduduk segala apa yang dilihat dan didengarnya adalah menggerunkan, orang-orang akan berlumba-lumba untuk melarikan diri tanpa berfikir, dan kesemua mereka telah menggunakan tempat perlindungan. Dan dengan seruan Allahu Akbar, tentera Islam memasuki Kota Mekah dengan kemenangan, dan berpaling ke arah Al-Bait Al-Haram, dengan didahului Al-Rasul (S) di atas unta baginda, yang dipenuhi dengan ramai umat Islam dari segala penjuru, untuk melaksanakan thawaf mengelilingi Baitu Allah. Apabila penduduk Mekah melihat bahawa Al-Rasul (S) tidak memberi perhatian kepada mereka, mereka mula keluar dari rumah mereka dengan berhati-hati, dan berkumpul berhampiran dengan Masjid Al-Haram, dan selepas berakhirnya (thawaf) baginda (S) menghancurkan berhala-berhala, kemudian berdiri di pintu Ka'bah, dan selepas itu memuji Allah dan bersyukur kepadaNya kerana limpah kurniaNya diikuti dengan membaca beberapa ayat-ayat Al-Quran, kemudian berpaling kepada penyembah-penyembah berhala dan bersabda: «Apa agak kamu, akan aku lakukan dengan kamu»? Mereka berkata dengan suara tersekat-sekat menitiskan air mata dan dikuasai oleh kelemahan

«أخ كريم وابن أخٍ كريم»، لقد أسأنا إليك كثيراً يا محمد، ولم نر منك إلاّ الخير، فأنت أخ كريم عطوف، ونطلب منك العفو والغفران.

«Saudara yang mulia dan anak kepada saudara yang mulia», Bahawa kami banyak merugikan kamu, wahai Muhammad, tetapi kami tidak melihat dari kamu melainkan berbuat kebaikan, maka kamu saudara yang mulia berbelas kasihanlah, dan kami meminta dari kamu kemaafan dan pengampunan.

قال النبي (ص): إنكم لم تعاملوني بالحسنى، كما يعامل المرء ابن بلده، لقد اتّهمتموني بالكذب والجنون، وأخرجتموني من داري وبلدي، ووقفتم منّي موقف الحرب والخصومة.

Rasulullah (S) bersabda: Bahawa kamu tidak melayanku dengan pujukan lembut, tidak melayanku sebagai seorang anak negeri, tetapi aku telah didodoikan dengan lagu-lagu kebohongan dan kegilaan, dan menghalau keluar aku dari rumahku dan negeriku, dan kamu menghentikanku dengan melancarkan peperangan dan permusuhan.


Pergilah Dan Kamu Bebas


Mulalah penyembah-penyembah berhala itu gementar apabila mereka mendengar perkataan itu, kerongkong mereka kering dan lidah mereka kaku kerana ketakutan, mereka yakin bahawa hari pembalasan telah datang, dan mereka akan menerima segala pembalasan mereka, dan mereka minum dari cawan yang sama yang diteguk Nabi dan para sahabat baginda, penderaan dan penyeksaan dan penghinaan selama bertahun-tahun.

Al-Rasul Al-Karim tidak terfikir untuk membalas dendam sedikitpun, bahkah satu sahaja harapan di kalangan orang-orang itu, dengan memandang ke hadapan untuk masa depan Islam dan kebajikan umat Islam, baginda seterusnya bersabda:

أمّا ما يعود إليّ، فإنّي سأنسى الماضي وأصفح عنك، «اذهبوا فأنتم الطّلقاء».

Apa yang kembali padaku, aku akan melupakan masa lalu dan mengampuni kamu, «Pergilah dan kamu bebas».

Tidak ada seorangpun dari penyembah-penyembah berhala itu menantikan untuk mendengar apa yang mereka dengar, dan di hadapan mereka adalah keagungan, kasih sayang dan mimpi, sangat terharu dengan rasa malu, selain keseronokan dan kegembiraan selepas mereka yakin akan terus hidup. Dan kebanyakan mereka mengumumkan keIslaman mereka.

Selepas Nabi (S) menetap beberapa hari di Mekah, baginda mengatur hal ehwalnya dan mengatur urusan mereka, dan selepas baginda melantik lelaki yang punyai kelebihan fikiran dan ketegasan, baginda pon bergerak kembali ke Madinah.


Antara orang-orang Islam dan Rom


Selepas penaklukan Mekah, Islam telah menjadi satu kuasa yang kuat, dan ia adalah masa untuk terbenamnya matahari taghut penzalim, dan dengan penyebaran Islam di Semenanjung Arab, dan kemenangan orang-orang Islam menguasai Yaman dan Hunain dan lain-lain, kebimbangan dibayangi bagi kuasa sombong, dan ia adalah orang-orang Parsi dan Rom pada masa itu, kedua-duanya adalah kuasa besar dunia, dan di bawah kuasa dari keduanya yang meneguhkan kekuatan kuasa besarnya. Rom telah baru-baru ini berjaya menewaskan tentera Parsi, dan berangkatlah mereka di pagi hari yang lebih menasabah kekuatan dan kekuasaan mereka, dan Dan mereka akan terkejut jika ada kekuatan lain berdiri di hadapan mereka dan mencabar mereka, iaitu kekuatan Islam.

Kebanyakan kekuatan taghut penzalim takut dan yang ditakutinya adalah gerakan-gerakan pembaharuan (revolusi), terutamanya revolusi pemikiran, kerana kuasa besar Rom telah direka untuk menghapuskan kuasa Islam yang baru muncul, dan tidak lama lagi mengikut.kemampuan mereka.

Berita itu sampai langsung pada tentera Rom, kekuatannya empat puluh ribu pejuang, menuju kepada umat Islam, dan ia telah sampai ke sempadan Syam dan beberapa kabilah telah bersetuju daripada penduduk setempat, dan berita itu sampai pula ke Madinah pada satu masa sementara penduduk mengalami kekurangan makanan, dan mereka masih belum mengumpul hasil tanaman mereka, tetapi orang-orang Allah (Rijaal Allah) mengetahui supaya mempertahankan kehormatan Islam, tidak boleh didahulukan perkara lain. Tidak berlalu hari-hari yang tidak keluar perintah Al-Rasul (S) untuk membuat persediaan, hinggalah baginda (S) bergerak dan di belakang baginda selepas itu tiga puluh ribu mereka yang belum selesai membuat persediaan mereka, menghala ke hadapan, selepas meninggalkan Ali (as) di Madinah untuk mengambil tempatnya dalam perlindungan dan pertahanan dan baginda bersabda kepadanya:

«أنت منّي بمنزلة هارون من موسى إلاّ أنه لا نبيّ بعدي»

«Kedudukan kamu di sisiku adalah seperti kedudukan Harun di sisi Musa, melainkan tidak ada nabi sesudahku,»

dan apabila mereka tiba di kawasan hadapan berhampiran Tabuk, setelah mengalami kesukaran dan kesusahan, mereka tidak melihat kesan tentera Rom, yang telah berundur ke sempadan negara mereka sendiri kerana takut kalah di hadapan tentera Islam yang sedang mara.

Al-Rasul dan para pejuang baginda berhenti di sini untuk satu tempoh masa, selepas menandatangani beberapa perjanjian persahabatan dengan suku-suku daripada penduduk setempat, baginda kembali dengan tenteranya ke Madinah, dan berita-berita kemenangan telah mendahului mereka hingga orang-orang berkumpul di sana untuk menyambut mereka. Berita orang-orang Rom melarikan diri di hadapan tentera Islam tersebar dengan cepat dan meluas di seluruh tempat, dan suku-suku kaum yang merasa takut pemegang kuasa-kuasa besar Parsi dan Rom. Kini mereka mempunyai penolong yang baru tempat bergantung dan berlindung. Maka mereka telah memilih orang-orang Islam dengan perjanjian dan persetiaan. Pada hari-hari mendatang kekuatan Islam telah menjadi musuh yang paling berbahaya bagi kuasa-kuasa besar, dan lebih besar lagi ada di belakang golongan yang mudah tertindas.

Sesungguhnya tangisan Ammar bin Yasir di bawah penyeksaan, dan mengerangnya Bilal Al-Habasyi di atas batu-batu padang pasir kepanasan, dan darah Hamzah yang suci menitis di atas tanah yang tiada taranya, dan darah beratus-ratus syuhada’ yang bergabung di antara satu sama lain, Semua ini telah menunjukkan hasil sekarang, misalnya Ammar menang di alam semesta ini dia masih hidup, dan orang-orang seperti Bilal boleh dan dikurniakan dengan keselamatan daripada belenggu keluarga, dan darah-suci dan pengorbanan syuhada’ berterusan sepanjang sejarah, maka ia adalah darah yang mengalir di dalam nadi memperjuangkan Islam.


Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. .
﴿يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ﴾

Pada tahun kesepuluh Hijrah, perintah Allah SWT datang kepada Rasul-Nya (S) untuk berhaji pada tahun itu dan mengumumkannya kepada seluruh umat Islam. Sebagai tindak balas kepada seruan baginda (S) beribu-ribu orang hergerak dari segenap penjuru, menuju ke Mekah, untuk melaksanakan Ibadah haji yang disertai oleh Rasulullah (S). Ibadah Haji tahun itu telah mencapai matlamat dalam kesungguhan, dan apabila ia selesai dan penentuan orang ramai untuk balik ke rumah mereka, dan sebelum mereka bersurai ke arah masing-masing, Rasulullah (S) memerintahkan semua manusia untuk berhenti di tempat yang dipanggil «Ghadir Ghum» (Ghadir Khum), kemudian baginda naik ke tempat yang tinggi yang disediakan. Dan baginda mula bercakap kepada mereka semua dengan suara yang kuat selepas bertahmid kepada Allah Taala dan menyanjungNya, dengan sabdanya: Wahai manusia, aku telah dijemput dan aku akan menyahutnya tidak lama lagi. Dan diturunkan dengan perintah Allah SWT mewasiatkan kepada kamu maka dengarkanlah.

أيّها الناس، لقد دعيت وسألبّي قريباً. ونزولاً عند أمر الله سبحانه أوصيكم فاستمعوا، أيّها الناس إني راحل من بينكم، وتارك لكم وديعتين ثمينتين، إحداهما القرآن كتاب الله، والثانية أهل بيتي، واعلموا أنّهما لن يفترقا حتى يوم الدين. ثم أخذ بيد عليٍّ بن أبي طالب (ع) ورفعها قائلاً: «من كنت موالاه فهذا عليّ مولاه، اللهم وال من والاه، وعاد من عاداه».

Wahai manusia sesungguhnya aku akan pergi, dan akan kutinggalkan di antara kamu, dua kepercayaan mata berharga ku, pertama Al-Quran kitab Allah, dan kedua Ahli Bait ku, dan ketahuilah bahawa keduanya tidak akan terpisah sehingga hari kiamat. Kemudian baginda memegang tangan Ali bin Abi Talib (as) dan mengangkatnya sambil bersabda: «Sesiapa yang menjadikan aku walinya maka inilah walinya, Ya Allah, peliharalah sesiapa yang berwali kepadanya dan bermusuhlah sesiapa yang memusuhinya».

Semua orang yang hadir telah mendengar apa yang disampaikan Nabi dan wasiat baginda, dan mereka berbai’ah kepada Ali sebagai Khalifah Rasulullah (S). Tetapi mereka yang lemah imannya sangat cepat melupakannya, dan cepat bergerak menjauh dari jalan Allah SWT, dan bergabung dengan syaitan.


Saat-saat Terakhir


Rasulullah (S) mula sakit-sakit kecil selepas kembali ke Madinah, dan baginda sibuk dengan hal-ehwal umat, walaupun di atas katil sakit, baginda tidak membiarkan kesempatan berlalu tanpa memberikan manusia pengajaran, atau memberikan mereka nasihat, baginda (3alaihi sh-shalatu Wa s-Salam) mahu menjadikan tanggung jawab orang-orang Islam selepas kematian baginda jernih dan murni. Ada pun mereka yang sebelum ini menduduki jawatan kanan dan berkedudukan, telah berpaling tanpa disedari, Ya betul sesungguhnya Rasul kita yang mulia telah banyak menderita dari kekejaman sahabat-sahabat yang mempunyai tujuan dan menjadi hamba kepada kedudukan (jawatan), walaupun di saat-saat terakhir hidup baginda yang mulia. Ketika Ali dan Fatimah dan pengikut lain yang setia, duduk berhampiran bantal nabi yang mulia, meratapi baginda, mereka kumpulan yang lain pula meletakkan rencana, dan mengemis segala macam tipu daya dan penipuan, mereka menunggu kewafatan Nabi (S) walaupun memohon tangan mereka ke atas roti dan air dan kedudukan. Mereka sendiri yang pertama dan yang akhir pada hari «Ghadir Khum» yang memberkati Ali sebagai Khalifah Rasulullah, dan kita telah melihat bagaimana mereka berjaya dalam usaha mereka. Dan dapat mengakali orang biasa dengan lidahnya, dan mencuci otak mereka, melupakan semua apa yang diucapkan Rasulullah (S) di Ghadir Khum, dan yang sebelumnya dari bentuk pengajaran dan nasihat-nasihat, di dalam masjid atau di atas katil sakit, mereka lupa semua ini, dan mendengar kepada kumpulan yang cenderung kepada dunia dan menjual diri kepada syaitan, sehingga mereka tidak teragak-agak untuk mematahkan tulang rusuk Fatimah (as). darah daging Rasulullah (S), dan mereka jadikan Amir Al-Mukminin Ali (as) tetap berada di dalam rumahnya tidak boleh meninggalkannya selama bertahun-tahun, dan membuka Kerajaan Quraisy kemudian Muawiyah, Yazid dan yang seperti Yazid.

Hari-hari berlalu, Madinah diselubungi kebimbangan, dan keadaannya susah dan sedih. Ramai dari ahli keluarga berkumpul di sekeliling rumah Nabi (S) menitiskan air mata, dan berdoa kepada Allah siang dan malam, mereka berharap untuk keselamatan Nabi mereka. Semuanya menunjukkan bahawa akan berlaku peristiwa bersejarah. Akhirnya, pada hari Isnin, dua puluh delapan Safar, Roh Nabi (S) diserahkan semula kepada Pencipta Roh, manakala kepala baginda yang mulia bersandarkan ke dada sepupunya dan Waliy baginda yang dijanjikan, Ali (as), dan jasad baginda yang suci telah sempurna dikebumikan pada hari berikutnya di tangan Ali (as).

Pergilah baginda (3alaihi sh-shalatu Wa s-Salam), dan selepas berabad-abad pemergiannya kita masih mendengar baginda mengulangi rayuannya. baginda bersabda:

«إنّي تارك فيكم ما إن تمسّكتم به لن تضلّوا بعدي، الثقلين. كتاب الله وعترتي أهل بيتي».

«Aku tinggalkan pada kamu, sesuatu yang jika yang kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat selepasku, dua yang berat (Al-Tsaqalain). Kitab Allah dan 3itrati (keturunanku) Ahl Al-Bait ku»

صدق رسول الله - Benarlah Rasulullah.

يا رب امنحنا القدرة والتوفيق، حتى نعمل بوصية رسولك العظيم، وأوامر قرآنك الكريم، فنكون على خطا الأصحاب المنتجبين، من أنصار ومواليّ رسولك وأهل بيته.
آمين يا رب العالمين 

Ya Tuhan, berilah kami kemampuan dan taufiq, sehingga kami amalkan wasiat (amanah) Rasul Mu yang agung, dan perintah Al-Quran Al-Karim, maka jadikanlah kami berjalan dengan langkah sahabat-sahabat baginda yang terpilih, dari ansar yang berwalikan RasulMu dan Ahl Al-Bait baginda.

Amin, wahai Tuhan sekalian alam



✡✡✡✡✡



Ahad, 22 November 2015

Sirah Kehidupan Nabi Muhammad (S) Bahagian 1



Sirah Kehidupan Nabi Muhammad (S) Bahagian 1
Nama: Muhammad (S)
Nama Bapa: Abdullah.
Nama Ibu: Aminah
Tarikh lahir: Tahun gajah
Tempat Lahir: Mekah
Tarikh kematian: tahun yang ketiga belas hijrah
Tempat kematian: Madinah
Tempat pengkebumian: Madinah
.

Tahun gajah

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Pada tahun ke lima puluh dua sebelum hijrah (50 hari menjelang baginda dilahirkan), Abrahah Al-Asyram (Abrahah Al-Shabbah Al-Habsyi, gabenor Yaman) dari Yaman mengarahkan tentera yang besar dengan pahlawan-pahlawan berani yang menunggang gajah, ke arah Mekah untuk memusnahkan Baitu Allah. Dan dalam perjalanannya ke Mekah dia akan menghapuskan sesiapa sahaja yang cuba untuk berdiri di hadapannya.

Tentera Abrahah tiba di pinggir bandar Mekah, dan ia adalah pada waktu malam, dan ia berkhemah di sana menunggu waktu pagi untuk meneruskan serangannya itu, manakala penduduk Mekah dengan segera pergi ke gunung-gunung untuk menyelamatkan diri daripadanya, dan menyerahkan Ka’bah kepada Allah, kerana Dia SWT pelindung yang akan menjaganya, ia adalah rumah pertama yang dibina di bumi ini untuk beribadah kepadaNya SWT.

Pada awal pagi. para tentera memulakan serangan mereka ke atas Ka'bah, yang diketuai oleh tentera bergajah, tiba-tiba muncul di langit burung-burung sebesar kambing, membawa di paruh mereka batu-batu kecil dan melemparkan ke atas kepala Abrahah dan orang-orangnya. Askar-askarnya mula menjerit-jerit dan berkeluh kesah, mereka melambung-lambung kesakitan dan mereka mula jatuh tersungkur, penunggang dan pejalan kaki, kuda dan penunggangnya, gajah dan penunggang gajah, mereka jatuh di atas satu sama lain menjadi timbunan mayat. Itulah ketentuan Tuhan Yang Maha Kuasa atas  musuh-musuhNya yang ingkar. Ini adalah peristiwa aneh di sebalik tahun yang dipanggil «Tahun Gajah». Tahun yang di dalamnya hukuman - dan dengan kehendak Yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa – atas tentera bergajah dan penunggangnya, dengan batu-batu kecil menembusi tubuh mereka, dan Allah menyelamatkan rumahnya daripada pencerobohan orang yang menceroboh.

Muhammad Al-Amin

Pada tahun itu, «Tahun Gajah» Rasul yang mulia dilahirkan, oleh ibunya Aminah binti Wahab. Aminah adalah dari keluarga mulia dan terhormat, masyhur dan terkenal dengan kebaikan, kesucian dan kehormatan, manakala ayahnya bernama Abdullah, anak kesayangan bapanya Abdul Muthalib (datuk Nabi), dan ketua kaumnya, serta kedudukannya menjadi kebanggaan dan sanjungan mereka. Kehidupan Abdullah yang telah meninggal dunia lama sebelum kelahiran Nabi Muhammad (S) yang mulia, dan Aminah telah berpindah ke rahmat Tuhannya selepas enam tahun kelahiran baginda (S) dan dipelihara datuknya Abdul Muthalib, dan mengamanahkan kepada perempuan yang jujur dan terpelihara kehormatannya, namanya Halimah Al-Sa’diyah, yang menyusukan dan menjaganya. Abdul Muthalib telah meninggal dunia dua tahun kemudian, bapa saudaranya Abu Thalib telah membawa baginda ke rumahnya, dibawah peliharaan, jagaan dan didikannya. Abu Thalib adalah seorang perdagang, dan dia biasanya berniaga di Mekah dan akan keluar berniaga ke Syam (Syria) sekali setahun. Mohammed (S) mengiringi bapa saudara baginda Abu Talib pada salah satu perjalanan beliau ke Syam.

Semua orang mengenal Muhammad (S) mengenai kejujuran dan ketekunannya, sehingga mereka mereka memanggil baginda «Muhammad Al-Amin». Apabila Khadijah mengetahui kejujuran dan ketekunan baginda, dia merupakan salah seorang wanita yang paling mulia dan kaya dari kebanyakan wanita di Mekah, menyerahkan perniagaannya untuk diperdagangkan, usaha dari pengalaman baginda yang luas dalam menjalankan barang dagangannya, membuatkan dia berkenan dengan akhlak dan kemuliaan diri baginda, maka dia berkahwin dengan baginda, dan meletakkan di tangan baginda, seluruh kekayaan dan perniagaannya. .

Maka bangkitlah baginda (S) dengan pertolongan semangat kekuatan dan kemahuan yang masih muda baginda, dan apa yang disediakan oleh isterinya memungkinkan baginda membantu orang-orang yang tertindas, dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang lemah dan miskin.

Baginda (S) dari Khadijah dikurniakan enam orang anak: dua lelaki yang bernama Qasim dan Abdullah yang telah meninggal dunia ketika masih kecil sebelum kerasulan baginda (S), dan empat orang anak perempuan baginda iaitu Ruqaiyah, Zainab, Ummu Kalthum dan Fatimah (as). Baginda (S) banyak bersabar dan sangat tabah, Baginda tidak mudah merasa lemah dengan kematian anaknya dan malah menerima ketentuan Allah yang tidak dapat dielakkan
dan dengan redha dan mengakuinya.

Baginda (S) disenangi dan dihormati di kalangan masyarakat, dan mereka akan merujuk kepada baginda untuk membantu mereka menyelesaikan masalah mereka, dan mereka percaya kepada baginda dan bergantung kepada baginda dan telah meletakkan amanah kepada baginda, baginda tidak pernah berbohong walaupun sekali, kerana baginda adalah seorang manusia yang benar dan terpercaya.

﴿وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] 

Manusia pada masa itu menyembah berhala, sedang baginda sujud menyembah Allah Yang Esa lagi Tunggal, agama datuknya Ibrahim (as), dan baginda telah menghabiskan sebahagian besar masa baginda beribadat di Gua Hira, sebuah gua terletak di atas bukit di utara Mekah. Baginda pergi bersembunyi di sana, dan akan menghabiskan seluruh bulan Ramadhan, bersholat dan beribadah kepada Tuhan dan meratapiNya.

Kerasulan

Pada ke dua puluh tujuh bulan Rejab, baginda (S) yang penuh dan sentiasa sibuk dengan ibadahnya di dalam gua, tiba-tiba Jibrail – Malaikat Al-Rahmaan (ملاك الرحمان) - muncul di hadapan baginda, dan tidak keluar padanya sehingga dia berseru perkataan: (اقرأ - bacalah).

﴿اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ﴾

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan).

Demikianlah Allah SWT menentukan kenabian Muhammad (S) dalam usia empat puluh, dan diamanahkan untuk membuat perubahan dengan memimpin manusia, mengeluarkan mereka yang berada di dalam kegelapan, syirik dan kejahilan, kepada pemulihan ilmu dan cahaya iman, dan membimbing mereka ke jalan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

﴿وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ﴾

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. [Al-Anbiak 21:107] 


Al-Rasul (S) turun dari gunung itu dengan cemas dan pulang ke rumahnya, dan wanita pertama yang beriman kepada baginda adalah isterinya, Khadijah, dan lelaki pertama menghulurkan tangan membai’ah baginda, sepupunya, seorang budak lelaki Ali bin Abi Thalib, yang membesar di rumah Nabi (S) dari usia muda.


Memberi Peringatan Kepada Kerabat Terdekat


Nabi (S) semasa sholat, Ali (as) berdiri di sebelah kanan dan Khadijah berdiri di belakang baginda, dan terus menerus berlaku demikian, sehingga Abu Thalib menyuruh anaknya Jafar mengikut Al-Rasul (S). Kemudian turun kepada baginda perintah Allah Ta’ala, menyuruh baginda menyeru (berdakwah) keluarga dan kaum kerabat terdekat kepada Islam

﴿وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ﴾

(Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat) [Al-Syu3ara’ 26:214] .

Baginda (S) menjemput ke rumahnya lebih daripada empat puluh orang ahli keluarga baginda dari Bani Hashim. Selepas mereka makan hidangan makanan, baginda berdiri di hadapan mereka, dan baginda bersyukur kepada Allah dan kemudian berkata: «Wahai, Bani Abdul Muthalib, Demi Allah, aku tahu tidak ada di antara orang-orang muda Arab yang membawakan kepada kaumnya hadiah yang lebih baik daripada yang ku bawa. Aku telah datang kepada kalian dengan membawa kebaikan dunia dan akhirat. Allah telah mengarahkan aku untuk menjemput kalian kepadaNya. Maka siapakah di antara kamu yang bersedia untuk membantuku dalam tugas ini, supaya dia menjadi saudaraku, pelaksana wasiatku, dan penggantiku?».

Di antara semua yang hadir, Ali (as) berdiri, dan dia masih anak berumur sepuluh tahun, dan menyatakan kesediaan untuk menyokong Al-Rasul (S). Al-Rasul (S) mengulang kata-kata baginda tiga kali, dan satu-satunya orang yang menyahutnya, sebanyak tiga kali itu adalah Ali (as).

Al-Rasul (S) kekal menyeru (berdakwah) kepada Islam secara rahsia, selama tiga tahun, dan yang menyahut seruan iman hanyalah beberapa orang sahaja.


Dalam Menghadapi Syirik


Pada masa itu, orang-orang telah datang ke Mekah dari negara dan dari tempat-tempat yang jauh untuk mengerjakan haji, dan mereka membawa bersama mereka barang-barang yang diperlukan oleh orang Mekah, dan memperdagangkannya kepada mereka, dan amalan ini adalah sumber keuntungan dan menghasilkan perolehan yang banyak bagi kekayaan Mekah, dan keuntunganlah yang menjadi tumpuan penting pemikiran mereka

Rasulullah (S) menyeru manusia supaya meninggalkan tabiat-tabiat yang buruk, seperti berzina dan minum arak dan menanamnya hidup-hidup anak-anak perempuan dan membunuh mereka, dan makan harta anak yatim dan makan bangkai dan bersaksi palsu, serta perbuatan-perbuatan keji yang lain. Baginda menyeru mereka kepada sebaliknya dengan menyuruh berbuat kebajikan dan bersedekah kepada janda-janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan menghubungkan tali persaudaraan dan semangat kejiranan.

Rasulullah (S) duduk bersama pengunjung yang datang dari jauh, bercakap dengan mereka, dan menasihati mereka untuk meninggalkan penyembahan berhala, yang dibuat oleh tangan orang-orang kafir dari kayu dan batu, dan diletakkan di Masjidi l-Haram di atas Ka’bah, baginda menasihati mereka supaya meninggalkan penyembahan tersebut kerana ia tidak memberi manfaat kepada mereka dan tidak memudharatkan mereka. Dan beribadah terus kepada Tuhan (Al-Ilah) Yang Satu, Pencipta segala sesuatu.

Orang-orang kaya Mekah tertanya-tanya: Bagaimana jika orang mendengar Muhammad dan meninggalkan penyembahan berhala, tentulah nanti akan terhenti dan mereka tidak datang ke Mekah, dan akan terputus pula sumber mata pencarian dan sumber keuntungan kita. Maka mereka mula mengisytiharkan persengketaan sengit kepada Muhammad (S) dan pengikut-pengikut baginda dari orang-orang Islam yang awal, walaupun jumlah orang yang beriman telah semakin meningkat hari demi hari, orang-orang Quraisy tetap juga memperlakukan baginda dan para sahabat, dengan lebih kejam dan zalim. Orang-orang musyrik Quraisy mula menghina orang-orang Islam dengan cercaan dan disakiti, dan mengarahkan supaya mereka dikutuk dan dihina untuk mengelakkan Islam tersebar di kalangan mereka, tetapi mereka tidak berani untuk mengarahkan supaya memudaratkan kepada semua orang-orang Islam, kerana mereka adalah berpuak-puak, Quraisy tetap dikira sebagai Quraisy, dan yang di hadapan mereka tidak berupaya (melakukannya), mereka menyuruh sekumpulan orang yang ternama untuk pergi ke rumah Abi Thalib, bapa saudara Nabi dan pelindung baginda, dan ketua Bani Hashim dan mengadu kepadanya mengenai urusan mereka dengan Muhammad, dan mereka berkata:

Wahai Abu Thalib bahawa anak saudara kamu Muhammad telah mempermainkan tuhan-tuhan kami, memperbodohkan mimpi-mimpi kami, mengejek kepercayaan kami, dan menuduh nenek moyang kami sesat. Dengan itu kami bersedia untuk menawarkan kepadanya segala yang dimintanya, jika kamu meninggalkan perkara ini, sama ada kamu menghalangnya atau menyerahkanya kepada kami, kita akan lihat apa pedapat kami.

Abu Thalib berkata: Aku akan bercakap dengan beliau dalam perkara ini. Apabila Abu Thalib menyampaikan kata-kata Quraisy kepada Nabi (S), baginda menjawab: «Demi Allah wahai bapa saudaraku, jika mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkannya atau menghancurkannya.» Apabila Abu Thalib mendengar apa yang disampaikan Nabi (S) dan dia memberi jawapan kepada tawaran yang dibuat oleh kaum Quraisy, dia telah mengangkat tangannya dengan tegas dan bersemangat, sambil berkata: Aku juga bersumpah demi Allah, aku tidak akan menangkat tanganku terhadap engkau, maka teruskanlah jalan engkau.

Para pembesar Quraisy berpendapat untuk mengambil jalan keluar dengan penipuan dan perancangan, selepas melihat kegagalan rancangan tersebut, mereka berkata kepadanya: Wahai Abu Thalib, Bahawasanya Muhammad telah memecahkan belahkan kesatuan kita dan mengejek kami dan berhala-berhala yang menjadi sembahan kami, bahkan menarik anak-anak muda kita, dan menggalakkan mereka untuk menentang dan menderhaka, dan kami tidak melihat penjelasan jalannya dan tidak tahu apa yang menjadi tujuannya. Jika dia miskin kami akan berikan kekayaan, jika ia mahu menjadi raja dan juga kemewahan, kami akan menguruskannya dan kami akan taat kepadanya, dan semua permintaannya kepada kami, asalkan dia melepaskan dakwah ini dan membiarkan hal-hal dan urusan-urusan kami sendiri.

Tetapi Nabi (S) melihat bapa saudaranya dan berkata: Wahai bapa saudaraku, aku tidak mahu apa-apa daripada orang-orang ini dan tidak menuntut daripada mereka selain beriman kepada Allah, yang Maha Esa lagi Agung, dan membiarkan mereka menyembah berhala-berhala mereka dan yang tidak bernilai itu, ianya tidak nermakna apa-apa sedikitpun. Orang-orang Quraisy telah mendengar jawapan Al-Rasul (S) mereka keluar penuh dengan rasa benci dan marah, dan bertekad untuk menggunakan kekerasan dan kekejaman mulai hari tersrbut.

Berikutan dengan kejadian ini, Quraisy menggandakan penindasan mereka ke atas Rasulullah, dan menyeksa sahabat-sahabat baginda, sehinggakan beberapa orang saudara-mara Nabi (S), seperti Abu Lahab, tidak lekang dari dijangkiti oleh musuh-musuh baginda. Mereka melemparkan kotoran kepada baginda, dan telah mengejek-ejek baginda dan mengeluarkan kata-kata menghina pada pandangan manusia. Malah mereka menuduh baginda tidak waras atau gila. Tetapi percubaan mereka sia-sia sahaja, tindakan kebatilan-kebatilan mereka ini tidak akan menang, dan telah beberapa kali mereka ingin membunuh dan menyingkirkan baginda, jika mereka tidak takut azimat (kelebihan) Abi Talib dan pedang Hamzah, dan pembelaan Bani Hashim. Berapa kali telah merangka rancangan untuk membunuh baginda, tetapi apabila mereka cuba untuk melaksanakan rancangan jahat mereka, Allah SWT telah memerhatikan mereka, menggagalkan perbuatan bodoh dan impian mereka.


Yang Pertama Syahid Dalam Islam


Nasib sesetengah orang-orang Islam agak berbahaya, kerana mereka tergolong dalam puak-puak (kabilah) yang besar dan terkenal, dan orang-orang musyrik takut suku (kabilah) mereka seperti itu, tetapi kebanyakan penganut agama Islam, mereka adalah dari golongan miskin yang lemah, atau hamba-hamba perbudakan, adalah bahaya yang lebih dahsyat dan keras akan menimpa mereka, seperti Bilal Al-Habsyi, adalah seorang hamba berkulit hitam, tuannya telah meletakkannya di atas batu-batu yang panas di bawah panas terik matahari Mekah, juga menghempapkan dadanya dengan batu-batu yang besar, dan dibiarkan berjam-jam menderita dalam keadaan azab dan kepanasan, lapar dan dahaga, mereka memintanya supaya menjauhkan diri dari Muhammad dan dakwahnya. tetapi jawapan Bilal kepada mereka hanyalah berkata. Ahad, Ahad, Allahu Wahid (Satu, Satu, hanya Allah Yang Satu). Akhirnya orang-orang musyrik pun mengikatnya dengan tali dan mereka mengheret dia di lorong-lorong Mekah, di atas batu-batu dan pasir, tetapi Bilal benar-benar seorang Muslim sejati, hukuman yang begitu teruk malah meningkatkan kekuatan dan imannya.

Begitulah pula pada Yasir dan Sumaiyah serta anak mereka berdua Ammar (3ammar), mereka adalah orang-orang Islam yang lemah (tertindas), akibatnya tiada yang melindungi mereka dan mereka terdedah kepada bahaya. maka sesungguhnya mereka benar-benar telah melihat penderitaan yang paling dahsyat, Demikianlah Yasir dan Sumaiyah telah mendapat syahid di bawah penyeksaan. Manakala Ammar, melawan mereka sehingga hampir mati, selepas dia melihat ibu bapanya terbunuh di depan matanya, tetapi dia tidak pernah murtad sama sekali mengikut Syariat Islam, walaupun mengucapkan perkataan kufur dengan bertaqiyah di bawah tekanan azab.

﴿إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ﴾

kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman, [Al-Nahl 16:106] 

.
Rasulullah (S) melihat pelbagai warna-warni azab ini, yang telah menimpa para sahabat dan orang-orang yang baginda sayang, yang meremukkan hati baginda yang amat mengasihani mereka, dan amat pedih musibah yang menimpa mereka, tetapi baginda tidak mempunyai penawar selain kesabaran yang indah.


Penyisihan (pemulauan)


Musyrikin Quraisy merasakan bahawa rancangan mereka tidak mencapai hasil, dan bahaya meningkat apabila mereka melihat meningkatnya penyebaran Islam, mereka mencari perlindungan ke langkah yang keji, untuk menjauhkannya dari manusia, dan mereka mengambil keputusan untuk memulau (memboikot) kaum muslimin, dan mengenakan sekatan dagangan (ekonomi) ke atas mereka, dan mereka mengeluarkan dokumen yang mengandungi empat jenis sekatan:

1. Menghalang pembelian dan penjualan pada orang-orang Islam.
2.  Menyokong penentangan terhadap Muhammad, dan wajib mematuhinya dalam semua pertikaian..
3 - Tidak dibenarkan sebarang perkahwinan dengan orang-orang Islam.
4 - Menghalang apa jua bentuk perjanjian atau hubungan dengan orang-orang Islam.

Helaian (Kenyataan) sekatan ini digantung di Ka'bah.

Apabila Abu Thalib melihat hal yang berlaku ini, dan bagaimana mustahilnya hari demi hari orang-orang Islam akan menjalani kehidupan di Mekah, dia memajukan kepada anak saudaranya, dan dia telah mencadangkan kepada baginda meninggalkan Bani Hashim ke kawasan pinggir bandar Mekah, untuk tinggal di lembah (wadi) yang dikenali sebagai «Syi3ba Abi Thalib». Manakala Rasulullah (S) menyambut baik dan menerima cadangan beliau, Sekumpulan individu Bani Hashim berkata kepada mereka: telah ditentukan Muhammad disingkirkan ke Syi3ba (laluan (lurah) gunung), jadi kamu semua bertanggungjawab untuk menemaninya, dan untuk menjadi pembantu beliau dan memenangkannya sehingga nafas yang terakhir.

Pemulauan Quraisy terhadap Bani Hashem berlanjutan selama tiga tahun, Ia adalah salah satu daripada tempoh kekejaman paling besar ke atas orang-orang Islam, terutamanya mengenai kekurangan makanan yang mencapai tahap di mana individu akan melaluinya mendapatkan sebiji kurma sekali sehari, malahan kadang-kadang sebutir kurma, dibahagi dua untuk dua orang, dan Ali (as) terpaksa dengan diam-diam membawakan mereka makanan dari Mekah. Pada bulan-bulan suci, apabila keadaan keselamatan didapati lebih baik, beberapa orang kanak-kanak Bani Hashim pergi secara berselindung diri ke Mekah untuk mendapatkan sebahagian daripada keperluan yang mereka hajatkan, kerana orang-orang Quraisy menghasut penjual untuk menaikkan harga, dan Abu Lahab menjerit di pasar Mekah, dengan hasutan: Wahai manusia, naikkan harga kamu supaya orang-orang Islam tidak mampu membeli apa yang mereka perlukan dan jangan samakan hari ini dengan semalam, Untuk menyokong atau membela keangkuhan hari ini dengan bekerja keras atas orang-orang yang memperkenalkan Islam dalam cara yang sama, dan masih terdapat orang-orang seperti Abu Lahab yang mengambil kesempatan daripada keadaan sekatan ekonomi, dengan menaikkan harga barangan mereka hari demi hari, mereka adalah orang-orang seperti Abu Lahab dan dari orang-orang yang sebaris pada jalannya, mereka tidak layak dalam apa jua keadaan untuk menyeru orang yang beriman.

Selepas pemulauan selama tiga tahun itu tidak berjaya, dan apabila terbukti bahawa sekatan ekonomi orang-orang Quraisy juga tidak mendatangkan hasil, tidak memadamkan azam kaum muslimin, tetapi semakin menguatkan iman mereka. sebahagian orang-orang Quraisy menyesal atas apa yang dilakukannya dan perkara yang berat itu, maka mereka mula perlahan-lahan meringankan pengepungan, sehingga akhirnya umat Islam bebas semula untuk kembali ke Mekah. Dan boleh bslik ke rumah mereka, dan itu adalah mukjizat daripada Allah, setelah Ia mengutuskan anai-anai (serangga kecil yang memakan kayu, dll) menghancurkan Helaian (Kenyataan) sekatan yang digantung di Ka'bah, memakan semua perkataan zalim dan sekatan, dan meninggalkan perkataan-perkataan yang lain, apabila orang-orang melihatnya, mereka tahu bahawa Allah SWT tidak menerima sekatan ini, maka dikoyakkanlah Helaian tersebut dan diberikan ssebahagian besar daripada mereka.