Rabu, 7 Oktober 2015

2015 10 02

2015 10 02
  
KHUTBAH PERTAMA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.   
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
                                 
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Allah SWT berfirman

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

                                         
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّـهَ  إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ*  وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّـهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok; dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. * Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik. [Al-Hasyar 59:18] 

Saudara-saudara ansar Allah sekelian

Marilah kita sama-sama belajar memenuhi seruan Allah dan seruan RasulNya apabila cucu baginda Muqarrab pertama atau Mahdi Pertama Al-Imam Ahmad Al-Hassan yang dijanjikan (shalawatu 3alaihim) Washiy dan Utusan Imam Al-Muntadzar Al-Mahdi (as) sebagai Sohib Al-Amr, zaman ini menyeru kita kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kita. Hidup dengan Hujjah Allah, hidup di bawah Khalifah Allah dan taat kepadanya. Seperti firmanNya AWJ:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ 

Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan. [Al-Anfal 8:24] 

Saudara-saudara ansar Allah sekelian

Menyahut dan memenuhi seruan tersebut memang sukar, saya ingin membawa contoh soalan dari seorang yang ingin [tahu] jika terdapat Doa-doa atau wirid-wirid dan zikir-zikir tertentu yang disarankan oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan Imam telah menjawab dalam Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jilid V sbb:· 

Semoga Allah memberikan kamu kebaikan, terdapat doa dan al-Quran Ayat-ayat dan ibadah yang saya telah arahkan Ansar supaya mereka boleh membacanya dan beramal dengannya dan untuk mendekat diri kepada Allah dengannya.

Anda mungkin boleh mendapatkan dari mereka, dan mereka, Insya Allah, tidak akan menghalang anda dalam menyampaikannya. Dan ketahuilah bahawa, amalan adalah asas atau titik permulaan atau teras untuk mendekatkan diri kepada Allah, kerana tidak ada kebaikan bagi ilmu tanpa amal. Oleh itu, apabila anda mulakan dengan diri anda sendiri dan memperbaiki melalui amalan dengan apa yang telah diperintahkan olehAllah SWT. Bahawa Sebaik-baik Amalan Kini Adalah Menyampaikan Kebenaran Kepada Manusia untuk menyelamatkan mereka dari jaringan dan perangkap iblis (laknahu Allah), kerana sesungguhnya jika Allah memberi petunjuk (hidayah) kepada manusia melalui saudara adalah lebih baik untuk saudara daripada semua harta di dunia ini.

Saudara-saudara ansar Allah sekelian

Membuat kerja-kerja menyampaikan kebenaran kepada manusia adalah kerja-kerja Mumahidin kerja-kerja menyeru manusia sehingga wujud 313 Muqarrab atau ansar terpilih dan  10 000 ansar sebagai persediaan kedatangan Imam Al-Muntadzar Al-Mahdi (as) melalui Sohib Al-Amr Imam Ahmad al-Hassan (as) yang dijanjikan. Sudah tentulah memerlukan usaha yang gigih atau Jihad Fi Sabil Lillah, sudah tentulah panjang masanya, dan sudah tentulah terlalu banyak mehnah, ujian atau kerenahnya.

Sebagai contoh, mari kita dengar cerita dari Kitab Ma3a Abd Al-Sholeh:


Buat Orang Yang Tidak Dapat Bersabar Dengan Keluh-Kesah Mukmin Lainnya!
Salah seorang saudara mukmin tidak kelihatan ketika melakukan kerja di lapangan dakwah kebenaran, lalu Sayid Ahmad Al-Hassan (as) mencarinya dan bertanya tentangnya pada suatu hari. Maka dijawab kepada beliau bahawa saudara tersebut telah memberitahu kepadanya sebab dia menghilangkan diri (dari lapangan dakwah).

Dia menghilangkan diri disebabkan salah seorang saudara mukmin telah menasihatinya dan barangkali nasihatnya itu amat berat buatnya atau seumpamanya, terus dia berazam untuk tidak menghadirkan diri dan tidak kelihatan lagi selepas itu.

Lantas beliau (as) berkata ketika mana mengetahui perkara itu:

[Saya berharap kamu dapat khabarkan kepadanya supaya tidak menghilangkan diri dan bersabar dengan saudara-saudaranya. Menerima nasihat-nasihat mereka dan tidak menjadi orang yang takbur. Imam Hussein (as) telah merelakan dadanya untuk dipijak oleh haiwan-haiwan dan kamu pula tidak dapat bersabar dengan keluh-kesah orang mukmin. Barangsiapa yang tawadhuk kepada Allah, nescaya dia akan diangkat naik oleh Allah.

Katakanlah kepadanya agar memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan dan tidak menghilangkan diri daripada kerja-kerja dakwah. Bersabarlah dengan keluh-kesah orang mukmin yang menggelisahkannya atau nasihat orang yang menasihatinya].

dan sebuah nasihat lagi dari kitab yang sama Kitab Ma3a Abd Al-Sholeh

Cara-Cara Bermuamalah Dengan Orang-Orang Yang Mencurigakan:

Sesetengah saudara ansar menghadapi kemusykilan, iaitu secara ringkasnya: sesetengah mereka yang mendakwa beriman dengan dakwah kebenaran telah melahirkan perlakuan-perlakuan yang menjadi pendorong atau cenderung kepada syak dan keraguan. Khususnya apabila sebahagian mukmin yang beriman dengan dakwah kebenaran Al-Yamani telah bertemu dengan orang yang tidak sepatutnya ditemui. Apa yang disampaikan mereka mungkin menjadi keuzuran untuk meragui mereka.

Pada suatu hari, saya telah bertanya kepada beliau (as) tentang cara untuk bermuamalah (berhubung) dengan kumpulan-kumpulan seperti ini yang tidak dapat dibezakan mana yang benar-benar jujur dan yang mempunyai motif tertentu. Barangkali sesetengah mereka menyumbang kepada penangkapan dan soal-siasat saudara-saudara mukmin.

Maka beliau (as) menjawab dengan berkata:

[Saya sentiasa berkata kepada ansar: setiap orang yang berkata aku adalah mukmin, maka hendaklah kamu bermuamalah dengannya sebagai seorang mukmin. Baginya hak-hak seorang mukmin, tetapi di dalam masa yang sama hendaklah kamu berhati-hati].

Saudara-saudara ansar Allah sekelian

 Marilah kita sama-sama mengecap kemanisan Iman, mengecap kemanisan 3amal Jama3iy iaitu berkerja di bawah Hujjah Allah yang satu, Imam Allah yang satu, Risalah Al-Rasul dan WIlayah Allah yang satu iaitu meninggi Kalimah Tauhid Laa Ilaha Illa Allah, dan mengingati doa orang-orang mukmin yang di rakam oleh Allah Taala,

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berdoa:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

"Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".[Al-Hasyar 59:10] 


اللّهُمّ أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ،:  وَلِمُحَمّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ

وَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ* اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ * وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ).

اَللّهُمَّ كُنْ لِوَلِيِّكَ الْحُجَّةِ بْنِ الْحَسَنِ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلى آبائِهِ وَ وُلْدِ هِیَ احمد الحسن في هذِهِ السّاعَةِ وَفي كُلِّ ساعَةٍ وَلِيّاً ‏وَحافِظاً وَقائِداً وَناصِراً وَدَليلاً وَعَيْناً حَتّى تُسْكِنَهُ أَرْضَكَ طَوْعاً وَتُمَتِّعَهُ فيها طَويلاً

Ya Allah jadikanlah bagi Waliy Mu Al-Hujjah bin Al-Hassan, selawat Mu ke atasnya dan ke atas bapa-bapanya dan anak-anaknya Ahmad Hassan, pada saat ini dan pada setiap saat dan sebagai Waliy, penjaga, ketua, penolong, penunjuk dan pembantu sehingga Engkau tempatkannya di bumi Mu secara sukarela dan kenikmatan yang berpanjangan di dalamnya.


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاس*  مَلِكِ النَّاسِ* إِلَـٰهِ النَّاسِ* مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ * الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ* مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ


KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian...


Salah seorang saudara (Ansar) telah melontarkan sebahagian permasalahan kepada Imam Ahmad Al Hassan a.s, lantas Imam a.s berkata di dalam nasihatnya: ...Adakah kamu menyangka kesibukan aku hanya pada kalian sahaja? kebanyakan manusia akan binasa dan mereka berada di atas kesesatan serta berpergian masuk ke dalam neraka. Manakala setiap seorang daripada kamu pula sibuk dengan dirinya sendiri, setiap seorang dari kamu melaungkan "ANA"?!

Aku tidak perlukan banyak tutur kata (alasan), aku mahukan sedikit amal (kerja) daripada kamu.

Seterusnya Imam (as) mengingatkan tentang  ANA, ANA, ANA?!

Ketikamana saudara tersebut ingin menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan tindakannya, Imam a.s berkata: Baiklah, Malaikat tidak menyalinnya, apa yang harus aku perbuat dengannya?!

Kemudian Imam a.s berkata lagi: Nasihatku buat kamu berdasarkan firman Allah Taala:


تِلۡكَ ٱلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ نَجۡعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّ۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادً۬ا‌ۚ وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi. Dan kesudahan [yang baik] itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Al Qasash: 83)

Tadabburlah, fahamilah ayat ini dan jauhilah dari mengikut hawa nafsu kalian, dan kemenangan atas kebenaran itu adalah untuk diri kalian sendiri.

Apabila kalian secara praktiknya ingin menjadi pembantu kepada kebenaran, maka beramallah dengan ayat ini. Jika tidak Allah akan menggantikan kalian dengan kaum (orang) selain kamu, yang kemudiannya tidak akan menjadi seperti kalian. Kalian mengetahui, mereka berdekatan dengan kalian dan hampir tiba waktu mereka. Maka bertakwalah kepada Allah dan bunuhlah diri kalian dan hawa nafsu kalian, serta bantuilah Tuhan kalian.

       
تِلۡكَ ٱلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ نَجۡعَلُهَا

"Negeri akhirat itu, Kami menjadikannya":

Allah tidak pernah memfirmankan "bahagian kamu dari negeri akhirat" dan juga tidak memfirmankan "Kami jadikan baginya bahagian dari negeri akhirat". Tetapi berfirman: " Negeri akhirat itu, Kami menjadikannya," iaitu negeri akhirat dan apa yang ada di dalamnya dijadikan untuk mereka yakni mereka adalah tuan-tuan akhirat. Mereka adalah Keluarga Muhammad (alaihimu s-salam) dan syiah mereka yang khusus. Maka beramallah untuk menjadi dari kalangan mereka, jika tidak aku tidak ingin untuk melihat rupa-rupa bentuk kalian, sedangkan kalian adalah pengikut hawa nafsu kalian.

Di penghujung ayat, Allah Taala berfirman

وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ,

bermaksud: Dan kesudahan [yang baik] itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Orang-orang yang bertakwa itu adalah Keluarga Muhammad (alaihimu s-salam). Imam Sadiq (a.s) telah berkata kepada orang yang membaca:

وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

yang bermaksud, dan jadikanlah orang-orang bertakwa sebagai Imam bagi kami: (mereka telah meminta sesuatu yang amat besar, yang mana ia adalah: dan jadikanlah orang-orang muttaqin sebagai Imam buat kami).

Maka apakah perkara yang seseorang itu perlu lakukan untuk menjadi dari kalangan mereka?


لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّ۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادً۬ا‌


Mereka tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi, kalian tidak menginginkan ketinggian dan juga tidak menginginkan kerosakan??

Adakah kamu mengetahui makna ayat ini? iaitu tidak terlintas di hati kamu bahawa kamu adalah lebih baik dari yang lain dan tidak melebihkan diri kamu ke atas yang lain.

Mereka tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi...mereka juga tidak menginginkan kerosakan dan bukannya tidak melakukan kerosakan. Di dalam ayat lain Allah Taala berfirman:


وَلَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah [Allah] memperbaikinya. (Al A'raaf: 56)

Adapun pada sebelum ini bukanlah berbunyi "janganlah mereka membuat kerusakan", tetapi dinyatakan "mereka tidak menginginkan kerosakan" iaitu tidak terlintas di hati mereka kerosakan dan juga tidak terlintas di hati mereka akan kerosakan. Di manakah kalian dalam perkara ini???

Bertakwalah kepada Allah dan sibukkanlah diri kalian dengan memperbaiki diri kalian sendiri, setiap seorang dari kalian melihat dirinya sebai sebaik-baik makhluk, bahawa dia lebih utama dari keseluruhan ansar, atau lebih utama dari sebahagian ansar?!!

Inilah nasihatku buat kalian dan maafkanlah aku atas ketegasanku terhadap kalian.


اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
                                                           
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]

اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                          
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣


✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: