Isnin, 26 Oktober 2015

Rukun Ketiga: Bersuci dengan Tanah berdebu


Rukun Ketiga: Bersuci dengan Tanah berdebu

Ada Empat Bahagian

Bahagian I: Sah Bertayammum

Ia adalah beberapa makna (jenis):

Pertama: Tidak ada air. Diwajibkan pergi mencari sejauh (1000 meter) dari semua arah dari empat mata angin ke daerah yang mudah, dan (500 meter) bagi daerah yang sukar. Sekiranya terhalang untuk pergi sehingga kesuntukan masa yang menjadi kesalahan, akan sah tayammum untuk sholatnya. Tidak ada perbezaan antara tiada air untuk sholat, dan air yang tidak mencukupi untuk bersuci.

Kedua: Tidak ada cara untuk mendapatkannya. seolah-olah tidak ada harga maka tidak adalah air, dan begitu juga untuk mendapatkannya dengan harga yang menyukarkan keadaan, jika tidak menyukarkan keadaan ia harus dibeli, namun ia dikenakan dua kali ganda dari harga biasa, dan begitu juga untuk dikatakan pada sebuah mesin yang mengeluarkan air.

Ketiga: Ketakutan. Tidak ada bezanya antara kemungkinan bertayammum dengan takut kepada pencuri atau binatang buas atau takut kehilangan wang, atau takut penyakit menjadi lebih teruk atau radang atau pecah-pecah kulit dengan penggunaan air yang sangat sejuk, bolehlah melakukan tayammum, dan juga jika dia mempunyai sedikit air untuk minum dan dahaga hingga bimbang menggunakannya.


Bahagian II: Boleh tayammum dengan

Ia adalah: semua yang ada di persekitaran dan namanya bumi (tanah). Tidak boleh bertayammum dengan galian, dan tidak juga dengan abu atau tumbuh-tumbuhan yang dihancurkan seperti tepung halus. Dibolehkan bertayammum dengan tanah kapur, batu kapur, dan tanah (liat, debu) kubur, dan tanah yang telah digunakan dalam bertayammum. Tidak sah tayammum dengan debu tanah yang tercemar atau yang bernajis, atau tanah yang ada air kencing. Jika tanah bercampur dengan beberapa logam maka jika diasingkan dari tanah dibenarkan, Jika tidak, ia tidak dibenarkan.

Makruh dengan tanah paya dan pasir. Dan mustahab dari fanah tinggi (bukit) di bumi dan tumbuhan halusnya. Dan bertayammum dengan debu di jubahnya, atau yang menempel di pelananya, atau yang menetap pada haiwan peliharaan berkaki empat dan tunggangannya, bagaimanapun boleh bertayammum dengan lumpur.


Bahagian III: Kaifiat Tayammum


Tidak sah tayammum sebelum masuk waktunya, tetapi sah dalam kesempitan waktu, tidak sah pada saatnya melainkan jika berputus asa untuk bersuci dengan air seperti pesakit yang alah dengan air.

Dan wajib hukumnya dalam tayammum: iaitu niat, berkesinambungan dan tertib:


1 .  Letakkan (tepuk) kedua tangan di atas tanah, kemudian sapu dahi dengan keduanya dari batas rambut hingga ke hujung hidung,

2.  kemudian meletakkan (menepuk) tangannya di atas tanah dan sapu bahagian belakang kedua tangan (dari pergelangan tangan ke hujung jari).

Ia perlu menepuk dua kali, sekali untuk muka dan sekali untuk kedua tangan kepada wudhuk dan ghusl. Jika terputus niscaya itu mencukupi dan gugurlah dari menyapu keduanya, dan terhad kepada bahagian dahi. Jika terputus sebahagian dari keduanya sapulah apa yang selebihnya.

Wajib: memahami tempat-tempat sapuan dalam tayammum, jika tertinggal sesuatu darinya tidak sah. Mustahab: Melaga-lagakan kedua tangan selepas menepuknya di atas tanah. Jika bertayammum walaupun ada najis pada tubuhnya tetap sah tayammumnya, sebagaimana jika bersuci dengan air dan ia ada najis, tetapi dalam tayammum mengambil kira kesuntukan masa.

                       
Bahagian IV: Hukum-hukumnya

Ia ada sepuluh:

1.   Sesiapa yang sholat dengan bertayammum tidak akan melakukannya semula, sama ada hadir (bermukim) atau musafir.

2.   Wajib mencari air, jika tidak mendapatkannya dan bersholat dan kemudian mendapat air di dalam perjalanannya atau yang bersama sahabat-sahabatnya hendaklah bersuci dan sholat semula.

3.   Ketika ketiadaan air dan tidak dapat bertayammum kerana tersekat atau terhalang pada tempat yang bernajis maka gugurlah darinya yang fardhu samada tunai atau qadha’, dan wajib ia berdoa waktu fardhu.

4.   Keempat: Apabila air ditemui sebelum memasuki sholat bersucilah, tetapi jika mendapatnya selepas selesai sholat tidak wajib mengulanginya, apabila ada kesempatan baginya mendapatkan air ia hendaklah tidak memutuskan sholatnya dan hendaklah ia bersuci dan menyempurnakan sholatnya, melainkan ia meneruskan sholatnya walaupun dengan memakai takbiratu l-Ihram.

5.   Orang yang bertayammum dibenarkan untuk melakukan apa yang dibenarkan pada bersuci dengan air.

6.   Jika berkumpul dalam satu di antara hal mayat, berhadats dan dalam berjunub kesemuanya tidak cukup dengan airnya, berarti ia adalah milik salah salah daripada yang dikhaskan untuknya, walaupun semua untuk setiap satu daripadanya atau tidak memilikinya atau milik yang boleh menggantikannya, maka yang lebih afdhal diperuntukan hal mayat.

7.   Tujuh: Jika dengan tayammum untuk junub digantikan dari bersuci, kemudian berhadats hendaklah bertayammum semula –sebagai ganti wuduk jika ia hadats kecil dan tidak dapat berwudhu.

8.   Lapan: Jika mampu untuk menggunakan air berhentikanlah bertayammumnya, walaupun selepas ia gagal untuk memperbaharui tayammum. Tayammum tidak sah jika keluar daripada waktunya selama ia tidak berhadats, atau tidak mendapat air.

9.   Bagi orang yang mempunyai beberapa bahagian anggotanya yang sakit tidak boleh dicuci atau disapu dengan air ia boleh bertayammum, dan tidak dibahagi-bahagikan dalam bersuci.

10.        Dibenarkan bertayammum untuk melakukan sholat jenazah walaupun ada air, dan tidak dibenarkan bagi jenis lain-lain sholat.





Tiada ulasan: