Sabtu, 10 Oktober 2015

Kitab Thaharah

Syarai3 Islam
(Juzuk AL-Awwal)
                                                                                   



Kitab Thaharah


Thaharah (Bersuci): Nama bagi wuduk, Gushl (mandi) atau tayammum disebabkan memiliki pengaruh untuk dapat melakukan sholat, dan setiap satu daripadanya dibahagikan kepada: Wajib dan Sunnah (Mandub).

Diwajibkan berwuduk: Adalah tertentu untuk sholat wajib, atau thawaf wajib atau untuk menyentuh tulisan Al-Quran wajib, dan Sunnah (Mandub) bagi semua yang lain.

Diwajibkan Gushl (mandi): Adalah tertentu untuk salah satu daripada tiga perkara, atau untuk memasuki masjid atau membaca Ayat-ayat Al-3azzaim (dari Al-Quran) dan ketika wajib dilakukan. Ia wajib apabila telah tinggal masa akan terbit fajar dari hari yang diwajibkan berpuasa sekadar melaksanakan Mandi Junub, dan bagi orang yang ada darah istihaadah yang akan berpuasa apabila telah (diuji) celup dengan kapas, dan sunnah (mandub) bagi semua yang lain.

Diwajibkan bertayammum: Adalah tertentu untuk sholat wajib apabila suntuk waktunya, dan untuk keluar dari salah satu dari dua masjid, dan sunnah (mandub) bagi semua yang lain. Diwajibkan bersuci (thaharah) bagi yang bernazar dan yang serupa dengannya.

Catatan berikut adalah berdasarkan kepada empat rukun:

Rukun pertama: Mengenai Jenis-jenis air:

Bahagian Pertama: Air mutlak
                         
Air yang dianggap air mutlak adalah air yang tidak ditambah dan semuanya suci lagi menyucikan semua hadats dan kotoran (najis), dan oleh kerana terdapat najis (bendasing) maka ia dibahagikan kepada: air mengalir, air tampungan dan air perigi.
                       
Air mengalir: maka tidak najis kecuali dicemarkan oleh najis berubah salah satu dari sifat-sifatnya (warna, rasa, dan bau), dan ia bersih kerana jumlah airnya banyak lagi suci – bertahan – sehingga ia dapat mengelak dari berubah. Dan yang mempengaruhi hukumnya adalah air yang disimpan di dalam bekas jika ia mengandungi bahan bahan. Jika ia bercampur dengan benda-benda suci yang selainnya atau berubah dengan sendirinya, ia tidak keluar dari sifat sucinya (asalnya) selagi ia bertahan dengan nama air mutlak yang tertinggal (baki) padanya.

Air tampungan: maka ia bukanlah air yang bersukatan kurang dari satu Kur (457 liter) yang menjadikan ia najis karena ia bercampur dengan yang bernajis, dan menjadi suci dengan memasukkan satu Kur ke dalamnya yang meningkatkan sukatannya, dan tidak suci hanya dengan mencukupkan sukatannya satu Kur  Adalah tertentu darinya satu Kur ke atas yang tidak menajiskannya melainkan ia berubah menjadi najis atau berubah berubah sifat-sifatnya. Dan menjadi suci dengan memasukkan satu Kur demi satu Kur ke dalamnya sehingga hilang perubahannya. Ia tidak menyucikan dengan hilang dari sifat-sifatnya, tidak pada tampungan mahupun pada tali air (saliran), dan tidak terjadi jisim-jisim suci di dalamnya yang menghilangkan perubahannya

Satu Kur: (457 liter), atau adalah tertentu mengikut suatu isipadu pada panjang dan lebar serta kedalamannya tiga jengkal setengah. Ini juga termasuk pada perkiraan bekas-bekas tampungan air, kolah dan bekas-bekas yang dibina.

Air perigi: Bahawa yang menjadikan ia najis apabila ia bercampur kurang dari satu Kur kerana airnya meresap (meleleh). Walau bagaimanapun, jika airnya bersumber dari mara air yang mangalir dari bawah tanah atau airnya itu satu Kur dan ke atas tidak menajiskannya melainkan berubah salah satu dari sifat: warna, rasa atau bau. Dan cara ia dibersihkan: Dikeringkan (dibuang) airnya, sesuai dengan apa yang berlaku di dalamnya.

1. Bangkai burung begitu juga dengan ayam (atau yang sama besar) di dalamnya: antara (10 liter -100 liter) mengikut saiz haiwan dan keadaannya, dan kala jengking, ular dan cicak mesti dikeringkan, di antara (30 liter -70 liter) mengikut saiz haiwan dan keadaannya.

2. Bangkai kambing atau anjing (atau yang sama besar) di dalamnya: antara (100-460 liter) mengikut saiz haiwan dan keadaannya.

3. Darah, air kencing, najis, air mani atau minuman keras di dalamnya: antara (70-460 liter), sesuai dengan jumlah besar apa yang terkandung di dalamnya dan keadaannya, jika kesucian air dipersoalkan (mencair) atau rosak ia dikeringkan (400 liter), dan jika ia masih tetap utuh dan tidak rosak ia dikeringkan (100 liter) selepas dikeluarkannya.

4. Kematian keldai atau lembu atau unta dan yang sama dengannya antara (460-700 liter) mengikut saiz haiwan dan keadaannya.

5. Mayat manusia hendaklah dikeringkan (700 liter).

Jika kekal warnanya, rasa atau baunya pada air daripada darah haiwan atau air kencing atau arak atau lain-lain dikeringkan air telaga itu sehingga airnya suci dari bau, warna dan rasa yang telah dicemari oleh najis tersebut.


Tiga Furu3 (cabang):

Pertama: Hukum (peraturan) kecil besarnya seorang manusia dalam peraturan mengeringkan.

Kedua: Bermacam-macam perbezaan (khilaf) jenis-jenis najis yang wajib dikeringkan dua kali, dan jika yang serupa juga dikeringkan dua kali

Ketiga: Jika ada bahagian haiwan (anjing dan ke atas) atau sesuatu reputan dalam telaga terpaksa dikeringkan semua airnya, walaupun jika sukar mengeringkannya ia tidak akan suci melainkan dengan mengeringkannya atau mengepam keluat dari siang hingga ke malam, dan ini adalah lebih afdhal walaupun apa yang ada di dalamnya bukan anjing.

Adalah mustahab untuk membuat antara telaga dengan pelimbahan bawah tanah sejauh lima hasta jika tanah adalah pepejal, atau telaga di atas pelimbahan itu, jika tidak dibuat begitu maka jaraknya tujuh hasta. tidak dihukum najis air telaga, melainkan mengetahui kedatangan (masuk) air dari pelimbahan kepadanya. Jika airnya dihukum najis tidak dibenarkan menggunakannya sesuci air mutlak, dan tidak boleh digunakan untuk makan dan minum kecuali bila darurat sahaja. Jika disyaki takungannya bernajis dan tidak suci wajib menahan diri mereka daripadanya, tetapi jika tidak boleh mendapatkan air selain darinya hendaklah bertayammum.


Bahagian Kedua: Pada bahan tambahan

Ia adalah semua benda-benda yang dimasukkan atau campuran yang dicampurkan yang melucutkan nama (air) mutlaknya, ia suci tetapi tidak menyucikan hadats dan kotoran, dan boleh digunakan sebaliknya. Dan apabila ia terkena najis, ia jadi najis samada sedikit ataupun banyak, ia tidak boleh digunakan untuk makan dan minum. Jika dicampurkan kesuciannya dengan air mutlak yang sesuai diperlakukan untuk mengangkat hadats dengan sebutan (nama) air mutlak itu.

Makruh bersuci (thaharah) dengan air yang terkena panas matahari di dalam bekas, dan dengan air yang dipanaskan dengan api untuk ghusl (mandi) orang mati. Dan air yang digunakan (musta3mal) mencuci kotoran najis samada air yang berubah (mutaghaiyir) atau tidak berubah, kecuali air istinja, ia suci bagi yang tidak berubah dengan najis atau yang terkena najis dari luar. Air yang digunakan (musta3mal) dalam wuduk suci lagi menyucikan, dan air yang digunakan untuk mengangkat hadats besar adalah suci, tetapi tidak boleh mengangkat hadats.


Bahagian Ketiga: Pada sisa (lebihan)

Kesemuanya suci kecuali sisa (lebihan) anjing, babi dan orang kafir, dan yang lebih afdhal adalah mengelakkan sisa (lebihan) haiwan yang berubah bentuk (Al-Masukh).

Kesemuanya suci kecuali sisa (lebihan) Khawarij (Khawarij Nahrawan atau yang sama dengan mereka), dan pelampau (Ghulat) (yang mengatakan Ketuhanan Mutlak (Al-Uluhiyah Al-Muthlaqah) disamakan dengan makhluk), dan Nawashib (Nasibi) (kedua-duanya mewujudkan permusuhan kepada para imam atau Mahdi-mahdi atau Syiah mereka) dari pelbagai kaum Muslim lain suci tubuh dan sisa (lebihan) mereka.

Dan makruh: sisa (lebihan) orang yang sombong, dan sisa (lebihan) yang makan bangkai jika semasa kedudukan bertemu menunjukkan kedudukan sesuatu yang najis, dan wanita dalam haid yang tidak beriman, sisa (lebihan) baghal, kaldai, tikus, kala jengking, ular dan cicak. Air adalah najis bagi haiwan yang mati yang bangkainya mencair, selain sesuatu yang tidak sama kepadanya. Dan yang tidak memahami darah itulah yang menajiskan air.







Tiada ulasan: