2015 09 25
KHUTBAH PERTAMA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ
بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
الْمُشْرِكُون ،
وصلى الله على محمد وآل محمد
الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد ان لا إله إلا الله و
حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده
حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا
وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ،
Wahai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam
Mahdi
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
Kewujudan Alam Al-Zhar tidak dapat diragukan [106],
ia telah dibuktikan dengan ayat-ayat dari Kitab Al-Quran dan riwayat-riwayat
dari Al-Thahirin Al-Makmshumin Ahl Al-Bait Rasulullah (as) [107].
Itulah mukaddimah pertanyaan penulis Kitab Ma3a Abdus Soleh kepada
Abdus Soleh sendiri iaitu Imam Ahmad Al-Hassan (as)…
Dia bertanya kepada mengenai Alam Al-Zhar dan ujian yang
berlaku di dalamnya, Dia berkata: Telah diketahui bahawa Alam Al-Zhar adalah
Alam ujian pertama bagi Bani Adam. Tetapi adakah hamba-hamba menyahut ketika
diambil kesaksian:
﴿أَلَسْتُ
بِرَبِّكُمْ﴾
"Bukankah
Aku ini Tuhanmu";
Selepas mereka beramal, atau adakah alam itu menunjukkan
keputusan sahaja dan amalannya di sini (di Alam Jasmani ini)?
Maka Imam Ahmad Al-Hassan (as) berkata:
(Adakah yang kamu maksudkan dengan
amalan solat dan berpuasa dan (ibadah-ibadah lain)..... atau berzikir sahaja?)
Lalu aku berkata:
Semua yang menyumbang kepada penentuan nasib (takdir) dan
memutuskan apa yang dipilih oleh hamba sendiri.
Jadi dia (as) berkata:
(Ya. maka adakah diperlukan untuk
tempoh masa yang panjang dan berganda-ganda? Atau adakah cukup menjadikan salah
satu amalan ibadah seperti solat atau puasa atau zikir atau zakat atau doa atau
Haji atau semua ibadah. Bukankah Rasulullah (S) bersabda kepada Ali (as):
'Wahai Ali, berfikir sejam (sa3ah) lebih baik dari beribadah seribu tahun?
"
Jadi "amalan" adalah jelas di Alam Al-Zhar, dan ia
adalah apa ayat ini tunjukkan mengenai semua penjelasan:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ
وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا
أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ﴾
{Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak
Adam dari sulbi mereka dan mengambil kesaksian terhadap diri-diri mereka
(seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab:
"Ya!, kami bersaksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan:
"Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lalai terhadap ini."} [Al-A3raf
7:172]
Dan Kami telah menjadikan mereka saksi atas diri mereka
sendiri.
Sekarang, di dalam dunia ini dan dalam ujian ini, adakah
terdapat saksi ke atas amalan-amalan ini? Bukankah Rasulullah sebagai saksi?
Bukankah hujjah Allah sebagai saksi? Bukankah malaikat yang menulis sebagai
saksi? Bukankah Allah SWT berfirman:
﴿وَكَفَى بِاللّهِ شَهِيداً﴾
{Dan
cukuplah Allah sebagai saksi}? [Al-Nisaa’ 4:79]
Bukankah Allah SWT berfirman
﴿اقْرَأْ كَتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيباً﴾
{"Bacalah kitabmu, cukuplah
dirimu sendiri hari ini, padamu sebagai penghitung."} [Al-Isra 17:14]
Maka manusia adalah saksi terhadap dirinya sendiri dan akan
menjadi jurukira dirinya sendiri. {mengambil kesaksian terhadap diri-diri
mereka.}. {"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri hari ini, padamu
sebagai penghitung"}, Adapun bagaimana dirinya akan menjadi sebagai
penghitungnya (sendiri), ini adalah perkara lain, tetapi kita kini berada pada
kenyataan menjadi saksi terhadap diri sendiri. saksikan atas apa?! Adakah ia
seperti kesaksian Rasulullah dan hujjah Allah dan Malaikat-malaikat dan Allah
SWT? {Dan cukuplah Allah sebagai saksi}?
Jadi di sana (Alam Al-Zhar) amalannya di dalam ayat ini - {Dan
(ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi
mereka dan mengambil kesaksian terhadap diri-diri mereka (seraya berfirman):
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Ya!, kami
bersaksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya
kami adalah orang-orang yang lalai terhadap ini."} Allah
mengambil kesaksian terhadap mereka.
Kanu semua di dunia ini, disibukkan dengan diri kamu dengan mengurus
dan mengatur tubuh kamu sendiei, atas sebab inilah amal ibadah ini telah dibuat
untuk mengelakkan diri kamu daripada hanya disibukkan dengan tubuh badan dan
supaya menghadap dengan disibukkan kepada Allah.
Lihatlah amal ibadah Islam secara zahir kamu akan dapati ia
adalah mengenai: Tidak makan, tidak minum, meninggalkan hawa nafsu, ini adalah
ibadah berpuasa, dan jelas sekali bahawa puasa adalah untuk mengelakkan diri
daripada disibukkan dengan tubuh badan sahaja, dan selain darinya juga.
Lihatlah dalam ibadah Haji, begitu juga ibadah Solat, kedua-duanya mengenai
perkara: memutuskan hubungan dengan alam dunia ini dan mengarahkan diri
(bertawajjuh) ke Alam yang lain, dan mengingati Allah dan disibukkan dengan
Allah SWT.
Sekarang, jika kita keluar dari (alam) dunia ini, adakah akan
kekal amal ibadah yang sama? sudah pastilah tidak betul untuk memfardhukan cara
amal ibadah di (alam) dunia ini kepada alam lain, atas dua sebab:
Sebab pertama ialah: Tiada atau kurangnya keperluan (hajat).
Kedua ialah: Dunia lain tidak sesuai untuk ditetapkan atau untuk dilaksanakan
di dalamnya (mengikut alam dunia ini). Itu seolah-olah kita akan menjadi
seperti orang yang berkata: Aku pergi ke padang pasir untuk berenang.
Sebagai contoh, dalam Alam Al-Zhar kurangnya keperluan-keperluan;
kerana jasad kebendaan yang menyibukkan diri itu tidak wujud. Adapun tiada
keadaan yang layak di Alam Al-Zhar untuk amal ibadah Alam Jasmani ini, perkara
ini cukup jelas.
Jadi sekarang jawapannya sangat jelas, dan ia adalah, bahawa
ujian yang sama, dan ia adalah satu di Alam ini, Alam Al-Zhar dan di Alam
Raj3ah, dan jika Allah memutuskan untuk menguji manusia seribu kali, Dia akan
menguji mereka dengan ujian yang sama; kerana tujuan penciptaan adalah satu,
dan ia adalah mengenal (makrifah) Allah (swt) berkata:
(وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ)
{Dan aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.} [Al-Zhariyat ayat 56],
yang bermaksud supaya mereka mengenali Ku, seperti yang telah
dijelaskan oleh Aali Muhammad (as)
Ya! bentuk ujiannya berbeza (perinciannya berbeza) oleh sebab
Alam-alam yang berbeza. Jadi solat, puasa, Haji, dan zakat dan.. ibadah=ibadah
yang lain kesemuanya ada di Alam Al-Zhar dan Allah menguji kita dengannya
tetapi menurut apa yang sesuai dengan Alam itu. Jadi solat hanyalah satu
perkara dan dengannya kita berikan tumpuan pandangan kita atas apa yang
berpunca daripada-Nya SWT, dan dengan puasa
aku menahan diriku sendiri, dan haji dengan aku berjalan ke arahNya dan tawaf
(mengelilingi) pintu-Nya SWT sambil menunggu perintah-Nya, dan Zakat adalah
memberikan diri ku sebagai korban daru diri ku di hadapan-Nya dengan melawan
keakuan (Al-Ana)... dan sebagainya.
Semua amalan ini, adakah kamu fikir akan memerlukan tempoh
masa yang panjang, kerana diketahui bahawa Alam Al-Zhar tidak tertakluk pada
masa atau pun tempat, atau adakah kamu membayangkan bahawa ia akan perlu lebih
banyak amalan (perbuatan)? Dan jika semuanya berkumpul dalam satu amal
perbuatan, ia tidak akan dianggap sebagai amalan (perbuatan) contohnya?
Sesungguhnya ia akan menjadi amalan walaupun semuanya berkumpul dalam satu
perbuatan.)
Lalu penulis Kitab itu berkata: Saya hanya mahu bertanya
tentang perkara yang akhir, yang bermaksud "walaupun semuanya berkumpul
dalam satu perbuatan", apakah dia satu perbuatan?
Jadi Imam (as) berkata:
(Maksudnya, "Ana" atau "Huwa" (Aku atau
Dia); lihat pada diri sendiri dan kelalaiannya, atau mengabaikan diri sendiri dengan
melihat pada apa yang berpunca daripada-Nya SWT?
Jika saya pada pertama kalinya, tidak akan menjawab atau
berkata "Ya!” ketika disoal “Alastu Bi Rabbikum?” - adakah Aku Tuhan kamu
- Jika kamu yang kedua, saya akan menjadi yang pertama menjawabnya. Dan antara
yang pertama dan yang kedua mengikut susunan penciptaan. Dan saya telah
menjelaskan kepada kamu bagaimana solat, puasa, haji dan zakat berada di dalam
"Aku" dan "Dia" sahaja.)
اَللّهُمَّ كُنْ لِوَلِيِّكَ الْحُجَّةِ بْنِ
الْحَسَنِ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلى آبائِهِ وَ وُلْدِ هِیَ احمد
الحسن في هذِهِ السّاعَةِ وَفي كُلِّ ساعَةٍ وَلِيّاً وَحافِظاً وَقائِداً
وَناصِراً وَدَليلاً وَعَيْناً حَتّى تُسْكِنَهُ أَرْضَكَ طَوْعاً وَتُمَتِّعَهُ
فيها طَويلاً
Ya
Allah jadikanlah bagi Waliy Mu Al-Hujjah bin Al-Hassan, selawat Mu ke
atasnya dan ke atas bapa-bapanya dan anak-anaknya Ahmad Hassan, pada saat ini
dan pada setiap saat dan sebagai Waliy, penjaga, ketua, penolong, penunjuk dan
pembantu sehingga Engkau tempatkannya di bumi Mu secara sukarela dan kenikmatan
yang berpanjangan di dalamnya.
اعوذ بالله من الشيطان
الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿إِنَّا
أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ * فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ
شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ﴾
KHUTBAH KEDUA
بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ
لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ
يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا* وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ
رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ
الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ
اَئِمَّتُنَا * اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي
اللهِ *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة
والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua
supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk
taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan
perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang,
sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari
kematian itu.
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
Orang-Orang Yang Tergelincir (Murtad) Dari Landasan Dakwah
Perhatikan jawapan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani a.s kepada
soalan yang diajukan kepadanya berkenaan orang-orang yang tergelincir (murtad)
dari landasan dakwah selepas mereka menerimanya dan penentangan mereka terhadap
dakwah.
Saya berharap kamu membaca Al Quran dan memikirkannya habis-habis, adakah mereka mengkhianati sunnah orang-orang yang terdahulu?
Saya berharap kamu membaca Al Quran dan memikirkannya habis-habis, adakah mereka mengkhianati sunnah orang-orang yang terdahulu?
وَقَالَت طَّآٮِٕفَةٌ۬ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ
ءَامِنُواْ بِٱلَّذِىٓ أُنزِلَ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَجۡهَ ٱلنَّهَارِ
وَٱكۡفُرُوٓاْ ءَاخِرَهُ ۥ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ
Dan berkatalah segolongan dari Ahli
Kitab (sesama sendiri): Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada
orang-orang yang beriman itu: Pada sebelah pagi dan kufurlah (ingkarlah) pada
petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula.
(Aali Imran: 72)
Beramallah dan semoga Allah mengurniakan taufiq kepada kamu
serta meluruskan kamu pada apa yang diredhaiNya, dan janganlah kamu
mempedulikan orang yang telah dituliskan kesesatan ke atasnya. Amalan-amalan
mereka hari ini akan dibalas esok hari (iaitu hari pembalasan). Beramallah dan
keluarnya mereka yang telah murtad daripada jalan kebenaran tidak sekali-kali
memudharatkan kamu. Mereka akan dibalas hari ini dengan dosa kejahatan yang
telah mereka lakukan semalam dengan tidak menjadikan mereka layak untuk berada
di kedudukan suci di kalangan Ansar para Anbiyak dan Aushiyak (as):
قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ
أَهْلِكَ ۖ إِنَّهُ
عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ ۖ فَلَا تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۖ إِنِّي أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
Allah berfirman: Wahai Nuh!
Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus
hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah
amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau
tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi
orang yang jahil. (Surah Hud: 46)
Dan simpati buat kamu di dalam firman Alah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ
أَنفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى
اللَّـهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang beriman,
jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu
apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya,
maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
Semoga Allah membalasi kamu dengan sebaik-baik pembalasan
wahai orang-orang yang berbuat kebaikan dan mengurniakan taufik pada apa yang
diredhaiNya, serta semoga Allah membantu kamu ke atas orang-orang yang tidak
mampu memahami kata-kata.
اَللّٰهُمَّ
عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ
اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ،
اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ
رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ
حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ
دِيْنِىْ
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]
اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ* وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين
اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ
الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ
اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي
تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ
وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ،
وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ
والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير
العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ
وَالْفَتْحُ ﴿١﴾ وَرَأَيْتَ
النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢﴾ فَسَبِّحْ
بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣﴾
✡✡✡✡✡
______________________________
[106] Kamu boleh merujuk pada
Tulisa Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) yang disebut dalamKitab Al-Mutasyabihat Jilid 2/Soalan 63 yang berkaitan dengan Al-Zhar Alam, di mana beliau
(as) berkata: (Alam al-Zhar adalah adalah Alam sebenar (Alam Hakiki) dan bukan
khayalan (ilusi) dan bukan secara bawa-bawaan, tetapi akan lupa bagi yang lalai
lagi melalaikan, sementara tidak pernah dilupakan oleh nabi-nabi dan para rasul
dan aushiak (as), bahkan mereka masih mengingati dan mengetahuinya dan mereka
mengenali pemimpin (auliak) mereka dan membezakannya dengan kehidupan di dunia
ini, ...)
[107] Dari sebahagian contohnya seperti berikut:
* Dari Al-Hussein bin Na3im Al-Shahaf berkata: Saya bertanya
Imam Al-Sadiq (as) mengenai firman Allah:
فمنكم كافر ومنكم مؤمن
{Maka sebahagian kamu kafir dan sebahagian dari kamu
beriman},
maka beliau (as) berkata: (Allah mengetahui iman mereka
dengan Wilayah kami dan kekufuran mereka dengan meninggalkannya pada hari
perjanjian (Al-Mitsaq) itu diambil ke atas mereka ketika mereka dalam Alam
Al-Zhar dan berada dalam Sulbi Adam (as)) - Tafsir Al-Qummi jilid 2 halaman
371.
* Dari Zurarah, dari Abi Ja'far (as) berkata, saya bertanya
mengenai firman Allah Azza Wa Jalla: {Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu
mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan mengambil kesaksian
terhadap diri-diri mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini
Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Ya!...}. Beliau (as) berkata:.
(Dikeluarkan dari zuhur Adam, zuriat keturunannya sehingga hari kiamat, maka
mereka keluar seperti di Al-Zhar, maka mereka mengenal dan melihat Diri-Nya Dan
jika tidak demikian seorang pun tidak mengenal Tuhannya...) - Al-Fushul
Al-Muhimmah oleh Al-Hurr Al-3amali Jilid 1 halaman 423 Hadits 5,7.
Nota penterjemah: Contoh lain:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan