Selasa, 6 Oktober 2015

Bab IV: Sholat Al-Khauf dan Sholat Al-Mutharidah (sholat dalam ketakutan)


Bab IV: Sholat Al-Khauf dan Sholat Al-Mutharidah (sholat dalam ketakutan)

Sholat Khauf (sholat dalam ketakutan) diqasarkan di dalam perjalanan (musafir), dan dalam bermukim dengan bersholat berjamaah atau bersendirian. Jika bersholat secara berjamaah, imam mempunyai pilihan bersholat secara kumpulan dan kemudian kumpulan yang lain iaitu kumpulan kedua pula mengambil gilirannya, dan lebih afdhal agar bersholat seperti Rasulullah (S) dalam Perang Zhat Al-Riqa3  (ذات الرقاع).

Kemudian kita perlu mengambil kira Syarat-syarat, Kaifiat (cara-cara) dan Hukum-hukum dalam sholat ini,.

Syarat-syaratnya:

Pada ketika musuh datang selain dari arah kiblat, dan pada ketika musuh tidak mampu membuat serangan hendap (secara tiba-tiba) ke atas kaum Muslimin, dan pada ketika kaum Muslimin berada dalam jumlah yang besar, ia boleh dibahagi kepada dua kumpulan, untuk memastikan setiap kumpulan menentang (berjaga-jaga) musuh, dan imam tidak perlu membahagikan merela lebih daripada dua kumpulan.

Kaifiat (cara-cara):

Ia adalah sholat dua rakaat dengan bersholat secara duduk pada rakaat pertama, mereka yang berdiri di shaf belakang dan menyempurnakannya selepas menghadap musuh, maka mereka berdiri bagi rakaat kedua dan datang kumpulan yang satu lagi maka mereka mengambil giliran dan masuk bersamanya di dalam rakaat keduanya dan ia adalah rakaat pertama untuk mereka (kumpulan kedua), Lalu ketika duduk untuk tasyahud ysng panjang (lama), dan kemudiannya bangun dan yang belakang menyempurnakannya lalu mereka duduk, bertasyahud dan salam. Maka ada tiga perkara yang berbeza: menyempurnakannya secara bersendirian (perbuatan, dan bukan niat, sholatnya tetap berjamaah), dan Imam menunggu sehingga disempurnakan, dan mengimamkan yang duduk dengan berdiri. Walaupun ia seperti tiga rakaat dan dengan pilihan jika hendak bersholat dengan yang pertama satu rakaat dan dengan yang kedua dua rakaat, dan jika dia mahu boleh juga sebaliknya, dan boleh semua kumpulan itu menjadi satu sahaja.

Hukum-hukum dan masalahnya:  

Pertama: Semua yang tertinggal (lupa) yang dilakukan oleh orang yang bersholat dalam hal mematuhinya, tidak dihukumkan padanya, dan dalam hal bersendirian hukumnya telah dinyatakan sebelum ini dalam bab lupa (sahwi).

Kedua : Membawa senjata wajib dalam sholat, walaupun senjata yang bernajis, walaupun jika ada tugas-tugas berat ia tidak boleh menghalang dari kewajipan-kewajipan bersholat.

Ketiga:. Jika Imam tertinggal secara tidak sengaja wajib lakukan dua sujud sahwi dan kemudian masuk kumpulan yang kedua bersamanya, apabila imam memberi salam dan sujud sahwi mereka tidak wajib mengikutinya.

Sholat Al-Mutharidah juga dipanggil Sholat Syaddah Al-Khauf (sholat dalam keadaan sangat takut), misalnya (peperangan) sampai pada batas cengkaman dan pertempuran, bersholatlah mengikut kedudukan tempatnya samada berdiri atau berjalan atau menunggang, dan menghadap kiblat ketika takbiratu l-Ihram kemudian teruskan di mana pun tempatnya, dan hanya menghadap apa pun tempatnya dan bersholat walaupun mustahil pada menghadap mana-mana arah yang boleh. Dan jika tidak dapat turun sholatlah di atas kenderaan, dan sujud pada pemegang pelana, tetapi jika tidak mungkin juga berikanlah isyarat-isyarat, dan jika yang masih takut sholatlah dengan bertasbih dan gugurlah rukuk dan sujud, dan ucapkan sebagai ganti semua rakaat:

سبحان الله والحمد الله، ولا إله إلا الله والله أكبر.
Subhana Allahi Wal-Hamdu Lillahi, Wa La Ilaha Illa Allahu Wa Allahu Akbar.
.                      

Furu3 (Cabang):

Pertama: Apabila bersholat secara isyarat (Mumiyan) kemudian aman sempurnakan sholatnya pada rukuk dan sujud serta yang selebihnya, dan tidak disambung semula melainkan jika mengambil kira kiblat dalam sholat semasanya. Begitu juga jika selepas sebahagian dari  sholat dan kemudian ditimpa kepada keadaan takut sempurnakan Sholat Khauf.

Kedua: Sesiapa yang melihat kesuraman dengan merasakan kehadiran musuh maka qasarkanlah atau sholat secara isyarat (Mumiyan) kemudian ternyata tidak betul khayalannya tidak dapat dipegang, dan begitu juga jika menerima kehadiran musuh maka bersholatlah secara isyarat (Mumiyan) kerana dalam keadaan sangat takut, dan selepas itu terdapat pula perubahan yang menghalang musuh.

Ketiga: Jika ia takutkan banjir atau binatang buas boleh sholat dalam keadaan sangat takut (Sholat Syaddah Al-Khauf).

Penutup: Yang terperangkap dan yang lemas bersholatlah apa yang difikirkan mungkin, dan berikan isyarat-isyarat pada rukuk dan sujud dan jangan diqasarkan salah satu dari keduanya bilangan rakaatnya, melainkan dalam perjalanan (musafir) atau ketakutan.


Tiada ulasan: