Ahad, 18 Oktober 2015

Bab V: Hukum Orang Yang Mati


Bab V: Hukum Orang Yang Mati

Ia ada lima:

Pertama: Al-Ihtidhar (Ketika Kematian).

Diwajibkan: Si mati diwajibkan dihadapkan ke arah kiblat dengan lurus belakangnya serta menjadikan mukanya dan tapak kakinya dihadapkan ke arah kiblat, dan ia adalah fardhu kifayah.

Mustahab mengajarkan kepadanya Syahadatain, dan ikrar (pengakuan) terhadap Nabi dan para Imam dan Mahdi-mahdi (as), dan Kalimat Al-Faraj [], dan pindahkan ke tempat di mana dia bersholat, dan pasangkan lampu pada malam dia meninggal dunia, dan bacakan Al-Quran. Apabila dia mati rapatkan matanya, katupkan mulutnya, letakkan (luruskan) tangannya di sisinya, dan tutup dengan kain.
dan mempercepat mengolahnya hanya supaya keadaannya kelihatan sama, cuba untuk mengetahui alamat-alamat kematian atau bersabar atasnya tiga hari.

Makruh: meletakkan besi di atas perutnya, dan dihadiri oleh mereka yang dalam janabah atau haidh.


Kedua: Memandikannya.

Ia adalah fardhu kifayah, serta dikafankan, disholatkan atasnya dan dikebumikan, dan orang- yang paling utama terhadap dirinya adalah mereka dari para warisnya. Sekiranya orang-orang yang utama itu lelaki dan perempuan, lelaki lebih utama, dan isteri lebih utama dari wanita, dari setiap orang dalam semua hukum-hukumnya.

Orang kafir boleh memandikan orang Islam jika tidak ada orang Islam atau seorang muslimah kerabat (mahram), begitu juga perempuan kafir boleh memandikan seorang muslimah sekiranya tidak ada muslimah atau orang lelaki kerabat (mahram). Orang lelaki memandikan muslimah kerabat mahramnya di sebalik pakaian dengan mendedahkan muka, kedua tangannya, serta kedua bahagian atas dan tapak kaki jika tidak ada muslimah. Begitu juga orang perempuan (yang memandikan) dengan mendedahkan dada di atas pusat (si mati) dan kakinya di bawah lutut. Orang lelaki tidak boleh memandikan yang bukan mahramnya melainkan telah menjaganya tidak kurang dari tiga tahun, dan juga perempuan tidak boleh memandikan yang dijaganya tidak kurang dari lima tahun, dan memandikannya tanpa di sebalik pakaian.

Semua orang yang secara zahirnya mengucap dua kalimah syahadah walaupun tidak beriktiqad kepada kebenaran boleh dimandikan, kecuali mereka dari Al-Khawarij, Al-Ghulat (Pelampau) dan Nawashib (Nashibi). Mereka yang berperang bersama Imam dan mati dalam pertempuran tidak dimandikan dan tidak dikafankan hanya disholatkan atasnya. Begitu juga orang yang memang diwajibkan hukuman mati atasnya, diarahkan supaya dimandikan sebelum dia dibunuh, maka jangan dimandikan selepas itu.

Jika terdapat sebahagian mayat yang mempunyai dada atau hanya dada sahaja maka mandi dan kafankan serta disholatkan atasnya dan dikebumikan,
Walaupun tidak sempurna dan hanya memiliki tulang dimandikan kumpulkan dalam kain dan dikebumikan, dan begitu juga keguguran jika sudah ada roh atau ia berumur empat bulan ke atas. Walaupun ia tidak memiliki tulang dan amat terhad dibalut dengan kain dan dikebumikan, Dan begitulah juga yang keguguran jika tidak ada roh. Jika hanya ada mayat seorang Muslim dan bukan kafir atau tiada mahram dari wanita tiada kerabat yang kafir, seorang muslimah jiruskan air ke atasnya dengan jirusan-jirusan di sebalik pakaiannya ke atas pusatnya dan di bawah lututnya, kemudian diawetkan dengan kapur barus dan dikebumikan. Bagi mayat perempuan kerana tiada kerabat (mahram), maka seorang Muslim menjiruskan dengan air pada mukanya, tangannya dan kakinya sahaja, dan diawetkan dengan kapur barus dan dikebumikan.

Wajib: Pada mulanya bersihkan kotoran (najis) dari tubuhnya, kemudian mandikan dengan air campuran daun bidara (Al-Sidr) bermula dengan kepalanya, kemudian sebelah kanan dan kemudian sebelah kirinya, dan sedikit dijirus ke dalam air campuran daun bidara (Al-Sidr) tanpa ditetapkan tambahan padanya. Dan selepas itu dengan air kapur barus atas sifat yang disebutkan, dan akhirnya dengan air jernih (Al-Qarah) seperti ghusl janabah (mandi junub). Wudukkan mayat mustahab dan tidak diwajibkan. Dan ia tidak boleh dihadkan kepada kurang daripada mandian-mandian (jirusan) yang disebutkan kecuali ketika dharurat. Jika tidak ada kapur barus (Al-Kaafuur) dan air campuran daun bidara (Al-Sidr) mandikan dengan air jernih (Al-Qarah) sekali, dan tiga kali lebih afdhal. Sekiranya takut dengan memandikannya memberi bekas pada kulitnya seperti terbakar atau dijangkiti cacar [bopeng] boleh bertayammum dengan debu (tanah) sebagaimana keharusan tayammum orang hidup..

Tata cara ghusl (mandi): diletakkan dengan tenang menghadap kiblat, dan hendaklah mandi di bawah redupan, dan membuat lubang untuk air, dan makruh dibawa ke bilik mandi tidak mengapa menyediakan bekas (takungan). Hendaklah digunting bajunya dan ditanggalkan darinya, menutup auratnya, dan melembutkan jari-jarinya perlahan-lahan, dan cuci kepalanya dengan buih daun bidara (Al-Sidr) sebelum dimandikan, cuci lubang-lubang kecil dalam badan dengan air campuran daun bidara (Al-Sidr) dan Al-Haradh (kalium) atau sabun wangi dan cuci tangannya, dan mulakan dengan kepala sebelah kanan di bahagian sukar, dan cuci setiap anggota tiga kali dalam setiap cucian, lap (sapu) perutnya dalam dua cucian yang pertama, ia hanya untuk mayat perempuan mengandung. Dan itu adalah cucian di sebelah kanan, dan basuh pencuci tangan pada setiap cucian, Kemudian lap (keringkan) dengan kain selepas selesai.

Dan makruh memperlakukan mayat dari kakinya, mendudukkannya, memotong kukunya, memijak rambutnya, dan salah dalam memandikannya, jika terpaksa mencucinya cuci bahagian anggota yang salah itu.


Ketiga: Dalam mengkafaninya.

Wajib dikafan dengan tiga potongan kain yang menyelimuti, baju dan kain, dan dibolehkan kerana keadaan darurat selapis (sepotong) kain. Dan tidak boleh dikafankan dengan sutera. wajib menyapu tempat sujudnya dengan kapur barus yang disediakan, melainkan si mati melarangnya, maka jangan mendekatkan kapur barus. Dan sedikit dalam kadar dirham lebih afdhal, dan lebih afdhal empat dirham, dan dilengkapkan tiga belas dan dua pertiga dirham. Dalam keadaan darurat, dikafankan tanpa kapur barus. Dan tidak boleh memberi haruman selain kapur barus dan serbuk wangian. [mengikut pasaran Iraq - pent]

Tata cara bahagian ini: orang yang memandikan hendaklah memandikannya sebelum mengkafankan atau hendaklah berwudhu’ sebagaimana wudhu’ untuk sholat dan bagi mayat lelaki dilengkapi jubahnya dengan serban ala Ibrani (Hebrew) yang tidak bersulam emas, dan kain pinggang (cawat) yang panjangnya tiga setengah hasta dan lebarnya hampir satu jengkal, Diikat kedua hujungnya pada pinggangnya dan dililit mengelilingi pahanya dan diikat ketat selepas diletakkan di antara punggungnya dengan kapas, Jika ditakuti sesuatu akan keluar tidak mengapa disumbat kapas dalam duburnya. Serban dililit untuk menutup kepala dan kedua hujungnya keluar melingkari ke bawah dan bertemu di dadanya. Tambahan bagi wanita melebihi kafan lelaki bagi meliputi seluruh kawasan dada atau payudara, dan meletakkan sebagai ganti yang meliputinya dengan serban. Dan yang boleh dijadikan kain kafan kain dari kapas (Cotton), Dan ditabur Al-Hibarah (kain keluaran Yaman dari kapas), Al-Lifafah (cadar) dan qamis - (jubah) dengan serbuk wangi, dan hendaklah Al-Hibarah di atas Al-Lifafah (kain) dan qamish (baju panjang) di bahagian dalam sekali., dan menulis pada Al-Hibarah, qamish, kain sarungnya dan dua helai kertas namanya dan bahawa dia menyaksikan syahadatain, bahawa dia menegaskan para imam dan Mahdi-mahdi (as) dan bilangan yang terakhir daripada mereka adalah baik-baik saja. Menyebutkan sahabat-sahabatnya, yang merupakan orang-orang Islam dan bukan golongan jahiliyah, dan ini adalah tanah Al-Hussein (as), jika itu tidak ada maka isyaratkan dengan jari. Jika boleh jadikan Al-Hibarah pengganti Lifafah yang lain. dan hendaklah dijahit kain kafan itu dengan benang, dan jangan basahkan dengan air liur, dan jadikan padanya dua lembar daun kurma, jika tidak ditemui dapatkan daun bidara (Al-Sidr), jika tidak dijumpai ambil dari yang berlainan, jika tidak boleh dari pokok yang basah. Dan letakkan salah satu darinys di sebelah kanan dengan tulang selangkanya ditempel di kulitnya, dan yang satu lagi di sebelah kiri baju di antara qamish dangan kain sarungnya, dan kapur barus dihancurkan dengan tangannya, dan letakkan apa yang lebih disukainya dari tempat diletakkan sujudnya di atas dadanya. Dan lipatkan Al-Lifafah (kain) sebelah kiri ke atas kanan, dan sebelah kanan atas kiri.

Makruh: dikafankan dengan kain linen, dan jika kerja-kerja untuk mengkafankan mulakan pada lengan baju, dan dengan tulisan hitam, dan taburkan pada alat pendengaran dan pengelihatannya dengan sesuatu dari kapur barus.


Tiga Masalah:

Pertama: jika keluar najis dari mayat selepas dikafankan, jika menyentuh badannya dibasuh dengan air, walaupun bertemu dengan kain kafannya dilakukan seperti itu juga, melainkan selepas ia dimasukkan ke dalam kubur hendaklah ia yang digunting (dibuangkan).

Kedua: Wanita yang dikafankan oleh suaminya walaupun mereka mempunyai wang, tetapi dia tidak perlu menambah sesuatu selain yang wajib. Dan dikafankan lelaki yang dari asalnya telah terlebih dahulu meninggalkan hutang-hutangnya dan apa yang diwasiatkannya. Walaupun tidak mempunyai kain kafan ia tidak dikebumikan telanjang, tetapi umat Islam wajib menyediakan kain kafan, tetapi mustahab atas mayat bagi keperluan daun bidara (Al-Sidr), kapur barus dan lain-lain.

Ketiga: Jika putus (gugur, jatuh) sesuatu dari mayat dari rambutnya atau anggota tubuhnya, wajib dimasukkan bersamanya ke dalam kafannya.


Keempat: Dikuburkan Di Dalam Tanah.

Ia mempunyai mukadimah yang disunnahkan , keseluruhannya: Berjalan di belakang jenazah, atau salah satu sisinya, hendaklah mengikuti jenazah, dan bermula di barisan hadapan di sebelah kanan, kemudian pusing dari belakang ke sebelah kiri, dan hendaklah diberi tahu orang-orang yang beriman kematian seoramg mukmin, dan ketika melihat jenazah mengucapkan:

الحمد لله الذي لم يجعلني من السواد المخترم،

Segala puji bagi Allah, yang tidak menjadikanku dari golongan hitam yang dihormati.

Dan hendaklah meletakkan jenazah di atas tanah apabila tiba di kuburan di tempat yang mengikut kakinya dan wanita menghadap kiblat, dan dihantar dalam tiga cara, dan menghulurkan kepalanya dahulu ke kubur, wanita mengikut keadaan, dan turun untuk memasukkan dengan berkaki ayam, dan mendedahkan kepalanya, dan melepaskan kancingnya.

Makruh bagi saudara-mara mengambil alihnya (melaksanakan), melainkan pada wanita, suaminya atau saudara (mahram) lelakinya yang melaksanakannya. Dan mustahab untuk berdoa apabila diturunkan ke kubur.

Pada Sunnah dan fardhu mengkebumikannya, Yang Difardhukan: Ditanam di dalam tanah mengikut keupayaan. Yang belayar di laut dan ditenggelamjan di dalamnya, sama ada diletakkan pemberat atau masukkan ke dalam bekas seperti keranda atau yang serupa dengannya, kerana sukar mendapatkan kawasan tanah. Dan hendaklah meletakkan (mengiring) di sebelah kanan menghadap kiblat, melainkan pada wanita bukan Islam yang hamil dari seorang Muslim, dengan membelakangkan kiblat.

Kaedah: Kubur digali setinggi berdiri atau separas tulang selangka (dada), dan dibuat liang lahad mengikut arah kiblat, dan untuk membolehkan yang dikafankan muat dari kepala ke kakinya, dan dibuatkan bersamanya sesuatu dari tanah (turbah) Al-Hussein (as), serta mentalqin dan mendoakan untuknya, kemudian disusun batu-bata, dan oleh seorang lelaki keluar dari kubur, menakut-nakutkan orang-orang yang hadir dengan menunjukkan tanah di tapak tangan, sambil berkata:

إنا لله وإنا إليه راجعون

Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali.

Dan meninggikan tanah kubur sekadar empat jari, dan membuat kepersegian, dan jirus air dari kepala dan kemudian berputar ke atasnya, diutamakan hantaran jirusan air di tengah-tengah kubur. Tangan diletakkan di atas kubur dan memohon rahmat atas si mati, dan Al-Waliy akan bertalqin *mengajar) selepas pemergian orang-orang ke atasnya dengan suara yang tinggi. Mustahab memberi ucapan takziah dan ia adalah pemberian sebelum dan selepas pengebumian, dan memadai dilihat oleh sahabat-sahabatnya.

Makruh: Menghias kuburan dengan kayu Jati melainkan apabila perlu (dharurat), dan untuk menakut-nakutkan yang bertalian saudara atas kasih sayangnya, dan begitu juga makruh melepa (simen) kuburan dan memperbaharuinya, dan menguburkan dua mayat dalam satu kubur, dan untuk memindahkan si mati dari satu negara ke negara lain, melainkan untuk dilihat seseorang dan makruh bersandar di kuburan atau berjalan di atasnya.


Kelima: Akhiran.

Ia ada empat masalah:

Pertama: tidak boleh menggali kuburan, atau memindahkan orang yang mati selepas mereka dikebumikan, dan tidak boleh menggunting pakaian mereka melainkan bapa dan adik-beradik.

Kedua: orang yang mati syahid dikebumikan dengan pakaiannya dan tanggalkan baju bulu dan dua sandalnya, samada keduanya disentuh darah atau tidak disentuh darah, dan jangan bezakan di antara yang dibunuh dengan besi atau selain darinya.

Ketiga: Hukum kesyahidan bagi anak di bawah umur dan orang gila apabila mati dibunuh adalah mengikut hukum baligh yang berakal.

Keempat: Jika mati anak yang dikandung gugur keluar, tetapi dia mati tanpa dikelar lehernya dari bahagian lebih mudah tercabut (nyawanya) hendaklah dijahit (dicantumkan) tempar lukanya .


Mandi-mandi (Ghusl) yang disunahkan,

Ada tiga puluh jenis mandi (ghusl),

Tujuh belas mengikut waktu ia adalah:

1.   Mandi pada hari Jumaat, waktunya: dari terbit fajar hingga zawal (gelincir) matahari, dan lebih dekat dengan zawal lebih afdhal. Dan ia boleh dipercepatkan pada Khamis bagi orang yang takut kekurangan air atau dilewatkan selepas zawal pada hari Jumaat, dan diqadhakan pada hari Sabtu. ........[= 1]

2.   Dan enam di bulan Ramadhan:
                                    i.          malam pertama,
                                  ii.          malam nishfu Ramadhan (15),
                                iii.          malam tujuh belas
                               iv.          malam sembilan belas
                                 v.          malam dua puluh satu
                               vi.          malam dua puluh tiga,
3.   Pada malam Al-Fithri.
4.   Pada kedua-dua hari raya
5.   Pada hari Arafah,
6.   Pada malam nishfu (15) Rajab dan
7.   Pada pada kedua puluh tujuh Rajab,
8.   Pada malam nishfu (15) Sya3ban
9.   Pada hari Al-Ghadir,
10.        Pada Al-Mubahalah,
11.        Pada hari Tarwiyah (8 Zhi Al=Hijjah) ......[=17]

12.        Dan lapan mengikut perbuatan itu, iaitu:
                                    i.          Mandi (Ghusl) Ihram,
                                  ii.          Ghusl Ziarah Nabi (S)
                                iii.          Ziarah para Imam (as),
                               iv.          Ghusl berlebihan dalam Sholat Al-Kusuf-gerhana (dan Al-Aayat) jika dia mahu penghakimannya,
                                 v.          Ghusl Al-Taubah, sama ada dari fasiq atau Kafir,
                               vi.          Ghusl Sholat Hajat,
                             vii.          Ghusl Sholat Istikhaarah,
                           viii.          Ghusl Sholat Al-Istisqa’ (minta hujan).........................[=25]

13.        Dan lima kerana tempat, iaitu:
                                    i.          Ghusl masuk (tanah) Al-Haram,
                                  ii.          Ghusl masuk Masjidil Haram
                                iii.          Ghusl masuk Kaabah,
                               iv.          Ghusl masuk Madinah,
                                 v.          Ghusl masuk Masjid Al-Nabi (S).........[=30]


Empat Masalah:

Pertama: Mandi (Ghusl) mengikut perbuatan dan kerana tempat mustahab dilakukan sebelumnya, dan Mandi (Ghusl) mustahab mengikut waktu selepas masuk waktunya.

Kedua: Jika bertemu beberapa jenis Mandi (Ghusl) sunnah, cukup dengan niat Al-Qurbah.

Ketiga dan Keempat: mustahab mandi (ghusl) sesiapa yang berusaha dengan sengaja untuk melihat (rukya) selepas tiga hari, mandi (ghusl) untuk anak yang baru lahir mustahab.

Semua mandi-mandi (ghusl) ini diberi ganjaran dengan berwuduk. Lebih afdhal lagi menyebut nama Allah semasa dan selepas mandi dan mengucapkan:

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين الطيبين الطاهرين، وطهر قلبي من الشك والشرك والظلمة والخبائث.

Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para imam dan Mahdi-mahdi, mereka yang baik, mereka yang suci, dan sucikanlah hatiku dari syak dan syirik, dan dari kegelapan dan kekotoran (kejahatan).



✡✡✡✡
                                        
---------------------------
[] - Kalimat Al-Faraj
لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَليمُ الْكَريمُ، لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْعَلِيُّ الْعَظيمُ، سُبْحانَ اللَّهِ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ،وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.






Tiada ulasan: