Bahagian Ghusl (mandi)
Ghusl (mandi): Wajib dan Mandub.
Ada
enam Ghusl (mandi) Wajib:
1.
Mandi Janabah,
2.
Mandi Al-Haidh,
3.
Istihaadah yang disumbat kapas,
4.
Al-Nifas
5.
Menyentuh orang mati sebelum dimandikan
dan selepas sejuk,
6.
Mandi orang mati.
Ada lima bab:
Bab I: Mandi
Janabah
Sebab-sebab, Hukum, dan Mandi.
Sebab untuk junub itu, dua perkara:
Al-Inzal: Jika diketahui telah keluar mani, maka jika keluar apa yang serupa
dengannya dan mengalir keluar sesuatu yang dirangsang syahwat dan melesukan badan,
diwajibkan mandi, walaupun dalam keadaan sakit dan mengelakkan daripada syahwat
yang melesukan badan pada kewajipannya. Kalau untuk membebaskan diri dari tuntunan nafsu
dan alirannya - dengan apa yang serupa dengannya - tidak diwajibkan. Jika dia
dapati pada pakaian atau badannya air mani diwajibkan mandi jika pakaiannya
tidak disekalikan dengan yang lain, dan perempuan pun begitu juga apabila aman hendaklah gushl (mandi).
Berhubungan (jimak): Jika menggauli perempuan pada qubulnya dan bertemu dua
khitan diwajibkan mandi walaupun isteri telah disetubuhi itu
telah mati,
walaupun disetubuhi di dubur dan tidak inzal (tidak keluar mani) diwajibkan
mandi. Walaupun melakukan amalan kaum Luth (laknat Allah ke atas mereka dan
mereka yang melakukan amalan mereka) dan tidak inzal (tidak keluar mani) diwajibkan
mandi, diwajibkan mandi bersenggama dengan binatang ternak walaupun tidak inzal (tidak keluar mani).
Furu3: diwajibkan mandi atas orang kafir apabila mencapai (melakukan) sebab-sebabnya,
tetapi ia tidak sah kerana kekafirannya, apabila dia memeluk Islam diwajibkan atasnya
dan sah gushlnya. Sekiranya dia telah mandi (gushl) dan kemudian murtad dan kemudian
kembali semula tidak membatalkan gushlnya itu.
Hukum-hukum: Diharamkan: membaca setiap satu daripada
ayat-ayat Al-3azzaim (Al-Quran) dan membaca sebahagian daripadanya maupun Basmalah
jika dia berniat dengan salah satu daripadanya, dan menyentuh tulisan Al-Quran
atau sesuatu dari nama Allah SWT atau nama Nabi atau Washiy, dan duduk di
masjid-masjid, atau berada di mana jua tempat di dalamnya, dan tidak dibenarkan (ziarah) ke Masjid Al-Haram atau Masjid Nabi
(S) khasnya. Walaupun berjunub di kedua-dua masjid itu tidak dibenarkan melainkan dengan tayammum.
Makruh: makan dan minum, dan kurang makruh Al-Madhmadhah (berkumur-kumur mulut) dan Al-Istinsyaq (hirup air dengan
hidung), dan
membaca yang lebih besar daripada tujuh ayat selain dari ayat-ayat
Al-3azzaim (Al-Quran), dan lebih besar dari itu membaca tujuh puluh (ayat) dan
tersangat makruh (dibenci), menyentuh mushhaf (lembaran Al-Quran),
dan tidur sehinggalah mandi (gushl), berwudhuk atau bertayammum, dan Ai-Khidhab (pemakaian pewarna kuku).
Mandi (Gushl): diwajibkan lima perkara:
1.
Niat,
2.
Aturannya terus menerus sehingga
selesai mandi.
3.
Basuh kulit dan melakukan apa yang
dikenali sebagai mandi,
4.
Menyela-nyela (gosok) apa yang tidak sampai air
melainkan berbuat demikian.
5.
Tertib: Mulakan dengan kepala, kemudian
badan, dan lebih afdhal dimulakan di sebelah kanan dan kemudian kiri mahupun tidak
wajib tertib pada keduanya, dan gugur tertib dengan berendam sekali gus.
Perlakuan Gushl: Didahulukan dengan niat ketika mencuci dua tangan, dan
diperkukuhkan apabila mencuci kepala, dan tangan digosok ke seluruh badan, dan menyela-nyela (menggosok) daerah zahir (luaran) yang tidak sampai air, dan buang air
kecil dahulu sebelum mandi dan lakukan Istibraa’, iaitu tekan
(urut) dari duubur menghala buah zakar tiga kali kemudian picit dari pangkal zakar ke kepala tiga kali, kemudian harus menarik narik kepala zakar tiga kali.
Dan basuh tangan
tiga kali sebelum memasukkan tangan ke dalam bekas air, dan berkumur-kumur dan menghirup air dengan hidung, dan dengan sukatan air (3 liter).
Tiga Masalah:
Pertama: Jika seseorang bermimpi basah telah mandi
dan mengesyakinya
selepas mandi, maka jika ia adalah air kencing atau bebas darinya tidak dikira, hendaklah dia mengulanginya semula.
Kedua: Jika mencuci sebahagian anggotanya, kemudian berhadats semula, ulangi
mandi dari kepala. Hadats yang kekal ia selaras (diangkat) dengan wuduk jika anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mandi
tanpa diselangi hadats.
Ketiga: Adalah tidak dibenarkan untuk mandi selain
caranya selama masih mungkin untuk dikerjakan, dan makruh meminta
bantuan melaksanakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan