Bab
III: Sholat
Berjamaah
Mengenai
Sempadan-sempadan:
Sempadan
Pertama: Berjamaah mustahab didirikan
pada Sholat-sholat Fardhu. Ia memastikan (Al-Martabah) kedudukan sholat-sholat.
Ia tidak diwajibkan kecuali pada Sholat Jumaat dan Dua Sholat Eid dengan syarat-syaratnya.
Ia tidak boleh dilakukan pada Sholat-sholat Nawafil, kecuali Sholat Istisqa’
(minta hujan) dan Dua Sholat Eid dengan syarat-syarat yang mewajibkannya. Sholat
berjamaah yang diiktiraf (dikira bagi makmum) ialah apabila sempat mencapai rukuk,
dikira bersama Imam satu rakaat. Sekurang-kurangnya telah mendirikan dengan
salah satu dari dua rakaat bersama Imam. Tidak sah dengan adanya halangan antara
imam dan makmum yang mencegah pemandangan, kecuali pada makmum perempuan. Tidak
boleh terjadi imam lebih tinggi dari makmum dengan menyediakan tempat seperti
binaan, dan boleh berdiri di tempat tinggi di cerunan tanah. Jika makmum di
atas bangunan yang tinggi adalah dibenarkan. Tidak dibenarkan bagi makmum terlalu
jauh di belakang imam, seperti yang sering berlaku pada kebiasaan (lebih
daripada satu meter antara makmum dan imam), kerana tidak bersambung antara barisan-barisannya
(shaf-shaf), tetapi jika shaf-shaf bersambungan, maka tidaklah mengapa.
Adalah
makruh: makmum
membaca di belakang imam, melainkan jika sholat dalam bacaan kuat (jihar) dan yang
tidak mendengar atau bunyi yang tidak jelas atau kurang jelas, walaupun Imam tidak
mengikut (menyusuli) dengan bacaan wajib.
Diwajibkan
mengikut imam,
maka jika makmum mengangkat kepalanya kerana tidak tahu keadaan Imam kembalilah
terus mengikutnya, jika terlupa kembalilah untuk menyusulnya. Begitu juga jika tiba-tiba
rukuk atau sujud sebelum Imam, menjangkakan bahawa imam telah melakukannya,
kembalilah dan terus ikuti Imam, tetapi jika secara sengaja rukuk sebelum Imam dan
tahu keadaan Imam, kerana ia berniat untuk bersendirian menyelesaikan sholatnya
secara mufaraqah (terpisah), jika tidak, batallah sholatnya. Makmum tidak boleh
berdiri di hadapan imam. Ia mesti berniat menjadi makmum dan bertujuan (menyengaja)
mengikut imam tertentu, maka kalau di hadapannya ada dua orang, maka dia tidak boleh
berniat menjadi makmum dan tidak boleh menentukan serta menyerahkan pada kedua mereka
atau salah seorang daripada mereka. Walaupun salah seorang daripada mereka berdua yang shalat
itu berkata: “Sayalah imam, sholat kamu berdua sah”: dan walaupun dia sendiri berkata:
“Saya seorang makmum tidak sah sholat kamu berdua”, dan begitu juga jika ragu-ragu
dalam menyembunyikan. Orang yang Sholat Fardhu boleh menyempurnakan (berjamaah)
dengan orang yang Sholat Fardhu, walaupun mereka lain (tidak sama) kedua-dua Sholat
Fardhunya dan orang yang mengerjakan nafilah
(Al-Mutanafil) dengan yang mengerjakan Fardhu (Al-Muftaridh) dan Nafilah, orang
yang mengerjakan Fardhu dengan yang mengerjakan Nafilah pada tempat-tempatnya.
Adalah
mustahab: seorang makmum berdiri di sebelah kanan imam jika seorang lelaki
(sahaja), dan berdiri di belakangnya jika ia berjamaah (ramai) atau bagi orang perempuan.
Jika
imam seorang perempuan, orang-orang perempuan berdiri di sisinya. Dan begitu juga
jika sesorang yang bertelanjang sholat dalam keadaan bertelanjang, dia duduk
mereka duduk mengikut caranya.Tidak mengambil tempat melainkan jarak kedua lututnya.
Dan mustahab supaya mengulangi sholat sendiriannya jika terdapat mereka bersholat secara berjamaah pada sholat itu, samada imam atau makmum, hendaklah bertasbih sehingga imam rukuk apabila sempurnakan bacaan sebelumnya, dan orang-orang yang mulia hendaklah berada di shaf pertama, dan makruh kanak-kanak ditempatkan bersamanya. Dan makruh bagi makmum berdiri sendirian, melainkan shaf-shaf (hadapan) telah penuh dan makmum tidak perlu bersholat Nafilah apabila iqamah untuk sholat telah dikumandangkan. Dan masa untuk berdiri di shaf sholat, ketika muazzin berkata: قد قامت الصلاة (Qad Qamati sh-Sholat) dan lebih afdhal selepas (muazzin) menamatkan bacaan (empat) Syahadah.
)ولو كان الإمام امرأة وقف النساء إلى
جانبيها. وكذا إذا صلى العاري بالعرات جلس وجلسوا عن سمته، لا يبرز إلا بركبتيه.(
Dan mustahab supaya mengulangi sholat sendiriannya jika terdapat mereka bersholat secara berjamaah pada sholat itu, samada imam atau makmum, hendaklah bertasbih sehingga imam rukuk apabila sempurnakan bacaan sebelumnya, dan orang-orang yang mulia hendaklah berada di shaf pertama, dan makruh kanak-kanak ditempatkan bersamanya. Dan makruh bagi makmum berdiri sendirian, melainkan shaf-shaf (hadapan) telah penuh dan makmum tidak perlu bersholat Nafilah apabila iqamah untuk sholat telah dikumandangkan. Dan masa untuk berdiri di shaf sholat, ketika muazzin berkata: قد قامت الصلاة (Qad Qamati sh-Sholat) dan lebih afdhal selepas (muazzin) menamatkan bacaan (empat) Syahadah.
Sempadan
Kedua:
Berkenaan
Imam: Ia seorang yang beriman, adil dan sempurna akal, seorang anak suci (bukan
anak luar nikah), akil baligh jika makmum orang yang baligh bersholat Fardhu,
dan yang asas sholatnya tidak secara duduk, yang tidak buta huruf atau yang
sepertinya, tidak disyaratkan merdeka. Dan disyaratkan seorang lelaki jika makmum
adalah kaum lelaki, atau kaum lelaki dan perempuan. Dan dibolehkan seorang perempuan
mengimamkan kaum perempuan sahaja, dan begitu juga seorang khunsa kepada kaum khunsa
sahaja, seorang perempuan tidak boleh mengimamkan kaum lelaki mahupun kaum khunsa.
Jika imam melakukan kesilapan dalam bacaan yang mengubah
makna atau yang tidak difahami tidak dibenarkan menjadi imam dengan sempurna, begitu juga yang
bacaannya mengubah huruf seperti orang serak atau gagap yang syubhah. Imam tidak
disyaratkan berniat menjadi imam. Dan penghuni masjid, orang yang mengimarah
dan orang yang tinggal di masjid lebih utama di dahulukan (menjadi imam), Al-Hasyimi
lebih utama dari orang lain, apabila disyaratkan menjadi Imam. Jika Imam-imam
tidak bersedia maka sesiapa yang ke hadapan dari para makmum itu adalah lebih utama,
jika berbeza pendapat dahulukan yang lebih faqih dan yang paling bertaqwa. Dan adalah mustahab bagi imam supaya didengar
dari belakang dua syahadahnya.
Jika imam mati atau pengsan hendaklah seseorang menggantikannya untuk menyempurnakan
sholat mereka, dan begitu juga apabila kelihatan Imam dalam dharurat (uzur) dia
boleh digantikan, walaupun berbuat demikian secara pilihan juga dibolehkan..
Dan
makruh orang yang menyempurnakan sholat semasa itu orang yang musafir, dan yang
menggantikannya orang yang masbuq, orang yang mengimamkan itu cacat, berpenyakit kusta, orang
yang terbatas selepas bertaubat dan orang yang tidak bersunat, dan makruh Imam bagi
makmum, jika Badwi (nomad) yang mengimamkan muhajirin (berpindah), dan yang bertayamum
ke atas yang bersuci (berwudhuk).
Sempadan
ketiga: Hukum
Berjamaah. Dan Masalahnya:
Pertama: Jika terbukti imam itu
fasik atau kafir atau tidak suci-selepas sholat, itu tidak membatalkan sholat
orang yang mengikutnya, dan kalau diketahui ulang semula, tetapi kalau diketahui
semasa sholat hendaklah berniatlah untuk sholat sendirian (mufaraqah).
Kedua: Apabila masuk (sholat)
imam itu rukuk dan takut tertinggal rukuk dan mesti rukuk, ia dibenarkan untuk
berjalan untuk rukuknya sehingga masuk ke shaf.
Ketiga: Jika bertemu perempuan dan
khunsa, maka khunsa berdiri di belakang imam, dan perempuan di belakangnya dan terasing.
Kempat: Jika Imam berdiri di dalam
mihrab. Sholatlah bertentangan dan belakangnya bukan sholat di sisinya, jika
tidak dapat melihatnya, dibolehkan sholat di shaf-shaf belakang shaf pertama,
kerana mereka melihat imam.
Kelima: Tidak dibenarkan makmum mufaraqah
dengan Imam tanpa alasan (uzur), tetapi jika berniat bersendiri dibolehkan.
Keenam: Jamaah dibolehkan di perahu
dan beberapa perahu, samada perahu-perahu didekatkan atau terpisah.
Ketujuh: Jika makmum sedang sholat
nafilah haram Imam memotongnya dan biarkan dia meneruskannya, jika ditakuti
waktu akan berakhir (habis) biarkan dia sempurnakan dua rakaat mustahabnya, jika sedang sholat fardhu pindahkan
(ubah) niat kepada sholat nafilah lebih afdhal dan selesaikan dua rakaatnya, Kalau
Imam Al-Ashal memotongnya dan teruskan bersamanya.
Kelapan: Jika dia ingin bersama imam
dalam sesuatu sholat dan menyedarinya apa yang dilakukan pada sholat pertamanya,
dan menyempurnakan apa yang tinggal daripadanya. Walaupun dia menyedarinya
masuk pada rakaat keempatnya, Maka setelah salam dia bersholat apa yang ditinggalkannya,
dan membaca untuk rakaat keduanya "Al-Hamd" dan Surah, dan dalam kedua-dua
rakaat yang akhir dengan "Al-Hamd."
Kesembilan: Jika menyedari selepas
Imam mengangkat takbir akhir dan sujud bersamanya maka apabila salam berdirilah
maka sambung sholatnya dan tidak perlu terus bertakbir. Walaupun dia menyedarinya
selepas mengangkat kepalanya dari sujud terakhir dia bertakbir dan duduk
bersamanya, maka apabila salam berdirilah maka sambunglah sholatnya dan tidak perlu
terus bertakbir.
Kesepuluh: Makmum boleh salam sebelum
imam dan keluar kerana keperluan (dharurat) dan sholat jamaahnya sah.
Kesebelas: Jika seorang perempuan berdiri
di shaf terakhir lalu datang seorang lelaki, wajib perempuan itu mengakhiri sholatnya
jika lelaki itu tidak dapat berdiri di hadapan perempuan itu.
Kedua
belas: Apabila
ingin terus (masuk) masbuq, maka jika sholat berakhir dan makmum memberi
isyarat kepada mereka untuk memberi salam, dan kemudian berdiri lalu meneruskan
apa yang ditinggalkannya.
Penutup: Berhubung Dengan Masjid
Mustahab
bagi binaan masjid terbuka tidak berbumbung melainkan tempat bagi tandas (3arisy)
seperti 3arisy Musa (as) dan tempat untuk berwudhu dibuatkan pintu-pintu, dan ada
menara dengan dindingnya kosong di tengah-tengahnya. Orang yang melangkah masuk
langkah dengan kaki kanan, dan keluar dengan kaki kiri, dan hendaklah memperhatikan kasutnya,
dan berdoa ketika masuk dan keluar darinya. dan mustahab mengulang-ulanginya.
Dan peralatan boleh digunakan pada
perkara+perkara lain. Masjid-masjid dan kawasannya mustahab disapu (dan dibersihkan).
Dan
diharamkan: ukiran dan hiasan dengan gambar, dan membeli peralatannya, dan
untuk membawamya dengan apa jua cara dan milikan. Sesiapa yang mengambil sesuatu
darinya wajib mengembalikannya ke masjid itu atau ke masjid lain. Apabila hilang
kesan-kesan masjid tidak dibolehkan memiliki sesuatu darinya, tidak boleh dikenakan
najis kepadanya, dan jangan membuang najis di dalamnya, jangan keluarkan batu
kelikir (batu-batu kecil) darinya, jika berbuat demikian hendaklah dikembalikan.
Dan diharamkan membuka pintu rumah ke arah masjid melainkan pintu rumah
Al-Maksum, dan makruh makan di dalamnya dan mengadakan majlis makan sangat
makruh.
Dan
makruh: memperbesarkannya, dan hendaklah memuliakan dengan beramal di dalamnya,
atau makruh berperang termasuk di dinding, dan membuat jalan.
Mustahab:
untuk mengelakkan daripada membeli dan menjual, dibolehkan pengamatan orang-orang
gila, tempat penguatkuasaan penghakiman, penentuan orang-orang yang sesat, menegakkan
Hudud, dan melagukan (nasyid) syair serta menaikkan suara, membuat kerja-kerja penulisan
dan (tempat) tidur.
Makruh:
membawa masuk ke dalamnya bau bawang atau bawang putih, berkahak dan meludah, membunuh
kutu yang dilakukan dengan jaket berdebu, mendedahkan aurat, dan melontar
batu-batu kecil.
Tiga
Masalah:
Pertama: Jika gereja diruntuh dan
dibeli, sekiranya penduduknya ahli Zimmah adalah tidak dibenarkan mencampurinya,
tetapi di tanah perang atau penduduknya jahat boleh menggunakannya sebagai
masjid.
Kedua:
Sholat Wajib
lebih afdhal didirikan di masjid dari di rumah, tetapi Sholat Nafilah sebaliknya.
Ketiga: Sholat di masjid Jamik seratus
orang, dan di masjid kabilah (kaum kerabat) dua puluh lima orang, dan sholat di
pusat perdagangan dua belas orang. Makam Suci Al-Maksumin daripada
tempat-tempat suci dan Al-Husainiah seperti masjid suci, tetapi tidak makruh
makan di Al-Husainiah dan mustahab bagi (tempat-tempat suci) imam atau dari lantikannya
yang mentadbir urusan orang-orang Islam dari masjid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan