Selasa, 27 Oktober 2015

Rukun keempat: Najis dan Hukum-hukumnya



Rukun keempat: Najis dan Hukum-hukumnya

Mengenai Najis:


Ia ada sepuluh jenis:

I dan II: air kencing dan tahi haiwan yang tidak boleh dimakan dagingnya, jika haiwan yang memiliki darah merah mengalir, sama ada jenis yang haram seperti singa, atau memperlihatkan haram sebagai halal. Dirujuk pada haiwan yang tidak memiliki aliran darah dan air kencingnya suci.

III: Air mani, adalah najis bagi semua haiwan yang halal atau haram dimakan, dan mani pada haiwan yang tidak memiliki aliran darah adalah suci.

IV: Bangkai, dan tidak menajiskan daripada bangkai haiwan kecuali haiwan yang darahnya terpancut keluar apabila urat besar dipotong (haiwan yang memiliki aliran darah), dan semua yang menajiskan dengan kematian, apabila terputus badannya adalah najis semasa hidup atau mati. Apa yang tidak halal semasa hidup seperti tulang dan bulu adalah suci, melainkan bahagian-bahagian yang menjadi najis, seperti anjing, babi dan orang kafir.

Diwajibkan ghusl (bersuci) pada tubuh manusia yang mati yang sebelumnya suci dan selepas sejuk oleh kematiannya, begitu juga apabila menyentuh bahagian-bahagian yang terdapat tulang. Cuci (ghusl) tangan yang lembap yang menyentuh pada bahagian-bahagian yang tidak ada tulang, atau menyentuh haiwan mati yang memiliki aliran darah selain manusia.

V: Darah, tidak najis, melainkan haiwan yang berurat, tidak (najis) seperti darah ikan yang mengalir dan yang serupa dengannya.

VI dan VII: anjing dan babi, kedua-dua bahagian-bahagian (anggota) dan air liurbta najis. Sekiranya haiwan kacukan anjing maka anaknya dikira sama dengan hukum mengikut nama. Adapun haiwan-haiwan selain keduanya itu tidaklah najis. Musang,  arnab, tikus, dan cicak adalah bersih, tetapi jangan pada penggunaan air yang sedikit yang dimasuki cencorot atau tikus atau cicak untuk minuman atau pembersihan, dan begitu juga air yang sedikit yang mati di dalamnya cicak atau kala jengking atau ular.

VIII: Minuman keras adalah najis dan perahan buah beri jika dididihkan dan dipergiatkan dan tidak memabukkan, dan ia bersih jika ia dihilangkan dua pertiga..

IX: Minuman yang ditapai (diperam) - (najis).

X: Orang kafir. Dan yang cenderung (sepertinya): semua yang keluar dari Islam atau yang membuat tuntutan yang tidak wajar dan yang menafikan dan mengetahui apa keperluan agama, seperti Khawarij dan pelampau Nawashib (Nashibi). Orang-orang Yahudi dan Nasrani, jika mereka tidak fanatik dan tidak terus menentang maka mereka dihukum suci. Jika tidak demikian, tidaklah dianggap najis pada dirinya, tetapi jika dia menunjukkan (penentangan) dia adalah najis.

Makruh (dibenci): air kencing baghal, keledai, dan haiwan melata, dan peluh unta tunggangan yang gemuk, dan yang berubah bentuk (kacukan), dan tahi ayam.


Hukum-hukum pada Najis:

Wajib dikeluarkan najis dari badan dan pakaian untuk bersholat, thawaf dan masuk ke masjid, dan dari peralatan dapur untuk digunakan. Dan dimaafkan pada pakaian dan badan di tempat yang terlalu sukar untuk dielakkan dari darah kudis dan luka yang tidak (melarat), walaupun banyak, dan resapan darah yang besarnya (luasnya) kurang dari garis pusat (diameter) 1 sentimeter, yang setiap satunya tidak lebih dari tiga tempat darah, dan yang lebih daripada itu wajib ditanggalkan jika terkumpul atau berselerak. Dan dibenarkan bersholat bagi menyempurnakan sholat yang sedang dilaksanakan secara berasingan dan jika terdapat najis padanya tidak dimaafkan darinya pada yang selainnya.

Dan membersihkan (memerah) pakaian dari segala najis melainkan air kencing bayi, ia mencukupi dengan menjirus air di atasnya. Jika diketahui tempat najis dicuci, Jika tidak diketahui cuci semua tempat yang disyaki. Dan basuh badan dan pakaian dari air kencing dua kali.

Jika bersentuh dengan orang kafir, anjing atau babi
pakaian manusia menjadi basah wajib cuci di tempat berkenaan, walaupun ia telah kering mustahab dijirus dengan air, dan pada badan dicuci kawasan yang basah. Jika orang yang sholat gagal untuk mengeluarkan najis-najis pada pakaian atau badannya ulang semula di dalam waktu dan di luar waktu sholat, sekiranya tidak diketahui kemudian diketahui selepas sholat, ia tidak wajib mengulanginya sama sekali. Dan kalau melihat najis di dalam sholat dia boleh membuang pakaian tersebut dan menutup aurat dengan yang lain darinya dan wajib menyelesaikannya, dan jika tidak boleh melainkan dengan membatalkannya dan disambung semula.

Dan bagi pengasuh anak-anak jika ia tidak mempunyai pakaian melainkan sehelai untuk dibasuh sekali dalam sehari dan ia dibasuh sebelum sholat Dzohor adalah baik untuk sholat-sholat Dzohor-3ashar serta Maghrib-3isyak, dengan pakaian Dzohor. Jika orang yang sholat walaupun mempunyai dua helai pakaian dan sehelai daripadanya bernajis yang tidak diketahui secara khusus bersholat satu sholat dengan setiap sehelai daripadanya sahaja secara berasingan. Pada yang mempunyai banyak pakaian (yang bernajis sehelai daripadanya suci) diperlakukan seperti itu juga melainkan kesuntukan waktu bersholatlah secara telanjang. Ia mesti (wajib) membuang pakaian yang najis dan bersholat telanjang, jika tidak ada yang lain, walaupun dia tidak memungkinkannya bersholat dengannya dan tidak mengulangi.

Matahari apabila mengeringkan air kencing dan najis yang lain di bumi, di tanah-tanah kosong dan pengekalan air kencing telah menyucikan tempatnya, serta semua yang tidak boleh dipindahkan seperti tumbuh-tumbuhan dan bangunan, dengan syarat menyingkirkan bahagian najis, dan yang sebaik-baiknya dijiruskan air ke atas air kencing dan kemudian diikuti pembersihan dengan pengeringan panas matahari.

Dan api menyucikan mengikut keadaannya, dan habuk di dalam stokin dan bahagian bawah tapak kaki, dan (tanah) bumi menyuci di antara sebahagian kepada sebahagian yang lain. Dan air hujan tidak najis dalam keadaan ia terjadi, dan tidak juga dalam keadaan airnya mengalirkan saliran (parit) dan yang serupa dengannya, melainkan perubahan najisnya.

Dan air yang mencuci kekotoran yang najis, sama ada dalam pencucian pertama atau kedua, dan sama ada tercemar dengan najis atau tidak, itu jika dia kekal dicuci bahagian yang najis, tetapi jika dibersihkan tempat yang dicuci dari najis maka cuciannya bersih, dan begitu juga untuk dikatakan pada periuk (bekas).


Pada pinggan mangkuk:

Dan tidak boleh makan dan minum di dalam bekas-dari emas atau perak, atau digunakan dalam perkara yang lain. Makruh yang bersalut perak, dan boleh diambil bukan untuk digunakan. Tidak haram (dilarang) menggunakan selain emas dan perak dari jenis galian (logam) dan permata, walaupun harganya dua kali ganda. Perkakas dapur orang-orang musyrik suci sehingga diketahui kenajisannya.

Tidak boleh digunakan sesuatu daripada kulit, melainkan ia suci keadaannya semasa hidup. Dan mustahab mengelakkan dari yang tidak boleh dimakan dagingnya sehingga dikuliti selepas disembelih. Dan menggunakan dari bekas peralatan khamar (arak) yang diperam atau yang berminyak selepas dicuci. Dan makruh: Apa yang dari kayu (khasban) atau labu (qar3an), atau tembikar (Khazfan; seramik) yang tidak berminyak.

Dan cuci periuk (bekas) yang dijilat anjing tiga kali, kali pertama dengan tanah, dan dari bekas arak (Khamar) dan tikus jika mati tiga kali dengan air, dan tujuh kali lebih afdhal. Dan selain dari yang tersebut cukup sekali cuci tidak termasuk cucian penyingkiran, dan tiga kali lebih afdhal.






Tiada ulasan: