Khamis, 15 Oktober 2015

Bab II: Mandi Al-Haidh



Bab II: Mandi Al-Haidh

Ia termasuk: Keterangan, dan yang berkaitan dengannya.

Yang pertama: Al-Haidh: adalah darah yang berkaitan dengan tamat tempoh, dan mempunyai beberapa had. Dan kebanyakannya ia adalah kehitaman dan agak Kental dan hangat yang keluarnya agak panas. Ia sama dengan darah dara jika di celup dengan kapas, jika ia keluar dalam keadaan yang sukar atau teruk dan ia adalah kotoran. Semua yang dilihat pada kanak-kanak sebelum mencapai umur sembilan tahun (baligh) ia bukanlah darah haidh.

Paling sedikit masa keluarnya darah haidh adalah tiga hari dan paling lama sepuluh hari, dan juga sedikit waktu sucinya, dan tidak terbatas bagi lamanya waktu suci. Masing-masing dalam tempoh tiga hari. Dan apa yang dilihat perempuan selepas (haidh) putus tidak ada darah haidh lagi. Perempuan Qurasyiyah yang putus haidh mencecah umur enam puluh, dan yang bukan Qurasyiyah mencapai umur lima puluh tahun.

Dan semua darah yang dilihat pada perempuan kurang dari tiga hari, ia bukanlah permulaan haidh tetapi ia adalah darah biasa. Dan apa yang dilihat dalam jangkamasa tiga hingga sepuluh hari, dalam jangkamasa haidh itu adalah darah haidh, [sama ada] yang serupa atau tidak serupa. Dan pada saluran seorang wanita biasanya yang dilihat adalah aliran keluar darah, kemudian diganggu oleh sedikitnya waktu suci seterusnya, dan kemudian dilihat kali kedua yang serupa dengan tempoh itu, ia tidak kira warna darah yang tidak serupa.

Lima Masalah:

Pertama: Pada kebiasaannya sholat dan puasa diinggalkan apabila terlihat darah. Pada permulaannya jika merasakan bahawa ia adalah haidh maka tinggalkanlah ibadah, jika tidak janganlah tinggalkan ibadah sehingga ia melepasi tiga hari.

Kedua: jika darah itu didapati tiga hari dan kemudian terhenti dan dilihat sebelum hari kesepuluh semuanya adalah haidh, jika ia melebihi sepuluh hari kembali ke hal sebenar yang dingatinya. Jika berlanjutan selama sepuluh hari dan kemudian dia melihatnya, pertama ia adalah haidhnya sendiri, dan kedua mungkin haidhnya bersambung semula.

Ketiga: Jika darah berhenti kurang dari sepuluh hari, ia hendaklah diuji kebersihannya dengan kapas, jika didapati bersih maka mandilah (ghusl). Jika masih berwarna bersabarlah pada permulaannya sehingga suci atau ia melepasi sepuluh hari. Pada kebiasaannya mandi selepas tiga hari, jika ia berterusan hingga hari kesepuluh dan terhenti habiskan apa yang dilakukan seperti puasa, Jika ia melebihi buatlah apa yang dibolehkan.

Keempat: Jika telah suci boleh berhubungan dengan pasangannya sebelum mandi (ghusl) tetapi makruh.

Kelima: Jika telah masuk waktu sholat dan haidh telah berhenti dan melepasi kesempatan bersuci (ghusl) dan bersholat ia diwajibkan mengqadha’kannya, tetapi jika sebelum masuk waktu tidak diwajibkan, jika suci sebelum akhir waktu dengan kadar sempat bersuci (ghusl) dan mendirikan satu rakaat sholat, wajib atasnya menunaikannya walaupun telah menjejaskan waktu qadha’.

Adapun ia melibatkan, Lapan perkara:

Pertama: Diharamkan atasnya apa yang distaratkan ketika suci, seperti sholat, Thawaf dan menyentuh tulisan Al-Quran. Makruh membawa Al-Quran dan menyentuh luarannya. Walaupun telah bersih tetapi masih dalam hadats (sebelum ia ghusl).

Kedua: Puasanya tidak sah.

Ketiga: tidak dibenarkan duduk di masjid, dan makruh berjalan di dalamnya.

Keempat tidak dibenarkan membaca seuatu daripada ayat-ayat Al-3azzaim (Al-Quran) dan makruh selain darinya, serta sujud diikuti ayat Al-Sajadah, begitu juga setelah mendengarnya.

Kelima: Diharamkan suaminya berhubungan dengannya sehingga dia bersih, dibolehkan bersenang-senang, kecuali bahagian qubul. Jika berhubungan dengannya dengan sengaja dan sedar, dia wajib atasnya membayar Kafarah dan Kafarahnya: pada permulaan (haidh) satu Dinar (iaitu seberat 18 karat emas), dan pada pertengahan setengah Dinar, dan pada akhirnya suku Dinar. Jika ia mengulangi persetubuhan pada masa yang sama tidak (dikenakan) diulang lagi Kafarahnya, tetapi jika pada masa yang berlainan diulang (Kafarahnya).

Keenam: Tidak sah menceraikannya jika masuk masa haidhnya, dan suaminya masih bersamanya..

Ketujuh: Jika telah bersih, ia wajib mandi (ghusl), dan kaifiatnya (cara) sama seperti Ghusl Janabah, dan mustahab melakukannya:

Berwudhuk sebelum atau selepasnya, dan wajib qadha puasa di bawah dari sholatnya.

Kelapan: Mustahab untuk berwudhuk pada setiap sholat, dan duduk di mushallanya (tempat shalat di rumah),  sekadar masa sholatnya sambil berzikir kepada Allah SWT, dan makruh Ai-Khidhab (pemakaian pewarna kuku).





Tiada ulasan: