Khamis, 15 Oktober 2015

Bab III: Mandi istihaadhah


Bab III: Mandi istihaadhah

Ia termasuk: Bahagian-bahagian, dan Hukum-hukumnya.

Yang pertama: Darah Istihaadhah - kebiasaannya – kuning, sejuk, cair dan keluar dengan suam-suam kuku. Ia sepadan seperti sifat-sifat darah haidh, apabila berwarna kekuningan dan kecoklatan pada hari-hari kitaran haidh ia adalah haidh, dan pada hari-hari suci ia adalah suci. Dan semua darah yang dilihat pada wanita yang kurang daripada tiga hari bukanlah darah ulser (barah; bisul) atau luka, ia adalah darah istihaadhah. Begitu juga semua yang lebih lama dari kebiasaan (adat) dan melebihi sepuluh hari, atau lebih daripada hari-hari selepas bersalin (nifas) dan tidak membawa sifat darah haidh, atau bersama dengan kehamilan, atau kerana berhenti haidh atau sebelum baligh.

Jika darah melebihi sepuluh hari, dan ia adalah dari darah haidh yang telah bercampur dengan darah selepas suci haidh, ia adalah: sama ada pada darah mubtadi’ah (baru mengalaminya), atau dalam keadaan biasa yang stabil, atau bermasalah.

Mubtadi’ah (baru mengalaminya): dianggap sebagai darah, maka apa yang sama seperti darah haidh, ia adalah darah haidh, dan darah yang seumpama istihaadhah, ia adalah darah istihaadhah dengan syarat bahawa darah haidh tidak boleh kurang daripada tiga hari dan tidak lebih daripada sepuluh hari. Jika kurang atau lebih, atau warnanya warna yang satu (sama), atau ia tidak mencapai syarat untuk membezakan yang dirujuk kepada kebiasaan kerana lupa jika sepadan, maka jika berbeza jadilah tempoh haidhnya tujuh hari setiap bulan.

Pada kebiasaan (adat): (a) Menjadi kebiasaan haidhnya sama seperti istihaadhah, apabila ia bertemu (berkumpul) dengan kebiasaan ia dapat membezakan sifat-sifat pada kebiasaan.

Pelbagai masalah:

Pertama: Jika bilangan kebiasaannya stabil (tetap) dan masa yang dilihat bilangannya lebih awal dari waktu tersebut atau terkemudian dari haidhnya pada bilangan maka waktu itu adalah waktunya, kerana kebiasaan terawal atau terkemudian, sama ada dia melihat pada sifat darah haidh atau tidak.

Kedua: Jika dilihat darah sebelum kebiasaan dan pada kebiasaan, ia tidak melebihi sepuluh hari haidh maka semuanya adalah haidh, tetapi jika melebihi ia menjadi kebiasaan haidh, dan apa yang mendahuluinya adalah istihaadhah. Begitu juga jika dilihat pada masa kebiasaan dan selepasnya. Walaupun dilihat darah sebelum kebiasaan dan pada kebiasaan dan selepasnya, maka jika tidak melebihi sepuluh hari maka semuanya adalah haidh, tetapi lebih dari sepuluh hari maka ia adalah hadih waktu kebiasaan dan bertaraf istihaadhah.

Ketiga: jika kebiasaannya sekali pada setiap bulan dalam bilangan tertentu, dan dilihat dalam sebulan dua kali bilangan hari kebiasaan dan dipisahkan oleh sedikit hari suci atau lebih, ia adalah darah haidh, walaupun datang pada setiap kali lebih daripada kebiasaan pasti ia adalah darah haidh jika tidak melebihi sepuluh hari, jika melebihi haidh mengikut kebiasaannya maka bakinya adalah darah istihaadhah.

Kebiasaan yang tidak menentu dirujuk kepada membezakan sifat-sifatnya, Jika meyakinkan dari sifat-sifatnya bahawa ia haidh tinggalkan ibadah, tetapi jangan tinggalkan sholat, melainkan selepas tiga hari dan yakin bahawa ia adalah darah haidh, maka jika ia dapar dibezakan, di sini ada tiga masalah:

Pertama: jika ingat bilangan tetapi terlupa masa jadikan hari-hari pertama darah haidh dan bilangan harinya dan bakinya adalah darah istihaadhah.

Kedua: jika ingat masa dan terlupa bilangan, maka ingatkan hari pertama haidhnya dan cukupkan bilangan yang lupa sepadan dengan tujuh hari perbezaannya dan jika ingat hari akhirnya jadikan ia penamat bilangan hari lupa jika sepadan dan penamatnya adalah tujuh hari perbezaannya, dan jadikan masa selebihnya diperlakukan sebagai istihaadhah, dan qadhakan hari-hari puasa yang dikira sebagai hari-hari haidh sahaja.

Ketiga: jika terlupa semua kedua-duanya, maka tempoh haidhnya dalam sebulan dengan jumlah hari yang terlupa dipadankan, dan dengan tujuh hari perbezaan bahawa selagi tidak meraragukan bakinya.

Mengenai Hukum-hukumnya:

Darah istihaadhah sama ada tidak disumbat kapas (tidak dipenuhi gumpalan kapas dengan darah), atau disumbat dan sama ada tidak menitis atau menitis.

Pada yang pertama: diperlukan untuk menukar gumpalan kapas, dan memperbaharui wudhuk untuk setiap sholat, dan ia hendaklah menggabungkan dua sholat dengan satu wudhuk.

Pada yang kedua: diperlukan supaya menukar gumpalan kapas dengan kain buruk, dan mandi (ghusl) bagi sholat subuh (fajar).

Pada yang ketiga: diperlukan dua kali mandi (ghusl), ghusl untuk Dzohor dan 3ashar dijamak keduanya, dan ghusl untuk Maghrib dan 3isyak dijamak keduanya, dan jika dilakukan seperti itu hukumnya akan menjadi suci (sah). Jika melanggarnya tidak sah sholatnya. Jika melanggar pada mandi (ghusl) tidak sah puasanya.





Tiada ulasan: